Monday, 21 January 2013

BERITA BAIK KEMUDAHAN 'OVERDRAFT" DARI 'PERBENDAHARAAN ALLAH SWT

PERBENDAHARAAN ALLAH : IAITU HARTA KEKAYAAN YANG DAPAT DIMENAFAATKAN  UNTUK MEMAKMURKAN JIWA MANUSIA. ADA YANG TERSESAT , ADA YANG TERSUNGKUR, ADA YANG HANYUT, ADA YANG BERTAMBAH BAKHIL DAN ADA YANG  MENGINGKARI ALLAH DAN ADA YANG MENGGADAIKAN JIWA KEPADA ' SYAITAN' SEMUANYA ADALAH KERANA ' KEKAYAAN". INGAT.

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kunci yang Allah SWT janjikan kepada Umat Muhammad sekiranya ingin dipermudahkan rezeki adalah dengan" beristifar"  dan"  taubat" . Sekiranya dilakukan seiringan pada setiap hari dengan usaha-usaha, saya yakin Allah SWT akan mempermudahkan perjalanan rezeki kita. Sesungguhnya setiap ayat-ayat yang diturunkan adalah benar dan nyata, oleh itu kepada mereka yang inginkan 'kemudahan overdraft' ini terpaksalah melakukan seperti yang dituntut dan ianya wajib dilakukan berterusan didalam setiap waktu kita bersolat.
Inshaallah 'kemudahan overdraft' ini adalah janji Allah SWT kepada yang beriman dengan Al Quran.
Syarat-syarat permohonan :-
1. Solat
2.Bersih hati

Kriteria pemohon :-
 Mereka yang ingin memperbaiki diri ke jalan Allah
 Mereka yang ingin berhijrah diri
 Mereka yang inginkan kedamaian rumahtangga
.Mereka yang inginkan anak-anak yang mendengar kata ibu-bapa
 .Mereka yang inginkan zuriat yang baik.



Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu...” (Surah Ali ‘Imran, 3: 133)

Dalam al-Qur’an terdapat banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa rezeki Allah diturunkan kepada orang-orang yang sentiasa beristighfar, bertaubat dan kembali kepada Allah. Di antara petunjuk yang dimaksudkan tersebut adalah sebagaimana berikut.

Nuh ‘alaihis Salam pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Qur’an:

فَقُل فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (١٠) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (١١) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

“Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh, 71: 10-12)



Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:

وَيَقَوْمِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَى قُوَّتِكُمْ وَلا تَتَوَلَّوْا مُجْرِمِينَ

“(Hud berkata): “Wahai kaumku, beristighfarlah kepada Rabb-mu kemudian bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat ke atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan pada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan melakukan dosa.” (Surah Huud, 11: 52)


Dalam ayat yang lain, Allah SWT  berfirman:

وَأَنِ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُمْ مَتَاعًا حَسَنًا إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِي فَضْلٍ فَضْلَهُ وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ كَبِيرٍ

“Dan beristighfarlah kepada Rabb-mu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kepada kamu kenikmatan yang baik sehingga waktu yang ditentukan, dan Dia memberi kepada setiap yang memiliki keutamaan, keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab di hari yang besar (Kiamat).” (Surah Huud, 11: 3)

                                         "  berserdahana adal yang terbaik"


“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)


Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment