Wednesday 8 October 2014

THE PROMISED LAND : WAKIL RAKYAT DAN AHLI PARLIMEN..KAYA..KAYA..KAYA ....PI MATI LAH DENGAN RAKYAT !!!!!

YANG KAYA TIDAK TERKESAN DENGAN PENGURAGAN SUBSIDI
TETAPI YANG MISKIN  PASTI MENGELUUR KERANA TERPAKSA
MENANGGUNG "SIKAYA"  

                         MANA SUARA PEMIMPIN YANG MEMBELA KESUSAHAN RAKYAT

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Nasib dan masa depan rakyat semakin tidak menentu diera Najib. Dikala rakyat tengah bersusah hati dengan 'pemotongan subsidi' minyak baru-baru ini. Tanpa rasa belas dan ehsan terhadap kesusahan rakyat yang  terbeban dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari tetapi sebaliknya keajaipan pula Najib 'limpahkan' kepada 'makhluk kaya raya' ini .  Melalui Kerajaan kepimpinannya, Najib  menaikkan pula gaji serta  elaun semua ahli parlimen dan wakil rakyat, seolah-olah mereka inilah yang terkesan dengan peningkatan kos penghidupan dan bukan rakyat.

Nampaknya 'golongan' manusia yang 'tak berotak' ini juga Najib hendak 'junjung atau sememangnya Najib mahu menutup mulut mereka-meraka ini agar 'patuh' dan 'mengikut telunjuk'.

Agaknya Inilah nasib malang yang TERPAKSA  'dipikul' olih rakyat marhean .dinegara kita ini.

Didalam keadaan hutang negara yang bertimbun-timbun atau yang berada dalam berkedudukan 'defisit' nyata 'mainan' Najib untuk 'memperbodohkan; rakyat, semakin menyesakkan kepala.

Dalam satu segi Najib kata, 'pengurangan subsidi' bolih mengurangkan 'deficit' , dan  Kerajaan tiada pilihan lain selain  'mengurangkan' subsidi ' yang sengaja dipikulkan dibahu rakyat tetapi pada masa yang sama 'poket wakil rakyat juga yang  dipenuhkan' dengan mengggunakan 'duit rakyat', 'adilkah???

Rakyat disuruh mengikat perut tetapi perut pemimpin di'boroikan' dengan wang rakyat.

Patutlah 'bala' datang  bertimpa-timpa kerana pemimpinnya 'menzalimi' rakyatnya sendiri .


WAKIL RAKYAT DAN AHLI PARLIMEN TERSENYUM KEGEMBIRAAN WALAUPUN
                                   RAKYAT TERUS MENDERITA KESUSAHAN.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan tiada tentangan yang diterima ahli Parlimen pembangkang, termasuk ketuanya, terhadap rancangan Putrajaya menaikkan gaji ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Beliau berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana persetujuannya yang membolehkan pelaksanaan kenaikan gaji ahli Parlimen.

"Saya ucap terima kasih kepada ahli Parlimen pembangkang dan ketua pembangkang, terhadap persetujuan perubahan gaji.

"Kita akan menunggu pengumuman daripada perdana menteri kelak," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata ‎kepada The Malaysian Insider membidas laporan sebuah portal yang menggambarkan dirinya mengugut pemimpin PR.

Ia merujuk kepada kenyataan sekiranya ada bantahan daripada pemimpin pembangkang itu maka kenaikan gaji itu harus dilupakan.

"Saya tidak maksudkan begitu ...‎ yang kita mahukan sekarang ini adalah gaji ahli Parlimen dinaikkan maka kita mahu ia dilaksanakan.

"Sekiranya ada tentangan, maka tidak adalah kenaikan gaji ahli Parlimen," katanya.

Terdahulu pada sidang medianya di Parlimen, Shahidan berkata kenaikan gaji itu tidak termasuk gaji perdana menteri dan menteri.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan berapakah jumlah kenaikan, tetapi berkata pembangkang meminta ‎peruntukkan tambahan elaun pejabat dan pembantu penyelidik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kajian semula elaun sedia ada bagi ahli Parlimen ketika membentangkan Bajet 2012.

Bagaimanapun, kenaikan yang memperuntukkan sebanyak RM30 juta dari belanjawan itu ditolak pembangkang lapor The Malaysian Insider

                                               ikhlas dari : Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. ahli parlimen ikat perut? tak pernah lagi aku tengok ahli parlimen yang kurus kering macam tak cukup makan. yang boroi ramai la.

    ReplyDelete
  2. Sekarang dah ada aplikasi google streetview. Apakata kita viralkan rumah-rumah semua pemimpin tak kira siapa terutama yang katanya bekerja untuk rakyat tapi rumahnya macam istana. Mudah saja, kalau tahu saja alamat rumah mana-mana pemimpin, viralkan untuk masing-masing tengok kecik atau gahnya rumah pemimpin ni dengan melihat google streeview tu. Baru tahu nanti siapa yang cakap besar dan menipu.

    ReplyDelete