Monday 15 May 2017

THE PROMISED LAND:

Bismillahirrahmanirrahim.

MEMBIDAS TETAPI TETAP BIDAS PKR

Manusia ini bila hidup mesti berpegang pada prinsip.  Prinsip inilah yang akan membentuk jati diri dan pegangan seseorang. Begitu juga dengan syarikat mahupun pertubuhan.

InshaAllah kalau seseorang itu berpegang kuat kepada prinsip ditambah dengan pegangan agama yang syumul ,maka, percayalah , perjalanan seorang itu pasti amat jelas untuk mencapai kejayaan.

Tetapi sayang seribu kali sayang, apabila tergadai nya prinsip maka berkecamuk lah perjalanan.

Kalau dahulu PAS sewaktu Allahyarham Nik Aziz menjadi Mursyidul Am PAS, segala halatuju dan prinsip PAS amat jelas dan terang dan amat mudah buat pengikut PAS disemua peringkat untuk menilai tetapi setelah ketiadaan Arwah Nik Aziz, prinsip yang telah diterapkan , semakin bercelaru. Semua ini gara gara tangan Presiden PAS iaitu Hj Hadi.

Ketetapan demi ketetapan telah dibuat, bukan saja disatu peringkat tetapi disemua peringkat namun semua ketetapan yang dibuat itu tidak bererti .

Dimuktamar PAS telah dinyatakan bahawa pendirian untuk tidak kerjasama dengan PKR dijelaskan secara terus terang tanpa berselindung.

Didewan Ulama juga telah memutuskan perkara yang sama tetapi keputusan lain pula yang terjadi apabila isu melibatkan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP diSelangor.

Dimana prinsip PAS mahupun prinsip kepimpinan tertinggi PAS. Apa sudah jadi??

Hari hari tanpa henti bukan saja diperingkat Presiden mahupun Timbalan Presiden tetapi disemua peringkat kepimpinan samaada sayap atau apa saja,semuanya berkata demi kelangsungan kuasa politik dan bukan berpegang pada prinsip lagi.

Tiga Exco Selangor dari PAS, masih lagi mahu berpayung dibawah Pakatan walaupun ketetapan PAS telah dihalilintarkan diseluruh negara namun jawatan dan punca kewangan dari Kerajaan Selangor tetap diharapkan.

Begitu lah nilai dan jati diri pemimpin PAS sekarang. Prinsip dan pegangan Parti bolih terpakai atau tertolak walaupun keputusan itu terpaksa membelakangkan keputusan tertinggi Parti.

Untuk itu tiada keperluan lagi untuk ahli PAS menyanjungi kepimpinan kerana apabila soal prinsip sudah tidak lagi dijadikan pegangan maka apa lagi yang perlu dipegang ataupun dicontohi.

Semuanya hanya untuk poket dan kekayaan dan bukan lagi perjuangan.

                Cahaya Al Majid




1 comment: