Bismillahhirrahmannirrahim.
Benar.
Sememangnya Mahathir adalah "watak' terakhir yang dinanti bagi membenàrkan peristiwa pelengkapkan bagi kedatangan atau permulaan kepada peristiwa yang terlebih besar yang bakal berlaku.
Kalau sebelum ini saya tuliskan bahawa Kerajaan Mahathir hanya akan bertahan tidak melampaui 3 tahun, alhamdullilah, tak sampai pun 24 bulan dan Kerajaan pimpinan Mahathir pun dah merudum atau runtuh.
Walaupun terdapat andaian bahawa peristiwa panji panji hitam akan diserahkan kepada 'pemegang yang empunya diri' seperti yang diyakini olih beberapa pengkaji dan penyaksub Mahathir bahawa peristiwa itu bakal dilakukan olih Mahathir dan kepercayaan bahawa Mahathir akan memenangi semua "peperangan' di Prang Besar atau Puterjaya yang tetap unggul dan kekal sebagai Perdana Menteri, nampaknya hujah itu semua, adalah mainan iblis belaka Dan Mahathir sememangnya ditakdirkan terhempas ketika dikemuncak kuasa.
Kepercayaan dan keyakinan saya tentang siapa Mahathir dan kenapa Mahathir, semua adalah jelas seperti apa yang telah saya"gambarkan' sebelum ini.
Walauapapun tahniah dan terima kasih kepada Mahathir kerana telah dijadikan "asbab" kepada kejadian yang bakal umat Melayu dan Islam lalui di negara ini.
Semoga Allah SWT mengampuni Mahathir seperti mana Allah SWT mengampuni dan memilih 'Judas Escatiot" dalam menyerupakan wajahnya seiras Al Masih Isa PuteraMariam, dan akhirnya Judas mati diatas kayu penyaliban dan begitu jugalah yang akan berakhirnya nya Mahathir.
Allah Maha Besar Maha Pengatur
Inshaallah nantikanlah kejadian kejadian besar yang bakal berlaku diserata dunia dan dah bermula sedikit demi sedikit dan bakal menjadi besar tak berapa lama lagi.
Dari peristiwa yang dikata tak masuk akal dan peristiwa peristiwa yang akan dipertikaikan olih orang bukan Islam dan juga segelintir Umat Islam yang masih samar hati dan meraguinya akan kejadiannya , bakal menyerubungi kehidupan manusia yang menggoyahkan keimanan.
Tentang kemana arahnya Kerajaan Muhyiddin semuanya bakal terjawap.
Sekiranya Islam yang dikata dijunjung dan diangkat serta dijadikan keadilan yang ditujukan kepada kepentingan Islam dan Rakyat dan tidak mendahului kepentingan diri dan kroni inshaallah, beliau akan berjaya tetapi sekiranya ajenda beliau bukan atas nama keikhlasan dan hanya melebihkan kepentingan diri untuk berkuasa dan menjadikan orang lain sebagai 'bidak" untuk terus berkuasa, inshaallah, perjalanan diri beliau bakal terhenti ditengah jalan.
Bagi yang mahu mengambil iktibar, jadilah manusia yang terbaik untuk diri sendiri demi melindungi orang yang tersayang.
Kepada Mahathir ..tiada apa.lagi dihadapan.kamu..bahagian kamu dah selesai.
Yang bakal mendatang adalah kepastian dari Allah SWT Dan itulah yang ditunggu..
Inshaallah.
Cerminan terbaik adalah diri kamu sendiri sekiranya kamu beriman dengan setiap ayat ayat Allah SWT iaitu Al Qur'an. Dan jika dalam keluruhan diri dalam berkehidupan, Dan jika sunnah dijadikan pakaian yang membaluti sahsiah diri, inshaallah ,keikhlasan akan terbentuk secara semulajadi.
Cahaya Al Majid.
Kerajaan MY skan tertahan hanya 2 bulan. There is no Islam in politic hanya greed and party.Desas desus Umno want new election to be in control.
ReplyDeleteSalamullah...Ya sgt bersetuju..takat inilah Tun M.Allah gerakkan hati utk letak jawatan!Maka berakhirlah kerajaan fitnah!
ReplyDelete