Bismillahhirrahmannirrahim.
HUTANG NEGARA HAMPIR RM900 Billion
Harta negara sudah terjual
Harta Tabung Haji dah terjual
Ringgit merudum
Saham merudum
MASIH MENGHARAPKAN MAHATHIR
Dan Geng Anwar untuk menyelamatkan
Negara????
Alhamdullilah, dalam beberapa hari lagi ulangtahun kelahiran saya dibulan Islam iaitu Rejab bakal datang. Alhamdullilah, kelahiran saya adalah di malam Israa dan Mikraj.
Allahhuakbar.
Terima kasih Allah SWT kerana diri ini ditentukan olih Allah SWT untuk dilahirkan pada hari dan tarikh yang diingati olih seluruh umat Islam iaitu hari terjadinya peristiwa Israa dan Mikraj dan semoga perjalanan dan perjuangan diri ini diberkati olih Allah SWT iaitu Tuhan Yang Maha Esa Dan Yang Maha Mengetahui.
Ă€min.
Negara sekarang sedang dilanda krisis.
Apa yang dapat ditakrif dan dilihat mahupun dirasakan kini semua ini adalah demi kepentingan diri mahupun kepentingan naungan kelompok politik masing masing berbanding kepentingan kemaslahatan umat Islam dan bangsa Melayu.
Alasan adalah kerana masadepan negara. Kononnya.
Kerajaan Pakatan Harapan yang terbina atas hemburan kata kata "penipuan" dan janji janji palsu ini, kesudahannya "gugur dan hancur" akibat dari "pengkhianatan" dari kelompok sendiri.
Segala.janji dan taruhan yang dihamparkan kepada rakyat, semuanya bohong belaka.
Tetapi yang menyedihkan , ketika kelompok ini memegang kuasa, bukan saja agama Islam dan orang Melayu saja diperlekehkan, malahan, Raja Raja Melayu dan harta umat Islam banyak yang telah tergadai dan itu tidak termasuk harta pemilikan negara diluar negara yang juga sudah dijual.
Menyedihkan!!!
Kini dikala ekonomi negara sedang nazak , nilai matawang sedang merudum dan pasaran saham sedang tergelincir ditambah dengan bertapuk nya hutang negara gara gara kepincangan kerajaan pemerintah dalam mengurus ekonomi,negara dilacurkan dengan permainan "pecah sokongan" atau " siapa lebih berkuasa" "Kau atau aku' olih pemimpin dalam Pakatan Harapan.
Adakah mereka ini manusia yang bertanggung jawap? Diatas segala kerosakkan' yang telah berlaku?
Tuding menuding sesama mereka, kini,.dipertontonkan kepada rakyat.
Yang seorang meletak jawatan Dan menyerah kepada YDPA untuk menguruskan "kerosakkan' yang Pakatan mereka telah lakukan bukan saja terhadap kerajaan yang mereka pimpin malahan kerosakkan' terlebih Besar telah mereka lakukan terhadap negara ini.
Apa yang dapat dirasakan " kerosakkan'" terhadap ekonomi amatlah serious dan membimbangkan.
Semua ini terjadi kerana mereka yang bukan ahlinya atau yang berkebolehan diberikan jawatan yang tidak sepatutnya.
Jawatan yang diagihkan bukanlah kerana atas meritnya dan kehebatan akadamiknya tetapi kerana berjaya dalam pengsubahatan dan pembohongan yang berjaya direalisasi dan ditanam keotak rakyat.
Itulah ganjarannya.
Kini selepas 2 tahun,semuanya terburai. Kegagalan demi kegagalan terjelma. Terserlah keburukkan satu persatu Keburukkan demi keburukan terhambur dipermukaan sehingga tak tertutup.lagi.
Akhirnya..semua meletup dan terlondeh.
Apa lagi cara nak menutup kegagalan?
Pecah kapallah jalan terbaik.
Masing masing akan disibukkan dengan telahan Dan strategi.. tetapi..kegagalan kepada kantong negara akan dipersalahkan terhadap situasi dunia seperti Corona mahupun perang dagang China/US bagi menyelamatkan tengkok pemimpin Parti pemerintah.
Cahaya Al Majid.
THE PROMISED LAND :
ReplyDeleteMASIH MENGHARAPKAN MAHATHIR DAN ANWAR???
GAMES OF THRONES BAKAL BERAKHIR....
...................................
BUMI REMBAU SEDANG BERGEGAR........
SABARLAH MENANTI..