Monday 22 October 2018

THE PROMISED LAND :KERAJAAN PAKATAN BERFAHAMAN LIBERAL DAN SOSIALIS???

Bismillahhirrahmannirrahim.

ADAKAH FIKIRAN MAHATHIR DAH MULA KELAUT???



Kenapa statement Dr Mahathir akhir akhir ini dah  mula celaru. Ada yang 'bongak', ada yang tipu, ada  yang tak betul malahan banyak yang tersasar.
Kenapa ??

Kes nyata dibawah ini :-

Sekejap kata ahli gabungan Pakatan Harapan ada yang sosialisme, ada liberalisme.
Sekejap tuduh ada golongan masyarakat Melayu melabel Pakatan Harapan sebagai Anti Islam serta pendokong libral, alih alih tuduh pula dakwaan dibuat olih  musuh Kerajaan.

Adakah Pembangkang atau orang Melayu sudah jadi musuh Kerajaan Mahathir??

Cuba baca dan hadam apa yang disampaikan olih Mahathir.

Sumber berita :- ASTRO AWANI

Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad 

Dr Mahathir mengakui kerajaan kini berdepan kesukaran untuk membuat keputusan kerana perlu mengambil kira pandangan keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan (PH).

 Beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam kalangan pemimpin PH

Sekarang saya sedar idea terpaksa sesuaikan dengan pemikiran mereka.

"Ada mirip pemikiran sosialisme, ada liberalisme. Jadi saya terpaksa terjemahkan sesuatu perkara ini untuk disesuaikan dengan pelbagai aliran pemikiran yang ada," katanya.

Dr Mahathir menyifatkan dakwaan masyarakat Melayu bahawa PH anti islam serta pendokong liberal adalah tuduhan yang dibuat oleh musuh kerajaan.

Jadi memang benarlah bahawa majoriti dalam pakatan Harapan itu sebenarnya berfikiran sosalis dan liberal ..tak gitu????

Jadi bukanlah musuh Kerajaan Pakatan  yang melabel mereka melainkan semuanya adalah kebenaran bahawa kelompok pakatan harapan ini berfahaman sosialisme dan liberalisme.

Satu demi satu kejanggalan 'mencurat' dari mulut Mahathir. 
Adakah ini  tandanya 'pengakhiran' yang bakal 'memalukan' buat diri beliau atau adakah beliau akan 'menelan' segala kata kata beliau sendiri atau tetap mahu menafi??

Atau Dr Mahathir sudah hilang 'cengkeman' terhadap ahli gabungan dalam Pakatan Harapan dan menyalahkan fahaman  liberalisme dan sosialisme???

Pemahaman terhadap liberalisme dan sisialisme.
                                           LIBERALISME
                                Image result for liberalisme images

Fahaman liberalisme adalah fahaman bebas yang tidak terikat dengan syariat Islam. Fahaman ini menjauhkan seseorang Muslim daripada agamanya. Lebih membimbangkan, ia adalah benih kepada fahaman tidak beragama. Sedangkan Islam adalah agama yang mengatur akidah, syariat dan akhlak bagi setiap Muslim sesuai dengan panduan al-Quran dan al-Sunnah kerana Islam bermaksud ketaatan, kepatuhan dan penyerahan kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Islam merujuk kepada cara hidup yang telah diatur oleh Allah SWT melalui syariat yang dibawa oleh rasul-Nya SAW.
Fahaman liberalisme membawa kepada fahaman semua agama adalah sama.
                                  

                                               Image result for sosialisme images

Pengertian Sosialisme
Sosialisme adalah suatu paham yang menghendaki segala sesuatu harus diatur bersama dan hasilnya dinikmati bersama-sama. Dengan kata lain, sosialisme adalah paham yang menghendaki kemakmuran bersama.

Perkembangan Sosialisme
Paham sosialis kemudian diterapkan oleh banyak negara di dunia, terutama di negara-negara yang kemudian dikenal dengan blok Barat dan blok Timur. Sosialisme di blok Barat dikenal dengan nama sosialisme barat atau sosialisme demokrat, sedangkan sosialisme di blok Timur dikenal dengan nama aososialisme yang merupakan tahap awal dari komunisme, suatu tahap yang pada masa mendatang/kemudian akan menjadi komunisme penuh (full communism). Komunisme inilah yang bertumpu pada ajaran Marxisme-Leninisme.

Nampaknya satu demi satu 'kegelinciran' mula 'membaluti perjalanan akhir ini, samaada sempat atau tidak untuk beliau membetulkan apa yang telah terpesong, hanya pada Allah SWT kita berserah.



Cahaya Al Majid.


THE PROMISED LAND : MAHATHIR KENA 'SEMBUR'!!! SAMPAI NAK BERHENTI KERJA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Salam. Maaf lama tak update blog semenjak Anwar Ibrahim memenangi PRK Port Dickson. Walaupun kemenangan berpihak kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan, bukan bererti kita menyerah kalah dalam perjuangan untuk meneggakkan kebenaran.

Kini kita akan menyaksikan bermacam macam perkara yang tidak dijangka. Dari ekonomi sehinggalah kemaslahatan umat Melayu Islam dibumi Malaysia ini.

Walaupun semua rakyat tahu bahawa hutang sebenar negara hanya sekadar lebihkurang RM680Billion mengikut tata cara Bank Dunia namun Pakatan Harapan tetap 'menjulang' RM1 Trillion sebagai sandaran bagi 'menyerlahkan' kesalahan dan salah urus kerajaan terdahulu.

Salah tetap salah dan wajib dibawa kemuka pengadilan atau Mahkamah. Apa yang terjadi kepada Najib dan Zahid wajiblah dijadikan iktibar buat ahli ahli politik terutama kepada Kerajaan yang memerintah sekarang. Jangan ditutup sebelah mata sekira kelompok sendiri yan melakukan kesalahan malahan wajib disiasat tanpa sekatan.

Seperkara yang terusik dihati saya adalah berhubung perjumpaan Dr Mahathir dengan Pemandu Pemandu Teksi di Langkawi.
Kenapa Mahathir terpaksa meluahkan kata kata 'Kalau tak suka saya bolih letak Jawatan Perdana Menteri" gara gara kata kata kesat dan kasar dari beberapa kerat Pemandu Teksi.
Kenapa Dr Mahathir begitu 'terkesan' dengan kata kata Pak Driver tu?
Kenapa begitu 'terusik' hatinya??? kenapa begitu 'sensitif'?

Sebelum ini Dr Mahathir juga pernah dicaci, dihina dan dicerca dialam maya, mahupun diceramah ceramah politik, tetapi tidak pula Dr Mahathir 'melenting' sehingga mahu meletak jawatan.
Tetapi amat berbeza pulak kali ini.
Atau adakah  Dr Mahathir sebenarnya 'takut dihina' mahupun ' dikeji' secara depan depan?
Tak sangka pulak dah semakin 'menginjak' umur ini beliau menjadi amat 'sensitif' pulak.

    TETAPI BAGI TUKANG KIPAS YANG TAKUT KENA SIASAT TETAP MACAM NI

                               

Lagi veteran politik selar pemandu teksi 'biadab'


Walauapapun semenjak menerajui Pakatan Harapan yang bergantung harap akan jutaan rakyat negara ini terhadap kepimpinan beliau, tetapi, pada realitinya, keadaan sebenarnya 'amat malang' pula buat rakyat.  Segala apa yang dijanjikan hanya tinggal janji. Begitulah hebatnya janji janji..

Seperkara yang perlu diambil perhatian situasi ekonomi kita tidak lah seberapa cantik. Yang paling ketara adalah nilai ringgit kita semakin 'susut nilai' dan bursa saham semakin menjunam. Adakah ketidaktentuan ini kita masih nak menyalahkan Kerajaan lama atau kurangnya keyakinan pelabur mahupun ketidakyakinan negara luar terhadap Kerajaan Pakatan?
Scenario ini amat membimbangkan..bila bila masa bolih meletup.

Kalau Kerajaan pimpinan Mahathir masih lagi nak bersandiwara tentang 'Islam' dan memperlekehkannya.
Manusia yang tidak tahu tentang agama Islam cuba 'merombak' Perlembagaan mengikut fahamannya.
 
Image result for P Kasthuriraani  anak P Patoo
P Kasthuriraani mendesak Kerajaan menghentikan tangkapan keatas individu yang menganut fahaman Syiah Imamiyyah dan ajaran sesat yang lain dengan dengan alasan fahaman fahaman itu adalah agama yang berbeza daripada agama Islam.

Kalau Dr Mahathir dan kepimpinannya  merestui serta  membiarkan kelompoknya berhujah mengikut apa yang dia faham,  maka 'bala' besar menanti didepan.

 Antara sanggup atau akur... bila 'bala' terjadi..jangan salahkan orang lain..

Bila Islam yang menjadi 'tiang' dalam negara ini yang cuba disoodok..takut nanti ' mantra kuno"' pula yang bakal 'melumpuhkan' diri diri mereka.

Ingatlah....banyak yang telah kita saksikan depan mata.. ramai yang ketawa dan menperlekehkannya..tetapi...itulah realiitinya...

Cahaya Al Majid.







Friday 12 October 2018

THE PROMISED LAND: PRK PORT DICKSON :ANWAR DIHUJUNG JALAN???

Bismillahhirrahmannirrahim.

INGATKAN GUNUNG BERAPI MELETUS RUPA RUPANYA
MAHATHIR YANG MELEDAKKAN BOM BUAT RAKYAT PORT DICKSON
MENIMBANG TARA UNDI UNTUK SIAPA.

Nampaknya pada hari terakhir kampen PRK Port Dickson, kem Anwar Ibrahim dan Geng Pakatan telah 'dibom' sendiri olih Mahathir dari Bali, Indonesia.
Samaada ianya secara kebetulan atau sememangnya 'perancangan" tiada siapa yang tahu.

Disaat saat kelompok IDE amat yakin dengan kemenangan akan berpihak kepada Anwar kerana keyakinan bahawa bukan Melayu adalah majoriti di Port Dickson  namun pada hakikatnya majoriti masyarakat Melayu sebenarnya 'tidak menerima Anwar" disini. Untuk itu peluang kemenangan Anwar Ibrahim dirasakan datangnya dari kaum Cina dan India tetapi peratusan pengundi Cina dan India yang berada diluar Negeri Sembilan atau diluar Port Dickson amat tinggi sekali, dan ini mengusarkan kem Anwar.

Kini dengan 'meletop'nya bom yang dihantar dari Bali Indonesia olih Dr Mahathir , dan pada saat kem Anwar amat memerlukan keajaipan...cerita tentang 'pembohongan' atau ' janji palsu' kem Pakatan Harapan tentang penghapusan tol seperti yang dijanjikan dalam 'Manifesto"mereka, dikhawatir  isu ini bakal menjadi 'penimbang tara' buat rakyat Port Dickson, samada memilih atau menolak Pakatan Harapan.

Cuaca bakal menjadi musuh utama Kem Anwar dan Pakatan Harapan,


Mahathir Akui Tol Tidak Akan Dimansuh, Manifesto Untuk Raih Populariti Semata-Mata

BALI - Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir mendedahkan beliau sebenarnya tidak  bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
"Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu,  untuk mengadakan laluan percuma… ia tidak boleh (dilakukan). 

Cahaya Al Majid.

Thursday 11 October 2018

THE PROMISED LAND: RENUNGAN JUMAAT : BUAT MEREKA YANG HIDAPI BRAIN TUMOUR

Bismillahhirrahmannirrahim.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada saudara Bob Lokman diatas pemergian anak beliau Mohammad Adam 25 tahun kerana ketumbuhan dalam otak. Anak beliau disahkan meninggal dunia jam 1 pagi selepas pingsan dirumahnya  Sungai Buloh.

Bob, 54, berkata, Adam mempunyai sejarah ketumbuhan dalam otak dan pernah beberapa kali pengsan.

“Semasa darjah dua, Adam disahkan ada ketumbuhan dalam otak. Selepas itu doktor berjaya buang ketumbuhan. Setahun juga Adam berada dalam wad.
“Meski Adam sudah menjalani kimoterapi, doktor maklumkan ketumbuhan ini boleh datang lagi. Disebabkan itu, Adam selalu pengsan.
Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah  simptom dan perkara yang sama telah dilalui olih Hafiz dan Don Frazier.
Kisah mereka Hafiz dan Don Frazier @ Yaacob telah saya tuliskan didalam Kisah Benar Cahaya Al Majid. 
                                                        DON FRAZIER @ YAACOB
                                                            YAACOB BIN ABDULLAH @ DON
                                           
KEAJAIPAN ALLAH TERTUMPAH KEPADA DON FRAZIER DI NEW ZEALAND
 KISAH BENAR CAHAYA AL MAJID : A MAN WITH TUMOR : I'II ONLY HAVE 6 MONTH TO LIVE 
”Its a miracle, the “thing’ in my head is gone’, kata Yaacob dalam nada kegembiraan.’ Thanks to Allah’, sahut Yaacob
                                                                                                                                                                          HAFIZ DAN ANAK ANAK
MIRACLE HAFIZ 'BRAIN TUMOR' YANG DI 'ANGKAT' ALLAH.
Hafiz menghidap 'brain tumur' dan telah pun menjalani pembedahan pertamanya sewaktu beliau di Kuala Lumpur lagi. Perjalanan kehidupan Hafiz bertukar corak selepas operation.
Hafiz selalu mengalami 'pass out'  atau pengsan dan akan berlaku pada bila-bila masa saja. Untuk beliau melalui sekali lagi pembedahan maka risikonya teramat tinggi, beliau berkemungkinan akan hilang penglihatan untuk selama-lamanya atau nyawa yang menjadi sempadan.  

 Untuk itu saya menyeru kepada sesiapa saja yang menghidapi simptom dan perkara yang sama seperti saudara Hafiz mahupun Don Frzier @ Yaacob, agar dapat menghubungi Hafiz untuk mengetahui cara dan bagaimana untuk  "diangkat atau dinyahkan" tumour tersebut..
'Tiada kaedah hospital yang bolih memberi harapan untuk kesembuhan bagi spesakit ini, melainkan, Allah SWT saja penawarnya.

Untuk itu hubungilah saudara Hafiz untuk mengetahui perkara yang dilaluinya agar dapat dimenafaatkan olih orang lain. 
Hubungi beliau melalui blog beliau  iaitu : ayatkenari.blogspot
.Semoga usaha ini dapat menyelamatkan nyawa dan meringankan 'beban' yang ditanggung olih mereka dengan izin Allah SWT. 

Cahaya Al Majid..




Wednesday 10 October 2018

THE PROMISED LAND : PRK PORT DICKSON ; ESOK LAST KEMPEN.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Untung batu tenggelam, untung sabut timbul.
Begitulah perumpamaan yang wajar diberikan kepada Anwar Ibrahim selaku calon Pakatan Harapan dalam PRK Port Dickson.

Bukan saja Perdana Menteri Dr Mahathir yang datang bertandang berkempen malahan 'tokoh tokoh' hebat yang bernama besar juga berserta dalam kempen untuk memenangkan Anwar Ibrahim.

Pelik bin Ajaib. 
Yang ditentang hanyalah Isa Samad selaku anak watan yang bertarung atas nama BEBAS, wakil PAS merupakan bekas Kolonol dan bukan anak Negeri, selain itu hanyalah Saiful Bahari 'watak' yang menuduh Anwar dalam kes sodomi dan beberapa lagi individu yang juga bukan anak tempatan tetapi ketakutan Kem Anwar amat ketara sekali.

Tak cukup dengan isterinya Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri yang turun berkempen, anak beliau Nurrul Izzah juga turun berkempen...peergh...satu keluarga tu...

Kalau diikutkan track record, hanya Isa Samad yang dilihat berpengalaman namun keberadaan lain lain calon juga tidak dinafikan , namun, kemenangan buat Anwar Ibrahim belum tentu..

Bermacam macam statement dilontarkan bagi membeli mahupun meyakinkan hati pengundi diPort Dickson. Tetapi kalau dilihat secara rambang pengundi kaum Cina sememangnya menyebelahi kem Anwar Ibrahim tetapi sejauh mana kehadiran mereka dipusat pengundi pada Sabtu ini, sama sama kita lihat.
Begitu juga dengan kaum India walaupun dalam Parlimen mereka membarisi kelompok 22% namun, adakah mereka ini benar benar akan keluar atau balik ke Port Dickson untuk 'menterjemahkan' undi mereka dipeti peti undi...hahaha...'tak masyuk kalu.' bye bye la...sebab..BN dahulu dah ajar...

Tetapi buat orang Melayu pula, hati mereka masih lagi berbelah bagi. Itu sebab ketika Dr Mahathir datang berkempen di Port Dickson, kita lihat tidak seramai manapun orang Melayu Port Dickson yang hadir.

Melayu yang ramai menghadirkan diri kebanyakannya adalah terdiri dari penyokong penyokong PKR dan Pakatan yang datang dari luar dan bukan pengundi Port Dickson sendiri. Itu sebab sehingga hari ini kem Anwar Ibrahim masih lagi berhempas pulas dan masih terkial kial bagi cuba menyakinkan pengundi untuk keluar dan mengundi Anwar Ibrahim.

Walauapapun memandangkan 'cuaca' tidak menentu, ditambah 'langit Teluk Kemang tidak bersama" adakah pengundi akan keluar dan memenangkan Anwar atau adakah Anwar Ibrahim  bakal "tersungkur" dibumi Negeri Sembilan...haahaha..itu hak Allah SWT menentukan.

Macam macam ayat keluar :-

Anwar kini ibarat kain putih, kata Rais

“Tak ada lagi salah Anwar, kain dibandingkan kain dengan guni, beliau menjadi kain putih sekarang ini,” tegasnya.

Zaid Ibrahim 

My message to Port Dickson voters is simple. You must vote for Anwar because we need a clear succession plan. 
For that, we need Anwar as our deputy prime minister next week. That way, he can immediately strengthen the current Cabinet, 

Adakah doa doa alim ulama yang selalu mendoakan akan kemaslahatan anak cucu mereka serta dibumi dan dilangit Teluk Kemang akan bersama mereka, hanya Allah SWT yang tahu jawapannya...

Cahaya Al Majid. 

THE PROMISED LAND : MAHATHIR RILEK JE!!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

KENAPA MASIH WAS WAS!!!

Kenapa Wan Azizah aka Timbalan Perdana Menteri mengulang cerita bahawa YDP Agong telah menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada beliau?
Apakah motifnya?

Tidak cukupkah dengan 'pengampunan' yang telah diberikan kepada suami beliau olih Yang Dipertuan Agong sehinggakan  Anwar Ibrahim kini bolih bertanding untuk menjadi Ahli Parlimen sekaligus sekiranya menang bolih diangkat sebagai Perdana Menteri pula?

Imbau kembali sebelum PRU 14, satu dunia tahu bahawa" blok Pakatan Harapan" yang menggunakan logo PKR akan mengangakat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang PRK14.
Olih itu kenapa perlu diangkat semula cerita atau kisah "tawaran" dari Yang Di Pertuan Agong'?
Apa muslihatnya???

Atau adakah Wan Azizah takut bahawa 'pengampunan" yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim bukan berstatus " pengampunan bebas' mengikut perkara 48(1)(e) dalam Perlembagaan Negara?

Article dibawah ini adalah apa yang ditulis olih Abd Kadir Jasin.

Cuma  timbul persoalan kerana tiga bulan sebelum PRU 9 Mei, Istana Kelantan telah menarik balik gelaran Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan yang dianugerahkan kepada Dr Mahathir.

Gelaran itu diberikan oleh bekas Sultan Kelantan,Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Baginda adalah ayahanda kepada Sultan Muhammad V dan masih hidup.

Penarikan balik darjah tertinggi Kelantan itu dilihat sebagai penolakan terhadap Dr Mahathir oleh Istana Kelantan. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa beberapa orang sultan secara tersurat dan tersirat “berkempen” menghalang kepulangan Dr Mahathir ke arena politik tanah air.

Apa sebenarnya yang ingin disampaikan olih Kadir Jasin?

Adakah beliau mahu mengajak rakyat untuk mencurigai bidang kuasa Yang DiPertuan Agong?
Atau salahkah tindakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ,menarik anugerah yang pernah diberikan kepada Dr Mahathir olih ayahanda beliau?.
Apa yang tak puas hati ni???

Atau kelompok pakatan ini sengaja mahu 'mengheret dan membakar hati rakyat untuk tidak menjunjung keberadaan Yang DiPertuan Agong mahupun Raja Raja Melayu.
Atau sememangnya mereka berajenda untuk menidakkan 'keberadaan' Raja Raja Melayu dan Institusi YDP Agong dinegara ini?

Lihat saja tajuk yang dimainkan :-

Kadir: Beberapa sultan berkempen halang kepulangan Dr Mahathir



Pengesahan dan ulang sebut ini penting kerana rakyat, khususnya pengundi yang memilih HARAPAN, berhak mengetahui tindak balas Yang di-Pertuan Agong terhadap keputusan mereka memilih HARAPAN.


Apa ajenda sebenarnya???

Cahaya Al Majid.

Tuesday 9 October 2018

THE PROMISED LAND :- APA JAWAPAN LANGIT TELUK KEMANG???

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sepanjang minggu sebelum  8hb Oktober 2018, iaitu hari hari yang dilalui di langit Seremban serta yang berhampiran dengan nya termasuklah langit Teluk Kemang yang bakal menentukan untung nasib Anwar Ibrahim yang bertanding untuk kerusi Parlimen Port Dickson ataupun Teluk Kemang ini, cuaca yang dilalui adalah panas sepanjang hari .

Tetapi semalam bumi yang mahu didatangi olih Dr Mahathir ..langit hitam menyelubungi seluruh kawasan Seremban, Rembau mahupun laluan ke Port Dicskon serta di Port Dickson. Hujan tiga kali mencurah dan tiga kali berhenti. Hujan renyai renyai membawa kemalam.
Adakah langit Teluk Kemang Berserta???

Dibawah ini adalah post yang saya utara apabila mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohammad akan datang ke Port Dickson untuk berkempen untuk  Anwar.

ADAKAH LANGIT TELUK KEMANG BERSERTA???

Saya sebagai hamba hanya mampu 'berdoa' agar permohonan dimakbulkan Allah SWT agar kebenaran diterjemahkan secara nyata dan disaksikan olih manusia. 

HANYA MEMOHON TANDA TANDA DARI "LANGIT".

Adakah 'permohonan' yang saya panjatkan  untuk "tanda tanda dilangit" tidak berjawap? atau "Adakah 'Langit Teluk Kemang berserta???"

Sebahagian penyokong yang hadir berpayung ketika hujan pada Ceramah Mega Pakatan Harapan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di PD Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto SYAFIQ AMBAK, 08 OKTOBER 2018

MGF08102018_CERAMAH MEGA07

MGF08102018_CERAMAH MEGA06,

Inshaallah, menafikan kemenangan Anwar Ibrahim adalah 'misi' nya.
Semoga Allah SWT memakbulkan permohonan ini walaupun bagi manusia lain  ini adalah satu kemustahilan.

                                                 Cahaya Al Majid.


Sunday 7 October 2018

THE PROMISED LAND :BUKAN MENUDUH TAPI ITU YANG MAHATHIR LAFAS.

Bismillahhirrahmannirrahim.

KEMUNGKARAN DAN KEMAKSIATAN YANG MANA SATU YANG MAHU DIHALALKAN
KERAJAAN MAHATHIR???

Tak mahu cerita banyak.. bacalah dan fahamkan sendiri...


Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini Islam tidak mengajar penganutnya untuk menceroboh ruang peribadi orang lain atas nama mencegah maksiat.


Allah SWT berfirman, maksudnya:
“ Hendaklah ada segolongan dari kamu yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran….”
( Surah Ali-‘Imran: 104 )

"Islam tak suruh kita pergi cari (dosa) orang, nak cari salah saja, tak suruh.


Jika kerja mencegah kemungkaran ditinggalkan, maka merebaklah kejahatan di seluruh bumi, lalu tersebarlah maksiat dan lain-lain perkara yang keji. Justeru itu terhapuslah penunjuk-penunjuk kebaikan lalu diganti dengan kehinaan yang mengumumi kehidupan masyarakat kita. Ketika itu, kesemua mereka layak untuk menerima kemurkaan Allah SWT serta penghinaan dan pembalasannya. Firman Allah SWT, maksudnya:
“ Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.”
( Surah al-Ma’idah: 78-79 )

"Sampai nak panjat masuk dalam rumah orang apa semua, itu bukan Islam," Mahathir 
"Islam tak zalim. Islam bukan soal potong tangan. Bukan itu.
AlFurqaan : Ayat 68
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
"Terdapat banyak cara hukuman yang lebih ringan tetapi orang-orang ini mahu mengganggu orang lain, hendak potong tangan orang, penggal kepala, itu bukan Islam namanya,"]
apabila suatu kaum sudah melakukan maksiat dan menentang perintah-perintah Allah swt serta mengkufuri nikmat-nikmatNya, maka sesungguhnya Allah swt akan menurunkan kehinaan dan kebinasaan kepada mereka baik kehinaan di dunia mahupun kehinaan di akhirat.
Sural al-Anfal, ayat 25:
وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan peliharalah dirimu daripada azab yang bukan hanya menimpa orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab siksa-Nya”
Surah al-Nahl, ayat 112:
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ. وَلَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْهُمْ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ وَهُمْ ظَالِمُونَ
“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segala tempat akan tetapi penduduknya mengingkari akan nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka dengan kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka lakukan”.
Surah An Nur :2
Orang-orang perempuan dan lelaki yang berzina hendaklah dijatuhkan hukuman sebat tiap-tiap seorang dari keduanya dengan seratus kali sebat”.



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
 “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)

Cahaya Al Majid,