Bismillahhirrahmannirrahim.
STRATEGI YANG MENGENA.
SATU BUAH..MAKAN KELILING!!
Bersandarkan kepada 11 Ahli Parlimen Bersatu berserta 10 orang Ahli Parlimen PKR yang telah menyertai Bersatu berserta dokongan beberapa Ahli Ahli Parlimen UMNO yang telah melompat keBersatu,maka, strategy melemahkan Mufakat Nasional bakal menjadi kenyataan.
Walaupun pengkhianat dari UMNO ini menyokong Mahathir ketika Mahathir menjadi PM Pakatan Harapan namun tiada seorang pun dilantik kejawatan Menteri.
Melalui "langkah Sheraton" yang telah direalisasikan olih Muhyiddin berserta beberapa orang Ahli Parlimen PKR,Bersatu berserta UMNO Dan PAS, maka, Penubuhan Parikatan Nasional dapat direalisasikan.
Kini percaturan mereka telah berjaya Dan menjadi kenyataan kini.
Bersandarkan kepada perseteruan antara Mahathir Dan Muhyiddin, kini Mufakat Nasional yang dianggotai olih gabungan UMNO Dan PAS serta rakan BN, kini, tengah disilap matakan olih Muhyiddin Dan Azmin bagi mengelabukan mata mangsanya."
Mahathir Muhyiddin Dan Azmin tahu akan keterdesakkan President UMNO Zahid Hamidi Serta beberapa kerat lagi pemimpin UMNO yang sedang di dakwa di Mahkamah.
Strategi menghulur tali ketika dalam kelemasan telah dilakukan olih Muhyiddin dan Azmin terhadap mereka melalui Hishamuddin.
Segala janji janji manis yang mengena telah dilakukan terhadap Zahid walaupun memangsakan UMNO namun untuk "berkeras" dan mengikut kehendak bukanlah tawaran.
Sengaja beralasan bahawa DAP adalah ancaman utama terhadap Mahathir Dan igauan bahawa Anwar akan jadi PM seterusnya, maka, keghairahan memuncak dikalangan mereka..
Terlalai atau tergopoh dalam meneropong jawatan yang terhidang didepan mata, maka, keghairahan diri bakal merudumkan apa yang dicitakan iaitu Mufakat Nasional
Kini Bersatu telah menguatkan cengkamnya.
Mengubur dan melemahkan Mufakat Nasional adalah ajendanya bagi merealisasikan ajenda untuk Azmin menjadi Perdana Menteri Dan Mukhriz sebagai Timbalan PM selepas Muhyiddin mengundur diri dengan alasan kesihatan.
UMNO dan PAS adalah perkakas atau buah bidak bagi Bersatu untuk bersorak kegembiraan kerana UMNO Dan PAS bukan lagi ancaman, kerana telah dijadikan 'kucing belaan' untuk menghiburkan hati tuan rumah.
Cahaya Al Majid.
This govt will last 2 months. Come May Unmo will vote of confidence initiate by PH.Unmo want to claim the seats from frogs to Bersatu thru election. PKR wants to claim seat fron Azmin and co. PAs want seats from Amanah. Bersatu will leftwith few diehard seats and will be dead when theygo on the own.Umno want to be dominent and calling shots
ReplyDelete