Saturday 27 May 2017

THE PROMISED LAND: KETAKUTAN UMNO SEMAKIN MEMUNCAK

Bismillahirrahmanirrahim.

KEPERCAYAAN RAKYAT SEMAKIN SURAM
KEBENCIAN SESAMA BANGSA DAN ISU
KAUM DIULANG ULANG
RAKYAT SEMAKIN SUSAH
PERANGAI PEMIMPIN KERAJAAN
SEMAKIN MEMUALKAN

Semakin hari semakin menyesak kehidupan dibawah kerajaan Najib.

Bukan saja rakyat yang tersalai ,perniagaan bumiputra juga sedang mengelupor bahkan industri kecil golongan Melayu dan bumiputera juga terjejas sama.

Semuanya kerana harga.

Kini pendapatan kelompok peniaga bawahan ini amat terkesan sekali. Samaada peniaga dipasar malam, dievent event mahupun peniaga dipusat perniagaan, semuanya mengeluh
Mengeluh kerana orang kurang membeli dan ini menjejaskan sesuatu rantaian perniagaam tersebut.

Walaupun kini semakin ramai rakyat mencuba untuk berniaga kerana kesesakan kewangan keluarga namun apa yang diusahakan pula tidak memberikan pulangan , semuanya kerana faktor ekonomi masyarakat , maka apa kesudahan???

Yang tahan tetap teruskan tetapi yang kurang modal..tutup kedaila jawapan.nya.


Belum pernah kita sebagai rakyat Malaysia melalui prasa ekonomi yang seburuk ini. Harga barangan semakin meningkat, nilai matawang semakin merudum dibebankan lagi dengan cukai GST. Amat membebankan.

Apa yang berlaku ini adalah permulaan dari apa yang dicipta Najib dan kebinetnya dan keadaan lebih buruk sedang menunggu kita  dihadapan .

Dan apa yang berlaku ini, merupakan satu permulaaam kehancuran untuk rakyat negara ini .  Bukan saja Melayu malahan bangsa lain juga terjejas sama.

Kerana sikap pemimpin pemimpin Melayu Islam  berdiam diri dan menghalalkan kemungkaran samaada terhadap negara mahupun terhadap rakyat mahupun sifat berdiam diri para para Raja Raja mahupun Sultan dalam isu kemaslahatan umat Islam dan kepentingan agama, maka, tiada apa lagi yang dapat menahan untuk runtuh.

Sifat pemimpin Kerajaan yang  suka mencurah minyak mahupun menakut nakutkan rakyat dengan isu perkauman,isu keagamaan mahupun isu siapa lebih rasis amat dikesali.

Percikan api isu perkauman ini oleh Pemimpin Kerajaan tidak akan reda sampai bila.bila malahan apa yang dicetus kan bakal meledakkan lagi kekacauan jiwa dalam masyarakat.

Kalau persengketaan antara kaum yang ingin dicetuskan demi mengenggam kuasa nescaya usaha pemimpin Kerajaan kearah itu sudah semakin berjaya dan dekat. Hanya menunggu waktu dan ketika saja untuk meledak.

Inilah kejayaaan Kepimpinan Kerajaan dibawah Najib dan Kabinetnya. Dan inilah wajah wajah kehancuran Malaysia yang dimulakan olih Kerajaan pimpinan UMNO.
Keriangan dan pemilikan harta negara secara menyeluruh disorongkan kepada China Komunis demi menyelamatkan maruah Najib dan UMNO.

Kebanjiran rakyat China Komunis semakin ketara . Hanya melalui visa pelawat warga China Komunis BOLIH bergerak sesuka hati dibumi ini.

Inilah kehebatan pemikiran Presiden UMNO yang bernama Najib Razak.

                 Cahaya Al Majid








Friday 26 May 2017

THE PROMISED LAND: MELAYU JUGA YANG KABOR

Bismillahirrahmanirrahim.

TAK PAYAH SEMBANG LEBIH LAH

Terlebih dahulu diucapkan selamat berpuasa kepada semua pelayar. Walaupun minggu ini saya amat kurang menulis kerana kekangan masa namun pada malam bulan Ramadhan ini saya akan melontarkan sesuatu untuk dikongsikan bersama.

Minggu lepas Nik Abduh menyuruh Dr Mahathir bertaubat dan menghabiskan hayatnya ditikar sembahyang.

Tetapi tidakkan Nik Abduh sendiri menyedari bahawa beliau yang sepatutnya menyedarkan Presiden PAS dan seluruh ahli PAS untuk bertaubat?

Bertaubat dari melebelkan orang yang tidak sealiran dengan fahaman PAS yang selalu dituduh sesat? Bukan saja orang UMNO malah sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan pendirian PAS.

Begitu juga beliau dengan angkuhnya menyuruh orang lain terutama Dr Mahathir untuk menghabiskan hayat ditikar sembahyang. Peergh...Sedapnya mulut....

Kenapa Nik Abduh sendiri tiada keberanian untuk menyuruh Najib dan bala tenteranya untuk bertaubat dari melakukan kerosakkan terhadap kewangan negara .

Kerana keborosan serta keterlanjuran keluarga Najib sehinggakan anak tiri Najib sanggup menerbit filem separa lucah dan kenapa pelakuan ini tidak pula Nik Abduh berani untuk meminta Najib untuk bertaubat kerana kegagalan membimbing kejalan yang dituntut?

Kepada Nik Abduh mahupun kepada semua pemimpin PAS jangan lah cuba mendebik dada seolah olah hanya awak saja yang beriman dan mengikut lunas Islam. Jangan kerana serban dah melilit dikepala dan jubah labuh sedia menyapu bumi, awak dan Islam. Belum lagi....Baiiii.

Kalau setakat jadi jaguh dilaman sendiri dan belum ada kebaikan dapat disemai kepada orang yang ramai... Itu tanda nya..Ilmu belum cukup lagi Nik Abduh

Kalau setakat kokok berderai-derai nak buat apa bilamana ekor nya sendiri sedang bergelumang dengan taik.. apa barang!!! BEB...

Mahathir dah terbukti kejayaaan nya..
Tetapi Nik Abduh,??? Ada ke kejayaan yang nak dibanggakan..
Ada ke kejayaan Nik Aziz diperingkat dunia yang bolih di bangga kan olih anak anak Kelantan sendiri??

Amalan itu hak peribadi..Tak perlu tunjuk tunjuk dan tidak juga perlu diwar warkan..Biar hanya Allah SWT saja yang mengetahui.

                  Cahaya Al Majid








Monday 22 May 2017

THE PROMISED LAND: PESAN BERPESAN

Bismillahirrahmanirrahim.

MENANTI KEBERKATAN DALAM
KESUCIAN.

Maaf kepada pelawat kerana seminggu tidak ada post terbaru. Bukan kerana apa, cuma busy sedikit dengan perniagaan dan baru saja selesai . 6 hari berada di Kota Singapura , di Singapore Expo Hall.

Cuma ingin berpesan agar bermula lah dengan bermusabahan diri dan perbanyakkan bertaubat dan membersihkan hati dibulan Shaaban ini. Agar hati dan jiwa kita bersih sebersihnya apabila berada dibulan Ramadhan ini.

Inshaallah apabila zahir dan batin kita bersih , InshaAllah, segala amalan dibulan Ramadhan nanti tiada apa yang tergantung. Hanya keberkatan dari Allah SWT saja yang kita harapkan.

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

Amin.

                Cahaya Al Majid

Monday 15 May 2017

THE PROMISED LAND:

Bismillahirrahmanirrahim.

MEMBIDAS TETAPI TETAP BIDAS PKR

Manusia ini bila hidup mesti berpegang pada prinsip.  Prinsip inilah yang akan membentuk jati diri dan pegangan seseorang. Begitu juga dengan syarikat mahupun pertubuhan.

InshaAllah kalau seseorang itu berpegang kuat kepada prinsip ditambah dengan pegangan agama yang syumul ,maka, percayalah , perjalanan seorang itu pasti amat jelas untuk mencapai kejayaan.

Tetapi sayang seribu kali sayang, apabila tergadai nya prinsip maka berkecamuk lah perjalanan.

Kalau dahulu PAS sewaktu Allahyarham Nik Aziz menjadi Mursyidul Am PAS, segala halatuju dan prinsip PAS amat jelas dan terang dan amat mudah buat pengikut PAS disemua peringkat untuk menilai tetapi setelah ketiadaan Arwah Nik Aziz, prinsip yang telah diterapkan , semakin bercelaru. Semua ini gara gara tangan Presiden PAS iaitu Hj Hadi.

Ketetapan demi ketetapan telah dibuat, bukan saja disatu peringkat tetapi disemua peringkat namun semua ketetapan yang dibuat itu tidak bererti .

Dimuktamar PAS telah dinyatakan bahawa pendirian untuk tidak kerjasama dengan PKR dijelaskan secara terus terang tanpa berselindung.

Didewan Ulama juga telah memutuskan perkara yang sama tetapi keputusan lain pula yang terjadi apabila isu melibatkan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP diSelangor.

Dimana prinsip PAS mahupun prinsip kepimpinan tertinggi PAS. Apa sudah jadi??

Hari hari tanpa henti bukan saja diperingkat Presiden mahupun Timbalan Presiden tetapi disemua peringkat kepimpinan samaada sayap atau apa saja,semuanya berkata demi kelangsungan kuasa politik dan bukan berpegang pada prinsip lagi.

Tiga Exco Selangor dari PAS, masih lagi mahu berpayung dibawah Pakatan walaupun ketetapan PAS telah dihalilintarkan diseluruh negara namun jawatan dan punca kewangan dari Kerajaan Selangor tetap diharapkan.

Begitu lah nilai dan jati diri pemimpin PAS sekarang. Prinsip dan pegangan Parti bolih terpakai atau tertolak walaupun keputusan itu terpaksa membelakangkan keputusan tertinggi Parti.

Untuk itu tiada keperluan lagi untuk ahli PAS menyanjungi kepimpinan kerana apabila soal prinsip sudah tidak lagi dijadikan pegangan maka apa lagi yang perlu dipegang ataupun dicontohi.

Semuanya hanya untuk poket dan kekayaan dan bukan lagi perjuangan.

                Cahaya Al Majid




THE PROMISED LAND: : JANGAN BAGI NAJIB USIK...HANCUR SEMUA!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

       JANGAN JADI BUTA
NANTI TERGADAI SEMUA

Telah saya katakan dahulu bahawa apa saja yang Najib usik pasti "rosak".

Samaada Najib sedar atau buat buat tak sedar, semua itu tidak lagi penting.

Setelah 1MDB kaput dan menyebabkan hutang menggunung dan akan dibebankan kebahu rakyat untuk  memikulnya, tapi dengan muka selambanya menamatkan pula kontrak terhadap kontraktor utama bagi projek Bandar Malaysia pula.

Kalau dahulu Najib beriya iya mengatakan semuanya ok dan terkawal tetapi kini tidak terkawal pula.

Arul Kanda yang pernah diangkat ketika kes 1MDB memuncak dan melantik beliau sebagai ketua bagi mengetuai Projek Bandar Malaysia yang dicanang kini secara automatik tersingkir lah pulak.

Aaiiiil.. ada yang tak kena ke ....atau Arul dah terkena "game" olih Najib??

Kini Najib sekali lagi ke China . Sambil menyelam minum air kot!!!!

Katanya Najib dah jumpa pengganti atau Kontraktor atau investors utama untuk menyambung "nyawa Najib" bagi menyelamatkan projek Bandar Malaysia ini.

Perghhh....

Macam tukar baju je... bagi menyelamatkan "kapal yang nak karam ni'?!!!

Sedar atau tidak nilah rupanya..Apabila terlampau banyak keputusan yang hanya berpusat kepada Najib seorang...Maka..Haru semua benda.

Kalau tangan tu baik..Campak lah apa behih sekali pun kelautan pasti jadi pulau. Tetapi tidak pada Najib..Apabila tangannya terusik sekali... Maka balalah jawapannya.

Kalau rakyat Malaysia atau ahli UMNO tak nampak lagi..Memang patut lah gelaran "dedak" dilabelkan .

                  Cahaya Al Majid





Wednesday 10 May 2017

THE PROMISED LAND: JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI???

Bismillahirrahmanirrahim.

ZAHID HAMIDI DAN HISHAMUDDIN
BAKAL KEMPUNAN.

Setelah selesai muktamar 2 minggu lepas bermacam macam perkara baru timbul.

Dari pelucutan jawatan Iskandar atau digantikan dengan pendokong tegar Hj Haji diSelangor dan juga perubahan kedudukan beberapa orang kuat Hj Hadi, beliau menjangkakan bahawa cengkamannya diSelangor dan juga dinegeri lain diharap dapat memberi impak dan memberi gambaran sebenar wajah Hj Hadi.

Selepas kematian beberapa pemimpin tertinggi PAS  seperti  Allahyarham Nik Aziz dan juga Harun Din, serta mengenepikan Mustapha Ali maka, tiada watak lain selayak nya yang dapat menahan caturan Hj Hadi ini lagi.

Kalau dahulu watak Allahyarham Nik Aziz dan Allahyarham Haron Din amat menonjol dan berkarisma dalam PAS dan ini tidak memungkinkan Hj Hadi untuk mencatur halatuju PAS mengikut citarasa beliau tetapi kini adalah waktu keemasan dan terbaik untuk melakukan perubahan dan menonjolkan diri beliau .

Kalau dahulu Allahyarham Nik Aziz sememamgnya tidak akan sekali-kali berkompromi dengan UMNO atau BN tetapi malangnya amanat itu tidak diangkat olih Hj Hadi mahupun anaknya sendiri maka dengan itu amanat Nik Aziz  terkubur dan dilianglahadkan sekali dengan Tuannya.

Al Fatihah untuk Allahyarham.

Kini Hj Hadi amat Kamching dengan Najib. Dan ada dakwaan sana sini mengatakan bahawa RM90.juta dari Najib telah berpindah tangan kepada PAS.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi dakwaan untuk menyaman pihak.yang mendakwa PAS menerima RM90 juta masih jauh perjalanan.

Hj Haji mengaku bahawa PAS dan kumpulan nya adalah Blok Ketiga dan ini memberi signal bahawa pertembungan 3 penjuru adalah impian nya.

 Kenapa??

Perancangan PAS amat mudah dibaca. Hj Hadi menjangkakan bahawa kerusi UMNO atau BN pasti tergelincir atau merudum dibeberapa kawasan Parlimen.

Dengan mempertaruhkan 80 kerusi Parlimen yang yang ingin ditandingi dan menjangkakan bahawa pengundi akan menolak calon UMNO atau pun BN dan menjangkakan bahawa kelebihan akan berpihak kepada PAS maka dengan terkurangannya kerusi Parlimen UMNO atau BN maka dijangkakan kemenangan beberapa kerusi Parlimen oleh PAS, maka dengan  itu PAS akan dapat menampung kekurangan kerusi BN untuk membentuk kerajaan.

Maka disinilah letaknya harapan PAS atau Hj Hadi iaitu untuk menjadi sebahagian dari Kerajaan campuran iaitu antara BN dan PAS.

Oleh sebab itu apa yang kita lihat kebelakangan ini pemimpin UMNO dan PAS dilihat seakan akan bersetuju untuk kearah penyatuan itu demi kelangsungan kuasa dan harta rampasan.

Kerana memandang enteng terhadap keupayaan PPBM pimpinan Dr Mahathir yang bergabung dengan PKR , DAP dan Amanah , serta keegoan menggila Hj Hadi dalam mengimpikan jawatan Kabinet serta beribupejabatkan di Putrajaya , maka segala ucapan mengkafir serta mengenepikan amanat Nik.Aziz bukan lagi jadi isu.

Biawak hidup, kafir mahupun sesat bukan lagi halangan bagi Hj Hadi tetapi jawatan Timbalan Perdana Menteri mahupun Menteri Kanan dalam Kerajaan adalah angan-angan sebelum mata tertutup atau keluang lahad.

                   Cahaya Al Majid









Tuesday 9 May 2017

THE PROMISED LAND: ANTARA NAJIB DAN MAHATHIR :BHG II

Bismillahirrahmanirrahim.

MASIH NAK PERTAHANKAN
NAJIB???

Perbandingan ini umpama langit dan bumi. Antara putih dan hitam mahupun antara kaca dan permata. Itulah perbandinganya.

Dr Mahathir
22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Kejayaan yang dicipta bukan lah untuk diri nya tetapi sebaliknya adalah untuk seluruh rakyat Malaysia samaada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan mahupun semua kelompok masyarakat dinegara ini semua merasai .
Kejayaan mentransformasikan negara ini dari negara berasaskan pertanian ke perindustrian telah mencetuskan satu fenomena baru dinegara ASEAN.
Mentransformasi kan jalan jalan persekutuan serta menghubungkan negeri negeri dengan rangkaian lebuhraya dari utara hingga keselatan telah merancakkan lagi ekonomi bagi seluruh negara.
Pelaburan langsung luar dijemput menanam modal  dan diri kan kilang kilang.
Setiap negeri ada kawasan perindustrian yang naik untuk merancakkan ekonomi setempat dan peluang pekerjaan bertambah buat rakyat.
Sistem aliran ringan ,komuter dan ERL diujudkan untuk kemudahan pelancongan dan rakyat.
KLIA diujudkan begitu juga Pusat Pentadbiran Kerajaan dipusatkan di Putrajaya.
IPP dibangunkan untuk menampung kekurangan tenaga demi kelangsungan industri perkilangan dan pembangunan.
KLCC yang dicemuh olih Salleh Keruak dan Rahman Dahlan dari kem Najib sebenarnya menjadi tumpuan pelancong dari luar negara. Destinasi wajib dilawati.
Banyak lagi kalau mahu diuraikan satu persatu.

Benar memang benar dan tidak dinafikan terdapat beberapa syarikat atau konglomerat yang di bantu Kerajaan dari jadi muflis tetapi semua syarikat itu tetap beroperasi dan Kerajaan tidak membiarkanya muflis kerana peluang pekerjaan yang dijana semuanya diisi olih anak tempatan.
Contoh : Perwaja dan juga PROTON.
Tetapi kita jangan lupa ,dua syarikat ini menyumbang pekerjaan kepada anak anak tempatan dan cukai yang dipungut Kerajaan juga berbillion ringgit nilainya.

Tetapi diera Mahathir tiada syarikat milik negara dijual kepada negara luar. Tetapi diera Najib kini berderet deret projek tergadai dan dimiliki olih China Komunis.
Di zaman Mahathir tiada syarikat atau anak syarikat milik negara yang dibebankan dengan hutang yang perlu di bebankan kepada rakyat.

Tetapi berbeza dengan Najib, syarikat 1MDB yang di ilhamkan Najib dibebani dengan hutang dan hutang itu diserapkan kepada Kementerian Kewangan dimana kesudahannya rakyat adalah penanggung nya.

Dr Mahathir lebih percaya kepada penjawat awam dalam membangunkan dan mentadbir serta kemajuan negara tetapi Najib lebih percaya kepada Consultant yang dibayar berbillion tetapi akhirnya semuanya membebankan kewangan negara.Itulah standard NAJIB.

Pegawai Khas Mahathir tidak pernah kita kenali , yang kita tahu hanyalah Setia Usaha Politiknya saja itu pun kurang diberikan publisiti berbanding dengan Najib. Setiausaha Politik, Pegawai Khas atau siapa saja yang berpayung dibawah Najib semuanya sibuk kedepan tetapi yang tidak BOLIH tahan Pegawai Khas Rosmah pun menyibuk juga .

Itu yang membezakan negarawan yang berjuang dan berkhidmat untuk rakyat dan negara barbanding dengan Najib yang hanya mahu mempromosikan diri sendiri.

Mahathir dikenali dunia kerana mebangunkan negara dan negara asing kagum dengan pencapaian beliau . Tetapi tidak terhadap Najib, kerana ketololan beliau , negara ini digelar olih dunia sebagai Kerajaan KLEPTROKASI.

Kerana 1MDB , hutang yang terpaksa ditanggung Kerajaan mencanak kerangka RM50 billion.
Kerana 1MDB tanah sungai besi yang berbillion ringgit nilainya , terpaksa diserah pembangunan nya kepada China Komunis.
Kerana 1MDB negara terpalit dengan skandal pengubahan wang haram.
Kerana 1MDB Najib kaya RM2.6 billion
Kerana 1MDB Jho Low Arab 2 orang serta anak tiri Najib kaya melangit.
Kerana 1MDB ECRL dan HSR terpaksa di sorong kepada China Komunis.

Dan....Bermacam macam lagi..

Kepada pembaca..Nilailah sendiri...

                    Cahaya Al Majid


Monday 1 May 2017

THE PROMISED LAND : ANTARA NAJIB DAN MAHATHIR

Bismillahirrahmanirrahim.

Perbandingan pencapaian kasar antara Najib dan Mahathir.

SATU SATUNYA PERDANA MENTERI YANG
TIDAK BERANI BERHADAPAN DENGAN
MEDIA UNTUK SESI SOAL JAWAP.

Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia

Hutang negara : hampir 1 trillion
Nilai matawang : merudum rm4.3 berbanding USD1 dollar.
Nilai berbanding negara ASEAN : merudum dan lemah berbanding Nilai matawang ASEAN.
Harga barangan : melonjak atau barang naik.
Kos sara hidup: semakin tinggi berbanding pendapatan
Projek Mega Negara : tidak ditender tetapi diagih kepada satu negara ; China Komunis
Pasaran saham : merudum
Harta negara : dijual cara selindung
Maruah negara : tercemar ; KELEPETROKASI
Pengurusan: boros , tiris dan rasuah
Syarikat Milik negara :
Kepentingan mula terjual satu persatu
Untuk rakyat : subsidi ditarik, GST dikenakan, BRIM hanya untuk segelintir rakyat, biasiswa dipotong, kos rawatan hospital ditanggung rakyat atau pesakit sendiri.
Rumah untuk rakyat :  diatas tanah milik kediaman lama rakyat tetapi didirikan dengan jumlah yang banyak.
Tetapi Ditanah milik kerajaan sendiri Perumahan rakyat adalah jauh dari pusat bandaraya.

Malapetaka silih berganti
MH370 hilang , MH 17 ditembak jatuh Lahat Datu ditawan pengganas,
Syarikat utiliti atau IPP : dijual ke China Komunis.

Tergadai ke China Komunis:
Pinjaman tinggi dari China Komunis dan untuk kepentingan penguasaan kuasa maritim China Komunis dan darat

Infra :  Penyambungan LRT, Komuter, dan terkini MRT

Dalam Perancangan : speed train Singapore- KL , dan ECRL
Pembinaan pelabuhan baru
Kuntan, Melaka.

Penempatan tetap warga China Komunis
Kediaman Forest City Johor berstatus Free hold ATAU pegangan selama lamanya

Kalau dizaman Pak Lah pembinaan BLT adalah yang paling popular tetapi dizaman Najib UTC dan RTC adalah  Pencapaiannya.

Tetapi mercu tanda kejayaaan Najib yang diiktiraf dunia belum ada lagi kecuali skandal pembunuhan model Mongolia Altantuya Sharibuu kerana SCORPENE dan skandal  IMDB kerana pengubahan wang haram yang disiasat olih seluruh perbankkan utama dunia.
Dan kerana kehebatan itu Dua bank yang berpangkalan di Swiss ditutup di Singapura serta beberapa orang didakwa dan dijatuhkan hukuman.

Ini adalah diantara kejayaan yang dicanang oleh NAJIB serta Kerajaan BN  dari mula Najib memegang tampuk pemerintahan dari 2009.

Tetapi yang hebat dan yang terkesan adalah menghapuskan ISA dan penggenalan akta baru iaitu POTA dan SOSMA.

Dan yang paling disangsikan rakyat serta dipertikaikan dunia serta DOJ dan kemasukkan dana keakaun peribadi Najib adalah pemberian derma yang didakwa dari Raja Arab berjumlah RM2.6 billion atau USD 681 JUTA.

Kemasukkan atau money trail yang dipaparkan oleh berita dunia ada lah sebaliknya dan bukan dari Raja Arab.

Ini.cuma beberapa rantaian yang boleh ditakrifkan dan apa yang dilakukan oleh Najib aka Presiden UMNO mana kala untuk Dr Mahathir akan saya nukilan kan disambungan akan datang.

                 Cahaya Al Majid





THE PROMISED LAND: HJ HADI..PAS BUKAN KAKI GADUH TAPI...

Bismillahirrahmanirrahim.

JANGAN SAMPAI JADI LIDAH ULAR

Presiden PAS hari ini menafikan bahawa PAS bukanlah sebuah parti gaduh seperti yang didakwa. Siapa sebenarnya mendakwa PAS ni kaki gaduh??

Oh..tak benar lah citer tu..Heeeem ..Fitnah.. la tu..

Kata Presiden PAS  dahulu PAS pernah ditendang keluar  dari BN. Tak serik dengan itu ketika bersama Semangat 46 dahulu pun PAS ditendang sekali lagi dakwa Hj Hadi , sejarah berulang lagi sekali lagi ketika bersama Pakatan pun PAS disingkir juga.

Malang sungguh nasib PAS ni.. ashik ashik kena tendang saja..Walaupun PAS bukan sebuah Parti KAKI GADUH seperti yang didakwa Hj Hadi..

Tak kan kena tendang tanpa sebab kot!?!

Macam ni Hj Hadi..Kita terimalah kenyataan awak bahawa PAS bukan sebuah Parti KAKI GADUH tetapi pada hakikatnya apa yang disemburkan  melalui kata kata  atau ungkapan Pemimpin Pemimpin tertinggi PAS itu terlebih buruk dari pelabelan sebagai  ' kaki gaduh_.

Kata kata.caci nista dam fatwa menghukum orang lain  sebagai kafir dan sesat adalah terlebih berat dan buruk.  Membiawakkan orang lain dan " mentaikkan" orang lain dengan kata kata ,.Amatlah..Kurang ajar.

Kalau bagitulah sifatnya PAS  dari dahulu hingga sekarang..Patutlah kena tendang ..
memang patut pun.  Ini salah sendiri kerana tidak beramal dengan ilmu yang benar.

Bila berbicara dengan kata kata kesat yang tersembur deri lidah.yang lancang tanpa sempadan, macam mana nak didik orang lain untuk ikut agama awak.

Bukan reputasi Hj Hadi saja yang terjejas tetapi sebaliknya kesucian agama Islam dan ajaran  Rasulullah saw  serta seluruh umat Muhammad juga terheret sama.

Pernahkah Hj Hadi mahupun ahli PAS memikirkan nya.

Jangan jadi lidah ular..Sudahlah..

             Cahaya Al Majid