Sunday 30 July 2017

THE PROMISED LAND : SEMEMANGNYA UMNO YANG MERUSAKKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

"KETAKUTAN UNTUK TENGGELAM
SEMAKIN TERSERLAH'

UMNO dibawah pimpinan Najib , semakin hari semakin terdesak untuk mempengaruhi pengundi terutama Melayu.

Semenjak Mahathir meninggalkan UMNO yang didaftarkanya , bertitek tolak dari Presiden UMNO iaitu Najib Razak dituduh dan didakwa ada menerima dana sebesar RM2.6 billion yang di dakwa Najib sebagai "derma" sedangkan satu dunia mendakwa bahawa dana itu berasal dari pinjaman  1MDB , maka, dari saat itu Najib merupakan musuh utama Mahathir .

Isunya bukan kerana Mahathir iri hati ataupun ingin kembali berkuasa dan berjawatan Perdana Menteri serta jauh sekali untuk menobatkan anaknya sebagai Perdana Menteri, tetapi, itu lah alasan yang dijaja Najib dan UMNO keseluruhan negara dalam menghalalkan penyamunan beliau terhadap dana 1MDB , isu ini digasak bukan saja olih Mahathir malahan rakyat MARHEAN juga memperkatakannya.

Hari ini Najib dengan angkuh dan dengan rasa bangga nya mengaku bahawa UMNO dibawah pemerintah Mahathir juga telah menyebabkan negara kerugian berbillion dollar .

Penceritaan yang dibuat olih Najib itu juga seolah olah memberi isyarat bahawa .Najib juga mahu rakyat negara ini menghalalkan penyamunan nya terhadap dana 1MDB yang didakwa DoJ dan beberapa negara luar.

Demi untuk menghalalkan perbuatan beliau kini, maka Najib mendakwa bahawa kerugian Forex dibawah pemerintahan Mahathir yang beliau anggarkan melebihi 30 billion itu juga ada kaitan dengan Mahathir.
Tetapi Najib lupa bahawa Mahathir bukannya  Menteri Kewangan ketika itu.

Walaupun tujuan Najib semata mata mahu mencalar kewibawaan Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan,namun apa yang terserlah dari tindakan Najib itu sebenarnya membuktikan bahawa semua peneraju parti UMNO dan seluruh kepimpinan Kerajaaan Barisan Nasional sedari dahulu sehingga sekarang sememangnya semuny penyamun dan penyangak belaka.

Itu sebabnya mereka saling lindungi melindungi segala perompakan yang dilakukan terhadap negara ini tanpa kita sedari. Kini semua cerita lama mula keluar. Apa yang berlaku adalah salah mereka sendiri kerana gagal menegur semua salah laku kepimpinan diatas.

Patutlah apabila Najib mengaku bahawa sememangnya ada dana RM 2.6 billion yang masuk keakaun nya maka seluruh kumpulan KELEPETROKASI nya memberikan alasan yang berbeza demi menghalalkan perbuatan Najib.

Olih itu perlukan kita membenarkan lagi kerajaan yang merompak duit rakyat ini dikekalkan dan terus berkuasa?

Apa yang sering mereka dendang hanyalah untuk memertabatkan Melayu dan agama Islam.

Benarkah agama Islam membenarkan penyelewengan  rasuah mahupun salah guna kuasa.?

Bukan hanya Najib nampak terdesak malahan timbalannya ,Zahid Hamidi pula menggunakan isu keturunan dalam memenangi hati pengundi yang sedang menolak kepimpinan meteka.

Mempertikaikan asal usul atau bangsa bekas Presiden nya iaitu Mahathir dijadikan isu dalam ucapan nya.

Kalau dalam perlembagaan negara pun telah memperakui status kelompok ini sebagai Melayu , apa masalahnya kini?

Tidak.Sedarkah Zahid bahawa ramai dari kalangan pemimpin UMNO yang berkuasa dari dahulu hingga kini pun ramai yang sespecis dengan Mahathir.

Kata nak.membina bangsa Malaysia tetapi dalam hati tetap "rasis' dan penuh dengan prejudis..

Inilah wajah sebenar Pemimpin UMNO kini, segala perbuatan  dan kata kata mereka yang merusakkan negara dan selayak nya Zahid , Najib dan gerombolan UMNO ni ditolak keberadaanya dipersada politik tanah air.

Bukan nak menyatukan sebaliknya memecahkan lagi.

Itu lah yang dikata " bila kapal dan mula nak tenggelam , apa saja yang bolih digunakan untuk menutup lubang, apa saja pasti digunakan, walaupun terpaksa menggunakan " tubuh manusia"  sebagai gabus . Janji bolih menutup lubang.

Itu lah bezanya antara pemimpin yang berilmu dengan pemimpin yang menyangka dia ada ilmu.

                 Cahaya Al Majid



2 comments:

  1. Salam Tuan,

    Betapa demokrasi itu amat memecah-belah ummat sehingga warna atau simbol tertentu menjadi amat sensitif bg kebanyakan kita - contoh - warna biru, hijau, oren, merah dll, juga lambang panadol, bulan, roket, dacing, mata...

    hati bagai dihiris sembilu mengenangkan ummat berpecah hingga sebegitu rupa...

    walhal Rasul dan Allah menyeru agar kita menjadi umat yg bersatu melalui iman dan taqwa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Rahmat ketaas tuan juga.
      Dipenghujung zamam, macam tulah keadaandan. Tiada siapa lagi yang bolih dijadikan contohan. Al Quran adalah panduan tetapi beberapa kerat umat yang benar benar beriman dengan Firmannya. Cukup lah hanya dengan diri kita dan jangan.membandingkan lagi. Yang akan ditanya adalah diri kita dan apa.yang ditanya nanti ialah , adakah kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada tuannya iaitu Allah SWT.

      Delete