Wednesday, 30 October 2019

THE PROMISED LAND : AKHIR ZAMAN BHG 2

Bismillahhirrahmannirrahim.

NYATA ATAU KHILAF

Hari ini rata rata seluruh penganut agama yang berpaksikan kepada Adam sehingga kepada keturunan Nabi Ibrahim amat bersemangat untuk menunggu "penyelamat" agama masing masing bagi mengesahkan akan kebenaran akan kata kata yang terisi dalam kitab masing masing

Yang beribukan kepada Sarah dan Hajar iaitu Nabi Isyak dan Nabi Ismail , anak.cucu mereka telah mewariskan agama yang dianuti  mereka iaitu Agama Yahudi dianuti olih bani Israel, Kristian diujudkan atas " penyaliban" Jesus serta Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.

Ketiga tiga agama besar yang berbapakan kepada Nabi Ibrahim as , penganut penganutnya meyakini akan datangnnya " penyelamat" untuk agama mereka diakhirzaman yang dizahirkan samaada dalam kitab mahupun dalam Hadith ataupun fahaman dari ketua ketua Agama.

Dan mereka juga yakin akan tibanya hari hari kehancuran dunia ini, melalui tanda tanda kedatangan samaada sebagai " Messiah"buat
Bani Israel, anak Tuhan atau Jesus Anak Mariam untuk Kaum Nasrani atau Al Mahdi untuk umat Islam mahupun Nabi Isa Anak Mariam untuk kemaalahatan bagi seluruh bangsa manusia yang berbilang agama dan kepercayaan.

Tetapi buat agama Hindu mahupun Buddha, tidak kedengaran pula penganut mereka bersiap sedia untuk menunggu siapa  si  "penyelamat" yang mereka harus tunggu.

Tetapi yang.banyak kita dengar, kebanyakkan dari penganut agama penyembah berhala atau batu ini, kebanyakkan dari mereka akan bertukar agama atau kepercayaan.
Kebanyakkan dari mereka ini bertukar agama samaada memilih Islam mahupun Kristian sebagai agama anutan.

Bagi Bani Israel yang menganut agama Yahudi mempercayai bahawa "Messiah" nya bakal memakmurkan dunia serta bakal memertabatkan Bangsa Israel sebagai Bangsa Pilihan dan menghapuskan kepercayaan agama lain dan menafikan keberadaan Kristian mahupun Islam.

Kristian pula menyakini bahawa turunnya Jesus Christ, adalah untuk mengesahkan bahawa Jesus adalah Anak Tuhan seperti yang mereka yakini dan meyakini bahawa sememangnya Jesus yang disalib.
Disamping itu mereka meyakini bahawa Jesus.bakal membaptis semua umat dunia kepada Kristian dan menafikan agama Yahudi dan Islam.

Berbeza buat umat Islam pula, mereka meyakini bahawa Al Mahdi akan datang untuk mengetuai bala tentera yang dipanggil Tentera Panji Panji Hitam yang bakal memerangi tentera AdDajjal kerana umat Islam meyakini bahawa fahaman bawaan Ad Dajjal telah membalikkan kepercayaan umat Islam serta Ad Dajjal melakukan banyak kemusnahan samadaa terhadap dunia, manusia mahupun "kepercayaan" terhadap Tuhan Yang Esa dan tindakan Ad Dajjal dan memperlekehkan kepercayaan orang lain terutama Kristian yang mempercayau bahawa Tuhan ada Anak dan Tuhan itu diperanakkan.
Malahan Ad Dajjal sedia memperlekehkan agama Islam melalui tindak tanduknya yang Dajjak sendiri bertentangan dengan fitrah dirinya.

Dan umat Islam juga meyakini bahawa Nabi Isa anak Maryam bakal membenarkan agama Islam bawaan Nabi Muhammad saw sepertimana sabda Baginda dahulu bahawa kedatanganya hanyalah untuk membenarkan kitab Musa iaitu Taurat tetapi akhirnya Baginda difitnah dan dijatuhkan hukuman olih pemerintah Herod atas dorongan Rahib Yahudi.

Bersambung..

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment