Bismillahirrahmanirrahim.
KEBHATILAN WAJIB DINYAHKAN
SAMAADA MAHATHIR MAHUPUN NAJIB
WAJIB MEMPERJELASKAN
RAKYAT NAK TAHU SEJAUH MANA KEBENARAN TUDUHAN MAHATHIR DAN SEJAUH MANA KEBENARAN KATA KATA NAJIB.
"NOTHING TO HIDE'
Mahathir menjemput Najib Razak dalam debat" Nothing to Hide" bagi menyelesaikan isu yang berbangkit samada kesalahan Mahathir seperti yang didakwa Najib mahupun dari kalangan pemimpin pemimpin UMNO ataupun olih seluruh ahli Parti UMNO tentang salah laku yang didakwa ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri yang diantaranya Perwaja, PROTON atau apa saja projek terdahulu termasuk isu kerugian Forex dan sebaliknya begitu juga dengan segala dakwaan yang menuduh atau mendakwa Najib tentang salah guna kuasa.
Segala dakwaan" berhubung penyelewengan yang didakwa dilakukan olih Najib selaku Perdana Menteri termasuklah 1MDB, dana 2.6 billion dan 40 juta, dana dari 1MDB yang masuk keakaun Jho Low, Dana yang masuk ke Red Granit syarikat anak tiri Najib, perjumpaan atas kapal mewah dengan dua 'ekor" Arab yang menyundal ratusan juta dana 1MDB serta rasuah "Scorpene" yang baru dibuktikan ada kick back kepada Razak Baginda dan bermacam macam lagi. Tak lupa diamond merah jambu yang bernilai RM100 juta tu.
Hari ni Ismail Sabri nyatakan bahawa dizaman MAHATHIR terdapat banyak isu rasuah mahupun penyelewengan berlaku dan diantaranya ada disebut diatas.
Dakwaan akan tinggal dakwaan dan tuduhan hanya tinggal tuduhan yang menyakitkan hati , oleh itu adalah keperluan untuk Najib, seperti yang dituduh Mahathir sebagai penyangak dan penipu serta pembohong rakyat dan juga Parlimen wajib menyahut cabaran Mahathir.
Bak kata Ismail Sabri, PERWAJA lah Proton lah dan banyak lagi yang didakwa Ismail Sabri sebagai banyak penipuan , so apa tunggu lagi, sahutlah cabaran Mahathir untuk acara " noting to hide' .
JANGAN berdalih seribu alasan.
Kalau benarlah seperti yang didakwa bahawa dizaman UMNO pimpinan MAHATHIR lebih memudaratkan negara berbanding UMNO dibawah pimpinan Najib, nah,.Inilah peluang keemasan yang diberikan Mahathir untuk Presiden UMNO untuk menafikan apa yang dituduh.
Bukan Mahathir saja yang menuduh bahkan rakyat negara ini juga merasakan perkara yang serupa dan yang memburukkan lagi satu dunia dah cop pemerintahan BN dan UMNO ini adalah kerajaan KLEPTROKASI.
Kalau benarlah Najib dan UMNO pimpinan nya beriman dengan Al Quran dan Muhammad saw ADALAH Rasul junjunganya , maka, menyatakan kebenaran dan menafikan kebhatilan , maka, kebenaran perlu dibuktikan.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment