Saturday 27 August 2016

THE PROMISED LAND: DAULAT BAKAL HILANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

APA ADA PADA BANGSA ,
TAK CUKUP MELAYU LAGI KE????

Semenjak Dr Mahathir menyentuh atau membuat komen berhubung istilah Bangsa Johor yang dikata tidak baik untuk institusi kenegaraan malah ianya hanya akan merengangkan atau menguatkan sifat kenegerian seseorang, bukan saja Sultan Johor yang bercakap dan melenting tetapi keseluruhan orang politik Johor juga tak ketingalan tumpang tui..

Apa ada sebenarnya dengan Bangsa Johor ni, sehinggakan ramai yang menyala?

Hebat sangatkah Bangsa Johor ni sehinggakan Menteri Pusat dari Johor pun nak melatah. Atau mereka ni terkedu dengan kata kata Mahathir? Besar sangat ke kesalahan Mahathir apabila mengulas tentang Bangsa Johor?

Dah terbilang sangat ke Bangsa Johor.ni? Atau pun satu dunia dah tahu ke apa itu Bangsa Johor?

Dah terkenal satu dunia ke kehebatan bangsa Johor ni? Tolong ungkapkan satu persatu kehebatan bangsa Johor ni?

Yang kita tahu, immuniti Raja Raja Melayu terkahis semuanya disebabkan oleh Sultan Johor. Adakah kerana Mahathir yang melucutkan immuniti tersebut membuatkan dendam lama membara semula?

Sedarlah tiada apa pun bezanya antara bangsa Johor atau orang Kelantan pun. Kita rakyat biasa tiada rasa apa pun. Apa yang sepatutnya diperjuangkan bukanlah bangsa pun tetapi mengabdikan diri kejalan Allah swt yang dibawa Baginda Rasullulah itulah yang paling utama berbanding bercakaran tentang isu bangsa ni.

Cukuplah dengan identiti Bangsa Melayu tu..Raja yang berketurunan Melayu saja yang faham apa itu Bangsa Melayu.

Bukan semua Raja berdarah Melayu pun..

P/s : Apa ada lagi dengan Raja Raja Melayu kalau duit Rakyat diseleweng oleh Pemimpin Kerajaan  pun Raja Melayu tak boleh buat apa apa.

             Cahaya Al Majid





Thursday 11 August 2016

THE PROMISED LAND : PAGAR KANDANG LEMBU DAH TERLERAI

Bismillahhirrahmannirrahim.

   TUKAR JANGAN TAK TUKAR

BERSATU adalah singkatan namanya,macam orang dulu dulu jugalah keadahnya. Namun agaknyalah, itulah nama yang dikira boleh mengerun mahupun mengusarkan ahli ahli UMNO sediaada terutama terhadap pemimpin pemimpin kanan UMNO masakini.

Walaupun pertubuhan itu baru saja mengemukakan permohonan pendaftaranya dan permohonanya pun belum diluluskan ataupun disahkan, namun "bahang kepanasan" nya mula dirasai oleh Menteri menteri UMNO, dan tanpa berselindung serta dengan tak tahu malu, mula memperlekehkan usaha mereka mereka yang dinafikan hak oleh parti mereka terdahulu.

Bukankah Pemimpin UMNO sendiri yang mengenepikan mereka kerana mereka ini tidak mahu bersengkokol dengan Pemimpin yang pembohong serta pemimpin yang sedang meruntuhkan UMNO.

Patutkah  mereka mendiamkan diri saja dan membiarkan pucuk pimpinan menjahanamkan parti?

Setelah bermacam macam tohmahan dan hinaan yang telah dilemparkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri serta rakan seperjuangan dalam UMNO dahulu oleh Pembodek Pembodek atau sekutu yang menghalalkan kemungkaran Presiden mereka, kini, tiba giliran bekas bekas Pemimpin Pemimpin UMNO pula meleraikan pagar pagar berduri UMNO pula.

Nampaknya pagar pagar UMNO dah mula terlerai dan seekor demi seekor lembu belaan UMNO mula meninggalkan ladang. Dan sekarang ni Tuan Kebun dah mula gabra kerana kawanan lembu dah mula hilang sedikit demi sedikit samaada lari ataupun dah kena curi.

Kawanan lembu lembu ini sebenarnya dah muak makan dedak dan kini mereka sudah mula mencari makanan asli iaitu rumput dan lembu lembu ini dah mula mencari padang ragut baru yang penuh dengan rumput yang menghijau.

Begitulah perumpamaanya.

Oleh itu disarankan agar pemimpin UMNO berhenti melatah atau meremehkan Pertubuhan baru ini. Cukup cukuplah, bersihkanlah jamban sendiri dan jangan pedulikan hal rumah orang.

Atau pun pemimpinUMNO dan mula ketakutan untuk disumbatkan ke Sungai Buluh?

Kini Melayu yang bencikan UMNO kerana Presidennya, bolehlah berhijrah .

               Cahaya Al Majid





Tuesday 9 August 2016

THE PROMISED LAND: MENAFI PERLU ADA BUKTI DAN FAKTA

Bismillahhirrahmannirrahim.

          KETERLIBATAN

1MDB DAN NAJIB MENAFIKAN


*1MDB menafikan bahawa dana mereka hilang atau dicuri.
*Najib menafikan bahawa beliau terlibat dalam skandal penyaluran Dana 1MDB dalam skandal "pengubahan wang haram".
seperti yang didakwa oleh Department of Justice, Amerika.

Yang menjadi persoalan :-

Bagaimana dana berbillion USD yang berpunca dari 1MDB berakhir keakaun syarikat milik Jho Low n The Gang?

Kenapa semua transaction dan money trail yang dituduh berpunca dari 1MDB dipapar dan dibuktikan oleh DoJ tidak disanggah oleh Najib ataupun Kerajaan?

Kenapa kerajaan Najib tidak membuat bantahan resmi terhadap tuduhan yang dilempar DoJ tentang USD681 juta dari Tanore Finance yang masuk keakaun beliau .?
Kenapa tak sanggah tuduhan itu dengan bukti?

Jangan sekadar nafi saja..tunjukkan lah fakta atau bukti bahawa dana 1MDB tidak "terkredit" atau tersalah hantar keakaun Jho Low atau kroni Najib seperti yang didakwa DoJ.

Jangan nanti Jho Low and the Gang memberi alasan yang sama seperti jawapan Najib pula.(tidak mengetahui akan kemasukkan dana keakaun sendiri atau tetiba ada banyak duit, bolih belanja sakan ikut suka hati).

Ashik ashik mengaku diri tidak terlibat tetapi bukti tak pernah dikeluarkan.
Tak kan cukup dengan nafi air liur je.

              Cahaya Al Majid




Saturday 6 August 2016

THE PROMISED LAND : R.A.H.M.A.N BAKAL JADI KENYATAAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

   DIPENGHUJUNG NYAWA

RAHMAN telah diinfakkan keatas UMNO. Samaada ianya secara kebetulan atau sememangnya telah diungkap terlebih dahulu oleh para para Ulama terdahulu, nampaknya tiada siapa yang tahu melainkan mereka mereka yang "kashaf" saja yang dapat mentelaah ataupun yang mendahului , dalam memahami corak corak warna yang diperlihatkan oleh Allah swt kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.

"Tidak akan bergerak sebesar zarahpun melainkan, semuanya kehendak Nya"

Mencoretkan lagi kisah kisah lampau yang terlukis dan yang terpahat dalam lipatan sejarah, waima, nama Malaysia pun telah tertulis dan disebut sebelum negara ini merdeka lagi cuma nama Malaysia digezettkan sebagai Malaysia hanyalah selepas Sabah,Sarawak dan Singapura menyertainya.

 Itulah kehebatannya. Namanya disebut dan didendang sebelum kelahirannya. Itulah Malaysia.

Agong yang pertama dan Perdana Menteri pertama  bernama Abdul Rahman . Nama nama ini dipahatkan dibumi ini sebagai yang Pertama adakah ini secara kebetulan? Tidak bukan! Sebab Allah swt telah berfirman " semua yang terjadi adalah diatas kehendak dan ketentuanNya".

Berbalik kita kepada RAHMAN, tidakkah turutan abjad itu sealiran dengan nama nama Perdana Menteri kita?
1.Abdul Rahman
2.Abdul Razak
3. Hussein
4.Mahathir
5. Abdullah
6. Najib
Nampaknya telah lengkap nama RAHMAN. Tetapi.....

Dari 1957 hingga kini 2016 lebih kurang 59 tahun UMNO menjadi tunjang kepada Kerajaan yang memerintah iaitu Barisan Nasional atau Perikatan sebelumnya tetapi kekuatannya terserlah apabila bergabung dengan parti yang Pro kepada mereka seperti MCA dan juga MIC , tetapi apabila Sabah dan Sarawak bersatu maka parti parti yang dominan didua negeri ini telah menyertai Barisan Nasional dan ini menguatkan lagi Kerajaan yang memerintah di Persekutuan.

Tetapi ombak di lautan sentiasa bergelora dan setiap kali ombak membadai pantai , tanah daratan pastikan berubah, itulah hakikat yang perlu kita akui. Adakalanya apabika ombak setinggi gunung membadai tiada suatu kuasa dapat menghalangnya, akibatnya , punah semuanya, dan ini juga ketentuan Allah swt jua yang merencanakan.

Kita perlu merenung dan berfikir kenapa Allah swt merencanakan sebagini? Adakah itu kada dan kadar Allah swt atau pun peringatan dari Yang Maha Esa.

Cuba kita renung dan lihat kepada realiti putaran kehidupan, bolih kah kita menungkat langit? Begitu juga dengan manusia bolihkah kita hidup tanpa merasai kematian. Bolihkah kita hidup tanpa ada rasa sakit? Mustahil kan?

Begitulah putarannya terhadap Kerajaan kita sekarang ini, tarikh luput atau jangkahayatnya pasti ada nokhtahnya. Tidak selamanya mereka bolih berkuasa. Sedangkan Junjungan kita juga wafatnya diasbabkan kerana" terhidu racun" dan secara perlahan diri Baginda terseksa dan wafat. Semuanya bersebab.

Kalau direnung secara harfiah, nasib yang serupa juga akan dilalui olih Parti Pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh kerana tunjangnya (UMNO) telah memakan racun yang disangkanya madu, (semuanya asbab) yang ditentukan Allah swt kerana kejahilan yang disangka kebaikkan, kerana hati hati mereka telah dibutakan Allah swt, kependekan dan pecepatan pereputan sedang dalam proses.

Walaupun ramai dikalangan mereka sedar namun hati dan akal mereka telah diikat dan yang paling ketara mulut mereka telah dikunci rapat, itulah tandanya , kehancuran sedang melanda dari kalangan mereka sendiri.

Perebutan kuasa, fitnah memfitnah, berbohong, menipu, bersubahat , menafikan Sunnah membelakangi Al Quran dan menzalimi rakyat bukan lagi kesalahan buat mereka, makanya, hilanglah " payung " yang dipasangkan oleh Wali Wali dan Ulama ulama terdahulu seperti yang mereka amanahkan.

Tamat tempohnya sudah semakin dekat maka tiada apa lagi yang bolih diharapkan lagi...cuma..tali yang dilemparkan olih Mahathirlah yang bakal menyelamatkan diri mereka mereka yang berakal...dan berilmu..

Baca, fahami dan lihat pengakhiranya..

               Cahaya Al Majid














Friday 5 August 2016

THE PROMISED LAND : MIMBAR JUMAAT: KEBANGKITAN JIWA JIWA

Bismillahhirrahmannirrahim.

        JIWA YANG DIBELI DAN
          JIWA YANG MEMBELI

Bulan Shawal telah berlalu dan persiapan umat Islam untuk kemusim Haji sedang berjalan.

Berbagai bagai persiapan sedang atau giat dilakukan namun keghairahan ini sedang memuncak dihati bakal bakal Haji dan Hajjah yang terpileh ketanah suci Mekah.

Kalau dahulu hanya ada satu saja pakej, samaada miskin atau kaya semuanya sama saja tetapi kini semuanya berubah. Kini telah terdapat pakej pakej pilihan yang melibatkan kos yang tinggi untuk menyertainya.

Kalau kos standard warga marhein Rm10k adalah bayaran yang dikenakan Tabung Haji tetapi bagi yang berkemampuan atau golongan kaya maka pilihan Pakej serendah RM45 ribu ke RM15O ribu menjadi idaman .
Ini adalah pilihan untuk golongan berada saja.

Tetapi apa yang ingin diperkatakan disini adalah mengenai keutamaan dan cubaan merasai sendiri pengalaman yang pernah dilalui sendiri oleh Rasullulah ketika mengerjakan Haji.

Dengan melakukan rukun rukun Haji serta bermalam ditempat yang diwajibkan serta melakukan rutin yang ditetapkan namun pengalaman atau perjalanan getir hanya dirasai oleh golongan marhein berbanding golongan kaya.

Semestinya sikaya raya akan menikmati pakej ala Hotel 5 bintang berbanding rakyat biasa serta jarak penginapan makan minum serta tempat tidur berairkond menjadi sempadanya. Namun semua ini adalah pilihan dan bukan ketentuan Allah swt.

Samaada seseorang itu miskin ataupun kaya , yang membatasi kedua dua kelompok simiskin dan sikaya adalah perjalanan mereka.

Apa yang utama adalah " kesucian dan keikhasan hati" didalam melakukan perjalanan ibadah.

Olih itu dimana kategori diri anda?
Adakah jiwa anda telah dibeli atau adakah jiwa anda membeli?


              Cahaya Al Majid