Thursday 17 May 2018

THE PROMISED LAND: RENUNGAN RAMADHAN DAN KERAJAAN.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Alhamdulillah. Terima kasih Kerajaan Pakatan Harapan kerana melepaskan sekatan terhadap blog ini serta beberapa lagi blog kengkawan yang lain.

Bukan tujuan blog ini untuk "menyakitkan" hati sesiapa sebelum ini tetapi sekadar mahu menyadarkan pemimpin dan masyarakat tentang bertapa perlunya kita menjunjung Kebenaran Dan menentang KEBHATILAN yang dirasakan telah dilakukan olih segelintir pemimpin atasan Kerajaan terdahulu dimana tindakan yang  mereka lakukan telah membebankan seluruh kehidupan rakyat marhean yang " kais pagi makan petang" dan yang hidup dalam serba kekurangan itu.

Alhamdulillah.

Semoga dengan perubahan Kerajaan INI diharap Nasib Dan masa depan rakyat akan lebih terjamin dan selesa dan semoga tidak dibebankan dengan bermacam macam cukai mahupun kenaikan harga barangan mahupun penyelewengan.

Diharap dengan kemenangan yang dicapai ini tidak melalaikan pemimpin Dan Kerajaan dalam memperjuangkan kemaslahatan kehidupan rakyat semua.

Jadikan sepertimana kehendak Allah SWT bahawa Al Quran itu untuk semua manusia dan bukan untuk umat Islam saja tetapi melangkaui kepada semua bangsa didunia.

Inshaallah, sekiranya pemimpin Islam dapat "menyarungi " kehendak Allah SWT dan "beriman" dengan setiap "bait bait' kalimah Allah SWT itu, nescaya Allah SWT pasti melindungi Dan memberikan segala pentunjuk kepada yang memimpin.

Inshaallah, sekiranya pemimpin kita mendampingi Al Quran para setiap masa, inshaallah, kejayaan tetap bersama kita.

Amin.

Cahaya Al Majid.

2 comments:

  1. Sekatan itu tanda penghormatan kepada blog ini dalam memperjuangkan kebenaran.

    Salam Ramadhan, syabas dan tahniah kita berada dijalan yang benar.

    ReplyDelete