SYUKUR ALLAH SWT MELEPASKAN BELITAN HINDRAFF UMNO DAN BN JANGAN PERASAN PELUANG DIBERI UNTUK BERUBAH TAK SANGGUP BERUBAH, TUNGGULAN MASA UNTUK DIUBAH!!!! |
kurang cerdik . Mereka hanya pandai berkata-kata. Apa yang dikata
sebenarnya hendak menyedapkan hati. pendengar saja. Tetapi nak buat
macam mana, manusia lebih suka mendengar kata-kata pembohongan
berbanding kebenaran.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Berbakul-bakul saranan dan bantahan dari para blogger yang ditujukan kepada Najib kerana melantik Ketua Hindraff atau Genster India sebagai Timbalan Menteri. Bantahan itu bukan kerana iri hati dengan Wyrthamoorty tetapi diatas sifat beliau yang suka 'membakar hati kaum India yang sememangnya 'anti Kerajaan' atau kepimpinan Melayu UMNO, dengan menaja kelompok ini untuk 'merusuh' atau ' berdemo' untuk kepentingan dirinyanya yang membuatkan para blogger 'menghentam' Najib atau Perdana Menteri.
Berbekalkan 'hasad dengki' atau 'iri hati' dengan pencapaian bangsa lain seperti Melayu dan Cina dan kaum-kaum lain berbanding pencapaian yang didakwa sedikit terhadap kaum mereka maka, sentimen 'meminggirkan kaum India' atau 'tidak membela kaum India' dijadikan alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Berbagai tomahan dan cacian dibuat keatas Melayu dan UMNO tanpa melihat kebaikan Kerajaan BN pimpinan UMNO yang telah banyak bertungkus lumus membantu kaum mereka berbanding pemimin bangsa mereka sendiri.
Kegagalan parti kaum mereka iaitu MIC yang didakwa gagal membela nasib bangsa mereka telah dijadikan 'alasan' untuk menuding dan mencemuh pula Pemimpin Melayu atau UMNO ketika ini. Melalui lidah beracun dua beradik ini iaitu Wyrthamoorty dan abang nya yang didalam penjara, maka, hati-hati India yang sememangnya 'menunggu peluang' menyertai Hindraff atas\dasar 'bangsa' walaupun setengah dari mereka adalah dari kumpuan yang 'kaya raya' dan 'berkedudukan'. Itulah yang terjadi.
Kelemahan Najib pula, apabila 'terkedu' dengan 'salakan Hindraff' ini, membuatkan beliau 'kelam kabut' atu 'tidak tentu arah' sehinggakan 'mainan Tengku Adnan' yang dilihat 'sanggup bersengkokol' dengan Genster Hindraff untuk 'melayan' permintaan yang bukan-bukan., diberikan gambaran kepada Najib bahawa Hindraff 'sanggup berubah' sekiranya beberapa permintaan atau tuntutan mereka dipenuhi.
Berdialog dengan 'Ganster' semestinya permintaan yang diutarakan sememangnya tidak masuk akal, namun, diatas 'putar belit kata-kata' dua manusia ini iaitu Wyrthamoorty dan Tengku Adnan maka Najib yang 'berpunasihatkan' 'magkok hayun' berstandard longkang, mengumumkan bersetuju untuk membuat 'MOU". dan sekali gus melantik Ganster Hindraff yang berkelayakan 'Lawyer' sebagai 'senator' dan terus dilantik sebagai Timbalan Menteri. Tanpa merujuk kepada MIC mahupun IPF atau kumpulan Politik Arus perdana kaum India, Najib menerima Hindraff sebagai 'rakan' BN. Itulah kesilapan 'terbesar' Najib dalam pentadbiran.
Kalau dilihat dari MOU yang ditandatangani antara Kerajaan BN dan Hindraff 'banyak' ruang kebodohan yang menjerat Kerajaan BN . Kemungkinan bait-bait prasa yang digunakan kemungkinan yang berlainan maksud antara yang tersurat dan tersirat, yang difahamai olih kedua-dua pihak telah 'mengagalkan' MOU ini. Walauapapun..sebelum BN terjebat lebih jauh dengan permainan 'ganster' ini, alhamdullilah, Wyrthamoorty dengan 'memaksa diri' terpaksa 'melepaskan jawatan' tanpa paksaan. Sebenarnya, inilah yang terbaik buat Kerajaan.
Pujian dipanjatkan kepada Allah SWT kerana memelihara pemimpin Melayu dari 'termasuk kelubuk jerangkap samar' yang dipasang dikiri dan kanan jalan UMNO. Terima kasih Allah SWT. Inipun pemimpin Melayu UMNO tidak nampak????? Alangkah butanya mata dan hati mereka!!!!
Kalau beginilah jalan dan caranya Pemimpin Melayu UMNO dan BN bertindak, maka, hayat UMNO semakin dekat kealam 'barzakh'. Nantikan lah...
Kepada Najib dan saf kepimpinan UMNO dan BN, sekiranya tiada 'pemulihan' jati diri Bangsa Melayu dan ekonomi Melayu digembelingkan atau ' tiada' pembelaan secara brutal' diserlahkan olih Pemimpin UMNO bagi 'membela nasib dan masa depan Melayu' serta 'keberanian menyanggah bukan Melayu' dari menghina Islam, maka, PRU 13 adalah penamat kepada kuasa BN. Percayalah sekiranya BN tumbang pada PRU 14, seluruh MIC ,MCA dan Gerakan serta parti lainnya pasti bergabung dengan Pakatan. Sifat setia kawan hanya terserlah apabila UMNO berjaya tetapi sekiranya kalah UMNO akan tinggal sebatang kara.
Itulah nasib yang bakal menimpa UMNO kalau tidak berubah!!!!!
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment