Bismillahirrahmanirrahim.
NAMA "IMAMS" MEMANG GAH
TETAPI TUJUAN....
"MENCURI DISIANG HARI"
Makin menarik isu "IMAMS" ini bilamana semua pemimpin tertinggi UMNO dari Najib Razak, Zahid Hamidi dan juga Nazri Aziz tidak ketinggalan juga Mas Ermiyati iaitu Ketua Puteri Umno dalam menegakkan keperihatinanya.
Dalam usaha mereka untuk menghalalkan isu " merembat duit jemaah" melalui syarikat yang terang terang mereka sendiri lantik yang "ditopengkan" untuk tujuan menjerat jemaah Umrah dan Ziarah yang rata rata terdiri dari orang Melayu ini , kini, perbezaan alasan yang ketara mula terserlah sesama mereka.
Kata Najib:-
Dalam tweet Najib, beliau tidak bersetuju IMAMS dibebankan kepada jemaah.
Kata Nazri Aziz :-
Keputusan kerajaan membatalkan IMAMS BUKAN disebabkan ada pegawai Ekesutifnya bukan Islam.
Membatalkan IMAMS kerana tak bersetuju dengan caj RM90.10
Tetapi dalam Parlimen dalam ucapan balas Nazri memperakui pula akan jumlah RM90.10 termasuk Fee penyelenggaraan,kos insuran dan GST.
Tetapi kini bila dah terjerat lain pula jawapan , tidak bersetuju pula dengan caj RM90.10.
Kata Zahid Hamidi:-
Terhidu bau yang tidak enak jika ada yang ambil peluang apabila CEO yang tidak pernah mengerjakan umrah jadi CEO.
Kabinet memang berbincang tetapi tidak langsung menyentuh akan perlantikan yang membabitkan syarikat swasta bagi tujuan pemantauan.
Jadi...Bagaimana IMAMS SDN BHD diberi kuasa mutlak olih MOTAC untuk semua pengendali urusan Umrah dan Ziarah dipaksa untuk melalui IMAMS KALAU tidak wujud green light dari Kabinet.
Mustahil Najib dan Zahid Hamidi tidak baca proposal paper IMAMS tambahan pula yang melibatkan jemaah yang akan dikenakan dicaj nak pergi umrah.
Walaupun Kerajaan telah membatalkan IMAMS ini, tetapi banyak persoalan yang mencurigakan telah timbul terutama bilamana Menteri yang berkedudukan kanan memberikan jawapan dan alasan yang bolih dipertikaikan.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment