Tuesday, 10 March 2020

THE PROMISED LAND : KERAJAAN MUHYIDDIN WAL HASIL BALIK ASAL.

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH UMNO DAN PAS ATAU
MUFAKAT NASIONAL YANG DITINTA EMAS
TERLUNGKUP. DENGAN JAWATAN??

Siapakah diantaranya yang berada dikabinet Mahathir yang kini tetap berada dikabinet Muhyiddin . Mereka mereka inilah yang menghalalkan penjualan aset atau khazanah negara yang berbillion Dollar nilainya.

Mereka ini juga telah bersetuju dengan Mahathir dengan menambah hutang melalui Bond Panda dan Bond Samurai serta penjarahan dana Petronas berjumlah RM80 Billion.
Tidakkah mereka mereka ini juga yang menjadi sebahagian dari konspirator yang menjahanamkan ekonomi negara?

Nilai yang terjana dari pengkhianatan ini berjumlah melebihi RM300 billion dalam Masa 21 bulan.

Jadi siapa yang mahu mengangkat 'penjarahan" ini.

Adakah pemimpin UMNO dan PAS  yang terlantik sebagai Menteri diKabinet Muhyiddin, berani, untuk mendedahkan kebenaran diatas penjualan harta serta isu penambahan hutang negara yang berlaku diera 21 bulan Mahathir memerintah?

Kalau sebelum ini  pemimpin UMNO dan PAS telah bergabung dalam mengangkat isu penambahan hutang serta penjualan harta negara olih Mahathir dimana Bersatu selaku Ketua dalam Pakatan Harapan, dan setelah menjadi kroni parti Bersatu dalam kabinet "Bersatu Muhyiddin' adakah pemimpin UMNO Dan PAS  akan menjual "diri' mereka demi jawatan atau adakah pemimpin ini akan mendahulukan kepentingan harta rakyat dan Negara demi sebuah kebenaran?

Kini rakyat sedang memerhati sejauh mana laungan pemimpin pemimpin ini dalam mencari kebenaran seperti mana Mahathir dari Bersatu dan Kerajaan Pakatan Harapan di bawah Mahathir yang mencari kesalahan Kerajaan terdahulu.

Jerat tidak pernah melupakan pelanduk tetapi pelanduklah yang selalu lupa pada jerat.

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment