Tuesday 31 January 2017

THE PROMISED LAND : RAKYAT MALAYSIA DAH SETARA PENDATANG

Bismillahirrahmanirrahim.


"UMNO DAHULU BERJUANG UNTUK KEMERDEKAAN' TETAPI KINI UMNO
MEMERDEKAN PENDATANG?

Kalau 20 tahun dahulu menjadi rakyat Malaysia amat lah untung dan dirasakan bertuah dan banyak juga warga negara luar terutama Thailand dan Indonesia serta Singapura memandang tinggi terhadap bangsa Melayu mahupun rakyat Malaysia.

Walaupun ketika itu gaji tidak sebesar mana namun ianya mencukupi untuk berbelanja hingga ke hujung bulan walaupun sebagai kerani.

Ketika itu penjawat awam atau yang berstatus kerja kerajaan pun tidak lah sebesar mana pendapatan nya berbanding mereka yang disektor swasta namun kos sara hidup tidak lah setinggi kini.

Ruang pekerjaan terbentang luas terutama di sektor swasta terutama perkilangan. Sektor electronic paling banyak menawarkan peluang perkerjaan. Sehinggakan nama minah kilang atau awek kilang menjadi sebutan masyarakat.

Tetapi semua itu tidak kekal lama. Rakyat bertambah cerdik dan apabila kerajaan membuka berbagai peluang pekerjaan mahupun perniagaan kepada anak bangsa maka tercetuslah berbagai idea . Semua itu terjadi kerana ketua Kerajaan nya amat perihatin dengan keadaan rakyatnya .

Cuma yang selalu mencetuskan polimik adalah ahli parti politik parti pemerintah sendiri yang dilihat selalu tidak sehaluan dengan pemimpin nya, itulah yang menjadi rintangan nya.

Walaupun begitu rakyat tidak terkesan dengan tindakan mereka. Walaupun negara menghadapi krisis matawang dan juga kemelesetan ekonomi namun kehidupan rakyat tidak terkesan langsung.

Kehidupan rakyat tetap seperti biasa.

Tetapi kini selepas 20 tahun, keadaannya dalam negara amat berat. Kesusahan negara akibat salah takbir dan salah guna kuasa ahli politik atau Pemimpin mahupun kesalahan rasuah penjawat awam telah menyebabkan rakyat terpaksa memikul sama beban rasuah pemimpin yang pada akhirnya semua itu dipertanggungjawabkan dibahu rakyat.
Adilkah itu?

Sementara pemimpin politik parti Kerajaan hidup dalam kekayaan dan kemewahan serba serbi tetapi  keistimewaan untuk rakyat'  seperti subsidi barangan keperluan, dihapuskan serta merta. Tetapi yang sedih nya cukai GST dikenakan terhadap setiap batang tubuh rakyat.

Negara kita bukanlah miskin malahan setiap inci tanah yang dipijak ini amat bertuah sifatnya.

Apa yang ditanam atau diusahakan di bumi pasti akan mendapat ganjaran ataupun pulangan yang setimpal dan mungkin berlipat ganda pulangan nya. Tetapi disebabkan kan kerakusan dan sifat mata duitan pada batang tubuh pemimpin yang memerintah, akhirnya, tanah milik sendiri digadai juga demi mencari pulangan ekonomi dakwanya. Itulah yang terjadi.

Rakyat tidak lagi boleh hidup bersenang lenang untuk kehidupan tambahan pula apabila tanggungan rumah tangga bertambah ahli.  Punca pendapatan sampingan adalah di laungan pemimpin.

Ruang perkerjaan kini diisi oleh pendatang samaada yang telus mahupun yang haram semuanya sama saja. Pengimportan jutaan pendatang kenegara ini telah menyebabkan rating jenayah naik mendadak. Kegagalan pemerintah dalam membendung atau mengawal pergerakan mereka ini menyebabkan kini kita di kepung oleh mereka disetiap sudut.

Di mana ada kampung Melayu disitu ada pendatang walaupun nun dipendalaman. Bukan saja warga Indonesia saja malahan semua bangsa termasuk warga kulit hitam pun dah melambak.

Oleh kerana semua subsidi untuk rakyat telah dihapuskan apakah kita masih lagi warga terbela? Apa bezanya kita dan pendatang sekarang? Kelebihan hanya satu saja, kita layak mengundi itupun masih samar samar. Kalau nama kita dihilangkan pada daftar undi  dan digantikan dengan pendatang,apa, nak jadi ?

Masih kradible kah Kerajaan kini dimata rakyat?
Dalam kesenakan ekonomi minyak kenderaan pula naik, apa reaksi anda pula?

Fikir lah sendiri apa yang baik buat anda semua.
Allah SWT telah bekalkan akal dan fikiran maka gunakan dengan waras .

             Cahaya Al Majid





THE PROMISED LAND : KERAJAAN PIMPINAN NAJIB TERKAIT DAKWANYA!!

Bismillahirrahmanirrahim.

GEMPAR SATU NAGARA!!!

ADAKAH DARAH UMAT ISLAM RAKYAT YAMAN HALAL UNTUK DITUMPAHKAN?
BERGEMBIRA KAH PEMIMPIN KERANA
MENYOKONG ARAB SAUDI.
ADAKAH BERTAMBAH KUOTA HAJI
IMBUHAN NYA???

PBB telah mengait kan pembunuhan dan pengeboman umat Islam rakyat' Yaman gara gara Kerajaan Najib menyertai Pakatan yang diketuai oleh Arab Saudi menentang puak yang tidak disenangi iaitu Puak Houti yang berselisih fahaman dengan kehendak Arab Saudi.

Kalau dahulu negara kita selalu bertindak sebagai " berkecuali" dalam mana mana konflik didunia namun, kini, pegangan atau kiblat pemimpin UMNO dilihat bertentangan dengan apa yang dipraktikkan sebelum ini.

Implikasi dari apa yang didakwa  PBB ini amat berbahaya sekali terutama terhadap keselamatan negara dan rakyat negara ini.

Kalau dilihat dari perkembangan semasa Najib selaku Perdana Menteri agak jarang sekali untuk memberi sebarang reaksi ataupun komen terhadap apa saja isu besar terutama melibatkan kepentingan politik nya serta isu semasa dunia..

Samaada Najib takut kerana imejnya telah rosak dek kerana skandal dana.1MDB yang dituduh berlaku pengubahan wang haram dan dinobatkan sebagai Pemimpin Kerajaan Penyamun, hanya, barisan kepimpinan Kabinetnya saja yang mengetahui tetapi bagi rakyat Najib sememangnya telah hilang kelayakan untuk mengulas.

Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan juga belum lagi membuat penafian secara tuntas terhadap apa yang didakwa PBB.
Sebenarnya Menteri Luar  Anifah Aman sepatutnya telah menjawab dengan kadar segera  kerana apa yang didakwa PBB itu amat serius implikasinya terhadap negara.

Samaada Najib aka Perdana Menteri atau barisan kabinet sanggup menyanggah dengan kadar segera bagi menjernihkan situasi ini atau terpaksa mendapat lampu hijau dari Kerajaan Arab Saudi mahupun US, hanya mereka saja yang mengetahui.

Walauapapun tinta dah tertumpah setitik dikain putih, samaada dapat ke kita hilangkan kesannya ataupun tidak, kita, tunggu lah, sebabnya Pemimpin yang  tak berilmu dan bodoh dan merosakkan  masa depan negara telah diangkat dan dijunjung oleh pentaksub harta dunia.

Itulah nasib nya negara ini dibawah Kerajaan yang tidak ada bermaruah.

                 Cahaya Al Majid.


Monday 30 January 2017

THE PROMISED LAND : MENTERI NAJIB MENYINDIR UMNO KE ???

Bismillahirrahmanirrahim.

KENAPA NUR JAZLAN MASIH LAGI DALAM UMNO?

Bapanya seorang Menteri UMNO dalam Kabinet Dr Mahathir dan bapa mertua pula adalah Bekas Gabenor Bank Negara.

Kerana ingin menghalalkan salah-laku Ketuanya  , adakah Nur Jazlan sanggup "mengharamkan" keringat arwah bapanya yang sememang nya diketahui ramai bahawa Tok Mat atau Mohammad Rahmat adalah pembodek Dr Mahathir tahap gaban satu masa dulu?

Kini Nur Jazlan dengan suci hati menuduh dan mengatakan bahawa Kerugian Forex yang berlaku diera Bapa mertua sebagai Gabenor dan terpaksa meletak jawatan adalah kerana kesalahan orang lain dan bukan kesalahan sendiri.

Apa yang hendak beliau ditegakkan disini?

Kalaulah dia merasakan bahawa UMNO yang di anggotainya itu telah tidak berlaku adil atau menganiaya bapa mertua nya secara terangan kenapa beliau sanggup menjadi ahli pertubuhan itu dan sanggup pula berjuang bermati-matian mempertahankanya.

Tidakkah legasi UMNO itu turun temurun sifat nya?
Kalau dia berasa bertanggungjawab sebagai seorang menantu mahupun sebagai seorang yang berintegriti terhadap keluarga mertua nya, kenapa dipendamkan kekejaman ini? kenapa baru sekarang mahu ini diungkit?

Adakah beliau merasakan bahawa UMNO dahulu kini dan selamanya tidak berlaku adil terhadap keluarga bapa mertuanya? atau sememangnya dia merasakan bahawa rezeki yang disuap kan oleh bapa nya ( Menteri Dr Mahathir) itu datangnya dari hasil yang tidak halal statusnya?

Ialah bersubahatlah katakan dengan Dr Mahathir dalam menganiaya bapa mertuanya?

Atau dia juga  mengiyakan bahawa bapanya Dato' Mohamad Rahmat juga terlibat sama almaklumlah Mohamad Rahmat juga seorang Menteri diera Dr Mahathir.

Kalau nak tahu apa kelebihan UMNO dan apa yang dilakukan kepada rakyat  dari dahulu hingga sekarang bacalah kat bawah ni :

Perumpamaan Melayu dari dahulu hingga kini.

Kalau nak tahu, binatang yg paling miskin ada lah ayam.

Kasihan, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG.
Hati sedih sampai tulis pun CAKAR-CAKAR AYAM.
Tidur pun tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut.

BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG.
Punca nya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.
 Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM.
Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR.
Kalau lelaki simpan perempuan dikata BAPA AYAM.
Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM.

 Tetapi!!!

Telur AYAM goreng dikatakan MATA LEMBU.

Lembu dapat nama. Malang sungguh nasib mu sebagai seekor AYAM.

Nasib kau lah wahai ayam.😅😅😅 Yang  suka makan dedak yang taiknya dah jadi tahi ayam candu..terlekat dikasut..busuk satu rumah...

Itulah perumpamaan  bagi yang mahu memikirkannya.

                Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND : KENAPA EEK..KERAJAAN NAJIB MEMBIARKAN BARANGAN JADI MAHAL? ATAU NAK KUTIP GST LEBIH????

Bismillahirrahmanirrahim.

 ADAKAH PEMBERIAN BRIM OLEH KERAJAAN NAJIB DAPAT MENGURANGKAN KENAIKAN HARGA BARANGAN.

Apa yang dapat dilihat Kerajaan pimpinan Najib hanya berminat dalam hal ehwal politik dan penguasaan kuasa saja.

Nasib dan kemaslahatan rakyat bukanlah keutamaan kepimpinan Najib dan kabinet nya.

Hanya dengan mengandaikan bahawa masalah dan tanggungan rakyat akan selesai dengan pemberian BRIM bagi menyelesaikan kedukaan rakyat sebenarnya mendedahkan lagi kemelaratan rakyat terutama bangsa Melayu.

Perhatikanlah setiap kali pemberian itu diberikan kepada rakyat setiap kali itulah Najib akan berlagak seolah-olah olah dana pemberian itu datangnya dari kekayaan keluarganya ataupun dari poket nya.

Berlagak seperti penderma  yang menderma 2.6 billion keakaunnya yang hanya  beliau dan saf kepimpinan nya saja yang yamg tahu akan kewujudanya.

Nasib rakyat berpendapatan rendah, pekebun kecil mahupun peniaga kecil-kecilan serta yang berkerja sendiri yang separuh mati ini amat tersepit sekarang ini.

 Dengan peningkatan kos barangan ditambah dengan cukai GST yang dikenakan terhadap kebanyakkan barangan keperluan yang  sebenarnya amat menyusahkan kehidupan masa kini akan menambahkan lagi kemeluatan rakyat terhadap Kerajaan Najib.

Kalau dahulu Menteri Najib pernah berkata bahawa dengan GST barangan keperluan akan jadi lebih murah tetapi pada hakikatnya barangan menjadi lebih mahal dan kononnya juga pungutan cukai GST terpaksa dikenakan kerana penyusutan pendapatan Kerajaan melalui  Petronas kerana kejatuhan harga minyak dunia.

Dan GST dikata perlu untuk membiayai projek untuk rakyat' tetapi setelah hasil  GST diperolehi maka lain pula ajendanya.

Nak bayar gaji penjawat awam lah, nak biayai pemulihan hospital lah , sekolah lah jalanraya lah dan bermacam macam lagi alasan  namun kini dengan pungutan cukai GST yang melebihi RM40 billion itu pula Kerajaan dan mula merancang ajenda  lain pula.

Apa yang dilihat banyak peruntukan untuk kemaslahatan rakyat telah ditarik. Subsidi telah ditarik, Jadi apa yang sebenarnya dipulangkan kepada rakyat? Kos rawatan untuk rakyat' dikelinik memanglah RM1 tetapi kalau terpaksa menerima rawatan atau terpaksa duduk wad maka bayaran selain ubat terpaksa ditanggung rakyat sendiri.
Itulah kehebatan Kerajaan Najib kini.

Renunglah sendiri, kalau dahulu sebelum Najib menerajui negara ini, keadaan ekonomi kita amat lah stabil dan rakyat hidup amatlah selesa walaupun gaji tak besar dan jika seseorang bergaji RM2,000 sebulan sudah dianggap memadai dan boleh hidup berkeluarga.

Tetapi kini keadaan nya sudah berubah. Walaupun Najib dan Kabinet nya tetap mahu menafikan keadaan ini tetapi rakyat dibawah tetap menerima bahananya.

Adakah keadaan sengsara ini merupakan bala dari Allah SWT  yang terpaksa ditanggung rakyat akibat tersalah memilih pemimpin?

Selagi rakyat tidak mahu berubah dan masih mahu berpayung kan kepada pemimpin yang rasuah dan korup maka bala lagi besar sedang menunggu dihujung jalan.

Pilihlah, samada nak ikut Al-Quran atau nak.ikut orang yang jadikan Al Quran sebagai perniagaan.

"Allah SWT tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa melainkan bangsa itu yang sanggup merubah nasibnya"

    Cahaya














Friday 27 January 2017

THE PROMISED LAND : KERAJAAN NAJIB MASIH MENGGALI PEKUNG UMNO

Bismillahirrahmanirrahim.

  UNGKITAN MAKAN TUAN

Ingatkan dah maju kehadapan rupa rupa nya Kerajaan Najib masih lagi ditahap tepu dan a terngiang ngiang akan kenangan lama.

Dah berkurun lamanya isu Forex tu dan semestinya Tan Sri Noh Yaacob mengetahui dalam dan luar akan intipati kerugian tersebut.

Tetapi disebabkan isu itu berlaku diera Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri aka Presiden UMNO dan tambahan pula kini Dr Mahathir merupakan seteru yang tidak menghalalkan kecurangan Najib terhadap skandal 1MDB yang menampakkan kemasukan Rm2.6 Billion keakaun Najib dan diakui kebenaran kemasukkan itu oleh Najib maka mengcungkil apa yang dirasakan salah diera Dr Mahathir akan dijadikan senjata untuk menyerang tambahan pula PPBM sudah mula diterima ramai, maka, berbulu lah telinga telinga pentaksub Kabinet Najib.

Itulah kepimpinan Najib dan strategi UMNO dan Barisan Nasional untuk kempen PRU 14  kini.

Kesilapan diri sendiri dan kemasukkan wang bernilai berbilion keakaun Najib tidak pula dibawa ke pengetahuan kabinet termasuk  wang SRC yang RM40 juta tu,.

Kabinetnya ada membincangkan ke? Atau ada siasatan ke? Atau adakah kabinet nya menghalalkan duit itu digunakan Najib sesuka hatinya?

Satu lagi, terang terangan Jho Low menyapu duit 1MDB dan disahkan penyelewengan olih beberapa negara termasuk Singapura dan telah didapati beberapa orang telah pun dijatuhkan hukuman jel dan denda kerana mengaku bersalah tetapi kenapa isu ini tidak dibincang kan oleh kabinet Najib.

Termasuk juga harta Jho Low's yang telah di sita oleh US dan didakwa wang tersebut berpunca dari 1MDB kenapa tidak diusahakan oleh Kabinet Najib?  Kenapa tidak ada tindakan susulan?

Adakah Kerajaan Pimpinan Najib sanggup membayar kos yang dituntut oleh IPIC yang sedang menjalani timbang tara di London yang berjumlah USD 6.5 Billion kerana kesalahan 1MDB.

Kenapa kabinet tak mengulas?
Kenapa BNM tidak masuk campur ? Bukankah pengaliran wang keluar yang besar pasti diketahui oleh BNM dan Kem Kewangan.?

Kalau diteliti tiada sekelumit pun yang dapat dipersalahkan kepada batang tubuh Dr Mahathir tetapi yang bakal terpalit adalah UMNO yang berada dibawah Kerajaan Najib.

Keluarkan semua cerita agar semua anak cucu tahu bertapa.busuknya pemerintahan UMNO dari dahulu hingga kini terutama sikap dengki dan busuk hati yang berakar umbi didalamnya dan kemuncak pengusiran kuasa UMNO sebagai pemerintah telah pun bermula.

       NSelamat Jalan Romeo

           Cahaya Al Majid




Thursday 26 January 2017

THE PROMISED LAND : KETAWA DULU...EKONOMI BERTAMBAH BAIK ..KATA NAJIB..

Bismillahirrahmanirrahim.

             APA PILIHAN
             NAK SENANG ATAU
       TERUS DALAM KESUSAHAN
   

Prestasi ekonomi bertambah baik kata Najib. Unjuran yang didajwa untuk tahun ini adalah 4.5-5.0 peratus dan baik untuk negara katanya.

Kalau benarlah seperti apa yang dikata oleh Najib, kenapa perlu lagi membebankan rakyat dengan GST ?

Kenapa rakyat asik mengeluh dengan peningkatan kos barangan atau kos sara hidup? Nak tanya jugak siapa yang lebih menikmati nikmat diatas peningkatan ekonomi ni?

Apakah menafaatnya yang dinikmati oleh rakyat diatas unjuran peningkatan ekonomi yang didendang Najib ni?

Apa yang kita lihat, harga barangan semakin mahal  harga rumah melambung tinggi, pendapatan tidak bertambah, tanggungan rakyat terhadap Kerajaan semakin banyak. Jadi apa menafaat yang dinikmati rakyat?

Ataupun peningkatan ekonomi ini hanya menguntungkan sebelah pihak saja iaitu samaada pemodal mahupun usahawan atau Syarikat besar saja yang kebanyakannya dimiliki oleh Taikoon atau Pemimpin tertentu saja ataupun Kerajaan Najib dan Pemimpin UMNO saja?

Nilai matawang merudum pasaran saham mendatar, pasaran perniagaan semakin menguncup, aktiviti perniagaan dipasar malam pun mengalami penguncupan yang drastik. Adakah itu petanda bahawa ekonomi kita bertambah baik?

Rakyat sudah mula tidak berbelanja .

Apa.yang dilihat ketidak cekapan Najib didalam mengurus ekonomi negara amatlah ketara.

Memulakan projek projek berskala mega yang menelan belanja berbillion ringgit dikala rakyat dirundung bencana kerana hendak menampung perbelanjaan mewah Kerajaan Najib melalui cukai GST yang di ambil secara paksa melalui  penat jerih rakyat amat lah zalim namanya.

Ketidak percayakan dunia luar dan juga rakyat' terhadap apa yang diperkatakan oleh Najib semakin mencengkam negara dan kehidupan rakyat di masa ini.

Oleh itu apa yang boleh diharapkan lagi terhadap Kerajaan pimpinan Najib ini? Apa yang di buat atau yang di sentuh oleh Kerajaan Najib semuanya malapetaka saja kesusahan nya.

1MDB akhir nya berhutang berbillion ringgit
FELDA dah menampakkan hasil keberhutangan dan terpaksa bergolok bergadai.
KWSP pun dah mula menampakkan bibit bibit kearah penjualan aset-aset.
Tabung Haji yang ditubuhkan melalui duit  pendeposit pun dah menunjukkan penurunan dan penyelewengan pun dah mula bertapak.

Kegagalan demi kegagalan yang tercipta diera Kerajaan  Najib ini nampaknya semakin mengerunkan rakyat.

Sanggup kah kita mengharungi lagi perjalanan yang sengsara ini BN dan  masih kah kita mahu bertuankan Najib dan Barisan nya lagi?

Tepuklah dada!!!!











Wednesday 25 January 2017

THE PROMISED LAND : HEBATNYA...CIA PUN NAK MENUBA

Bismillahirrahmanirrahim.

  ANTARA KEBENARAN DAN KEBATHILAN

Begitulah nikmatnya kehidupan ini apabila kita selalu  berpegang kepada kebenaran dan apabila kebaikan yang ditanam tanpa memohon ganjaran atau balasan , InshaAllah, kehidupan ini pasti dilindungi Allah SWT.

Riuh rendah kelompok UMNO  hari ini apabila  Jabatan Perisik Uncle Sam ataupun CIA memaparkan dakwaan bahawa  Dr Mahathir dikatakan "terpalit" ataupun "bersubahat" terhadap kegagalan BMF iaitu anak syarikat BBMB kerana keruntuhan ataupun terbangkrapnya syarikat  yang  ditubuhkan di Hong Kong yang mana pinjaman berjumlah hampir 1 Billion gagal dilunaskan samada kerana penyelewengan ataupun keruntuhan pasaran hartanah di Hong Kong,  dijadikan isu untuk menyerang diri beliau.

Melalui apa yang semua tahu, kes yang diketengahkan ini sudahpun diketahui ramai dan bukan rahsia lagi.

Walaupun kes BMF ini cuba dituba CIA , demi untuk merosakkan reputasi bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat ini,namun semua rakyat tahu bahawa Dr Mahathir hanya dilantik sebagai Perdana Menteri pada Julai 1981.

Sedangkan Carrian dan BMF telah bermula seawal 1979 lagi iaitu sebelum Dr Mahatir dilantik PM lagi.  Jadi apa rasionalnya untuk mengait kan diri beliau dan kebetulan pula kebengkrapan itu mula terjadi pada tahun 1983 dan Menteri Kewangan adalah Ku Li.

Kalau kita seorang yang rasional dan bertanggungjawab tidak mungkin kita akan menyalahkan Dr Mahathir tentang apa yang berlaku. Apa yang berlaku sebenarnya diluar kawalan beliau dan untuk itu kita kena terima hakikat.

Tetapi untuk menuduh bahawa beliau terlibat dengan skandal BMF  yang bernilai RM1 Billion itu adalah tidak wajar sama sekali.

Tetapi ada pula yang menyamakan kes BMF diera Dr Mahathir dengan kegagalan 1MDB yang diilhamkan Najib itu.Duit 1 billion dari BMF tidak masuk ke akaun Dr Mahathir tetapi duit 1MDB  pula disahkan masuk ke akaun Najib seperti yang didakwa DOJ serta beberapa negara lain dan terbukti pula.

Oleh itu sama ke antara Dr Mahathir dan Najib? Cuma persamaannya kedua dua ini dari parti  UMNO dan juga Presiden UMNO.

Cukup cukup lah memfitnah dan membesar kan perkara yang bathil.

Sebenarnya banyak lagi skandal yang berlingkar dalam UMNO ni dari dahulu sampai kini cuma baru sekarang keadaan itu sudah tidak terbendung lagi.

Semua nya kerana pemimpin UMNO sudah hilang keimanan dan hanyut kerana harta dunia serta amanah yang sepatutnya di junjung tetapi diletakan dibawah tapak kaki.

Perhatikanlah sudah berapa kali Najib aka Perdana Menteri kita menipu dan berbohong secara terang terangan terhadap rakyat.
Adakah penipuan itu juga mahu dihalalkan perbuatanya?

             
Cahaya Al Majid






Monday 23 January 2017

THE PROMISED LAND: RAKAN PARTI NAJIB TERTELAN DURIAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila tengok luarnya ianya mengujakan. Bila dihidu amatlah teruja bahannya. Ada Musang King ,Kucing Tidor ada Udang Merah dan terkini Musang Queen, tetapi harganya ..Boleh tersedak nyawa..Tetapi bagi yang Beringgit  dan yang semua itu tak jadi hal

Friday 20 January 2017

THE PROMISED LAND : JADI BENARLAH KERESAHAN DR MAHATHIR

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hari ini di Pandan Indah Cheras, Najib Razak aka Presiden UMNO  membenarkan dakwaan Dr Mahathir bahawa pengimpotan beramai ramai warga negara China ke Forest City pada skala besar adalah tepat dan benar.

Tiada penyanggahan dibuat  terhadap kemasukkan 700 ribu warga China seperti yang didakwa Dr Mahahir bagi mengisi kependudukan di Forest City Johor , maka, dakwaan Dr Mahathir terhadap pengisian rakyat China di Forest City juga benar belaka.

Oleh itu memang benar apa yang digusarkan selama ini.
Ditambah lagi, pegangan yang dibenarkan pula selama 99 tahun.
Maksudnya, sekiranya bangsa ini telah menduduki bumi Forest City diJOHOR dan bermestautin  selama 10 tahun bolehlah mereka ataupun generasi kedua mereka memperolehi kerakyataan dinegara ini seperti apa yang berlaku sekarang.

Sudah nekadkah Kerajaan UMNO dan Bangsa Johor atau  Kesultanan Beraja Johor untuk menerima bangsa Cina dari China ini untuk menjadi sebahagian dari rakyat naungan mereka?

Najib dengan bangganya mengatakan bahawa beliau ingin mencontohi Dubai sebagai idola. Perlu dilihat adakah Dubai memenuhkan kediaman yang dibuat untuk satu bangsa saja? Adakah pembeli hartanah di Dubai dimonopoli oleh satu bangsa saja ? TIDAK bukan. Berbagai bangsa.

Tetapi di Forest City dibumi Johor, hartanah yang ditawarkan adalah untuk diisi oleh Bangsa Cina dari China serta Cina dari beberapa negara diluar China.

Adakah Najib dan Kerajàan UMNO hanya berkiblatkan wang ringgit semata dan bukan nasib negara ini dimasa hadapan?

Semua orang Melayu sedar bahawa negara China adalah negara Komunis dan fahaman mereka tidak pernah berubah dari dahulu sampai sekarang.

Pejuang Negara kita bermatian matian berjuang siang dan malam dan ramai yang terkorban nyawa dan cacat seumur hidup demi mengusir komunis dari bumi Malaysia, tetapi, kini, semua.pengorbanan itu.adalah sia sia belaka.

Kini Komunis China tidak lagi menggunakan senjata atau kekerarasan tetapi dengan wang yang berbillion yang dimiliki telah berjaya membeli jiwa dan maruah pemimpin Melayu yang korup dan penyamun, tambah tambah dari UMNO, parti yang menjadi.tunggak kepada Barisan Nasional, maka, bersenang lenanglah mereka untuk mencucuk hidung pemimpin Melayu UMNO?

Kepada rakyat, lihatlah, bukan pembangkang yang menggadaikan maruah dan tanah Melayu tetapi Melayu UMN0 lah yang menggadaikan semua.

Sebabnya Pemimpin UMNO semuanya.korup serta penyamun dan istilah untuk bangsa dan negara bukanlah keutamaan terapi menutup hutang yang dicipta Najib dan  Pemimpin UMNO adalah terlebih utama

Yang menjadi mangsa dan yang bakal merempat adalah bangsa Melayu. Kerana Melayu yang menjadi 60 % peratus populasi  dinegara ini telah diuji kaji oleh pemerintah UMNO selama 60 tahun.

Melayu yang selama ini telah ditakut takutkan dengan ungkapan " takut mati tak makan" atau Cina DAP akan memerintah kalau Cina menang PRU maka bangsa Melayu kecut hati sebabnya Melayu kurang keyakinan diri dan tidak yakin dengan agama yang dianuti dan tak faham Al Quran.

Sebabnya Melayu adalah jenis bangsa yang suka  ikut dan mengikut  dan bukan jenis bangsa suka berfikir atau mahu mencuba. Buta tuli adalah ayat yang paling lengkap untuk kelompok ini.

          Harinya semakin hampir

                CAHAYA AL MAJID

Thursday 19 January 2017

THE PROMISED LAND : TANAH MALANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

NAJIB DAN UMNO DAH LUPA LIRIK LAGU
ANAK KECIL BERMAIN API

Kerana unjuran angka angka atau impian untuk menjana kekayaan melalui tanah bumi Melayu maka bergolok bergadai ataupun punah semuanya pun tidak mengapa ,asalkan orang atasan dapat menafaatnya.

Suara suara yang membantah dianggap sebagai langau saja.

Keperhatinan  terhadap keperluan rakyat marhean terutama bangsa Melayu yang 60% masih berada  sedikit diatas diparas suhu miskin bandar, semakin hari semakin tertekan penghidupan seharian.

Apa yang Melayu marhean miliki dan yang  dipertahankan selama ini juga pasti tergadai, semuanya kerana "cash is king".

"Biar kita menyanggah jangan sampai kita
Di sanggah"

Satu negara sedang membicarakan isu Forest City di Johor.

Kerajaan Johor begitu juga dengan Sultannya tetap mempertahankan projek yang telah dirancang dan yang sedang berjalan dan semua rakyat negara ini tahu bahawa projek itu dikendali dan diterajui oleh China.

Walaupun target pembinaan  projek itu dalam tempoh 30 tahun namun sehingga kini, semenjak dilancarkan, kebanyakkan unit yang ditawarkan kebanyakkannya telah dibeli samaada oleh bangsa Cina dari Singapura mahupun Cina dari China ataupun bangsa Cina dari negara lain, sudah semestinya projek ini bakal menghimpunkan bangsa Cina yang berbeza latarbelakang diJohor yang paling selatan ini.

Dari taikun sehinggalah ke bapa ayam serta ketua ganster atau mafia China dan tidak terkecuali pengedar dadah serta penjual senjata haram dan tidak ketinggalan judi bola dan judi pasti berkampung dikawasan tersebut, dan, keadaan ini bakal menjadikan China Country yang  terbesar di Asia Tenggara yang menghimpunkan bangsa Cina dari berbagai etnik dinegara didunia.

Semua bangsa didunia tahu bahawa bangsa ini adalah satu bangsa  yang paling susah untuk dikawal dan sering menjadikan penempatan mereka sebagai negara mereka sendiri.

Contohkan saja  Petaling Street, apa jadi, sehingga kini tidak ada seorangpun peniaga Melayu yang boleh menembusi perniagaan disana. Berpuluh tahun kot!
Untuk ranungan orang Johor samaada Rajanya mahupun Kerajaan BN dan UMNO Johor, seeloknya timbang betul betul jangan ikut selera nafsu dan harta dunia, sebelum rebung jadi buluh, istikarah lah minta petunjuk dari Allah swt.

Kalau dari renungan makrifat saya, Johor pasti "hanyut" kalau gagal mengemudi bukan saja rakyatnya malahan Kerajaan Beraja pun belum tentu selamat.

                Cahaya Al Majid

Tuesday 17 January 2017

THE PROMISED LAND : LAWAK GILER PEMIMPIN UMNO 2017 NI...

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dulu masa mula mula menggula peneroka Felda, diuar-uarkan bahawa sekiranya FGV disenaraikan dibursa saham maka para peneroka bakal mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari nilai pasaran dan kebajikan peneroka pasti terjamin, almaklumlah penyenaraian yang kedua terbesar didunia selepas Facebooklah katakan.

Maka berlumba lumbalah para pemimpin UMNO dan BN mengiya dan menghalalkan apa yang dicadang oleh Presiden UMNO.
Tengok sekarang..apa sudah jadi ooi..
Dari harga penyenaraian rm 4.50 sesaham tetapi  kini dah berada dibawah rm1.70 sesaham...banyak dah hilang tu...apa komen pemimpin UMNO dan BN..apahal Felda dah mula nak melingkup .

Tak cukup dengan cerita Felda didalam negeri, Isa Samad ataupun Pengerusi Felda, tunjuk pandai pula , beli pulak hotel kat London, katanya investment perhotelan bakal menjana pendapatan tambahan untuk Felda, maka Hotel pula dibeli, bukan satu tapi dua.

Beratus juta duit Felda mengalir , tetapi akhirnya, terpaksa dijual kerana kata Pengerusi Felda yang baru dilantik,;Sharil Samad, pengeoperasian hotel dan pulangan tidak  menguntungkan pula .
Tak cukup dengan itu pegangan share oleh Felda terhadap Maybank yang bernilai rm280 juta pun terpaksa dijual.

Aiiik..apa sudah jadi?...Kenapa?

Nampaknya ,apa saja perancangan Najib terhadap  Felda, semuanya tidak mendatangkan hasil..sebaliknya. Felda yang rugi..adakah strategi ekonomi Najib bolih dipakai?

Yang terbaru Felda nak beli saham syarikat perladangan sawit di Indonesia pula. Dan dikata pembelian tersebut 3 kali ganda lebih mahal dari harga pasaran. Walaupun berbuih mulut pemimpin Pembangkang serta rakyat suara anak Felda membantah tetapi semua itu tidak dihiraukan oleh Najib mahupun Peneraju Felda. Mereka kekal menyatakan akan memperolehi keuntungan.

Nak untung macammana?? 3 kali ganda mahal beb..

Untung sebenarnya hanya pada mereka ...yang bakal rugi dan terbeban dengan hutang  adalah rakyat dan peneroka....

Belum ada satu investment lagi yang mendatangkan hasil dari buah tangan Najib..semuanya hancur..contoh terdekat 1MDB hutang dah berkepuk..rm50 billion..yang bangang dan yang tolol yang kena bayar dan tanggung adakah rakyat.

Itulah pencapaian terhebat  Presiden UMNO aka Najib Razak.

Harga barang naik
Ekonomi menyempit
Nilai Matawang merudum
Yang terhebat..poket rakyat dirompak bagi menampung kehidupan mereka.

Kepada UMNO dan BN bergembiralah dengan sisa sisa kuasa yang ada.
Masa anda sudah tamat.

                 Cahaya Al Majid

Thursday 5 January 2017

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT 2017: INILAH ISLAM AKHIR ZAMAN!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

INIKAH YANG DICARI????

"Sampaikanlah kata kata ku dengan perkataan yang baik baik dan dengan suara yang lemah lembut."

Lawak jenaka, menyanyi serta meniru suara jantan lembut atau pondan dan meniru aksi lembut kaum dua alam ini,  telah menjadi trend atau kemestian buat penceramah agama didalam menyampaikan ceramah mereka.

Maka berdekah dekahahlah  hilaian ketawa mereka samaada didalam masjid mahupun didalam dewan samaada indoor mahupun outdoor tanpa segan silu. Samaada golongan lelaki mahupun wanita mahupun ahli ahli agamawan atau pun tok imam atau ahli jawatan kuasa masjid ataupun surau semuanya terjebak dengan kelalaian jenaka yang dihemburkan penceramah.

Kekadang  hilaian suara ketawa tersebut lebih kuat gemanya berbanding suara mereka yang mengaji. Itulah acuan atau trend yang di resapi oleh para penceramah masa kini.

Kehebatan ilmu agama seseorang penceramah itu bukan lagi terletak pada isi dakwah yang disampaikan tetapi populariti pendakwah tersebut diukur melalui bertapa lawaknya seseorang penceramah tersebut didalam berceramah dan kreteria ini yang membuatkan ramai yang menghadiri ceramah bukan kerana pengisian nya tetapi kerana lawak nya.

Yang sedih nya ada pula isu yang berbau sex suami isteri di ketengahkan namun para pendengar tetap tersenyum mahupun ketawa seakan akan menerima kisah tersebut walaupun kisah itu dicontohkan di dalam masjid .

Yang tua tersenyum malu yang muda tersipu sipu dan yang wanita pula tertunduk malu. Tetapi yang hebat nya seluruh warga yang datang mendengar berdekah dekahahlah ketawa tanpa batas. Adakah ini yang mahu diterapkan didalam pengisian dalam menanam benih agama dan pegangan?

Apa yang berlaku kini penceramah berlumba lumba mencari identiti atau trade mark sendiri didalam program ceramah. Dari pakaian hingga lah kepada kata kata penyampaian semuanya terpaksa disesuaikan demi populariti.

Apa yang berlaku isi dakwah yang disampaikan tidak terkesan dihati tetapi sebaliknya lawak yang hemburkanlah yang akan terkesan dan terpahat dihati.
Itulah..Agama Islam di Malaysia kini dan agaknya itu lah yang dicari selama ini.

 Patutlah ..pemimpin yang ternyata seleweng pun dihalalkan perbuatanya.

                 Cahaya Al Majid






Tuesday 3 January 2017

THE PROMISED LAND : KENAPA AZIZ TIDAK MINTA NAJIB BUAT AKUAN BERSUMPAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Mantan  Penasihat / Pengerusi  DAP mahu akuan bersumpah dari Mukhriz tentang jawatan Perdana Menteri  tetapi kenapa Tengku Aziz tidak minta perkara yang serupa terhadap Najib tentang wang yang masuk ke akaun Najib yang di kata "derma"?

Mana lebih penting akuan bersumpah Mukriz tentang jawatan Perdana Menteri atau Duit IMDB  USD 681 juta yang didakwa masuk ke akaun Perdana Menteri .
Mana satu yang lebih besar kesannya terhadap rakyat Malaysia.

Semenjak dua menjak ni ataupun selepas bercerai dengan DAP , Tengku Aziz  mula mencari makan dengan Kerajaan Najib, berbagai tuduhan dan serangan di arahkan kepada pihak yang mahukan kebenaran.
Kemungkinan kerana sering menunjal (DAP) parti yang gagal dilembutkan atau gagal mencari makan didalamnya, kini, setelah penat  berhempas pulas membodek Kerajaan Najib, patutlah beliau diangkat untuk duduk dipersada SPRM sebagai penasihat. GAMAKNYA..,

Sebaiknya eloklah Tengku Aziz ni, kalau dia rasa diri dia beretika atau bermaruahlah,  lebih lebih lagi sebagai seorang yang
keturunan berdarah Raja YANG diangkat sebagai mulia oleh rakyat , semestinya atau sebaiknya, suruh Najib aka Perdana Menteri untuk membuat ,"akuan bersumpah" bagi menafikan apa yang didakwa oleh rakyat.

Itu yang terlebih penting berbanding surat akuan Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri.

Kisah atau dakwaan Mukhriz berniat atau mahu jadi Perdana Menteri bukanlah keutamaan rakyat ketika ini tetapi kewibawaan sebagai seorang Perdana Menteri yang amanah dan tidak berbohong dan mengaku kesalahan sendiri adalah keutamaan rakyat negara masa kini.

Oleh itu seharusnya Tengku Aziz bertindak bijak .. tetapi kalau tuduhan ini dia lakukan demi mencari makan dan.untuk mencalar imej PPBM dan Mahathir, saya rasa anak Raja ini telah membuat satu kesilapan besar dalam perjalananya.

Kita tunggulah...Kesan terhadap apa yang diperkatakan ini pasti ada timbal baliknya.
Banyak manusia yang suka mengundang ke murkaan Allah SWT..Dipenghujung nyawa ni...Saksikanlah..
                  Cahaya Al Majid

Sunday 1 January 2017

THE PROMISED LAND : PUNCANYA MERAGUKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

WARTAKAN DARI MANA PUNCA KEWANGAN YAYASAN 1MDB?

1.ADAKAH DARI HASIL PERNIAGAAN 1MDB?
Semua tahu bahawa hanya Rm1juta telah didahulukan oleh kerajaan sebagai model bagi memulakan perniagaan.
Selebihnya seperti yang kita semua  maklum beberapa bidang tanah yang strategik di ibukota telah diberikan ataupun dijual kepada 1MDB pada harga dibawah pasaran.
Berbekalkan tanah yang sememangnya bernilai ratusan juta itu yang didapati pada harga murah maka dengan berbekalkan development plan yang canggih ditambah dengan belaian dari Kerajaan Najib maka penilaian terhadap property tersebut meningkat walaupun pada ketika itu cadangan tersebut hanya terukir pada selembar proposal.
Begitulah indahnya sehingga kan Bank bank yang melihat nya terpersona. Tetapi pada kebenarannya keberanian bank untuk membiayai projek tersebut adalah kerana projek tersebut berkiblat kepada Najib saja dan tidak lebih dari itu.
Begitu juga dengan syarikat 1MDB,syarikat ini ditubuhkan untuk menjana dana melalui hutang. Melalui sukuk atau Bond yang diterbitkan untuk 1MDB dan dicagar kepada pembeli luar negara atas jaminan Kerajaan Malaysia berserta pulangan yang agak tinggi maka langganan sukuk tersebut berjaya dilakukan. Tetapi harga yang dibayar kepada Goldman Sachs sebagai pengatur amatlah tinggi dan ini merugikan.
Tetapi nak buat macam mana Najib yang berkuasa penuh.
Keunggulan 1MDB yang ditatang Najib tidak tahan lama, kegagalan nya didalam membuat IPO untuk Edra Energy menemui kegagalan.
Kegagalanya kerana hutang yang ditanggung 1MDB amat tinggi dan ada kalanya bayaran hutang mereka tertangguh dan ini tidak menyakinkan Bank untuk mereka menanggung risiko lagi. Akhirnya semua bank menarik brek. Itulah yang terjadi.
Kini semua harta milik 1MDB sudah pun tergadai dan hutang yang terbeban melalui sukuk yang di terbit kan berserta interest yang terpaksa ditanggung telah melebihi RM53 Billion.
Kini semua hutang tersebut telah diambil alih oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan kini telah terbeban dibahu Kerajaan. Siapa yang susah kini? Tidakkah kita sebagai rakyat yang terpaksa menanggungnya?
Oleh itu dari mana datangnya dana Yayasan 1MDB untuk membiayai mereka mereka yang dipilih untuk pergi menunaikan Haji oleh Kerajaan?
Kalau dana Yayasan 1MDB ini berpunca dari dermawan ataupun dari Jutawan mahupun.billionair Melayu maka tiada siapa akan mempertikai kannya tetapi sekiranya semua dana ini berpunca dari imbuhan Bond atau sukuk yang diterbitkan kan 1MDB maka hukumnya haram.
Sebab nya yang pertama, dana yang digunakan adalah dari hasil hutang yang diterbitkan dan pulangan yang diterima dari hasil  ini terketegori dalam hukum riba.
Menggunakan hasil riba untuk mengerjakan ibadah samaada haji atau umrah lebih lebih lagi kalau dijadikan darah daging maka haram sifat nya.
Orang Melayu dan umat Islam telah diajar sedari dahulu bahawa segala bentuk pembiayan atau dana yang ingin digunakan untuk tujuan ibadah terutama Haji dan Umrah semestinya dari hasil yang halal puncanya. Itulah sebaik baik hasil kalau mereka benar benar beriman pada Al Quran dan Nabi Muhammad saw.
Menggunakan hasil dari keringat orang serta kepayahan orang lain dalam mencapai niat sendiri untuk menunaikan suruhan Allah dan Allah Quran amatlah dibenci Allah SWT.
Begitu lah yang ditakrifkan terhadap usaha Yayasan 1MDB dalam menghantar jemaah ke Mekah seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir.
Kini semua tahu bahawa 1MDB tiada keupayaan dalam menjana pendapatan oleh itu dari mana datangnya dana yang diagih Najib kepada jemaàh untuk Haji?
Najib dan kerajaan perlu meniliti bahawa kini semua hutang 1MDB ditanggung setiap rakyat samada yang beragama Islam mahupun bukan Islam.
Lantas dimana kewajara Yayasan 1MDB dalam membiayai program Najib ini?
Boleh kah  hak bukan Islam digunakan dalam program ibadah haji ini. Hak yang diambil secara paksa?
Oleh itu layakkah Menteri Kerajaan mahupun Mufti Perak untuk 'untuk menyebut ', haji mabrur,' dalam kes.ini
   Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND : ANGANAN JAMAL SEKINCHAN

Bismillahirrahmanirrahim
NegaraKu Bangsaku dan Melayu
Kaum mana dan puak mana yang amat berbangga apabila perayaan tahun baru disambut?
Apakah umat Islam juga beria iya dan penuh semangat dan keluar beramai-ramai dan memenuhi tiap tapak dan ruang yang disasarkan apabila datangnya tahun baru Hijrah?
Apa yang berlaku pada setiap kali berakhirnya kalinder Kristian atau Masihi pada setiap 31 Disember , sambutan berbagai acara pasti dilakukan. Namun acara hiburan adalah isinya untuk menanti detik terakhir dan itulah rutinnya pada setiap tahun.
Antara sedar atau terpaksa dalam me war war upacara itu telah menjadi wabak dan menjadi ikutan dibumi umat Islam dan upacara ini telah menjadi kemestian untuk diadakan pada setiap tahun.
Antara kelalaian bersentuhan bukan muhrim serta percampuran lelaki dan wanita yang diikuti dengan kehadiran anak anak yang cuba dididik mengikut tatacara Islam akan terpengaruh dengan budaya yang disaksikan didepan mata.
Disekolah mahupun di rumah atau pun dipusat mengaji mereka diajar atau diasuh untuk mengikut acuan Islam tetapi apabila ibubapa sendiri yang mendedahkan yang tidak sepatutnya, maka, hasilnya, inilah yang kita hadapi kini. Masyarakat yang hilang jati diri dan pegangan.
Maaf , walaupun institusi agama dikata berada diperingkat yang terbaik namun institusi tersebut dilihat amat lemah didalam mentarbiah pemimpin Melayu Islam, akibat nya institusi tersebut dan ulama kerajaan dicemuh kerana kelalaian dan kemaksuman kepada pemimpin pemerintah.
Kegilaan pemerintah didalam mencengkam kuasa dan mengatur kroni dalam projek mega telah menafikan peluang anak bangsa untuk membina kejayaan.
Peluang yang terhidang hanyalah berusaha sendiri atau berniaga kecil kecilan yang mana setiap dari usahawan tersebut terpaksa membayar GST tanpa pengecualian berbanding dengan pengusaha yang telah lama established . Pengusaha yang berpendapatan  rm500k keatas boleh menuntut rebat GST dari Kerajaan tetapi tidak kepada usahawan kecil kecilan.
Itu yang membebankan usahawan melayu dan bumiputera kini.
Harga barangan semakin meningkat dan kos sara hidup amat membebankan rakyat masa kini namun bagi golongan yang hidup berbunga kan Parti pemerintah iaitu dibawah naungan BN kebanyakkannya tidak terkesan kerana imbuhan dari atas selalu gugur dan tersisip dalam envelope samaada Ketua Bahagian nya mahupun dari Ketua Pemudanya.
Tetapi bagi rakyat kebanyakkan yang berkehidupan biasa amat terkesan sekali. Dengan subsidi minyak masak serta beberapa lagi barangan asas yang telah dihapus subsidinya yang telah memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan rakyat.
Kerajaan yang memerintah saban minggu dan bulan menyatakan bahawa ekonomi negara ini berada di landasan yang terbaik tetapi pada hakikatnya , atau dalam realiti nya adalah disebaliknya. Namun semuanya adalah untuk mencuci mata orang kampung yang tidak tidak tahu situasi sebenar. Semuanya adalah untuk memenangi hati pengundi kampung.
Dialam realiti sebenar nilai ringgit kita semakin lemah dan menjadi kecil jika dibandingkan dengan negara jiran. Tetapi kerajaan masih lagi mengatakan bahawa semua ini berlaku kerana faktor luaran tetapi pada hakikatnya punca sebenar adalah ketidak yakinkan pelabur terhadap pemimpin yang memerintah.
Kalau dahulu tukaran matawang kita berbanding dollar Amerika adalah USD1 bersamaan rm3.2-3.4 tetapi pada masa ini USD1  adalah rm4.49..sejahterakah itu?
Diburukkan lagi dengan berbagai skandal yang membaluti diri sang Perdana Menteri. Skandal 1MDB, SRC serta penjualan beberapa aset milik negara kepada negara China amat memalukan. Pemilikan billion ringgit dalam akaun persendirian Perdana Menteri mula diperkatakan samaada oleh raakyat mahupun orang luar menjadi topik yang hangat di serata dunia.
Pemecatan beberapa pemimpin yang sekapal dahulu mula berancah dan telah mula memudaratkan kelompok mereka sendiri. Berbagai cerita penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kelompok mereka mula terburai dan semua ini menjadi perhatian rakyat sama ada benar atau propaganda kelompok yang memerintah namun tiada satu pun dibuktikan kebenarannya.
Tun Dr Mahathir yang telah berjaya mentransformasi negara ini selama 22 tahun pun tidak dapat menerima perlakuan pemerintah sekarang. Melalui pembohongan demi pembohongan yang diukir kan serta persubahatan yang berskala mega dialam Melayu telah merendahkan lagi martabat penganut agama Islam dinegara ini. Itulah yang berlaku.
Dikecewakan lagi dengan  Institusi yang dikata dapat memayungi Rakyat iaitu Yang Di Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu telah membuktikan kepada rakyat bahawa tiada satu pun institusi lagi dalam negara ini yang boleh diharapkan untuk rakyat bergantung harap.
Apabila undang-undang telah dicabuli oleh Pemimpin sendiri maka hanya yang kaya raya dan mereka yang ada.kabel saja yang berjaya mengharungi gelombang ketidak tentukan ini.
Orang kaya dan pemimpin berkuasa saja yang menentukan hala tuju negara masa kini walaupun dikalangan mereka ini ramai yang terdiri dari golongan yang fasik dan yang melanggar sunnah Rasul.
Persengkokolan serta menghalalkan perbuatan haram semakin ketara dan nyata namun para pendokong-pendokong agamawan  kerajaan tetap membisu seribu bahasa. Bagi mereka mendahulukan perisik nasi adalah keutamaan.
Akhirnya tahun 2017 ini bukanlah tahun yang mengembirakan bagi semua rakyat kerana awan gelap bakal kita depani dalam sedikit masa lagi.
Bagi mereka yang seiringan dengan Al-Quran dan sunnah tahun 2017 adalah tahun buat anda dan anda paling berbahagia.
Ikhlas dari Cahaya Al Majid