Sunday 27 April 2014

THE PROMISED LAND :- NAK JADIKAN 'TUKUN' KE ???

27 APRIL 1934- TLDM DITUBUHKAN


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Bukan nak mengata atau mengutuk tetapi pada hakikatnya inilah yang berlaku. Tentera Laut diamanahkan untuk menjaga setiap inci perairan negara, samaada dari pencerobohan dari negara jiran, lanun mahupun penyeludup-penyeludup manusia atau sebagainya yang menggunakan 'laut' sebagai lalulannya

Kerajaan telah membelanjakan beratus billion samaada untuk gaji atau pembelian aset-aset yang dikata untuk digunakan untuk armada laut kita seawal  sebelum merdeka sehinggalah kini semata-mata untuk menentukan bahawa perairan kita ini selamat dari ancaman .Nampaknya, hasil yang dileburkan tidaklah membanggakan kita. Walaupun saban tahun kita lihat terdapat pertukaran Laksamana-laksamana mahupun Ketua Turus Tentera Laut negara ini dilakukan namun 'prestasi' yang ditunjukkan apabila 'situasi' sebenar mengancam, amatlah menyedihkan.

Cakap-cakap tinggi  melebihi 'prestasi' sebenar selalu digembar-gemburkan dimata masyarakat.Apa lagi yang kekurangan yang terdapat dalam TLDM kita?  semuanya ada, dari kapal yang berlayar sehinggalah kapal yang menyelam semuanya 'complete', tetapi , kenapa perairan kita tetap 'bolos'??

Dari Semenanjung hingga ke Sabah semua pangkalan TLDM dikata 'cukup sifat' dengan kemudahan serta anggota, tetapi, kenapa, sempadan perairan kita dengan Filipina masih lagi 'tidak' selamat? Kenapa dengan mudah 'lanun Filipina' 'lolos'? Apa kah yang kurang? Kalau nak ikut cukup , sememangnya tidak akan pernah cukup dengan peralatan mahupun persenjataan, tetapi memadailah dengan 'kekuatan anggota', kalau itupun tentera Laut tidak mampu menanganinya , apa lagi yang bolih diharapkan?

Mengimbau kembali 'kes Lahat Datu", Tidakkah kes ini menjadi 'igauan' kita agar peristiwa  ini tidak berulang lagi. Tidak serikkah kita dengan kehilangan 'bapa-bapa mahupun suami-suami ataupun anak-anak' apabila 'mereka' ini dibunuh olih Penceroboh? Bayangkah 'penceroboh' bolih 'lolos' masuk kenegara ini dengan membawa 'senjata", dimana Armada Laut kita? Tidur atau 'sibuk dengan" karaoke".

Begitu juga dengan kes 'culik' yang acap kali berlaku di Sabah.  Apa yang Tentera Laut pelajari dari kes yang berulang ini? Kalau macam nilah 'standard' nya Tentera Laut dalam menjaga perairan negara, saya kira, 'rakyat' tidak akan lena tidurnya kerana 'takut' 'malamnya akan didatangi olih 'penceroboh' mahupun lanun terutama terhadap industri pelancongan negara ini.

Begitu juga dengan 'kes-kes' lanun yang merompak kapal-kapal dagang samaada diSelat Melaka mahupun di Perairan Sabah dan Sarawak, 'keselamatan' adalah 'terancam'.Atau adalkah TLDM diujudkan hanya untuk mengawal laluan kapal-kapal dagang saja apabila melintasi perairan negara? Kalau TLDM diujudkan untuk 'mengawasi' perairan negara dan berjaya didalam melaksanakan misi tersebut, kenapa, masih banyak 'penyeludup' yang masih lolos diperairan kita?

Segala jenis penyeludupan berlaku diperairan kita dari rokok hinggalah kepada penyeludupan manusia, sehingga kini, angkatan laut kita masih lagi dilihat gagal 'membenteras' gejala ini. Apa sebabnya??

Kalau kita hanya bermegah dan mendabik dada dengan mengatakan kita mempunyai persenjataan canggih serta terkini, apalah gunanya kalau ianya tidak dipergunakan untuk membenteras 'penceroboh' ini? Tentera Laut perlu sedar bahawa ketika ini kita bukan dalam zon perang mahupun bersengketa dengan negara jiran. Apa yang kita takutkan ialah ' penceroboan' samaada dari 'penyamun ataupun lanun', mereka-mereka inilah yang 'mengancam' kita sebenarnya dan bukan 'tentera negara jiran; ,dan inilah sepatutnya  keutamaan TLDM untuk 'menangani'nya.

Walau secanggih manapun peralatan dan kemudahan pertahanan yang kita miliki, tetapi kalau 'perairan' kita sentiasa 'berjaya dilolosi' olih, penyangak ini, maka tiada ertinya 'kehebatan' TLDM yang hendak  diwar-warkan dimata rakyat.

Yang mungkin akan seronok dan tidur lena 'diatas duit'  dengan 'kecanggihan peralatan' yang disaran untuk dibeli  hanyalah 'syarikat-syarikat' ataupun 'individu-individu'  yang membekal pensenjataan yang kebanyakanya 'adalah 'kalangan mereka' dan  yang hidup dalam ketakutan dan menerima 'tempias' kerana terpaksa ;"membayar cukai' adalah 'rakyat'.

SCORPENE : TLDM KECEWA ; MASIH ADA YANG YANG LEMPAR TOHMAHAN


LUMUT - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melahirkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir pihak yang melempar tohmahan berkaitan fungsi kapal selam Scorpene.
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pasukan itu telahpun melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin.
"Sebagai Panglima Tentera Laut, siapa yang tidak kecewa apabila dituduh dengan tohmahan yang tidak benar.
"Kita telah membawa kapal selam kita dan juga kapal submarine escape and rescue (SMER) iaitu MV Mega Bakti untuk dipertonton kepada rakyat jelata terutama pengunjung hari terbuka armada," katanya kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-80 TLDM di sini hari ini.
Justeru, beliau berharap pihak yang menulis secara negatif berkaitan aset negara, terutama Scorpene, memikirkan sejenak fakta dan realiti berhubung perkara itu.
                                        

TLDM memperoleh dua kapal selam Scorpene buatan Perancis berharga RM3.4 bilion bagi mempertingkat kemampuannya melindungi kedaulatan perairan negara.
Abdul Aziz juga berkata pasukan Tentera Laut Perancis memuji keupayaan dan kecekapan pasukan kapal selam Malaysia.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata penglibatan aset TLDM dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan diteruskan.

"Dalam masa negara diuji pelbagai peristiwa dan kejadian yang menggemparkan, TLDM sentiasa mampu bertindak pantas dan berkesan setiap kali diperlu dan diarahkan.
"Ini menunjukkan kita sudah ke depan dan kemajuan pembangunan serta pemodenan yang dicapai TLDM sehingga kini wajar dibanggakan memandangkan ia sangat memberangsangkan," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Pengarah Hidrografi TLDM Datuk Zaaim Hasan.
Sambutan yang bertema 'TLDM Siaga Perairan Terpelihara' peringkat Lembah Klang di Padang Kawad KD Sri Gombak dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Tabik Hormat yang disertai enam platun terdiri daripada 23 pegawai dan 143 anggota lain-lain pangkat.

No comments:

Post a Comment