Tuesday, 11 April 2017

THE PROMISED LAND: KAFIR DAN MONYET: MANA YANG LEBIH TERKESAN?

Bismillahirrahmanirrahim.

"TUDUHAN HJ JADI MAKAN DIRI"

Islam melarang umatnya melebelkan seseorang dengan panggilan yang tidak baik.

Semulia mulia makhluk adalah mereka yang menjaga lidah dan tutur kata nya dan jangan sampai menyakiti hati dan perasaan orang lain waima terhadap orang yang tidak sealiran dan seagama dengan kamu. Dan sentiasa lah mempamerkan peribadi yang mulia mengikut tuntutan Islam.

Hj Hadi pernah mengafirkan penentang politik nya dan cercaan ini juga dituduh kepada setiap ahli Pertubuhan UMNO. Dan bermacam macam lagi perkataan "busuk" yang terpancut dari mulut nya demi meluahkan kemarahannya terhadap musuh politik nya.

Pernahkah Hj Hadi memohon maaf diatas keterlanjuran kata kata beliau? Atau sememang yang dituduh itu adalah tunggul tunggul atau batu yang tidak bernyawa dan tidak  mempunyai perasaan.

Tetapi hari ini apa.yang pernah dilempar dan dihambur olih.Hj Hadi melantun balik kemuka nya.

Hanya diatas asbab RUU355 dan persengkokolan beliau dengan pemimpin dan ahli UMNO yang pernah dikafirkan dahulu , kini, akbar milik Taikoon MCA , melalui artikelnya mengambarkan dan melakarkan  bahawa tindakan Hj Hadi adalah seperti seekor monyet.

Peeergh..Melompat semua ahli PAS dan ponyokong,!!!

Haha..Baru tahu bagaimana rasa diri dihina dan dicaci..Mengugut bagai.. Hingga hilang iman sekejap.

Begitu lah rasa pedih nya perasaan orang lain apabila kamu menuduh orang Islam lain sebagai kafir..

Baru sikit Allah SWT tunjukkan kejahilan dan kebusukan dari kata kata kamu.. Meroyan satu pertubuhan..

Lain kali beringat jangan cakap ikut sedap mulut. Fikir dahulu sebelum bercakap.

Atau adakah kamu beranggapan bahawa imej Islam itu hanya pada pakaian jubah dan berkulit serban serta bermukadimah dalam bahasa Arab maka kamu berhak untuk menghukum orang lain,??

Ingatlah Cerminan luaran tidak menentukan kamu itu seorang yang baik. Selagi mulut kamu menghamburkan kata kata kasar dan jahat selagi itulah hati kamu tidak akan pernah suci dan bersih.

Beringatlah..Allah SWT menilai kamu melalui ,'hati"kamu.
Baik hati kamu..Baiklah yang akan diucapkan
Busuk hati kamu..Maka busuk juga lah ayat ayat kamu.

Pilih lah.mana.satu..Itu hak kamu.
Saya sekadar menegur.

           Cahaya Al Majid








No comments:

Post a Comment