Monday 29 April 2019

THE PROMISED LAND: MELAYU 13 KERUSI HERET RAKYAT DERHAKA PADA RAJA!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

SELAGI ADA BANGSA MELAYU
SELAGI ITU RAJA TETAP BERTAKHTA
BILA PANJI PANJI ISTANA BERGABUNG
MAKA LAHIR LAH PANJI PANJI HITAM
BAGI MENAUNGI MELAYU DAN ISLAM.

Nampaknya kepimpinan PPBM yang diterajui Mahathir yang hanya menguasai 13 kerusi Parlimen  , cuba menunjuk garang terutama kepada Raja Raja Melayu terutama kepada penghuni Istana Johor.

Melalui isu statut Rom yang dikata akan dibatalkan retifikasinya olih Kerajaan Mahathir pada June nanti dengan ICC, kini dilihat segala ketumbukkan Pakatan Harapan samaada pemimpin politiknya, NGO naungan mereka serta ahli gabungan yang mendukong Pakatan Harapan beriya iya mahu agar retifikasi Statut Rom diteruskan.

Hanya melalui "usikan" TMJ berhubung keterlanjuran Menteri Luar melalui nasihat dari AG Tommy Thomas Negara, Kerajaan Malaysia telah secara menipu telah meretifikasi statut Rom dan isu ini saja yang dibangkitkan olih TMJ, tetapi sebaliknya Mahathir mengungkit pula perbuatan lama TMJ berbanding memperjelaskan isu yang dipertikaikan.

Rentetan dari itu kini semua pendukong Mahathir serta Pakatan Harapan mula "menyambung" kata kata akan tindakan Mahathir itu.

Kini isu pertelingkah tersebut sudah semakin panas dan hangat dipasaran..Dan tidak secara langsung "kegagalan" setahun Pakatan Harapan memerintah serta "mengambil " kredit projek ECRL yang ditandatangani dapat "disampingkan" dari didebat olih rakyat.

Itulah Mahathir.

Walaupun penyambungan semula projek ECRL dikata "menjimatkan" tetapi pada hakikatnya " semua wayang" demi menyelamatkan air muka sendiri.
Projek Bandar Malaysia dan TRX yang bernaung dibawah 1MDB yang dihentikan rejim Pakatan Harapan kerana didakwa bakal membengkrapkan Malayasia dengan hutang RM 30 billion , tetapi, kini Rejim Mahatahir mengesahkan pula bahawa kedua dua Projek dibawah 1MDB itu adalah projek yang berimpak tinggi dengan pulangan RM140 billion danRM40 billion.

Inilah balanya bila Mahathir berkiblatkan kepada kitab Sarawak Report atau berimamkan Clare Brown.
Habis satu MALAYA ditipu Mahathir gara gara terlampau taksub mahukan Kuasa.

Berbalik kepada "perang" isu Perlembagaan"  antara Mahathir dengan Raja Raja Melayu atau Majlis Raja Raja Melayu, kini, Tomny Thomas yang sepatutnya menjadi Penasihat Undang Undang kepada YDP Agong, kini berkongsi pentas dengan golongan yang "mempertikai" kedudukan Raja Raja Melayu, macam macam penghinaan dilemparkan terhadap institusi ini, terutama olih para penalis serta Syed Hussein...

Peergh...memang mereka mahu nyahkan Institusi Beraja ni...

Seperkara yang pemimpin pemimpin mesti ingat adalah bahawa Persekutuan negara.ini terbentuk kerana persetujuan Raja Raja Melayu untuk membentuk satu negara iaitu Malaysia atas kehendak Allah SWT.
"ALLAH SWT menentukan segalanya"
Kerajaan British yang didakwa Syed Hussein itu,adalah " asbab" yang perlu Syed Hussein singkap hijapnya..

Jangan herankan Mahathir, kerana dia dah dipenghujung.

