ISLAM DAN MELAYU MULA DIHANCURKAN DARI 'DALAM' |
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19)
Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.(QS. 3:19)
BANGSA MELAYU PERLU SEDAR
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Sudaj sampai masanya umat Melayu bernaung dibawah satu payung untuk perjuangan. Parti politik tidak lagi dilihat relevan untuk 'membela' ajenda Melayu dan Islam. Dimana kebanyakan pemimpin politik hanya 'berminat' untuk memeluk kekayaan untuk 'perut sendiri' dan membiarkan 'pembelaan nasib bangsa dan agama' kepada pihak lain menguruskannya, maka, umat Islam dan orang Melayu tiada pilihan lagi.
Memandangkan bermacam-macam racun dan tuba ditebarkan terhadap kesejahteraan bangsa Melayu dan anutan orang Melayu iaitu Islam, maka, sudah tiba masanya kita mencari penaung yang dilihat dapat 'menyuarakan' suara orang Melayu yang beragama Islam.
Memadangkan hala tuju dan perjuangannya amat jelas untuk difahami diserta dengan beberapa tindakan yang dibuat yang dapat 'mematahkan' serngan 'exterimis bukan Melayu' terhadap pemimpin Melayu dan juga agama Islam, maka, marilah kita beramai-ramai menyatakan sokongan terhadap 'perjuangan' mereka.
TERIMA KASIH : THE UNSPINNERS
Sila baca dibawah :-
MPKN harus ditentang... disalah guna puak sesat dan songsang
Berikut adalah antara yang dikatakan oleh para peserta dalam Pelancaran Dialog Perpaduan, 22 Februari 2014, DBP Kuala Lumpur yang mana YB Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, "Sudah sampai masanya ruangan kaum dalam borang-borang ditiadakan.”
1. Eng Yen Sin (ASLI dan CPPS)
“BN/UMNO kalah kerana rakyat sudah jelak dengan politik perkauman”
“dasar berasaskan kaum mesti dihapuskan”
2. Angela Kukathas (KRYSS- Knowledge And Rights With Young People Through Safer Spaces / Ahli Gabungan COMANGO)
“kepelbagaian mesti diterima sebagai identiti nasional”
“Maruah rakyat mesti dipelihara walaupun mereka Mak Nyah atau bukan Mak Nyah”
3. Jerald Joseph (KOMAS- Pusat Komunikasi Selangor / Ahli Gabungan COMANGO)
“tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa sebagai orang asal di sini melainkan orang asli dan beberapa subetnik Melayu”
“Akta Hasutan perlu dipinda kerana ia terlalu luas”
“kita perlu sama rata, sama rasa, sama hak dalam sukatan subjek sejarah”
“dasar rasis tak patut diteruskan kerana tempohnya sudah tamat”
“Politik dari 1957 adalah berasaskan perkauman”
“Audit jabatan dan kementerian seperti BTN patut diadakan bagi membanteras rasisme”
4. Nik Elin Zurina Nik Rashid (Malaysian For Malaysia)
“ISMA dan PERKASA adalah NGO rasis”
“Keduanya adalah pro-kerajaan dan dibayar oleh kerajaan. Kami ada buktinya”
“Siapa melantik mereka untuk mempertahankan Islam?”
“Agama Islam diperbodohkan, Valentine Day pun tak boleh”
“Mana boleh anak kita diajar tidak boleh berkawan dengan orang Bukan Islam”
“Anak saya balik cerita kesian kawannya Bukan Islam kerana tak boleh masuk syurga. Inilah ajaran ustaz di sekolah”
5. Khoi Sai Kan (PPHSM)
“Emak nenek saya Melayu tapi agamanya Cina. Mengapa murtad dihalang kerana agama urusan peribadi?”
6. Salahudin Syed Ali (Jemaat Ahmadiyah Sabah / QADIANI / blogger http://barahinahmadi.blogspot.com/ )
“Lagi sensitif sesuatu isu agama maka lagi keraplah kita perlu bercakap tentangnya”
“dialog agama patut dibuat terbuka”
“Dahulu ada orang kata kepada saya ‘Kamu tiada takutkah masuk ISA?”
7. Din Hanzala (Jemaat Ahmadiyah/QADIANI)
“Contohilah Negara Kanada yang membuat Pejabat Kebebasan Beragama (Office of Religious Freedom)”
“Akta Hasutan patut dihapuskan”
8. Nama Tidak Dinyatakan (PRO-QADIANI)
“Bolehkah Dialog Perpaduan sediakan platform yang immune daripada tindakan kerajaan/Akta Hasutan?”
“Saya tak suka Syiah tetapi mereka patut diberikan ruang bersuara”
“Begitu juga kebebasan bersuara patut diberikan kepada Jemaat Ahmadiyah yang dikatakan keluar daripada Islam”
Kenyataan Media Biro Hal Ehwal Islam PERKASA:
Biro Hal Ehwal Islam Perkasa menyokong penuh keputusan yang diambil oleh Presiden Perkasa dan Dewan Tertinggi Perkasa untuk tidak mengiktiraf Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) yang ditubuhkan oleh Menteri di JPM Tan Sri Joseph Korup. Ini kerana perlantikan Ahli Majlis ini yang terdiri daripada 12 orang profesional muslim daripada 30 orang yang dilantik tidak menggambarkan komposisi kaum dan agama di negara ini...Sepatutnya jumlah anggota daripada kalangan orang muslim mestilah sekurang-kurangnya seramai 20 orang.
Dalam masa yang sama juga kami telah mengenalpasti antata 5-6 orang daripada ahli majlis yang beragama Islam ini pula adalah mereka yang berfahaman liberalisme dan pluralisme agama dan salah seorang daripadanya terlibat secara aktif menyokong beberapa tuntutan Comango yang terang-terangan berniat untuk membenarkan murtad dan perlanggaran hukum syariah di Malaysia..Sepatutnya wakil-wakil umat Islam yang dilantik perlulah dirujuk dan mendapat pengiktirafan daripada Menteri yang menjaga potfolio agama terlebih dahulu dan bukannya diputuskan oleh Tan Sri Joseph Korup secara sendirian.
Justeru, kami menganggap bahawa penubuhan MKPN ini adalah satu usaha terancang daripada tangan-tangan ghaib sebelum ini yang terlibat dalam gerakan untuk menubuhkan Interfaith Commission (IFC) yang diketuai oleh AMBIGA.. Mekanisme dan tuntutan IFC adalah persis seperti MKPN..Ini terbongkar apalah siri jelajah penerangan MKPN yang pertama diadakan di DBP pada 22 feb baru ini telah memberi ruang kepada ngo-ngo bukan Islam mengutarakan cadangan-cadangan ekstrim yang menyentuh kedudukan keistimewaan Agama Islam dan hak istimewa melayu dan bumiputera seperti perkara 153 dalam perlembagaan persekutuan..
Dalam dialog tersebut mereka dgn berani dan lantang mencadangkan supaya penyataan mengenai bangsa dihapuskan dalam setiap borang rasmi kerajaan..Begitu juga ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan kenapa orang melayu yang beragama Islam tidak dibenarkan murtad..Apakah ini matlamat perpaduan nasional yang hendak dibentuk oleh MKPN..
Jelas sekali bahawa matlamat dan peranan MKPN seperti yang diumumkan di awal penubuhannya oleh YAB Perdana Menteri telah diseleweng oleh Tan Sri Joseph Korup . Yab PM telah menjelaskan sebelum ini bahawa MKPN tidak boleh menyentuh isu agama dan juga menyentuh perkara dasar dalam Perlembagaan Persekutuan..Memandangkan MKPN telah jauh menyimpang dan tersasar maka kami amat menyokong penuh cadangan Presiden Perkasa utk menubuhkan Front Perpaduan Nasional yang dianggotai oleh NGO sebagai alternatif kpd MKPN..
Kami berpegang kepada prinsip nas alquran seperti yang ditegaskan oleh ALLAH swt: " Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam alquran iaitu apabila kamu mendengar keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafiq), maka janganlah kamu duduk bergaul dengan mereka sehingga mereka kembali memperkatakan soal yang lain kerana jika kamu duduk bergaul dengan mereka maka kamu sama dengan mereka" ( surah annisa' ayat 140).
Jelas kepada kita bahawa dialog perpaduan yg dianjurkan oleh MKPN di DBP pada 22 feb baru ni merupakan satu platfom kpd ngo-ngo bukan Islam untuk menghina umat Islam dan merobek kedaulatan Islam di negara ini..Maka wajarlah perkasa tidak mengiktiraf dan memboikot penubuhan MKPN kerana ianya bertepatan dgn nas alquran seperti dalam ayat 140 surah annisa' di atas.
Shamsuddin Moner
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam
PERKASA
Tel 013 346 4005
Islam not a religion but way of life, says Kuwaiti writer
The Malay Mail Online
GEORGE TOWN, Feb 25 — Islam has been misunderstood to be a “religion” when it is really a way of life that preaches freedom for all, including non-Muslims, Kuwaiti author and Islamic motivational speaker Dr Tareq Al-Suwaidan said last night.
The self-described “moderate Islamist”, whose television shows draw millions of viewers on satellite networks in the Middle East, also said Islam’s goal is to create a civil state that administers justice that does not discriminate against a person’s skin colour, gender, or creed.
“Islam is not a religion. It’s a way of life that teaches us about our relationship with God, with the universe, and our relationship with ethics with the economy and our political system,” he said in a talk organised by the state-backed Penang Islamic Foundation on “The future of Islam”.
Firmnan Allah SWT yang mana satu yang ingin kau nafikan????
Surah Al Imran Ayat :19
إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَنْ يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (19)
Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.(QS. 3:19)
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment