Sunday 24 June 2012

JANGAN KETINGGALAN: PERJUMPAAN JEMAAH :JEMPUTAN KEPADA PARA SAHABAT-

                                                         
UMAT ISLAM ANDA PERLU  MELAKUKAN PERUBAHAN SEKIRANYA INGINKAN BANTUAN ALLAH SWT. SEKIRANYA ANDA TIDAK MAHU LAGI DICACI, DIHINA, DIKEJI, DISAMPAHKAN OLEH  ORANG ORANG KAFIR MAKA BERSEDIALAH BERUBAH DENGAN DIRI KAMU DAN KELUARGA KAMU.INSHAALLAH TUHAN AKAN MENURUNKAN MALAIKAT MELINDUNGI AGAMA MU. MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MENYERTAI PERJUMPAAN BUAT PERTAMA KALI DENGAN INSAN YANG BERNAMA CAHAYA RIZAN AL MAJID BERSERTA  SAHABAT YANG MENDAPAT PETUNJUK ALLAH.


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Assalammualaikum.

Segala puji pujian dipajatkan kehadrat Illahi, Tuhan Yang Maha Agung, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta para-para nabi dan Rasul yang terdahulu. Didoakan kesejahteraan kepada semua para-para sahabat yang melayari Blog ini, semoga diberkati olih Allah SWT dan diberi keberkatan didunia dan juga diakhirat. Dipohon semoga para sahabat semua dilindungi dari semua malapetaka dan dirahmati oleh Yang Maha Esa dan diganjarkan dengan kebaikan dan keampunan dari Nya jua.

Saya ingin menjemput para-para sahabat yang selalu melayari Perjalanan Ke Dua Cahaya Al majid ini untuk bersama-sama bertemu bersua dan berkenalan dengan kelompok ini. Sekiranya ada diantara sahabat yang berminat untuk menyertai perjumpaan yang dijadualkan pada bulan Ramadhan ini agar dapat menghubungi melalui e-mail : puteramariam@gmail.com. Inshaallah  sekiranya cadangan ini mendapat sambutan baik dari semua para sahabat, kita akan adakan perjumpaan di Kuala Lumpur. Tarikh dan tempat akan ditentukan kemudian. Sekali lagi kepada para-para sahabat  yang berminat untuk menyertai dan  berkongsi pengalaman dengan Cahaya Al Majid silalah hubungi kami di e-mail yang tertera.

Sekian, terima kasih.
Cahaya Rizan Al Majid

No comments:

Post a Comment