Bangsa asing bertepuk tangan, bersorak sorei  dan mahukan agar semua ini dapat dilakukan dengan kadar segera kerana mereka berpendapat hanya Mahathir yang berani melawan Raja Raja Melayu untuk merubah atau melakar jalan baru buat orang bukan Melayu.
Itu yang mereka nantikan.

Tetapi telahan bukan Melayu yang mengharapkan agar perkara ini berlaku sebenarnya tersasar jauh...

Yakinlah ..selagi ada bintang dan mahahari dibumi.ini selagi itulah Institusi Beraja Melayu yang diterajui olih YDP Agong  akan kekal ujud dinegara ini..walaupun akan ada lahir 2 Mahathir lagi..

Cahaya Al Majid.







Saturday 20 April 2019

THE PROMISED LAND: MAHATHIR MENGELINCIRKAN MALAYSIA.

Bismillahhirrahmannirrahim.

EKONOMI DAH MULA
MENGELINCIR!!!!

Telah saya janjikan dahulu iaitu sebelum PRK 14, bahawasenya sekiranya Mahathir tidak meletakkan Islam dan Bangsa Melayu dilandasan sebenar, inshaallah, segala apa yang beliau cuba lakukan pasti membawa kemudharatan besar kepada negara dan beliau bakal menghadapi berbagai bagai kesukaran serta kesulitan.

Kegagalan, kemusnahan dan kemeruduman serta "segala kebangkitan" adalah jawapan kepada semua tindaktanduk beliau.

Keberkatan dan kerahmatan untuk negara tidak lagi menyebelahi pada diri beliau.

Kata kata riak  sombong dan mengaibkan orang lain serta ulangan kata kata fitnah mula diratip setiap haridibibir Mahathir tanpa batas

Allahhuakbar!!!

Allah SWT Maha adil dan Maha Mengatur.

Kini setelah hampir 11 bulan Mahathir memerintah melalui Pakatan Harapan, segala kos sara hidup serta harga barangan keperluan tetap melambung naik walaupun cukai GST yang diasak Mahathir dan Pakatan Harapan sebagai elemen kenaikan harga barangan dizaman Najib.
Namun dengan strategi menggantikan cukai SST yang dikata bolih  menurunkan harga barangan olih Pakatan Harapan, nampaknya, semuanya hanyalah "ilusi" atau " alat tipuan" beliau terhadap rakyat.

Dengan menjanjikan semua masaalah kewangan negara dibawah kerajaan terdahulu yang dituduh "mencanakkan" hutang negara yang telah melepasi RM 1 Trillion akan dapat dipulihkan dengan mudah dan tuntas, seperti yang didakwa olih Rapizi dan Tian Chua sebelum PRU 14, rupa rupanya  semua itu adalah TEMBERANG" belaka.

Apa yang pasti dan apa yang berlaku hanyalah dalam "mimpi" Pakatan Harapan saja dan "mimpi hutang 1 Trillion"  tersebut pula telah disahkan "benar" pula olih Mahathir serta Pakatan Harapan  dan bukannya Bank dunia.

Mana pelabur tak lari!!!! Gila....

Apa yang dituduh itu semuanya adalah fitnah dan temberang dan "ke"malu" an penipuan dan fitnah kini terpercik kemuka Mahathir tetapi Mahathir mana ada rasa malu.

Kini "mimpi hutang 1 Trilion" yang Mahathir  dan Pakatan Harapan " zikirkan setiap hari" kini telah direalisasikan olih Yang Maha Esa.
Kini zikirkan Mahathir telah dimakbulkan Allah SWT.
Amin.....

Dari hutang.sebenar kerajaan hanya setakat Rm685 billion sebelum PRU 14, tetapi tak sampai 10 bulan Mahathir dan Pakatan Harapan telah berjaya menaikkan lagi hutang negara keparas melebihi RM750 billion dan itu tak termasuk dana yang diambil dari Petronas sebanyak RM80 billion serta pinjaman dari Samurai.
Peergh....

Kini Mahathir dan rejimnya mula mengelincirkan ekonomi negara kejurang dan lembah yang amat menakutkan.

Tidak ada satu pun keadaan yang stabil kini.
Semuanya merudum.
Dari nilai matawang, bursa saham sehinggalah harga komoditi seperti sawit dan harga getah semuanya merudum
Tak cukup dengan itu, kepercayaan penaraf kewangan serta bond antatabangsapun dan mula mencurigai keupayaan kerajaan Mahathir dan Pakatam Harapan.
Menurunkan penarafan rating Bond serta menyingkirkan negara dari kelompok Russell Index amat membimbang masa depan negara kini.

Kini Mahathir dan Pakatan cuba mengimbangi "statement " melampaunya dahulu dengan pengistiharan penyambungan semula peojek mega ECRL serta Bandar Malaysia .
Mahathir kena ingat, projek ECRL dan Peojek Bandar Malaysia itu hanya bakal dikaut olih konglomerat China saja.
Pelabur luar  seperti Jepun, Korea serta Singapura dan serta pelabur pelabur Eropah pasti "makan hati"  dengan keputusan ini , dan ini bakal memberi impak negative kepada mereka.
Untuk itu kemeruduman ekonomi pasti berlaku terhadap negara.

Kepada MAHATHIR dan Pakatan Harapan, semuanya sudah terlanjur dan sudah terlewat.
Kerosakkan telah berlaku..tunggu saja lah..bala...

Cahaya Al Majid.

P/s  : Kepada rakyat perbanyakkanlah menyimpan matawang asing dalam simpanan peribadi demi melindungi diri dari tenggelam ditelan arus  kemerudumam Ringgit dipasaran.
Dan keadaan ini, inshaallah bakal berlaku.




Friday 12 April 2019

THE PROMISED LAND : TAHNIAH!!! SELANGKAH KEPERSADA PRESIDEN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Inshaallah.
Esok Tok Mat akan melangkahkan kakinya ke kumpulan elit Melayu UMNO bagi merencanakan perjalanan baru buat Barisan Nasional sekali gus merencanakan "jalan baru" buat UMNO dan kemenangan ini bakal menyenakkan hati dan jantung gerombolan Pakatan Harapan.

Bukan saja Mahathir dari PPBM akan tersentak malahan Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Guan Eng dari DAP bakal terkesima dengan keputusan PRK Rantau.

Kini , tembelang dan temberang Pakatan Harapan semakin terserlah. Ketidakupayaan mereka  menyelesaikan kesenakkan kehidupan rakyat masa kini semakin meresahkan semua kaum.

Ketidaktentuan ekonomi, kemeruduman nilai mata wang, merudumnya bursa saham serta meningkatnya harga barang keperluan telah menyebabkan rakyat hilang hormat terutama kepada Mahathir dan Pakatan Harapan serta gerombolannya kerana janji janji kosong mereka.

Dengan " mengongong" 1MDB kehulu dan kehilir buat umpanan kepada rakyat, ternyata kini, hutang yang dijaja kepada rakyat melebihi RM50 billion rupa rupanya hanya setakat Rm35 billion. Dan ini membuktikan bahawa harta atau pemilikan  sebenar 1MDB melebihi dari dari hutang yang dijaja.

Cahaya yang dijanjikan Mahathir dan Pakatan Harapan untuk rakyat tidak kelihatan dihujung terowong rupanya.

Walaupun rakyat diangankan bahawa akan ada cahaya  yang dikata akan berada dihujung terowong yang rakyat berpusu pusu didalamnya, rupa rupanya  kegelapan dan kepanasan didalam terowong itu, tanpa diduga " bau hancing kencing" mula menyesakkan rakyat yang terkepung dalam terowong tersebut.

Kini rakyat terpaksa menghidu dan menghirup udara hancing kencing yang diteteskan pemimpin Pakatan Harapan disepanjang terowong tersebut..hahahaha..

Berbalik kepada cerita To Mat, inshaallah, esok.beliau bakal menang bergaya..
Nama beliau telah " dipahat" buat merintis jalan baru bagi orang orang Melayu.

Inshaallah...

Cahaya Al Majid.