Saturday, 2 July 2022

THE PROMISED LAND: KLUSTER PUTERAJAYA BAKAL DI TINGGALKAN KAPAL UMNO SEKIRANYA..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Peristiwa kluster UMNO di Putrajaya bakal ditinggalkan olih Nahkoda dari menyertai Kapal Besar BN gara gara tidak berani untuk sama sama membadai laut yang sedang bergelora bakal terjadi.

Kluster yang diketuai olih Ismail Sabri serta gerombolan yang sewaktu dengannya yang kini merasakan bahawa "kuasa Menteri" atau "kuasa PM" yang mereka dimiliki kini, yang mereka anggap melebihi kuasa Kluster PWTC waima kuasa President UMNO mereka mereka ini bakal mencatat sejarah baru buat UMNO.

Berjemaah kerana bakal ditinggalkan olih Bahtera BN yang dinakhodai UMNO bakal membuka mata rakyat terutama Ahli Akar umbi UMNO dan orang Melayu.

Tarikh akhir untuk Ismail Sabri membubarkan Parlimen adalah hujung Julai 2022. 

Sekiranya pembubaran tidak juga berlaku selepas Julai, maka, Ismail Sabri bolihlah berbuat sesuka hatinya, iaitu mengikut nasihat  jemaah Menteri UMNO di Putrajaya.

Tetapi, pada PRU 15, maka BN dan UMNO berlepas diri dan tidak wajib lagi untuk menamakan beliau sebagai Perdana Menteri selepas kemenangan pada PRU15 nanti. 

Kini kluster UMNO PWTC bolihlah mencorakan gerak kerja tersusun untuk menghadapi PRU15 tanpa melibatkan kluster Menteri Putrajaya lagi.

Program diakar umbi perlu dilipat gandakan dan mengenal pasti calon yang berintrigriti dan bermaruah dan perlu disaring dari sekarang.

Sejarah bakal berulang lagi, pada PRN.Melaka dan. PRN Johor , didapati bahawa ramai dari kalangan Kluster Menteri UMNO hanya sekadar 'melepas batuk ditangga" saja, bilamana menghadirkan diri dalam program parti ketika berkempen.

Wajah'sebenar kluster Menteri UMNO terpapar ketika di PRN Melaka dam Johor dan peristiwa itu jadikan sejarah dan dijadikan panduan.

Tiada keperluan lagi untuk mendesak kluster UMNO di Putrajaya untuk mengikuti kehendak kluster PWTC lagi, biarlah kluster Menteri UMNO itu"terbuai' dengan mimpi indah buat seketika dan bila waktu yang sesuai 'terus serang hendap" habis habisan.

Inshaallah, Ahli Akar umbi dan rakyat akan bersama untuk menghentikan kesongsang ini iaitu "politik memenuhkan tembolok mereka sendiri'' ini.

Demi kemaslahatan ekonomi negara,dan kehidupan rakyat yang dalam ketersedakkan kehidupan ini, maka, apa saja tindakan yang bakal diambil olih kluster PWTC ini untuk menghentikan keterlanjuran Kluster Putrajaya,. inshaallah, tindakan ini akan disokongan rakyat.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment