Thursday 20 July 2017

THE PROMISED LAND: STATEMENT HJ HADI : LUDAH MUKA SENDIRI NAMPAK!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

'KHADAM KEPADA MUSUH ISLAM YANG MEMONOPOLI UNDI KAUM SENDIRI'

Itulah isi hati Presiden PAS Hj Hadi yang dilontarkan apabila Pakatan Harapan mula mendapat perhatian dan diterima ideologi nya olih masyarakat kebanyakan apabila gagasan atau pakatan Harapan yang mahu merubah lebel KLEPTROKASI terhadap Kerajaaan Malaysia dibawah Najib dan BN .

Mungkin kerana kegagalan ataupun telah berjaya dijinakkan olih Najib dan UMNO melalui dana RM90 juta yang didakwa olih Sawarak Report mahupun tuduhan olih kebanyakkan pemimpin bekas PAS, membuatkan PAS kini dilihat sebagai rakan sekutu UMNO dan mesra BN.

Adakah PKR yang diketuai olih Wan Azizah mahupun "boss besar" nya iaitu Anwar Ibrahim mahupun Menteri Besar Selangor iaitu Azmin Ali, yang beragama Islam dan melepas shahadah yang serupa dengan Hj Hadi mahupun dengan seluruh Ahli PAS dinegara ini di"label' sebagai  "musuh Islam"?

Tidak serik ke atau tidak berubah ke perangai Hj Hadi.ni?

Kalau dahulu Hj Hadi malebelkan ahli  UMNO sebagai ' kafir" dan kini malebelkan pula pakatan yang tidak sealiran dengan PAS sebagai ' musuh Islam" pula.
Dah kenapa???

Janganlah kerana " kuasa politik" , kita meletakkan "bangsa yang tidak sealiran " dengan kita " maka kita lebel mereka sebagai musuh Islam  .Ini.bukan tuntutan!?!

Begitu juga dengan PPBM atau Bersatu, mereka bolih menerima PAS untuk sama sama menyelamatkan masa depan anak cucu dari "hutang" yang ditimbunkan Kerajaan BN, dan kelompok ini juga dibarisi oleh kelompok Melayu semuanya, adakah kerana mereka berkerja sama.dengan DAP maka mereka.juga "musuh Islam" kalau ikut takrifan Hj Hadi?

So JANGAN jual ayat Al-Quran Quran demi kuasa dan kelompok sendiri?
Kalau benarlah PAS nak menjadi pemerintah atau Kerajaan dinegara ini , kalau dengan kerusi Parlimen PAS yang dimiliki, manamungkin bolih memerintah. Kecualilah BN dan PAS bergabung kerusi yang "bakal" dimenangi.

Ituupun kalau BN dan PAS cukup kerusi untuk membentuk Kerajaan pada PRU 14 nanti.

Tapi kalau mengikut pegangan Hj Hadi, mana mungkin PAS akan bergabung dengan BN melainkan dengan UMNO saja.

Ini adalah kerana dalam BN ada MCA, MIC dan Gerakan yang sememangnya akan menentang RUU yang dibawa Hj Hadi.

Sekali gus parti komponen BN ini juga akan dilabel sebagai ' musuh Islam'.

Olih itu macam mana PAS nak tubuh Kerajaan melainkan "bergabung dengan UMNO" saja iaitu tanpa parti komponen lain. Sanggup kah Najib ???

Nak politik, politik lah, tapi, jangan heret agama.

Jangan jadi kan ayat Al-Quran sebagai penghalalan perbuatan yang mungkar dan bhatil.

Inilah bila Ulama separuh masak bila berkuasa dan mahu memeluk harta dunia seeratnya, maka, Islam jadi sasarannya untuk berlindung.

Cahaya Al Majid







1 comment:

  1. Mengkafirkan umno, walaupun sudah dilupakan umno demi undi dan mahu sokongan PAS, tetapi Tuhan tidak pwrnah lupakan..

    Hari ini Hadi sedang cium mulut dengan siapa..

    ReplyDelete