Sunday, 20 January 2013

POLITIK : GERAK GEMPUR MINDA : SIAPA UNTUNG SIAPA RUGI

INILAN YANG TERJADI : APABILA TUAN TUAN KAMBING   "BERPOLITIK" . RAKYAT  YANG  DIUMPAMAKAN SEBAGAI KAMBING BERLAGA SESAMA SENDIRI. DAN AKHIRNYA "ANDA " DIJUAL DAN  TUAN KAMBING MENGAUT  LABA.  SIAPA UNTUNG??TUAN KAMBINGKAH?? TIDAK! ORANG  TENGAHLAH.

Assalammualaikum.

Saya berharap pembaca dapat memahami maksud kata-kata diatas.

Peringatan Tun M kepada Orang Melayu..jangan senasib seperti Red Indian
"Jangan jadi seperti bangsa Red Indian di Amerika yang akhirnya hanya tinggal di tanah rizab puak itu dan jika tanah itu pun ditarik balik, maka secara perlahan-lahan kaum Red Indian pun hilang.

"Samalah dengan orang Melayu. Sekarang, masih ada lagi tanah Rizab Melayu tetapi jika sedikit demi sedikit (hilang) maka penempatan Melayu pun mengecil dan suatu hari nanti nasib kita malang seperti Red Indian," ujarnya

PRU-13: Orang Melayu Hanya Boleh Salahkan Diri Sendiri Kalau Hilang Kuasa
Malah katanya, “orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.
“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita?
“Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.

Kini Dr Mahathir baru tersedar bahawa 'orang Melayu' telah tergadai 'jiwa dan maruah'. Pernah kah beliau 'memikirkan untung nasib bangsa Melayu apabila beliau di mercu Pemerintahan? 
Benar, beliau banyak mentransformasi Malaysia dan menjadikan Malaysia setanding negara-negara maju dengan membuka berbagai-bagai peluang untuk rakyat Malaysia. Tetapi adakah beliau pernah meneliti ' berapa' kerat saja Melayu yang 'benar-benar berjaya diera kepimpinanya.

Sebenarnya kalau diukur, banyak yang dimiliki oleh Melayu tergadai dan digadai. Laba keuntungan sebenar bukanlah kepada Melayu tetapi lebih kepada bukan Melayu. Jurang ekonomi diantara Melayu dan bukan Melayu sebenarnya terlalu jauh  jika dibandingkan pada era Dr Mahathir .Benar, memang banyak perubahan terutama industri perindustrian berkembang tetapi semua itu tidak banyak membantu orang Melayu.

Beratus billion ringgit dibelanjakan untuk mentransformasi Malaysia, benar Malaysia berjaya ditransformasi mengikut acuannya tetapi adakah Melayu, ekonomi Melayu, kepentingan Melayu, hak Melayu dan semua berhubung dengan Melayu berjaya ditransformasikan?
Mana perginya jutawan" instant"  Melayu ? Mana Halim Saad, Mana Wan Azmi, Mana Tajuddin Ramli dan ramai lagi yang 'diwatak'kan kekayaan mereka? supaya dapat membantu anak Melayu yang lain?? Kini nama mereka tinggal nama.
                                 
Orang-orang terkaya di Malaysia tahun 2012.

 Robert Kuok – Wilmar International                                           (aset RM45.7 bilion)
T Ananda Krishnan – Maxis & Astro                                          (aset RM42.99 billion) -
Tan Sri Teh Hong Piow – Public Bank –                                       (aset RM12.64 billion)
Tan Sri Lee Shin Cheng – IOI Corporation Bhd                          (aset RM11.36 billion)
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 billion)
Tan Sri Quek Leng Chan – Hong Leong Malaysia                         (aset RM8 billion)
Tan Sri Lim Kok Thay – – Genting Group                                     (aset RM7.58 billion)
Puan Sri Lee Kim Hua – balu kepada Pengasas Genting              (aset RM6.58 billion)
Tan Sri Tiong Hiew – Rimbunan Hijau Group                                (aset RM6.41 billion)
Ong Beng Seng – Grand Prix Formula One Singapore                 (aset RM4.92 billion)

Datuk Mokhzani Mahathir - Kencana Petroleum                            (aset RM1.937)
Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp                            (aset RM3.470 billion)
Tan Sri Tony Fernandes – Air Asia                                                (aset RM1.772 billion)

                               SIAPA YANG MEMBUAT MEREKA KAYA MELANGIT

                         MELAYU JANGAN LAGI JADI KERBAU DICUCUK HIDUNG 

Diarena politik mereka 'menjuarai' kumpulan masing-masing. Mereka adalah juara didalam mencetus 'kontrovasi' supaya  pengikut masing-masing berputar mindanya . Didada akhbar, dimedia elektronik dan dialam 'internet'  bermacam-macam pandangan, cemuhan ada yang baik dan ada yang menyakitkan hati, semuanya terdedah tanpa sempadan. 
Adakah  contoh perbuatan ini boleh dijadikan contoh kepada 'umat Islam'??
Contoh :
 Ketua satu parti menuduh satu parti yang lain sebagai  'kafir' dan 'murtad' ditambah 'pula dengan rakan 'sepakat' mengatakan bahawa ketua parti yang ditentang adalah  seorang " pembunuh " seperti yang didakwa oleh rakan sekutunya dan bermati-matian pula  'cuba' menegak 'benang  yang basah" tetapi apabila mereka ini bertemu muka secara berdepan, tengoklah, seolah-olah tiada apa yang berlaku diantara kedua 'pengetua' ini. Adakah perbuatan ini boleh dijadikan kayu ukur sebagai satu 'persefahaman" atau adakah ini satu 'helah untuk menupulasi" fikiran rakyat atau seperti gambaran  " 'kambing' diatas. 

KALAULAH KAMBING NI BOLEH BERCAKAP MESTI DIA KATA :  INILAH MANUSIA HIPOKRIT. 
Inilah wajah-wajah Melayu yang banyak menggadaikan apa yang Melayu miliki. Kedua-dua sama saja. Yang tertipu 'Melayu ', Yang susah  Melayu ', Yang bergaduh Melayu , Yang bermasam muka Melayu , Yang tak bertegur sapa Melayu, Yang sembahyang dua Iman, Melayu",Yang tergadai Tanah Melayu"
                                        Disebabkan kebodohan pemimpin Melayu ini maka :-

                                                     Kalimah Allah Di Gadaikan                        
                                                     KEKAYAAN TANAH MELAYU DIGADAI
                                                     HAK ORANG MELAYU DI GADAI\
                                                     KINI TANAH MELAYU DI GADAI

                                   Sebelum perkara ini menjadi lebih parah lagi , orang Melayu perlu :-

                    MENILAI SIAPA DIANTARANYA YANG SELAYAKNYA UNTUK DIPILEH

2 comments:

  1. salam saudara...Tun M sendiri yg menggadai tanah melayu dengan pemberian ic kepada rakyat asing...siapa yg menggadai tanah melayu n melayu..kena ingat.pemberian ic tu diakui sendiri oleh tun M..siapa khianat siapa sebenarnye

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Benar tetap benar dan salah tetap salah, itu pegangan saya. Saya akan terus mengutarakan 'kelompongan' yang terdapat didalam mana-mana pihak, samada Kerajaan mahupun Pembangkang. Sepatutnya, inilah 'isu' yang sepatutnya ' dibawa' ke Stadium, bukannya, isu- 'remeh ".

    ReplyDelete