Wednesday, 26 February 2020

THE PROMISED LAND :SIAPA KENA SUMPAH MELAYU???

Bismillahhirrahmannirrahim.

MAHATHIR DAN ANWAR TERKANDAS.


Ketika dipersada kuasa, suara rakyat, luahan rakyat,penderitaan rakyat,kesusahan rakyat yang rata ratanya mengeluh dalam keresahan yang majoritinya orang Melayu Islam , kerap dipandang sepi dan tidak diperdulikan.

Apa kata Mahathir, Melayu ini pemalas dan tak mahu berusaha,  hanya sekadar MENGHARAPKAN subsidi. Itulah tanggapan dan pandangan Mahathir terhadap Melayu.

Waima Mahathir mahupun Melayu dari Pakatan Harapan semuanya "berlagak" seolah olah mereka saja yang betul atau rakyat tiada pilihan  melainkan rakyat terpaksa  mengikut telunjuk mereka saja.

Seolah olah puak pemerintah ini tidak pernah melakukan kesalahan atau khilaf melainkan semuanya maksum saja.

Sepanjang pemerintah 2 tahun dibawah Mahathir yang telah tertinggal kapal melebihi 13 tahun, merasakan dirinya MASIH hebat atau berkuku diangkat sebagai PM tetapi melalui kelompok yang bukan aliran lamanya iaitu BN atau UMNO mengumpankan dan berhajat untuk memulihkan ekonomi negara.

Tetapi apa terjadi bila berkuasa,kemampanan Dan kemakmuran ekonomi yang tersedia dilingkupkan Dan harta negara dijual satu persatu. Hutaang yang tersedia Hanya setakat RM686 billion Naik melangit keparas RM900 billion iaitu peningkatan melebihi RM250 billion dalam Masa Tak sampai 24 bulan.

Temberang ,bohong Dan tipu adakah kata kuncinya olih Mahathir Dan Geng Pakatan Harapan.

Apa yang dijunjung semuanya berpaksikan kepada fitnah bahawa hutang negara telah melampaui jumlah Rm1 Trillion, maka, gerombolan Mahathir berserta musuh politiknya yang berpuluh tahun telah dijadikan rakan sepakat untuk menjahanamkan keutuhan negara Dan ekonomi umat Islam tanpa beliau disedari. Samaada beliau sengaja atau sengaja tidak mahu ambil tahu, semua itu terjadi didepan mata.

Itulah Geng Pakatan Harapan yang telah menjanjikan bulan dan bintang dan yang dimomokkan olih Mahathir apabila berjaya berkuasa.

Apa yang penting hanyalah kuasa dan mereka berjaya berkuasa keatas negara.

Kini semua perancangan Mahathir untuk  terus berkuasa dibumi ini terungkai dan berkecai dan harapan serpihan Pakatan Harapan iaitu Keadilan, DAP Dan Amanah yang selama ini berjuang untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai PM8 yang berkiblatkan kepada DAP atau Non Muslim kini dijulang sebagai Perdana Menteri mereka.

Ini yang dinamakan kifarah atau SUMPAH makan diri.
Mahathir nak silang jadi PM seterusnya tersekat Dan Anwar yang menggila nak jadi PM dari 1998 pun terkandas.

Apa yang bakal terjadi, inshaallah, Parlimen bakal dibubarkan Dan PRU 15 bakal diadakan.

Inshaallah, bumi bertuah ini bakal memberi pengajaran kepada mereka yang gagal mengangkat Islam samaada Mahathir, Anwar Ibrahim mahupun Mat Sabu.

Inshaallah...

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment