Friday 21 July 2017

THE PROMISED LAND: INILAH NEGARAKU MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau dahulu negara ini dipandang tinggi dan disegani oleh negara negara barat dan Timur Tengah mahupun dikalangan negara negara ketiga yang baru membangun tetapi kini tidak lagi...

Semuanya berubah sekelip mata  bilamana Tun Abdullah menggantikan Dr Mahathir yang meletak jawatan kerana menjangka Pak Lah akan menurut apa yang telah dirancang demi untuk depan rakyat dan negara.

Tetapi apabila kuasa berada ditangan Pak Lah, bukan Pak Lah yang mentadbir negara,  tetapi " budak budak Tingkat Empat" yang diketuai olih KJ menantu beliau pula yang berkuasa dan akhirnya dengan kekuatan seluruh kepimpinan UMNO serta seluruh barisan kabinet Pak Lah yang berkuasa termasuk bekas Mantan On iaitu Dr Mahathir , maka, Pak Lah terpaksa letak jawatan dan kuasa pentadbiran diserahkan ke tangan Najib tanpa pemilihan dari Perhimpunan UMNO.

Ingatkan selepas Pak Lah yang digantikan dengan Najib Razak , kita merasakan keadaan akan jadi baik tetapi sebaliknya
pemerintahan negara menjadi lebih buruk dan teruk. Itulah nasib negara ku.

Inilah sejarah negara yang ditabir olih parti UMNO yang bertunjangkan orang Melayu selama 60 tahun.

Dari Raja yang berbangsa Melayu, Perdana Menteri Melayu, ahli Kabinet Kerajaan pun majoriti Melayu dan ditambah dengan 90 Persen penjawat Awam berbangsa Melayu, yang semuanya beragama Islam dan beriman dengan Al Quran, tetapi, menyalahh guna kuasa, rasuah, menipu, membohong, mencuri, pecah amanah , arak judi dan zina serta menghalalkan kemungkaran dikalangan Pemimpin dan penjawat awam semua nya tutup mata mahupun bersubahat.

Kini keadaaan negara bertambah buruk , dengan memuncaknya hutang luar negara, merudum nya nilai mata wang, susutnya simpanan luar negara, terhakis nya kepercayaan pelabur luar melainkan negara China Komunis, tercalarnya maruah dan Integriti kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa olih Pemerintah, pemimpin tertinggi negara atau MO1 dituduh terlibat dalam skandal "pengubahan wang haram" serta skandal skandal sampingan seperti "Scorpene" yang melibatkan kepada pembunuhan model Mongolia iaitu Altantuya, semua nya memalitkan imej buruk kepada negara.

Kes.perundangan tentang " money laundering" melibatkan MOI Dan rakan rakan strategik keluarga Najib , mula dibicarakan dibeberapa buah negara dan di Singapura' " pegawai bank"  yang terlibat didapati bersalah dan dipenjara. Semua ini merosakkan imej negara.

Tak cukup dengan itu bekas AG Gani Patail yang merangka kertas tuduhan terhadap PM Dan 1MDB direhatkan dan dipendekkan tempoh perkhidmatan dengan alasan ' sakit" . Dan bermacam macam lagi.

Yang membuat laporan polis terhadap salah.guna.kuasa pemimpin dan pemerintah  di tahan dan dituduh dibawah akta.yang tidak sepatutnya.

Inilah  kezaliman pemerintah yang terang terang menggunakan undang undang untuk menegakkan kebhatilan dan kemungkaran mereka.

Namun atas apa yang berlaku dibumi bukan lah atas kehendak Allah SWT, kerana Allah SWT telah memberi kita pilihan. Pilihan ditangan kita samaada untuk berubah ataupun tidak.

Neraka atau syurga itu adalah pilihan .

               Cahaya Al Majid








No comments:

Post a Comment