Tuesday, 27 October 2020

THE PROMISED LAND: UMNO HILANG MUKA KERANA ZAHID!!!

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Selagi UMNO berpresidenkan Zahid Hamidi, selagi itu lah stigma "korup" akan melekat pada pertubuhan UMNO.

Cuba perhatikan! 

Sudah berapa banyak pemimpin Tertinggi UMNO suka mengeluarkan statement yang tidak sealiran dengan Presidennya.

Ku Li, Nazri Aziz, Tok Mat, Fuad Zakashi malahan Khalid Nordin dan beberapa lagi pemimpin UMNO yang vokal, menampakkan ketidak hormatkan terhadap Prrsiden mereka. 

Banyak isu yang berbangkit sebelum ini pun ramai yang mempertikaikan keputusan Zahid Hamidi.

Isu yang paling win dan yang paling ketara adalah di PRN Sabah. Kelembapan "otak' Zahid dalam merangka strategi dan meleraikan calon di PRN Sabah dimana kesalahan percaturan olih Presiden UMNO amat ketara sehingga cadangan UMNO diketepikan atau berjaya disilang olih Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali yang hanya berstatus "rakan intim" bagi Muhyiddin.

Kalau strategi dalam PRN Sabah,Zahid Hamidi pun kecundang ditangan Hamzah Zainuddin dan Azmin, apa lagi yang hendak dibanggakan olih orang UMNO lagi terhadap Presiden nya! Inilah nak menghadap PRU.

Zahid Hamidi yang tidak mempunyai "kashaf politik' , seeloknya diturunkan demi kesinambungan politik UMNO. 

Adanya Zahid pun tidak menambah dan tiadanya Zahid pun tidak bercicah,maka,seeloknya joloklah buah busuk itu sampai jatuh,demi menyelamatkan buah yang lain dari serangan serangga mahupun ditebuk tupai atau dimakan beruk.

Walaupun ramai yang mendambarkan Najib.Razak untuk memulihkan sokongan terhadap UMNO tetapi Zahid Hamidi sudah berjaya menyelusup masuk dicelah ketiak Najib dan akhirnya.dua watak ini dicop sebagai bandut olih rakyat.

Kini apa saja yang diungkapkan samaada olih Zahid mahupun Najib semuanya sudah berstatus sampah dimata masyarakat. 

Nilai kata kata mereka berdua sudah hilang status bukan saja pada pendengaran rakyat yang ramai malahan umat UMNO pun sudah mula menyampah.

Selagi UMNO mengangkat Zahid Hamidi sebagai Presiden selagi itulah UMNO akan dipijak pijak olih lawan.

Watak Annuar Musa dan Hishamamuddin perlu diperhatikan kerana kemudharatan yang dibawa mereka terlebih besar dan berisiko, kerana rahsia besar UMNO mudah disalurkan kepihak lawan.

Kepada UMNO dan pendukong..fikirlah.. Inshaallah..PRN 15 semakin dekat..

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment