Monday, 30 January 2017

THE PROMISED LAND : KENAPA EEK..KERAJAAN NAJIB MEMBIARKAN BARANGAN JADI MAHAL? ATAU NAK KUTIP GST LEBIH????

Bismillahirrahmanirrahim.

 ADAKAH PEMBERIAN BRIM OLEH KERAJAAN NAJIB DAPAT MENGURANGKAN KENAIKAN HARGA BARANGAN.

Apa yang dapat dilihat Kerajaan pimpinan Najib hanya berminat dalam hal ehwal politik dan penguasaan kuasa saja.

Nasib dan kemaslahatan rakyat bukanlah keutamaan kepimpinan Najib dan kabinet nya.

Hanya dengan mengandaikan bahawa masalah dan tanggungan rakyat akan selesai dengan pemberian BRIM bagi menyelesaikan kedukaan rakyat sebenarnya mendedahkan lagi kemelaratan rakyat terutama bangsa Melayu.

Perhatikanlah setiap kali pemberian itu diberikan kepada rakyat setiap kali itulah Najib akan berlagak seolah-olah olah dana pemberian itu datangnya dari kekayaan keluarganya ataupun dari poket nya.

Berlagak seperti penderma  yang menderma 2.6 billion keakaunnya yang hanya  beliau dan saf kepimpinan nya saja yang yamg tahu akan kewujudanya.

Nasib rakyat berpendapatan rendah, pekebun kecil mahupun peniaga kecil-kecilan serta yang berkerja sendiri yang separuh mati ini amat tersepit sekarang ini.

 Dengan peningkatan kos barangan ditambah dengan cukai GST yang dikenakan terhadap kebanyakkan barangan keperluan yang  sebenarnya amat menyusahkan kehidupan masa kini akan menambahkan lagi kemeluatan rakyat terhadap Kerajaan Najib.

Kalau dahulu Menteri Najib pernah berkata bahawa dengan GST barangan keperluan akan jadi lebih murah tetapi pada hakikatnya barangan menjadi lebih mahal dan kononnya juga pungutan cukai GST terpaksa dikenakan kerana penyusutan pendapatan Kerajaan melalui  Petronas kerana kejatuhan harga minyak dunia.

Dan GST dikata perlu untuk membiayai projek untuk rakyat' tetapi setelah hasil  GST diperolehi maka lain pula ajendanya.

Nak bayar gaji penjawat awam lah, nak biayai pemulihan hospital lah , sekolah lah jalanraya lah dan bermacam macam lagi alasan  namun kini dengan pungutan cukai GST yang melebihi RM40 billion itu pula Kerajaan dan mula merancang ajenda  lain pula.

Apa yang dilihat banyak peruntukan untuk kemaslahatan rakyat telah ditarik. Subsidi telah ditarik, Jadi apa yang sebenarnya dipulangkan kepada rakyat? Kos rawatan untuk rakyat' dikelinik memanglah RM1 tetapi kalau terpaksa menerima rawatan atau terpaksa duduk wad maka bayaran selain ubat terpaksa ditanggung rakyat sendiri.
Itulah kehebatan Kerajaan Najib kini.

Renunglah sendiri, kalau dahulu sebelum Najib menerajui negara ini, keadaan ekonomi kita amat lah stabil dan rakyat hidup amatlah selesa walaupun gaji tak besar dan jika seseorang bergaji RM2,000 sebulan sudah dianggap memadai dan boleh hidup berkeluarga.

Tetapi kini keadaan nya sudah berubah. Walaupun Najib dan Kabinet nya tetap mahu menafikan keadaan ini tetapi rakyat dibawah tetap menerima bahananya.

Adakah keadaan sengsara ini merupakan bala dari Allah SWT  yang terpaksa ditanggung rakyat akibat tersalah memilih pemimpin?

Selagi rakyat tidak mahu berubah dan masih mahu berpayung kan kepada pemimpin yang rasuah dan korup maka bala lagi besar sedang menunggu dihujung jalan.

Pilihlah, samada nak ikut Al-Quran atau nak.ikut orang yang jadikan Al Quran sebagai perniagaan.

"Allah SWT tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa melainkan bangsa itu yang sanggup merubah nasibnya"

    Cahaya














Friday, 27 January 2017

THE PROMISED LAND : KERAJAAN NAJIB MASIH MENGGALI PEKUNG UMNO

Bismillahirrahmanirrahim.

  UNGKITAN MAKAN TUAN

Ingatkan dah maju kehadapan rupa rupa nya Kerajaan Najib masih lagi ditahap tepu dan a terngiang ngiang akan kenangan lama.

Dah berkurun lamanya isu Forex tu dan semestinya Tan Sri Noh Yaacob mengetahui dalam dan luar akan intipati kerugian tersebut.

Tetapi disebabkan isu itu berlaku diera Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri aka Presiden UMNO dan tambahan pula kini Dr Mahathir merupakan seteru yang tidak menghalalkan kecurangan Najib terhadap skandal 1MDB yang menampakkan kemasukan Rm2.6 Billion keakaun Najib dan diakui kebenaran kemasukkan itu oleh Najib maka mengcungkil apa yang dirasakan salah diera Dr Mahathir akan dijadikan senjata untuk menyerang tambahan pula PPBM sudah mula diterima ramai, maka, berbulu lah telinga telinga pentaksub Kabinet Najib.

Itulah kepimpinan Najib dan strategi UMNO dan Barisan Nasional untuk kempen PRU 14  kini.

Kesilapan diri sendiri dan kemasukkan wang bernilai berbilion keakaun Najib tidak pula dibawa ke pengetahuan kabinet termasuk  wang SRC yang RM40 juta tu,.

Kabinetnya ada membincangkan ke? Atau ada siasatan ke? Atau adakah kabinet nya menghalalkan duit itu digunakan Najib sesuka hatinya?

Satu lagi, terang terangan Jho Low menyapu duit 1MDB dan disahkan penyelewengan olih beberapa negara termasuk Singapura dan telah didapati beberapa orang telah pun dijatuhkan hukuman jel dan denda kerana mengaku bersalah tetapi kenapa isu ini tidak dibincang kan oleh kabinet Najib.

Termasuk juga harta Jho Low's yang telah di sita oleh US dan didakwa wang tersebut berpunca dari 1MDB kenapa tidak diusahakan oleh Kabinet Najib?  Kenapa tidak ada tindakan susulan?

Adakah Kerajaan Pimpinan Najib sanggup membayar kos yang dituntut oleh IPIC yang sedang menjalani timbang tara di London yang berjumlah USD 6.5 Billion kerana kesalahan 1MDB.

Kenapa kabinet tak mengulas?
Kenapa BNM tidak masuk campur ? Bukankah pengaliran wang keluar yang besar pasti diketahui oleh BNM dan Kem Kewangan.?

Kalau diteliti tiada sekelumit pun yang dapat dipersalahkan kepada batang tubuh Dr Mahathir tetapi yang bakal terpalit adalah UMNO yang berada dibawah Kerajaan Najib.

Keluarkan semua cerita agar semua anak cucu tahu bertapa.busuknya pemerintahan UMNO dari dahulu hingga kini terutama sikap dengki dan busuk hati yang berakar umbi didalamnya dan kemuncak pengusiran kuasa UMNO sebagai pemerintah telah pun bermula.

       NSelamat Jalan Romeo

           Cahaya Al Majid




Thursday, 26 January 2017

THE PROMISED LAND : KETAWA DULU...EKONOMI BERTAMBAH BAIK ..KATA NAJIB..

Bismillahirrahmanirrahim.

             APA PILIHAN
             NAK SENANG ATAU
       TERUS DALAM KESUSAHAN
   

Prestasi ekonomi bertambah baik kata Najib. Unjuran yang didajwa untuk tahun ini adalah 4.5-5.0 peratus dan baik untuk negara katanya.

Kalau benarlah seperti apa yang dikata oleh Najib, kenapa perlu lagi membebankan rakyat dengan GST ?

Kenapa rakyat asik mengeluh dengan peningkatan kos barangan atau kos sara hidup? Nak tanya jugak siapa yang lebih menikmati nikmat diatas peningkatan ekonomi ni?

Apakah menafaatnya yang dinikmati oleh rakyat diatas unjuran peningkatan ekonomi yang didendang Najib ni?

Apa yang kita lihat, harga barangan semakin mahal  harga rumah melambung tinggi, pendapatan tidak bertambah, tanggungan rakyat terhadap Kerajaan semakin banyak. Jadi apa menafaat yang dinikmati rakyat?

Ataupun peningkatan ekonomi ini hanya menguntungkan sebelah pihak saja iaitu samaada pemodal mahupun usahawan atau Syarikat besar saja yang kebanyakannya dimiliki oleh Taikoon atau Pemimpin tertentu saja ataupun Kerajaan Najib dan Pemimpin UMNO saja?

Nilai matawang merudum pasaran saham mendatar, pasaran perniagaan semakin menguncup, aktiviti perniagaan dipasar malam pun mengalami penguncupan yang drastik. Adakah itu petanda bahawa ekonomi kita bertambah baik?

Rakyat sudah mula tidak berbelanja .

Apa.yang dilihat ketidak cekapan Najib didalam mengurus ekonomi negara amatlah ketara.

Memulakan projek projek berskala mega yang menelan belanja berbillion ringgit dikala rakyat dirundung bencana kerana hendak menampung perbelanjaan mewah Kerajaan Najib melalui cukai GST yang di ambil secara paksa melalui  penat jerih rakyat amat lah zalim namanya.

Ketidak percayakan dunia luar dan juga rakyat' terhadap apa yang diperkatakan oleh Najib semakin mencengkam negara dan kehidupan rakyat di masa ini.

Oleh itu apa yang boleh diharapkan lagi terhadap Kerajaan pimpinan Najib ini? Apa yang di buat atau yang di sentuh oleh Kerajaan Najib semuanya malapetaka saja kesusahan nya.

1MDB akhir nya berhutang berbillion ringgit
FELDA dah menampakkan hasil keberhutangan dan terpaksa bergolok bergadai.
KWSP pun dah mula menampakkan bibit bibit kearah penjualan aset-aset.
Tabung Haji yang ditubuhkan melalui duit  pendeposit pun dah menunjukkan penurunan dan penyelewengan pun dah mula bertapak.

Kegagalan demi kegagalan yang tercipta diera Kerajaan  Najib ini nampaknya semakin mengerunkan rakyat.

Sanggup kah kita mengharungi lagi perjalanan yang sengsara ini BN dan  masih kah kita mahu bertuankan Najib dan Barisan nya lagi?

Tepuklah dada!!!!











Wednesday, 25 January 2017

THE PROMISED LAND : HEBATNYA...CIA PUN NAK MENUBA

Bismillahirrahmanirrahim.

  ANTARA KEBENARAN DAN KEBATHILAN

Begitulah nikmatnya kehidupan ini apabila kita selalu  berpegang kepada kebenaran dan apabila kebaikan yang ditanam tanpa memohon ganjaran atau balasan , InshaAllah, kehidupan ini pasti dilindungi Allah SWT.

Riuh rendah kelompok UMNO  hari ini apabila  Jabatan Perisik Uncle Sam ataupun CIA memaparkan dakwaan bahawa  Dr Mahathir dikatakan "terpalit" ataupun "bersubahat" terhadap kegagalan BMF iaitu anak syarikat BBMB kerana keruntuhan ataupun terbangkrapnya syarikat  yang  ditubuhkan di Hong Kong yang mana pinjaman berjumlah hampir 1 Billion gagal dilunaskan samada kerana penyelewengan ataupun keruntuhan pasaran hartanah di Hong Kong,  dijadikan isu untuk menyerang diri beliau.

Melalui apa yang semua tahu, kes yang diketengahkan ini sudahpun diketahui ramai dan bukan rahsia lagi.

Walaupun kes BMF ini cuba dituba CIA , demi untuk merosakkan reputasi bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat ini,namun semua rakyat tahu bahawa Dr Mahathir hanya dilantik sebagai Perdana Menteri pada Julai 1981.

Sedangkan Carrian dan BMF telah bermula seawal 1979 lagi iaitu sebelum Dr Mahatir dilantik PM lagi.  Jadi apa rasionalnya untuk mengait kan diri beliau dan kebetulan pula kebengkrapan itu mula terjadi pada tahun 1983 dan Menteri Kewangan adalah Ku Li.

Kalau kita seorang yang rasional dan bertanggungjawab tidak mungkin kita akan menyalahkan Dr Mahathir tentang apa yang berlaku. Apa yang berlaku sebenarnya diluar kawalan beliau dan untuk itu kita kena terima hakikat.

Tetapi untuk menuduh bahawa beliau terlibat dengan skandal BMF  yang bernilai RM1 Billion itu adalah tidak wajar sama sekali.

Tetapi ada pula yang menyamakan kes BMF diera Dr Mahathir dengan kegagalan 1MDB yang diilhamkan Najib itu.Duit 1 billion dari BMF tidak masuk ke akaun Dr Mahathir tetapi duit 1MDB  pula disahkan masuk ke akaun Najib seperti yang didakwa DOJ serta beberapa negara lain dan terbukti pula.

Oleh itu sama ke antara Dr Mahathir dan Najib? Cuma persamaannya kedua dua ini dari parti  UMNO dan juga Presiden UMNO.

Cukup cukup lah memfitnah dan membesar kan perkara yang bathil.

Sebenarnya banyak lagi skandal yang berlingkar dalam UMNO ni dari dahulu sampai kini cuma baru sekarang keadaan itu sudah tidak terbendung lagi.

Semua nya kerana pemimpin UMNO sudah hilang keimanan dan hanyut kerana harta dunia serta amanah yang sepatutnya di junjung tetapi diletakan dibawah tapak kaki.

Perhatikanlah sudah berapa kali Najib aka Perdana Menteri kita menipu dan berbohong secara terang terangan terhadap rakyat.
Adakah penipuan itu juga mahu dihalalkan perbuatanya?

             
Cahaya Al Majid






Monday, 23 January 2017

THE PROMISED LAND: RAKAN PARTI NAJIB TERTELAN DURIAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila tengok luarnya ianya mengujakan. Bila dihidu amatlah teruja bahannya. Ada Musang King ,Kucing Tidor ada Udang Merah dan terkini Musang Queen, tetapi harganya ..Boleh tersedak nyawa..Tetapi bagi yang Beringgit  dan yang semua itu tak jadi hal

Friday, 20 January 2017

THE PROMISED LAND : JADI BENARLAH KERESAHAN DR MAHATHIR

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari ini di Pandan Indah Cheras, Najib Razak aka Presiden UMNO  membenarkan dakwaan Dr Mahathir bahawa pengimpotan beramai ramai warga negara China ke Forest City pada skala besar adalah tepat dan benar.

Tiada penyanggahan dibuat  terhadap kemasukkan 700 ribu warga China seperti yang didakwa Dr Mahahir bagi mengisi kependudukan di Forest City Johor , maka, dakwaan Dr Mahathir terhadap pengisian rakyat China di Forest City juga benar belaka.

Oleh itu memang benar apa yang digusarkan selama ini.
Ditambah lagi, pegangan yang dibenarkan pula selama 99 tahun.
Maksudnya, sekiranya bangsa ini telah menduduki bumi Forest City diJOHOR dan bermestautin  selama 10 tahun bolehlah mereka ataupun generasi kedua mereka memperolehi kerakyataan dinegara ini seperti apa yang berlaku sekarang.

Sudah nekadkah Kerajaan UMNO dan Bangsa Johor atau  Kesultanan Beraja Johor untuk menerima bangsa Cina dari China ini untuk menjadi sebahagian dari rakyat naungan mereka?

Najib dengan bangganya mengatakan bahawa beliau ingin mencontohi Dubai sebagai idola. Perlu dilihat adakah Dubai memenuhkan kediaman yang dibuat untuk satu bangsa saja? Adakah pembeli hartanah di Dubai dimonopoli oleh satu bangsa saja ? TIDAK bukan. Berbagai bangsa.

Tetapi di Forest City dibumi Johor, hartanah yang ditawarkan adalah untuk diisi oleh Bangsa Cina dari China serta Cina dari beberapa negara diluar China.

Adakah Najib dan Kerajàan UMNO hanya berkiblatkan wang ringgit semata dan bukan nasib negara ini dimasa hadapan?

Semua orang Melayu sedar bahawa negara China adalah negara Komunis dan fahaman mereka tidak pernah berubah dari dahulu sampai sekarang.

Pejuang Negara kita bermatian matian berjuang siang dan malam dan ramai yang terkorban nyawa dan cacat seumur hidup demi mengusir komunis dari bumi Malaysia, tetapi, kini, semua.pengorbanan itu.adalah sia sia belaka.

Kini Komunis China tidak lagi menggunakan senjata atau kekerarasan tetapi dengan wang yang berbillion yang dimiliki telah berjaya membeli jiwa dan maruah pemimpin Melayu yang korup dan penyamun, tambah tambah dari UMNO, parti yang menjadi.tunggak kepada Barisan Nasional, maka, bersenang lenanglah mereka untuk mencucuk hidung pemimpin Melayu UMNO?

Kepada rakyat, lihatlah, bukan pembangkang yang menggadaikan maruah dan tanah Melayu tetapi Melayu UMN0 lah yang menggadaikan semua.

Sebabnya Pemimpin UMNO semuanya.korup serta penyamun dan istilah untuk bangsa dan negara bukanlah keutamaan terapi menutup hutang yang dicipta Najib dan  Pemimpin UMNO adalah terlebih utama

Yang menjadi mangsa dan yang bakal merempat adalah bangsa Melayu. Kerana Melayu yang menjadi 60 % peratus populasi  dinegara ini telah diuji kaji oleh pemerintah UMNO selama 60 tahun.

Melayu yang selama ini telah ditakut takutkan dengan ungkapan " takut mati tak makan" atau Cina DAP akan memerintah kalau Cina menang PRU maka bangsa Melayu kecut hati sebabnya Melayu kurang keyakinan diri dan tidak yakin dengan agama yang dianuti dan tak faham Al Quran.

Sebabnya Melayu adalah jenis bangsa yang suka  ikut dan mengikut  dan bukan jenis bangsa suka berfikir atau mahu mencuba. Buta tuli adalah ayat yang paling lengkap untuk kelompok ini.

          Harinya semakin hampir

                CAHAYA AL MAJID

Thursday, 19 January 2017

THE PROMISED LAND : TANAH MALANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

NAJIB DAN UMNO DAH LUPA LIRIK LAGU
ANAK KECIL BERMAIN API

Kerana unjuran angka angka atau impian untuk menjana kekayaan melalui tanah bumi Melayu maka bergolok bergadai ataupun punah semuanya pun tidak mengapa ,asalkan orang atasan dapat menafaatnya.

Suara suara yang membantah dianggap sebagai langau saja.

Keperhatinan  terhadap keperluan rakyat marhean terutama bangsa Melayu yang 60% masih berada  sedikit diatas diparas suhu miskin bandar, semakin hari semakin tertekan penghidupan seharian.

Apa yang Melayu marhean miliki dan yang  dipertahankan selama ini juga pasti tergadai, semuanya kerana "cash is king".

"Biar kita menyanggah jangan sampai kita
Di sanggah"

Satu negara sedang membicarakan isu Forest City di Johor.

Kerajaan Johor begitu juga dengan Sultannya tetap mempertahankan projek yang telah dirancang dan yang sedang berjalan dan semua rakyat negara ini tahu bahawa projek itu dikendali dan diterajui oleh China.

Walaupun target pembinaan  projek itu dalam tempoh 30 tahun namun sehingga kini, semenjak dilancarkan, kebanyakkan unit yang ditawarkan kebanyakkannya telah dibeli samaada oleh bangsa Cina dari Singapura mahupun Cina dari China ataupun bangsa Cina dari negara lain, sudah semestinya projek ini bakal menghimpunkan bangsa Cina yang berbeza latarbelakang diJohor yang paling selatan ini.

Dari taikun sehinggalah ke bapa ayam serta ketua ganster atau mafia China dan tidak terkecuali pengedar dadah serta penjual senjata haram dan tidak ketinggalan judi bola dan judi pasti berkampung dikawasan tersebut, dan, keadaan ini bakal menjadikan China Country yang  terbesar di Asia Tenggara yang menghimpunkan bangsa Cina dari berbagai etnik dinegara didunia.

Semua bangsa didunia tahu bahawa bangsa ini adalah satu bangsa  yang paling susah untuk dikawal dan sering menjadikan penempatan mereka sebagai negara mereka sendiri.

Contohkan saja  Petaling Street, apa jadi, sehingga kini tidak ada seorangpun peniaga Melayu yang boleh menembusi perniagaan disana. Berpuluh tahun kot!
Untuk ranungan orang Johor samaada Rajanya mahupun Kerajaan BN dan UMNO Johor, seeloknya timbang betul betul jangan ikut selera nafsu dan harta dunia, sebelum rebung jadi buluh, istikarah lah minta petunjuk dari Allah swt.

Kalau dari renungan makrifat saya, Johor pasti "hanyut" kalau gagal mengemudi bukan saja rakyatnya malahan Kerajaan Beraja pun belum tentu selamat.

                Cahaya Al Majid