Bismillahirrahmanirrahim.
"KETETAPAN HANYA SATU "
TUMBANGKAN NAJIB DAN UMNO
Kalau semalam Annuar Musa hanya mensasarkan Lim Kit Siang dengan imbuhan Rm10,000 tetapi hari ini Annuar Musa merangkap Ketua Penerangan UMNO menaikkan lagi hadiah itu kepada RM50,000 untuk esei berkenan.
Dari apa yang dilihat ini adalah perancangan UMNO yang digerakkan olih Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO kerana kegagalan dalam mendepani dua kelibat ini.
UMNO mengharapkan agar penulis atau pencacai pencacai mereka menyertai 'misi memburukkan lawan" ini dengan memberi ganjaran yang lumayan kepada mereka.
Sebenarnya UMNO sedang melalui satu prasa iaitu ' hilang keyakinannya'.
Ketakutan dan keresahan yang dialami oleh semua pemimpin UMNO ketika ini amat kritikal .
Bukan saja Najib sedang senak malahan seluruh kebinet Barisan Nasional juga dalam keadaan nyawa nyawa ikan.
Walaupun pemimpin UMNO menganggap dua kalibat ini , seorang digelar 'rasis' dan 'anti Islam"!Dan seorang lagi sebagai ' nyanyuk" dan "gila kuasa" namun pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional gagal untuk menawan hati rakyat terhadap dakwaan mereka tetapi sebaliknya UMNO dan BN pula yang kecut perut apabila rakyat mula menerima dua kelibat ini dengan berlapang dada.
Dan ini merupakan usaha terakhir UMNO dan pemimpin mereka dalam cubaan untuk mengheret rakyat dalam kancah yang mereka sendiri korek.
Walauapapun usaha.yang cuba mereka ketengahkan namum rakyat bukanlah bodoh seperti yang mereka sangka. Cuma mungkin golongan yang selalu dekat dengan Cawangan cawangan kampung saja yang akan termakan dengan dongeng ini.
Sepatutnya perkataan rasis yang dilempar terhadap Lim Kit Siang itu sebenarnya tertusuk keatas batang tubuh mereka sendiri.
Cuba tengok parti DAP kini , keahliannya telah terbuka kepada semua bangsa .Ada Cina, India, Melayu dan lain lain bangsa tetapi UMNO , semuanya Melayu dan Bumiputra saja. Tidak kah ini rasis? atau bersifat perkauman???
Adakah DAP itu rasis atau UMNO sendiri yang rasis.
Berhubung dakwaan anti Islam pula. Siapa sebenarnya nya yang anti Islam??
Dah berapa ramai orang Melayu Islam ,Cina Muslim dan India Muslim yang menganggotai DAP tidak kah itu menandakan mereka bukan anti Islam?
Berbanding pula dengan UMNO , seluruh anggota atau ahlinya beragama Islam dan Melayu pula. Adakah mereka ini benar benar mengamalkan kehendak Islam??
Kalau benarlah mereka ini pro Islam kenapa rasuah, tipu, bohong, makan harta anak yatim, curi duit rakyat , tipu projek, salah guna kuasa dan bermacam macam yang bersalahan dengan tuntutan agama tetap mereka halalkan?
Tetapi kenapa golongan dalam parti UMNO ini tidak dipanggil anti Islam?
Adakah kerana mereka ini hanya mengaku diri nya Islam maka pengertiannya "anti Islam" tidak tercalit keatas batang tubuh mereka?
Begitu juga dengan panggilan ,'nyanyuk" dan "gila kuasa" telah dilabel kan kepada Dr Mahathir sedang-kan mereka tahu bahawa tujuan sebenar Dr Mahathir hanyalah untuk ,"menyahkan" Najib dari jawatan Perdana Menteri kerana salah guna kuasa dan rasuah.
Tetapi disebabkan olih "penyundalan politik" kerana kuasa dan jawatan yang diberikan Najib berserta imbuhan sekali maka, segala salah laku dan salah guna kuasa bukan lagi satu kesalahan malahan halal untuk.dilakukan.
Olih itu apa saja strategi yang dicuba untuk menjerat dua kelibat ini sama ada Lim Kit Siang mahupun Dr Mahathir, rakyat dah pun menetapkan hala tuju.
PRU 14 bakal menjadi igauan ngeri buat NAJIB UMNO dan BARISAN NASIONAL.
InshaAllah orang Melayu dan Islam akan memjadi lebih gah dan bermaruah selepas ini.
Allahhuakbbar. Allahhuakbbar.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment