Bismillahhirrahmannirrahim.
JARAKKAN DIRI DARI
PEKERJA WARGA ASING
Alhamdullilah.
Nampaknya cluster terbesar yang telah menjadi ancaman terhadap kemaslahatan rakyat akhirnya berjaya dibendung walaupun tidak 100 peratus namun memadai dengan pengurangan setakat ini.
Tahniah kaki tangan Kementerian Kesihatan Malaysia!!!yang bertungkus lumus siang dan malam bersengkang mata demi menyelamatkan nyawa rakyat dan negara .
Kini dari dapatan yang dikeluarkan, jangkitan melalui penularan covid 19 melalui warganegara telah dapat dibendung dengan kadar yang baik sekali.
Tetapi apa yang membimbangkan negara kini, adalah penularan covid 19 melalui pekerja pekerja warga negara asing yang berada dimerata tempat.
Status yang dikeluarkan kini, warga negara asing adalah kelompok baru yang didapati ramai yang positive covid 19,dan jumlah mereka semakin meningkat dari hari ke hari.
Kini terdapat ribuan pekerja pekerja asing yang berkerja dan bekeliaran diserata pelusuk negara.
Samaada mereka bekarja di kilang, pasaraya mahupun dipremis premis perniagaan , yang secara langsung berurusan dangan orang ramai, keadaan ini dilihat amat membimbangkan dan perlu dipantau mahupun dibentras dengan segera.
Kini rakyat terpaksa pula berhadapan risiko dijangkiti Covid 19 melalui pekerja asing yang berkerja disemua sektor.
Sektor yang paling ketara dan paling ramai rakyat terpaksa berhadapan setiap hari adalah dipasaraya seperti Mydin mahupun di NSK.
Pasaraya kecil lain.juga tidak terkecuali kerana mereka.juga mengaji pekerja warganegara' asing dari berbagai negara.
Warganegara asing yang berkerja sebagai sekuriti atau Jaga juga perlu dipantau kini.
Keadaan mereka yang sering mengelilingi diri rakyat kini amat menakutkan kerana TERDEDAH dengan jangkitan COVID 19 sekiranya kelompok ini tidak disaring.
Untuk itu disarankan agar Kerajaan.tidak melengah lengahkan masa dari memburu pekerja warga asing ini demi kemaslahatan rakyat dan keselamatan negara.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment