Friday, 8 May 2015

THE PROMISED LAND : KUASA RAJA RAJA MELAYU DIPERLUKAN????

MAJLIS RAJA RAJA MELAYU PERLU BERTINDAK
DEMI MENYELAMATKAN MALAYSIA
DARI 'DIULIT BARAH'
MELAYU SELALU KENA TIPU
OLIH  ORANG POLITIK
                                              TERKUBOR ATAU DI KUBORKAN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sebelum saya meneruskan luahan hati ini pertama sekali saya ingiin mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor diatas 'upacara Pengmahkotaan' yang telah berlangsung  dibumi Johor. Walaupun saya berada dibumi Negeri Sembilan, namun, 'aura' 'Adat Istiadat' yang dilangsungkan hari itu  juga dirasai dibumi kami  Tahniah kepada Sultan Johor dan juga kepada seluruh rakyat Johor amnya.

Umumnya bumi negara Melayu ini bukanlah 'segagah' mana pun. Walaupun bumi ini dikata pernah melahirkan Pendekar dan Penglima Terhebat yang paling setia kepada 'Tuan' nya., namun diakhir penceritaannya, 'menghilang diri' adalah penutupnya. Begitulah 'kisah 'nya.


Kalau dahulu kuasa pemerintah terletak ditangan 'Raja-Raja' yang memerintah tetapi apabila bumi ini telah dijajah olih British maka semua 'perjalanan' ataupun 'cara pemerintahan' diubah sama sekali. Samada perkara ini dilakukan dengan 'suka rela' atau 'terpaksa' , hanya 'mereka' saja yang mengetahui, namun, kalau dikira dalam perkiraan 'perjalanan', ini adalah satu  'ketentuan' dari Yang Maha Esa.

Begitu juga dengan Negeri Perak, hanya beberapa hari lepas telah berlangsungnya Majlis Adat Istiadat Permahkotaan Sultan Perak Raja Nazrin, alhamdullilah, semuanya berjalan lancar 'seperti' 'kehendak Nya'.Tahniah Tuanku!!!

Nampaknya Raja Raja Melayu kini mula digantikan dengan 'raja-raja' berdarah muda, ini termasuklah Sultan Terengganu, Sultan Kelantan, Sultan Perak dan tidak lupa juga Sultan Johor namun dikalangan Sultan atau Raja yang memerintah yang dilihat telah melepasi umur 'tua' adalah Raja Perlis, Sultan Pahang, Sultan Kedah namun Yang Di Pertuan Negeri Sembilan bolihlah di kira 'pertengahan' dan tidak tergolong dari kumpulan ' Raja' yang telah berusia atau tua.

Dari apa yang dapat dilihat, Raja atau Sultan yang muda-muda  ini nampaknya amat berdisplin sekali. Terdapat juga dikalangan Raja yang muda ini amat 'lantang' dan 'vokal' didalam mempertahankan 'hak-hak' orang Melayu dan  bumiputra. Tetapi dikalangan Raja yang muda ini, dilihat Sultan Kelantan amat condorong 'jalan' Islam dalam  kehidupannya . Lagak dan tingaklaku serta budi perkerinya amat 'tinggi' nilainya disisi agama. Perjalanan yang berserdahana ini amat menarik sekali untuk di'perhatikan' dan diulit..

Namun apa yang ingin diperkatakan disini adalah satu saja, iaitu, dapatkah  Raja-Raja atau Sultan Sultan ini melindungi 'kepentingan dan ' orang Melayu' dari diporak perandakan olih 'kuasa politik'? Yang amat ketara sekarang ini adalah 'perbuatan' salah laku,'orang Politik' yang dilihat semakin hari semakin 'menekan' kehidupan dan keselesaan orang Melayu di negara ini tidak ketinggalan bangsa lain juga..

Tidakkah Sultan ataupun  Raja Raja melayu tidak melihat apa yang berlaku sekarang ini? Satu demi satu 'skandal' 'penyalah gunaan kuasa' telah berlaku,'Penyalah gunaan kuasa serta 'pengunaan kuasa veto'  digunakan olih Memanda Menteri aka  Perdana Menteri? Tidakkah Sultan Sultan atau Raja Raja Melayu mahupun Yang Di Pertuan Agong merasa gusar keatas apa yang berlaku terhadap ketirisan ekonomi sekarang ini? Serta tidak gusarkah baginda akan kemaslahatan orang Melayu dan peribumi sedang 'terancam' ketika ini? Atau adakah Sultan tiada kuasa untuk 'campurtangan' dalam kemelut ini?

                                       KABINET NAJIB WAJIB DIREHATKAN

                           Image result for FOTO KABINET NAJIB

                                         
Orang Melayu sebenarnya memerlukan Raja Rajanya 'untuk membela' nasib dan masa depan mereka kerana 'kuasa orang politik' dilihat semakin hari semakin menggila 'dalam 'meranapkan' masa depan negara serta mengikis  'khazanah kewangan ' negara ini? Apa yang dilihat 'kuasa veto' Memanda Menteri 'mengatasi segalanya'.

Tidak sedarkah  Sultan Sultan atau Raja Raja bahawa 'kegusaran' rakyat semakin hari semakin memuncak? Atau adakah Baginda mengizinkan kumpulan yang mempunyai ahli tidak melebihi 4 juta orang ini memporak-perandakan 'ekonomi' dan 'masa depan' negara rakyat  yang 23 juta ini? Atau adakah kumpulan yang mempunyai ahli 4 juta ini mempunyai 'immuniti' atau 'kebal'?

                             

Nampaknya rakyat yang 23 juta ini tiada pilihan lain,melainkan  berkehendakan agar Memanda Menteri aka Perdana Menteri serta seluruh anggota Kabiinetnya dilucutkan jawatan dan melakukan  'peralihan kuasa' .  Sebagai cadangan , semua kuasa politik dipangku olih 'Majlis Raja Raja' dan urusan pentadbiran Kerajaan di'amanahkan' kepada Ketua Setuausaha Negara, sementara menunggu perlantikan Ahli Baru Kabinet  dari kumpulan Barisan Nasional untuk  'memileh Kabinet Baru , semua  kuasa keselamatan dipertanggung-jawapkan kepada
 Tentera Di Raja dan dibantu olih Polis Di Raja.Malaysia.

                               Image result for skandal 1mdb

Tindakan ini adalah perlu bagi 'menjamin masa depan ' serta 'membersihkan' Kerajaan yang sedia ada agar 'rakyat' kembali selesa dan tidak berpecah belah.

                                Image result for skandal tabung haji

                   MAHYUDDIN JUGA RESAH DENGAN KEPINCANGAN CARA NAJIB
                             

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini secara terbuka mengkritik cara kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangani, dengan berkata isu itu sangat serius dan bakal menjadi parah. -

                              Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu hutang 1MDB merupakan faktor utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Mei, 2015.

"Saya tidak tahu apa nak cakap apa.

"Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Muhyiddin, merujuk bekas perdana menteri yang sejak kebelakangan ini mengasak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berkenaan 1MDB.

"Rakyat mahu tahu mengapa tidak ada seorang pun didakwa, mengapa lembaga 1MDB tidak dipecat, dan status CEO serta perdana menteri sebagai penasihat," kata Muhyiddin.

Tambahnya, perkara itu makin melarat dan bakal memberi kesan buruk bukan sahaja ke atas rakyat tetapi juga Umno.


                        June 2015  semakin menghampir

                         GEMPAR GEMPAR GEMPAR


                                                 TERKUBUR ATAU DI KUBORKAN

                                                 IKHLAS DARI ; CAHAYA AL MAJID



2 comments:

  1. gong telah dipaluuu tiba masanyakamu pula lawanjika tidak terus tidur lahkamuk hingga tkuborkamu akhirnya tulah rakyat bdaulatkuasayangbenar.subhanallah

    ReplyDelete
  2. mari kita semua baca ayat ni moga terbuka pintu segala kebajikan semua....
    Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimiin

    ameennn

    ReplyDelete