Bismillahirrahmanirrahim.
Dari pemimpin UMNO hinggalah ke Presiden PAS, membodohkan rakyat serta menukar fakta tuduhan atau dakwaan DoJ dijadikan hujahan untuk membela salah-laku "perompak wang rakyat".
Akta Kesalahan Pengubahan wang haram atau Anti Money Laundering yang dikenakan terhadap " perompak dana 1MDB" yang dikesan di negara Uncle Sam serta beberapa lagi negara yang dikesan jenayahnya sudah pun dibuktikan di Singapura.
Beberapa individu yang terlibat secara langsung dalam " game plan" ini, yang telah disabitkan terhadap individu individu ini telah pun didapati bersalah dan dihukum mengikut undang-undang di Singapura. Tetapi " Grand Master"nya masih lagi belum diusik secara terangan .
Namun bayangan yang diberi dan digambarkan olih DoJ lebih bersifat kiasan iaitu menggunakan istilah MOI , MO2 Dan sebagainya.
Tetapi Rahman Dahlan secara terangan telah mengaku bahawa MOI Yang dikiaskan DoJ adalah Najib Razak , tetapi, sehingga kini penyataan Rahman Dahlan itu tidak disahkan olih DoJ. kenapa??
Inilah kebodohan Menteri yang dikutip dari Sabah ni.
Apabila Menteri Menteri Najib dan Presiden PAS mengatakan bahawa tindakan DoJ yang mahu menegakkan undang-undang negaranya dan dituduh pula olih Pembesar UMNO dan Hj.Hadi sebagai "mencampuri hal ehwal negara ini"olih DoJ atau pun Jabatan Keadilan USA, maka, kebebalan pembesar ini amatlah ketara.
Namun begitu DoJ belum lagi membalas atau menepis tuduhan berat itu.
Sebenarnya apa yang dicanang dan yang disergah pembesar UMNO dan Hj Hadi terhadap DoJ, memberi ruang yang lebih besar kepada DoJ mahupun intelligent mereka untuk menahan sesiapa yang terlibat pada bila bila masa dan tempat.
Inilah kealpaan hati yang Allah SWT berikan kepada pemimpin jahil ini.
Tunggu dan lihat, nama,gambar, masa dan jawatan masing-masing akan di paparkan olih DoJ. Hanya tunggu waktu dan ketika saja.
Kalau rakyat tak dapat buktikan kesalahan mereka tetapi keadailan dunia bakal memalukan mereka..
Tunggu!!!!
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment