Bismillahirrahmanirrahim.
JANGAN BERHARAP.
SEMUANYA AUTA.
Sekarang ini sibuk sana sini atau kecoh seluruh negara tentang isu RUU355 yang dibentang secara persendirian oleh Hj Hadi.
Beriya benar kedua pihak samaada PAS mahupun UMNO dalam menjuarai topik ini.
UMNO kata mereka tidak membantah dan membenarkan isu itu dibentang tetapi bagi PAS pula mereka meraikan kejayaan pembentangan ini seolah olah RUU 355 ini seakan akan telah diluluskan dan diterima oleh seluruh Ahli Parlimen tanpa perlu pembahasan.
Sebenarnya belum ada apa apa ketentuan lagi terhadap masa depan serta peluang RUU ini untuk diluluskan di Parlimen.
Dan apa yang dapat dilihat hanyalah peluang ataupun umpan buat PAS bagi mengaburi mata penyokongnya saja. Dan pada masa yang sama UMNO juga dapat menumpang menafaatnya dari pembentangan olih Hj Hadi ini agar rakan sekutu iaitu MCA , MIC Gerakan serta komponen-komponen diSabah dan Sarawak tidak terbeban sekali.
Baginilah...
Sekiranya Pemimpin UMNO dan PAS sememangnya meyakini bahawa hukum Allah SWT seperti yang difirmankan didalam Al Quran itu benar benar adil dan dapat memberi pengajaran kepada semua manusia samaada yang beragama Islam mahupun terhadap bukan Islam , apakata kerajaan mansuhkan saja undang undang sivil yang kita gunakan ketika ini.
Gantikan semua dengan undang undang Islam seperti mana yang kerajaan UMNO dan pimpinan PAS Fahmi. Dan buktikan kepada bukan Islam bahawa hukum Allah SWT yang ingin dilaksanakan ini sememangnya adil dan bermenafaat kepada semua.
Kita tidak mahu ambil setengah buang setengah seperti yang terpakainya kini. Kita mahukan semua manusia yang berpijak dan dinaungi olih Kerajaan ini terikat dengan hukum atau undang undang Islam saja.
Siapa pencuri siapa melacur siapa pembohong siapa penipu tanpa mengira agama wajib diadili mengikut syariat Islam.. dan undang undang ini tidak membatasi sesiapa saja walaupun yang berdaulat mahupun yang bergelar. Semua nya sama.
Inilah saja cara untuk kita lihat sejauhmana niat dan iltizam Kerajaan UMNO dan BN yang mengaku mengangkat Islam sebagai jalan perjuangan serta wadah dalam kehidupan dan menegakkan hukum Allah SWT dibumi.ini.
Beranikah UMNO dan PAS bergabung demi kemuliaan agama Islam seperti yang mereka laungkan??
Bagi mereka agama hanya lah barang dagangan bagi merampasnya harta perang.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment