Bismillahhirrahmannirrahim.
Wahai UMNO !!!
Jangan biarkan OKT jadi
penentu hala tuju perjuangan anda.
OKT selalunya kalau dijadikan Ketua maka
kepentingan diri sendiri adalah perjuanganya.
Tak kiralah ,kumpulan ganster ke,group ayahanda ke, Ahli politik ke, waima, sesiapa pun, kalau ada peluang nak meloloskan diri dari pertuduhan, terutama kesalahan jenayah,tiada siapa yang akan 'melepaskan' peluang.,
Tambah tambah mereka yang berjawatan tinggi dalam perkumpulan.
Menggadaikan pegangan diri demi "peluang meloloskan diri" dari sabitan jenayah adalah peluang yang dicitakan.
Zahid Hamidi adalah salah seorang OKT berjawatan tinggi dalam politik. Beliau merupakan President parti pertubuhan UMNO yang jawatan tersebut diserahkan secara rela olih Najib kepada beliau ketika BN kecundang kuasa pada PRU 14.
Walaupun dalam pemilihan PAU yang lalu beliau mengalahkan dua lagi calon UMNO iaitu Tku Razaligh Hamzah dan KJ, namun ketika itu beliau belum lagi berjawatan OKT.
Tetapi kini semua itu sudah berubah.
Zahid Hamidi adalah OKT yang sedang berhadapan.dengan lebih 80 pertuduhan jenayah keatas diri nya.yang.kini sedang berulang alik naik Mahkamah.
Adakah selayaknya seorang OKT yang berhadapan dengan tuduhan jenayah diberikan keutamaan dan kepercayaan untuk mengemudi sebuah pertubuhan yang mempunyai keahlian seramai lebih 3 juta orang.
Walaupun beliau belum lagi didapati bersalah namun intergriti dan maruah beliau bagi mengetuai sesebuah pertubuhan itu sebenarnya terheret sekali dengan tuduhan yang dihadapinya.
Disini lah maruah 3 juta Ahli pertubuhan UMNO diperlekehkan kerana berketuakan seorang OKT.
Dalam rancangan untuk 'demand" bagi mengimbangi kuasa dalam Perikatan Nasional yang terbentuk kini, untuk mengharap kelebihan amatlah sedikit atau bakal diremehkan rakan.
Dan itulah yang berlaku dan sedang ditelan UMNO.kini.
Jualbeli kepentingan diri pasti berlaku dan keutamaan "melepaskan diri' adalah ajenda dan harga yang perlu dibayar untuk meringankan kesalahan OKT.ini, adalah kedudukan UMNO keseluruhan.
Itu lah yang terjadi kini, dimana, ramai pemimpin UMNO sudah mula BERKOKOK sana sini, melesang.. keputusan Muhyiddin.
Kalau penyamun dijadikan tukang tawar menawar kuasa, maka, yang terjual adalah mereka yang disamun maruahnya.
Penyamun bersama Penyamun
Maka
Menyamun adalah.ajendanya?!?
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment