Bismillahhirrahmannirrahim.
Anak kecil kalau tak dengar kata, bolih kita rotan.
Hari itu kemain lagi Muhyiddin berkata "nak rotan siapa yang tak dengar arahan Kerajaan,perihal sop Covid.
Dah kematu jari jemari menaip untuk mengingatkan Ahli Politik ni terutama yang memegang jawatan PM.
Dari zaman' Najib lagi!
Dah banyak saya tuliskan bahawa Najib dan BN bakal kecundang dalam PRU 14 sampai blog ini di block oleh Kerajaan Najib.
Tetapi kerana sikap sombong dan angkuh kepimpinan UMNO dan BN masa tu..merudum juga kuasa.seperti yang dituliskan.
Dituliskan juga akan terjadi dalam PRU 14 parti minoriti akan menjadi Ketua.gabungan dalam Kerajaan.
Nah!!!Terbukti juga bahawa parti 13 Kerusi PPBM jadi Ketua kepada parti yang menang banyak kerusi.
Masuk era Mahathir dan PH 22 bulan, sama juga..
Dah saya tuliskan bahawa tolong angkat Raja Raja Melayu dan dijaga Agama Islam agar tidak diperlekehkan..apa Mahathir buat??
ICERD mahu dipersetujui. Islam tidak dibenteng secukupnya. Orang Melayu diperlekehkan. Hal tuliskan jawi pun tak mampu dipertahankan. Raja Melayu pun disideline kan.
Dah saya peringatkan seawal 2019 sekiranya Mahathir gagal mengekang rakan PH nya dalam mencucuk' isu yang disebut diatas, nyawa Kerajaan Mahathir tak akan bertahan selama 24 bulan.
Alhamdullilah dalam.masa.19.bulan.saja Kerajaan Mahathir iaitu Gabungan PH dijatuhkan sendiri olih Mahathir.
Alhamdullilah, semuanya terjadi semahunya.
Kali inipun serupa juga.
Dah saya tulis, GEMPAR 24 Oktober.
Apa terjadi.. Muhyiddin dibutakan "mata dan hati" mengikut saja kehendak "melaun" untuk menyembahkan 'darurat" kepada YDP Agong.
Kerana keromah Tanah bumi Melayu ini, dimana Raja Raja Melayu telah"diberikan hak sementara" untuk dijagai, maka, mengelupur Muhyiddin dan gerombolanya apabila menerima berita bahawa keinginan niat kelompok beliau ditolak olih Raja Raja Melayu.
Adakah Muhyiddin masih mahu bersilat dan meneruskan 'niat'nya??
Persidangan UMNO semalam juga telah membuktikan apa yang saya tuliskan. Tiada keputusan atau istilah meninggalkan PN buat masa ini. Malahan tarikh 30 Oktober saya kata adalah Hari terakhir untuk Muhyiddin membuat keputusan.
Telah saya nyatakan kalau nak selamat dan terus menjadi PM sehingga PRU 15,maka,lakukanlah seperti yang disebutkan.
Jika Muhyiddin tetap mahu meneruskan juga apa yang difikirkannya, inshaallah, Muhyiddin hanya akan berjaya sekerat jalan.
Fikirkan lah...
Sekadar berkongsi apa yang saya ketahui.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment