Sunday 30 July 2017

THE PROMISED LAND : SEMEMANGNYA UMNO YANG MERUSAKKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

"KETAKUTAN UNTUK TENGGELAM
SEMAKIN TERSERLAH'

UMNO dibawah pimpinan Najib , semakin hari semakin terdesak untuk mempengaruhi pengundi terutama Melayu.

Semenjak Mahathir meninggalkan UMNO yang didaftarkanya , bertitek tolak dari Presiden UMNO iaitu Najib Razak dituduh dan didakwa ada menerima dana sebesar RM2.6 billion yang di dakwa Najib sebagai "derma" sedangkan satu dunia mendakwa bahawa dana itu berasal dari pinjaman  1MDB , maka, dari saat itu Najib merupakan musuh utama Mahathir .

Isunya bukan kerana Mahathir iri hati ataupun ingin kembali berkuasa dan berjawatan Perdana Menteri serta jauh sekali untuk menobatkan anaknya sebagai Perdana Menteri, tetapi, itu lah alasan yang dijaja Najib dan UMNO keseluruhan negara dalam menghalalkan penyamunan beliau terhadap dana 1MDB , isu ini digasak bukan saja olih Mahathir malahan rakyat MARHEAN juga memperkatakannya.

Hari ini Najib dengan angkuh dan dengan rasa bangga nya mengaku bahawa UMNO dibawah pemerintah Mahathir juga telah menyebabkan negara kerugian berbillion dollar .

Penceritaan yang dibuat olih Najib itu juga seolah olah memberi isyarat bahawa .Najib juga mahu rakyat negara ini menghalalkan penyamunan nya terhadap dana 1MDB yang didakwa DoJ dan beberapa negara luar.

Demi untuk menghalalkan perbuatan beliau kini, maka Najib mendakwa bahawa kerugian Forex dibawah pemerintahan Mahathir yang beliau anggarkan melebihi 30 billion itu juga ada kaitan dengan Mahathir.
Tetapi Najib lupa bahawa Mahathir bukannya  Menteri Kewangan ketika itu.

Walaupun tujuan Najib semata mata mahu mencalar kewibawaan Mahathir yang kini menjadi Pengerusi Pakatan Harapan,namun apa yang terserlah dari tindakan Najib itu sebenarnya membuktikan bahawa semua peneraju parti UMNO dan seluruh kepimpinan Kerajaaan Barisan Nasional sedari dahulu sehingga sekarang sememangnya semuny penyamun dan penyangak belaka.

Itu sebabnya mereka saling lindungi melindungi segala perompakan yang dilakukan terhadap negara ini tanpa kita sedari. Kini semua cerita lama mula keluar. Apa yang berlaku adalah salah mereka sendiri kerana gagal menegur semua salah laku kepimpinan diatas.

Patutlah apabila Najib mengaku bahawa sememangnya ada dana RM 2.6 billion yang masuk keakaun nya maka seluruh kumpulan KELEPETROKASI nya memberikan alasan yang berbeza demi menghalalkan perbuatan Najib.

Olih itu perlukan kita membenarkan lagi kerajaan yang merompak duit rakyat ini dikekalkan dan terus berkuasa?

Apa yang sering mereka dendang hanyalah untuk memertabatkan Melayu dan agama Islam.

Benarkah agama Islam membenarkan penyelewengan  rasuah mahupun salah guna kuasa.?

Bukan hanya Najib nampak terdesak malahan timbalannya ,Zahid Hamidi pula menggunakan isu keturunan dalam memenangi hati pengundi yang sedang menolak kepimpinan meteka.

Mempertikaikan asal usul atau bangsa bekas Presiden nya iaitu Mahathir dijadikan isu dalam ucapan nya.

Kalau dalam perlembagaan negara pun telah memperakui status kelompok ini sebagai Melayu , apa masalahnya kini?

Tidak.Sedarkah Zahid bahawa ramai dari kalangan pemimpin UMNO yang berkuasa dari dahulu hingga kini pun ramai yang sespecis dengan Mahathir.

Kata nak.membina bangsa Malaysia tetapi dalam hati tetap "rasis' dan penuh dengan prejudis..

Inilah wajah sebenar Pemimpin UMNO kini, segala perbuatan  dan kata kata mereka yang merusakkan negara dan selayak nya Zahid , Najib dan gerombolan UMNO ni ditolak keberadaanya dipersada politik tanah air.

Bukan nak menyatukan sebaliknya memecahkan lagi.

Itu lah yang dikata " bila kapal dan mula nak tenggelam , apa saja yang bolih digunakan untuk menutup lubang, apa saja pasti digunakan, walaupun terpaksa menggunakan " tubuh manusia"  sebagai gabus . Janji bolih menutup lubang.

Itu lah bezanya antara pemimpin yang berilmu dengan pemimpin yang menyangka dia ada ilmu.

                 Cahaya Al Majid



Saturday 29 July 2017

THE PROMISED LAND: APA YANG TINGGAL???

Bismillahirrahmanirrahim.

      SELAMATKAH MUSIM HAJI ?

Bumi Mekah dan Madinah sememangnya bumi yang dirahmati Allah SWT.

Semenjak peninggalan Nabi Ibrahim yang dibantu puteranya Nabi Ismail membangunkan Kaabah serta peristiwa Siti Hajar yang berlari lari anak bagi mencari air diantara bukit Safa dan Marwa untuk Nabi Ismail. ( Al Baqarah 158 : sesungguhnya Safa dan Marwah adalah syiar Allah SWT......)
Dan begitu lah Allah SWT mengangkat perjalanan Siti Hajar makatiada lagi kisah besar berlaku kecuali  Peperangan Tentera Gajah

Selepas itu tiada lagi kisah tentang Kaabah sehinggalah lahir  nya Baginda Rasullulah saw dibumi Mekah.

Tetapi selepas.era Nabi Ibrahim sehingga lahirnya Nabi Yaakob iaitu putera Nabi Ishak, tidak banyak yang diperkatakan mahupun difirmankan Allah SWT didalam Al Quran tentang keberadaan Kaabah ataupun Mekah kecuali firman Allah SWT tentang Peperangan iaitu Tentera Gajah dalam surah Al-Fil.

Sebagaimana Allah SWT menghantar burung burung dari langit yang membawa batu hitam dan membaling keatas tentera Gabenor sehingga terbakar semua nya.
Begitulah penjagaan Allah SWT terhadap Mekah dan Kaabah.

Jadi , apa perlunya kita mengangkat Baitul Mukaddis itu sampai  sanggup berbunuhan dan menggadai nyawa sendiri .

Adakah kerana peristiwa Isra dan Mikraj, kerana baginda Rasullulah dari Mekah dan singgah sekejap dan naik melalui  Baitul Mukaddis maka umat Islam wajib mempertahankan Baitul Mukaddis?

Kalau nak ikut suci maka Bukit Tursina lagi suci dan berokah, kerana ALLAH SWT sendiri berkata kata dengan Nabi Musa a.s. disitu.  Tetapi tidak pula bangsa Arab mengangkatnya?

Begitu juga dengan kediaman Rasullulah saw. Kalau.nak ikut wajib dan suci, sepatutnya Rumah dan tapak rumah.baginda pun perlu dikekalkan ...tetapi apa.jadi???

Kalau benar lah rakyat Arab Saudi atau kerajaan nya benar benar sayang dan kasih dan mengangkat  Baginda Rasullulah saw sebagai Nabi dan Rasul dari Bangsa nya nescaya kejadian melupuskan tapak dan rumah Baginda pasti tidak berlaku.

Tetapi Arab Saudi sendiri yang sengaja mengundang bala.
Mungkin kerajaan Arab Saudi menganggap bahawa sekira nya  kisah yang berlaku seperti dalam Surah Al Fil bahawa maka ALLAH SWT akan melindungi bumi mereka?

Silaplah kalau.mereka beranggapan begitu.

Melalui firman Allah SWT dalam Surah Al.Fil telah dibuktikan.

Hajat atau niat  musuh musuh Islam untuk menghancurkan Kaabah dan Bumi Mekah adalah sia sia kerana keberadaan Mekah dan Kaabah adalah dalam perlindungan Allah SWT .

Kebarangkalian untuk terjadi nya pengkhianat terhadap Mekah Al Mukarramah juga adalah sifar .

..... Bersambung....

             Cahaya Al Majid






Friday 28 July 2017

THE PROMISED LAND : KENAPA PERGOLAKAN BERTERUSAN

Bismillahirrahmanirrahim.

    SELAMATKAH MUSIM HAJI KALI NI???
         

Musim Haji bakal menjengah.  Seluruh umat Muhammad saw dari seluruh dunia yang di beri berkesempatan olih Yang Maha Esa untuk melunaskan rukun Islam itu dari dana kewangan yang halal bakal memenuhi setiap inci tanah haram itu.

Janji Allah SWT kepada Nabi Allah Ibrahim untuk membangunkan Mekah dari bumi tandus dan gersang  dan menjanjikan kemakmuran dan bakal didatangi berduyun duyunya umat manusia kebumi Mekah adalah benar.

Sehingga kini, bumi Mekah sentiasa didatangi olih segenap lapisan masyarakat dunia. Samaada yang beragama Islam mahupun sebaliknya. Itu lah perancangan yang Maha Esa kepada Nabi Ibrahim a.s.

Walaupun Kaabah di Mekah Al Mukarramah telah diangkat dan dinobatkan olih Yang Maha Esa sebagai Rumah Allah , namun, apabila kedua dua putera.Nabi Ibrahim iaitu Nabi Allah Ismail dan Nabi Ishak dilahirkan dari dua ibu yang berbeza ini dan apabila mereka dewasa maka perancangan perjalanan menjadi sebaliknya.

Kisah perjalanan Nabi Ismail tidak banyak diketahui melainkan setelah Allah SWT mewahyukan kepada Ibrahim agar Nabi Ismail disembelih. Dan dari kejadian itu maka " perkara" korban' adalah dituntut. Dan dari peristiwa itu maka setiap kali musim Haji , pasti ramai umat Islam akan melunaskan " upacara korban ini bagi melunaskan sunnah yang di contohkan melalui peristiwa korban Nabi Ibrahim terhadap Nabi Ismail.

Berbeza dengan Nabi Ishak.. beliau mempunyai ramai anak. Nabi Yaakob adalah anaknya dan dari keturunan ini maka lahirlah keturunan Nabi Nabi yang bernasabkan Yaakob yang digelar Bangsa Israel.

Antara yang terhebat dan yang diberikan kitab adalah Musa a.s dan Isa Putra Mariam. Melalui Musa a.s maka wujudlah Taurat dan sewaktu Isa Al Masih diberikan Injil. Namun untuk kedua dua kitab ini ia adalah untuk pengikut dan.bangsa mereka sahaja dan bukan untuk semua umat. Itu yang membezakan diantara kitab terdahulu dengan Al Quran.

Jadi kenapa umat Islam perlu berebutkan Baitul Muakaddis?

Umat Islam menanamkan rasa bahawa Baitul Muakaddis adalah  salah satu dari tempat suci dimana dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasullulah dibawa ke Sidratul Muntaha melalui tempat ini. Selain itu, tiada apa lagi kelebihannya.

Benar bumi Israel itu sememangnya hak mereka. Kerana rata rata Nabi yang dilahirkan selepas Nabi Ismail dan Nabi Isyak, semua anak anak Nabi Yaakob yang dipilih dan diangkat  sebagai Nabi kebanyakkan tertumpu dibumi Israel ini. Olih itu tiada keperluan untuk umat Islam memeranginya.

Mungkin ramai yang tidak bersependapat dengan pandangan dan pegangan saya. Namun itu lah.hakikat yang perlu.kita terima.

Ada yang berpendapat bahawa dibumi Palestine @ Bumi Baitul Muakaddis ini akan menyebabkan perang atau perselisihan bangsa diantara umat Islam Kristien dan Yahudi .

Ketiga tiga kelompok agama ini mahu mendemonasi 'tanah' ataupun ' tapak" ini. Tetapi kita sebagai umat Islam perlu sedar dan perlu mengingati, bahawa," kiblat " yang dikata dahulu nya menjadi kiblat ini telah difirmankan Allah SWT untuk Muhammad saw beralih ke Mekah atau Kaabah. Sekali gus Allah SWT menafikan keberadaanb dan keperluan untuk mempertahankanya.

Tidak kah kita sedari bahawa Allah SWT telah melaknati bangsa ini. Kerana apa? Bongkak, riak , sombong dan lupa diri serta lupa terhadap nikmat Allah SWT yang mereka nikmati.. Olih itu apa perlunya kita berebut dan sanggup berbunuhan demi kelangsungan bumi ini.

Kita kena selalu ingat bahawa apa yang terjadi dahulu adalah sejarah atau kenangan. Dan semua ini terjadi kerana kelalaian dan kesombongan pemerintahan umat Islam terdahulu.

Apa yang kita kesali kini adalah perbuatan kejam rejim Yahudi terhadap umat Islam dan perkara ini perlu ditentang sekeras kerasnya. Pembunuhan serta merampas tanah dan harta umat Islam perlu diadili di mahkamah dunia dan dipertahankan hak .

Kerana rasa kerdil dan rasa rendah diri dikalangan pemimpin dan Kerajaan Islam yang berjiran ditambah pula sifat berpuak dan curiga mencurigai sesama mereka amat tinggi dikalangan bangsa Arab, keadaan ini merumitkan lagi persefahaman sesama mereka.

Perlu kita ingat tiada apa lagi keperluan bagi umat Islam berebut rebut untuk menawan atau berperang kerana "tanah" ini. Sedang kan Tuhan pun mereka mahu laknati inikan kita, manusia. Tiada harga buat mereka pun .

Sebenarnya apa yang perlu kita umat Islam takutkan ialah kuasa Barat atau kuasa yang mahu menjatuhkan martabat dan maruah umat Islam.

Bangsa Yahudi atau Bani Israel ini sedar bahawa mereka tidak bolih menguasai dan mengalahkan keimanan umat Islam berbanding umat Kristian. Olih itu memerangi umat Islam bukanlah ajenda mereka. Apa yang mereka lakukan dan keutamaan mereka adalah untuk memastikan " ilmu dari kitab Daud" dan ' sihir dari Kitab Sulaiman" dapat diterjemahkan secara nyata.

Untuk mereka berperang secara nyata menggunakan senjata terhadap amat Islam dirasakan amat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan populasi umat Islam didunia ketika ini.

Tetapi berkomplot dengan umat Kristian dan seteru Islam dalam melemahkan iman dan jatidiri umat Islam bagi menobatkan kaum Israel sebagai bangsa pilihan adalah ajenda utama mereka.

Tetapi apa yang paling mereka takuti adalah kebangkitan " bangsa Meem".

Kefasihan hadith serta kebenaran hadith sememangnya telah buat kajian olih mereka ini.

Tetapi tentang KEBENARAN hadith dan kepercayaam mereka tentang" peristiwa yang pasti terjadi"TERHADAP mereka", membuatkan mereka berfikir 2 kali untuk bertindak secara sendirian.

Apa.yang mereka lakukan adalah bersubahat samaada dengan Amerika, Britain mahupun Perancis tetapi yang paling disukai adalah negara negara Arab yang berkiblatkan negara Barat.

               ......bersambung.....
                  Cahaya Al Majid








Thursday 27 July 2017

EDISI KHAS : BAHAGIAN II

Bismillahirrahmanirrahim.

     "INILAH PERJALANAN "

Telah bermacam macam perkara berlaku dibumi Arab. Seluruh dunia Arab bergolak. samaada mengenai kepimpinan mereka, Raja Rajanya mahupun terhadap Presidenya, semuanya sedang bergolak dan tidak bersefahaman sesama mereka.

Sifat curiga mencurigai sesama mereka amat tinggi . Pegangan agama dan amalan yang diamalkan dijadikan benteng pemisah.

Siapa besar, siapa kaya dan siapa yang berkawan rapat dengan kuasa kuasa Barat dijadikan senjata untuk mendabik diri. Dan inilah yang membelenggu negara negara Arab ketika ini.

Kenapa dan mengapa saya digerakkan olih Sang Pencipta untuk menyambung perjalanan yang terhenti agak sekian lama tidaklah saya ketahui. Tetapi perjalanan yang akan saya mulakan ini telah saya ketahui sejak dahulu cuma tidak menyangka bahawa tahun 2017 ini adalah tahunnya.

Kalau dahulu pemergian sahabat sahabat saya seperti Hj Kamaruddin, Ronnie, Don Frazier dan Hj Aidid telah saya ketahui perjalanan nya serta mengetahui petunjuk nya sekali sebelum kejadian, namun perjalanan diri saya ini berbeza sekali.

Kalau dahulu  Hj Kamaruddin dan Muhammad Roni digerakkan kepintu Kaabah Mekah untuk mengambil "hadiah" yang berupa senaskah Al-Quran  yang tergaris didalamnya ' tanda surah" petunjuk untuk saya, namun, perjalanan sulung saya kebumi Arab Saudi ini mungkin berbeza.

Tiada kawan tiada sahabat mahupun sesiapa jua yang dibenarkan mengikut saya dalam perjalanan ini. Waima isteri dan anak anak  juga dilarang menemani saya.

Bermusafir adalah istilah yang saya pakai.
Bermusafir dan berkelana selama 40 hari bersendirian dibumi Arab Saudi serta beberapa negara jiran yang berdekatan adalah perjalanan nya.

Tetapi apa yang paling penting adalah mencari keredhaan Allah SWT.

Kepada Simon dan anak anak iaitu  John dan Andrew, begitukah kepada Auntie Lili atau Maryam Abdullah nama Islam nya, juga kepada Amin Calos sekeluarga begitu juga kepada Don Frazier @ Yaakob Abdullah , Ronnie sekeluarga juga kepada Joshua yang semua nya telah memilih Islam sebagai jalan hidup mereka dan Allah SWT sebagai Tuhan mereka dimana saya menjadi "asbab"nya kerana peristiwa itu, syukur dan kerahmatan Allah SWT dipohonkan dilimpahi keatas mereka semua.

Kepada dua orang lagi sahabat yang sempat saya sahadahkan sebagai seorang Islam ketika saya berada di Khazakhstan dan Rusia, dipohonkan agar mereka semua dilindungi Allah SWT dan dilimpahi kerahmatan Yang Maha Esa.

Kepada Hj Kamaruddin, Hafiz, Nini berserta arwah Dato' Hi Aidid dan arwah Pak Hamid( yang berasal dari Singapura) dipohon kerahmatan keatas seluruh keluarga mereka kerana singgah dalam perjalanan saya, kerana, pertemuan dan perpisahan kita ini adalah ketentuan Allah SWT.

Semoga perjalanan yang pernah kita lalui dan kita tempuhi dahulu tetap menjadi kenangan sepanjang hayat.

Ingat lah wahai sahabat....Allah SWT telah meyakinkan anda semua melalui petunjuk petunjuk nya dan kamu adalah sebahagian dari mereka mereka yang telah melalui serta melihat" miracle" Allah SWT.

Olih itu janganlah kamu berlepas dari Al Quran dan peganglah seeratnya sunah sunah Rasul selagi hayat dikandung badan.

                   Cahaya Al Majid









Wednesday 26 July 2017

EDISI KHAS : PERJALANAN YANG DINANTI.

Bismillahirrahmanirrahim.

"WAKTU AKU SUDAH SAMPAI"

Syukur kehadrat Allah SWT, Tuhan Semesta Alam, Tuhan yang terletak segala sesuatu dibawah kekuasanNya , hidup dan mati, jodoh dan pertemuan , mengikut ketentuan dan kehendakNya.

Semuanya berlaku setelah Amin@Peter Carlos dan keluarga memeluk Islam, Simon anak beranak serta Mak Saudara Simon (Lili Berthelomew ) yang memileh nama Islamnya Maryam Abdullah  memeluk Islam , setelah Don Frazier @ Yaakob Abdullah memeluk Islam dan setelah Ronnie @ Muhammad Roni memeluk Islam serta beberapa lagi sahabat yang tidak saya  disebutkan nama mereka, juga memilih Islam sebagai agama ANUTAN mereka , barulah perkara perkara yang tidak diduga berlaku berturutan. Semua ini perancangan Allah SWT.

Setelah lebih 14 tahun menanti dan terus menanti bilakah agaknya adanya keizinan Allah SWT buat aku untuk bermusafir dibumi Arab seperti perjalanan sahabat sahabat aku sebelum ini dan alhamdulillah diawal tahun ini baru terlihat dan terzahir dalam diri bahawa tahun ini, InshaAllah, perjalanan aku sebagai ' musafir" akan berlaku.

Dan tanda tanda "perjalanan" aku  itu semakin hari semakin terang dan nyata.
Hanya menunggu waktu. Syukur kehadrat Illahi.

'Rentetan , peristiwa dan kesinambungan perjalanan'

Perjalanan pertama , Hj Kamaruddin berserta saudara baru Don Frazier @ Yaakob Abdullah yang telah aku sempurna kan lafaz syahadah nya dibumi Langkawi setelah beliau diberikan petunjuk serta nikmat Allah SWT .

Berbagai kebesaran Allah SWT dilimpahi keatasnya sehingga beliau(Don Frazier) sendiri menghadirkan diri dibumi Mekah sebagai Yaakob b Abdullah bagi melunaskan apa yang beliau dijanjikan telah dilunaskan.

Perjalanan kedua , pemergian yang dirancang dan ditentukan Allah SWT biayanya. Walaupun ketiadaan dana dalam poket namun janji Allah SWT tidak pernah mungkir.

Menyorot kepada catatan saya diblog ini berhubung pemergian Hj Kamaruddin dan Ronnie ke Mekah dan bagaimana kehendak ALLAH SWT menterbalikkan keinginan Sultan Brunei yang sepatutnya menginap dihotel 6 Bintang di Teluk Datai tetapi sebaliknya memilih hotel 3 bintang Awana Porto Malai sebagai tempat penginapan, telah melunaskan janji janji yang dipateri 3 bulan sebelum peristiwa itu berlaku.

Melalui hadiah atau sumbangan yang diberikan Tuanku Sultan Brunei Bolkiah kepada Hj Kamaruddin dan Ronnie itu, telah, memperjalankan mereka berdua kebumi Muhammad saw bin Abdullah seperti yang di rencanakan.

Perjalanan " bermakna" kerana mengambil barang yang dijanjikan dihadapan pintu Kaabah pada masa dan waktu.yang dijanjikan ." Janji" itu tertunai. Alhamdullilah.

Watak yang dijanjikan telah hadir .  Beliau diamanahkan untuk menghantar semula " hadiah" yang diterima di depan Kaabah itu, untuk dihantar dan diletakkan di Madinah. Alhamdullilah, tugasan sempurna.

Alhamdullilah, syukur dan Al Fatiha buat arwah Dato' Muhammad Aidid yang telah mendahului kami. Semoga Allah SWT merahmati roh nya dan ditempatkan bersama sama orang yang Allah SWT kasihi.

InshaAllah banyak yang akan saya kongsi kan bersama para sahabat sebelum perjalanan  ini.   Ikuti di catitan berikut nya.

    Cahaya Al Majid






Monday 24 July 2017

THE PROMISED LAND: YANG KENA MAIN PENEROKA FELDA YANG BUAT DUIT ORANG LUAR..

Bismillahirrahmanirrahim

APA PUNYA NASIB ...WAHAI PENEROKA
FELDA

Dulu Mak Bapak kau orang susah payah tebang pokok dan bersihkan hutan. Dari matahari nak terbit sampai matahari terbenam baru nampak muka.

Hitam legam kulit , terbakar dek panas matahari. Ada yang sakit ada yang mati dan ada yang ditimpa kecelakaan, semua nya gara gara nak miliki tanah sendiri demi untuk membina sebuah keluarga.

Bertahun berpisah dengan keluarga, tinggal emak bapak, adik beradik mahupun rakan dan kawan. Semuanya gara gara mahu menjadi peneroka. Akhirnya keringat yang menitik dibumi diganjarkan Allah SWT kerahmatan dan rezeki, hasil usaha tenaga empat kerat.

Itu dulu....

Kini Felda dah jadi besar dan menghasilkan pulangan yang banyak tetapi bukan lah kepada semua warga peneroka tetapi sebaliknya kepada individu-individu yang bergelumang dalam politik terutama UMNO.

Kalau dahulu orang politik hanya sekadar jadi pemerhati dan tiada kuasa sebenar dalam menentu hala tuju FELDA.
Tangan tangan politik amat jarang menyolok "poket" FELDA . Dan ada ketikanya FELDA mempunyai jutaan ringgit simpanan serta memiliki saham saham terpilih yang tersenarai di bursa saham.

Tetapi apabila sang penyamun UMNO melantik pula  sipenyangak dari UMNO juga dalam mengetuai FELDA maka berlumba lumba sipenyamun dan sipenyangak mengatur berbagai strategi perniagaan demi kepentingan mereka.


Kepandaian mereka telah mencetus kan fenomena " tamak dan haloba"..Janji dapat duit.. Peneroka susah ke ...nak kelautan ke..parti mereka ...UMNO ....tetap dipertahankan.

Melalui pengapungan saham syarikat yang ditubuhkan , melalui anak syarikat FELDA beserta ladang yang diusahakan peneroka sebagai galang ganti kepada kebenaran penyenaraian itu,   FGV,.Ditubuh dan berbillion ringgit dapat dikaut dari pasaran saham.

Siapa kepala  UMNO dalam FGV??? Isa Samad dilantik olih Presiden UMNO Najib untuk menguruskan.
Apa kena mengena Isa Samad dengan FELDA sebelum ini?  Bukan anak orang FELDA pun siIsa Samad ni.

Kantung FGV penuh dan semua leka, Diwaktu itu, macam macam pelaburan dibuat samada dengan keizinan Isa mahupun dari Najib..Tak siapa berani bertanya.

Biar lah mahkamah menentukan nanti apabila Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa.

Tak cukup dengan itu, kerugian projek ikan sturgeon juga memakan dana yang banyak lebih dari RM50 juta hangus..Semua pemimpin UMNO senyap..Apa peneroka nak kata...

Peneroka peneroka..Apa kena mengena perniagaan sawit dengan ikan sturgeon??Itupun PENEROKA tak nampak???

Tak cukup dengan membalun duit projek ikan sturgeon beli pulak hotel kat London. Beli pulak dengan harga yang tinggi ..Peergh..Giler amat amat FGV bawah Isa Samad ni.
Terkantoi pulak , anak Isa pula dikata middle man atau terlibat dalam urusniaga ni...Lagi tak leh tahan.
Ada ke warga peneroka nak bercuti kat London tu?

Nampaknya warga FELDA betul betul buta hati dan buta mata atau pun bangang tahap gaban kerana membenarkan orang yang bukan dari kalangan anak anak felda mencuri kekayaan yang mereka kumpul dan yang paling sedih ada dikalangan peneroka kini sedang di longgokkan dengan hutang yang dicipta kan buat mereka.

Sepatutnya dah berpuluh tahun sebagai peneroka dan sepatutnya peneroka dah bolih bebas dari hutang dan hidup tanpa bergantung kepada ehsan parti politik terutama UMNO tetapi kini peneroka ibarat lembu bala  yang dikerah serta hidungnya ditindik bagi memudahkan untuk diseret atas kemahuan tuannya.

Apabila tuannya hari ini menaburkan dedak maka bertumpu lah semuanya dihadapan tuan . Lupa segala sengsara dan kesusahan yang dilalui .

Hanya dengan RM5000 yang dikata akan diberikan maka menguaklah seadanya kehulu dan kehilir tanpa menyedari apa yang diberi bakal tertulis didalam catatan tuan tuannya dengan mengharap balasan atas dedak yang di tabur.

Lupa akan cukai atas barangan yang dibeli, terlupa juga bahawa anak anak mereka terpaksa berhutang untuk ke IPT, lupa dengan penyelewengan keatas FGV, terlena atas kehilangan wang ikan sturgeon dan yang paling sedih hotel yang dibeli dengan hasil keringat ladang sawit, rupa rupanya pembelian hanya untuk mengayakan orang luar.

Kesudahanya terpaksa jual kerana FELDA dah tak berduit begitu juga dengan share yang  berharga ...semua terpaksa dijual ..sebab nak beli Eagle Plantation Milik kawan Najib...beli juga dengan harga tinggi juga..

Nasibla kamu wahai peneroka Felda. Ingatkan lepas Isa Samad selamatlah Felda tetapi nampaknya bawah Sharil Samad ni juga wal hasil balik asal jugak la cerita nya.

Kerana terlalu menyangjung pemimpin penyamun .. Hadaplah...

Tak mahu berubah , jadilah kuli batak untuk 30 tahun lagi.

                 Cahaya Al Majid











Sunday 23 July 2017

THE PROMISED LAND: JASA NAJIB AKAN DIKENANG

Bismillahirrahmanirrahim.

Masing masing tetap mahu mendabik dada dengan apa yang telah dilakukan terhadap kemaslahatan dan masa depan negara ini.

Namun jarang sekali kita lihat atau dengar Dr Mahathir mengangkat diri atau bermegah megah dengan apa yang dibuat untuk anak bangsa negara ini.

Namun disebabkan Najib berbohong mengenai dana RM2.6 billion yang masuk keakuan peribadi Najib , yang pada awalnya dinafikan olih Najib namun perincian dari Sarawak Report yang mendedahkan skandal tersebut barulah"kemasukan" itu diakui.

Najib mendakwa bahawa dana tersebut merupakan "derma" dari  Raja Arab Saudi TETAPI melalui laporan luar negara samaada dari DoJ mahupun AG Swiss , dana tersebut berpunca dari 1 MDB.

Bersileh ganti pemimpin kanan UMNO dan Menteri Kabinet mempertahankan Najib .

Namun apa yang mahu diketengahkan disini adalah berhubung "jasa jasa" yang ditinggalkan olih Najib dan Kitchen Kabinet nya terhadap negara.ini adalah :-

Hutang hutang dan hutang

1. Hutang RM50 billion yang kini dipertanggungjawab kepada Kerajaan akan ditanggung rakyat sepenuh nya.

2. Menghapuskan berbagai bagai subsidi minyak, minyak masak, gula, tepung dan beberapa item lagi semuanya kerana hutang membukit

3.GST terhadap rakyat

4. Projek Mega, MRT, ECRL dan jajaran keretapi laju dengan kos yang tinggi tetapi semuanya hutang dengan China. Dan Sykt China "bolot" semua.

5.IPP  tempatan dibeli dengan harga tinggi olih 1MDB tetapi bila hutang tidak BOLIH bayar jual kepada China dengan harga murah atau diskaun.

6. FELDA dan peneroka yang tak bermasaalah dicongak dan dipasarkan dibursa untuk tambah dana melalui FGV.
Dapat dana beli hotel sana sini, buat projek ikan sturgeon Dan.macam macam lagi.akhirnya semuanya lingkup. Peneroka terjebak dengan hutang .

7. MH370 hilang entah ke mana. Tak tahu dengar cakap siapa entah..Kata.MH370 berakhir di selatan.lautan Hindi..Berbulan cari masih tak.jumpa

8. MH17 kena tembak bantahan antarabangsa pun tak buat.

9. DOj tuduh macam macam ,kata dana  1MDB kena songlap olih Jho Low dan sekutu.. dan dibuktikan money trail
Namun semua senyap.

Asik.asik kata ' campur tangan asing" dan nak menjatuhkan kerajaan.

Itulah alasan sampai UMNO dan BN ditumbangkan rakyat.

              Cahaya Al Majid


Friday 21 July 2017

THE PROMISED LAND: INDIA MUSLIM JADI MELAYU SO....

Bismillahirrahmanirrahim.

INDIA MUSLIM DAH BOLIH JADI AHLI UMNO.

Demi untuk menyelamatkan "tengkok" dan demi untuk menyelamatkan UMNO dan BN dari karam pada PRU 14, Najib dengan senang hati menghulur status Melayu kepada kaum India Muslim.

Hahaha..Sekarang.ni dah berlambak India Muslim dinegara ini dan kebanyakkannya menguaahakan  Restoran yang dikenali olih warga tempatan sebagai Restoran Mamak .
walaupun warga yang bekerja di restoran tersebut merupakan  rakyat India yang beragama Islam.

Pemilik atau pengusaha Restoran mahupun pemilik gedung Mydin dan juga tuan punya gedung Jakel mahupun pemunya kedai Emas Habib Jewels semuanya bolin mengaku Melayu kini. Sebab Melayu Bugis dah mengesahkanya.

Kini UMNO dibawah Najib telah banyak merubah landskap identiti bangsa .

Ini semua dilakukan kerana mahu menghalalkan India Muslim ataupun India Mua'alaf yang memegang jawatan penting di sektor Kerajaan terutama KSU dan KSP nya dari dipertikai oleh orang Melayu.

Mungkin bagi diri Najib hak menentukan siapa Melayu dan sebaliknya berada ditangan UMNO dan BN. Tetapi beliau lupa bahawa dalam perlembagaan hak hak dan takrifan tentang Melayu sudah pun dijelaskan.

Adakah Najib mahu merubah Perlembagaan negara mengikut selera dan kemahuannya???

Atau adakah Najib juga mahu mentakrifkan yang bakal cucu nya dari anak beliau yang berkahwin dengan jejaka Khazakhstan itupun akan diberi status Melayu juga??

Nampaknya untuk menjadi Melayu bukanlah perkara yang mustahil lagi dizaman Najib ini. Sesiapa pun bolih.

Sedarlah!!! Bangsa Melayu akan merempat dibumi sendiri tetapi Melayu yang baru mengikut takrifan Najib , UMNO dan BN bakal mendapat ganjaran seperti mana Cina menolong bangsa nya sendiri dan Melayu baru ini juga pasti memukat apa yang ada dibumi ini.

Kepada bangsa Melayu atau Bangsa Meem, bangunlah, tentangmahupun dan turunkan Najib , UMNO dan BN ini dari persada kuasa.

Lagi lama dibiarkan bertambah rosak semuanya.

Adakah Raja Raja Melayu akan membiarkan takrifan bangsa ini diputuskan olih Najib, UMNO dan BN ini???

             Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND: INILAH NEGARAKU MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau dahulu negara ini dipandang tinggi dan disegani oleh negara negara barat dan Timur Tengah mahupun dikalangan negara negara ketiga yang baru membangun tetapi kini tidak lagi...

Semuanya berubah sekelip mata  bilamana Tun Abdullah menggantikan Dr Mahathir yang meletak jawatan kerana menjangka Pak Lah akan menurut apa yang telah dirancang demi untuk depan rakyat dan negara.

Tetapi apabila kuasa berada ditangan Pak Lah, bukan Pak Lah yang mentadbir negara,  tetapi " budak budak Tingkat Empat" yang diketuai olih KJ menantu beliau pula yang berkuasa dan akhirnya dengan kekuatan seluruh kepimpinan UMNO serta seluruh barisan kabinet Pak Lah yang berkuasa termasuk bekas Mantan On iaitu Dr Mahathir , maka, Pak Lah terpaksa letak jawatan dan kuasa pentadbiran diserahkan ke tangan Najib tanpa pemilihan dari Perhimpunan UMNO.

Ingatkan selepas Pak Lah yang digantikan dengan Najib Razak , kita merasakan keadaan akan jadi baik tetapi sebaliknya
pemerintahan negara menjadi lebih buruk dan teruk. Itulah nasib negara ku.

Inilah sejarah negara yang ditabir olih parti UMNO yang bertunjangkan orang Melayu selama 60 tahun.

Dari Raja yang berbangsa Melayu, Perdana Menteri Melayu, ahli Kabinet Kerajaan pun majoriti Melayu dan ditambah dengan 90 Persen penjawat Awam berbangsa Melayu, yang semuanya beragama Islam dan beriman dengan Al Quran, tetapi, menyalahh guna kuasa, rasuah, menipu, membohong, mencuri, pecah amanah , arak judi dan zina serta menghalalkan kemungkaran dikalangan Pemimpin dan penjawat awam semua nya tutup mata mahupun bersubahat.

Kini keadaaan negara bertambah buruk , dengan memuncaknya hutang luar negara, merudum nya nilai mata wang, susutnya simpanan luar negara, terhakis nya kepercayaan pelabur luar melainkan negara China Komunis, tercalarnya maruah dan Integriti kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa olih Pemerintah, pemimpin tertinggi negara atau MO1 dituduh terlibat dalam skandal "pengubahan wang haram" serta skandal skandal sampingan seperti "Scorpene" yang melibatkan kepada pembunuhan model Mongolia iaitu Altantuya, semua nya memalitkan imej buruk kepada negara.

Kes.perundangan tentang " money laundering" melibatkan MOI Dan rakan rakan strategik keluarga Najib , mula dibicarakan dibeberapa buah negara dan di Singapura' " pegawai bank"  yang terlibat didapati bersalah dan dipenjara. Semua ini merosakkan imej negara.

Tak cukup dengan itu bekas AG Gani Patail yang merangka kertas tuduhan terhadap PM Dan 1MDB direhatkan dan dipendekkan tempoh perkhidmatan dengan alasan ' sakit" . Dan bermacam macam lagi.

Yang membuat laporan polis terhadap salah.guna.kuasa pemimpin dan pemerintah  di tahan dan dituduh dibawah akta.yang tidak sepatutnya.

Inilah  kezaliman pemerintah yang terang terang menggunakan undang undang untuk menegakkan kebhatilan dan kemungkaran mereka.

Namun atas apa yang berlaku dibumi bukan lah atas kehendak Allah SWT, kerana Allah SWT telah memberi kita pilihan. Pilihan ditangan kita samaada untuk berubah ataupun tidak.

Neraka atau syurga itu adalah pilihan .

               Cahaya Al Majid








Thursday 20 July 2017

THE PROMISED LAND: STATEMENT HJ HADI : LUDAH MUKA SENDIRI NAMPAK!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

'KHADAM KEPADA MUSUH ISLAM YANG MEMONOPOLI UNDI KAUM SENDIRI'

Itulah isi hati Presiden PAS Hj Hadi yang dilontarkan apabila Pakatan Harapan mula mendapat perhatian dan diterima ideologi nya olih masyarakat kebanyakan apabila gagasan atau pakatan Harapan yang mahu merubah lebel KLEPTROKASI terhadap Kerajaaan Malaysia dibawah Najib dan BN .

Mungkin kerana kegagalan ataupun telah berjaya dijinakkan olih Najib dan UMNO melalui dana RM90 juta yang didakwa olih Sawarak Report mahupun tuduhan olih kebanyakkan pemimpin bekas PAS, membuatkan PAS kini dilihat sebagai rakan sekutu UMNO dan mesra BN.

Adakah PKR yang diketuai olih Wan Azizah mahupun "boss besar" nya iaitu Anwar Ibrahim mahupun Menteri Besar Selangor iaitu Azmin Ali, yang beragama Islam dan melepas shahadah yang serupa dengan Hj Hadi mahupun dengan seluruh Ahli PAS dinegara ini di"label' sebagai  "musuh Islam"?

Tidak serik ke atau tidak berubah ke perangai Hj Hadi.ni?

Kalau dahulu Hj Hadi malebelkan ahli  UMNO sebagai ' kafir" dan kini malebelkan pula pakatan yang tidak sealiran dengan PAS sebagai ' musuh Islam" pula.
Dah kenapa???

Janganlah kerana " kuasa politik" , kita meletakkan "bangsa yang tidak sealiran " dengan kita " maka kita lebel mereka sebagai musuh Islam  .Ini.bukan tuntutan!?!

Begitu juga dengan PPBM atau Bersatu, mereka bolih menerima PAS untuk sama sama menyelamatkan masa depan anak cucu dari "hutang" yang ditimbunkan Kerajaan BN, dan kelompok ini juga dibarisi oleh kelompok Melayu semuanya, adakah kerana mereka berkerja sama.dengan DAP maka mereka.juga "musuh Islam" kalau ikut takrifan Hj Hadi?

So JANGAN jual ayat Al-Quran Quran demi kuasa dan kelompok sendiri?
Kalau benarlah PAS nak menjadi pemerintah atau Kerajaan dinegara ini , kalau dengan kerusi Parlimen PAS yang dimiliki, manamungkin bolih memerintah. Kecualilah BN dan PAS bergabung kerusi yang "bakal" dimenangi.

Ituupun kalau BN dan PAS cukup kerusi untuk membentuk Kerajaan pada PRU 14 nanti.

Tapi kalau mengikut pegangan Hj Hadi, mana mungkin PAS akan bergabung dengan BN melainkan dengan UMNO saja.

Ini adalah kerana dalam BN ada MCA, MIC dan Gerakan yang sememangnya akan menentang RUU yang dibawa Hj Hadi.

Sekali gus parti komponen BN ini juga akan dilabel sebagai ' musuh Islam'.

Olih itu macam mana PAS nak tubuh Kerajaan melainkan "bergabung dengan UMNO" saja iaitu tanpa parti komponen lain. Sanggup kah Najib ???

Nak politik, politik lah, tapi, jangan heret agama.

Jangan jadi kan ayat Al-Quran sebagai penghalalan perbuatan yang mungkar dan bhatil.

Inilah bila Ulama separuh masak bila berkuasa dan mahu memeluk harta dunia seeratnya, maka, Islam jadi sasarannya untuk berlindung.

Cahaya Al Majid







Wednesday 19 July 2017

THE PROMISED LAND: YANG DIUNGKIT DAN YANG DIDAKWA....

Bismillahirrahmanirrahim.

KEBHATILAN WAJIB DINYAHKAN
SAMAADA MAHATHIR MAHUPUN NAJIB
WAJIB MEMPERJELASKAN

RAKYAT NAK TAHU SEJAUH MANA KEBENARAN TUDUHAN MAHATHIR DAN SEJAUH MANA KEBENARAN KATA KATA  NAJIB.

            "NOTHING TO HIDE'

Mahathir menjemput Najib Razak dalam debat" Nothing to Hide" bagi menyelesaikan isu yang berbangkit  samada kesalahan Mahathir seperti yang didakwa Najib mahupun dari kalangan pemimpin pemimpin UMNO ataupun olih  seluruh ahli Parti UMNO tentang salah laku yang didakwa ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri yang diantaranya Perwaja, PROTON atau apa saja projek terdahulu termasuk isu kerugian Forex dan sebaliknya begitu juga dengan segala dakwaan yang menuduh atau mendakwa Najib tentang salah guna kuasa.

Segala dakwaan" berhubung penyelewengan yang didakwa dilakukan olih Najib selaku Perdana Menteri termasuklah 1MDB, dana 2.6 billion dan 40 juta, dana dari 1MDB yang masuk keakaun Jho Low, Dana yang masuk ke Red Granit syarikat anak tiri Najib, perjumpaan atas kapal mewah dengan dua 'ekor" Arab yang menyundal ratusan juta dana 1MDB serta rasuah "Scorpene" yang baru dibuktikan ada kick back kepada Razak Baginda dan bermacam macam lagi. Tak lupa diamond merah jambu yang bernilai RM100 juta tu.

Hari ni Ismail Sabri nyatakan bahawa dizaman MAHATHIR terdapat banyak isu rasuah mahupun penyelewengan berlaku dan diantaranya ada disebut diatas.

Dakwaan akan tinggal dakwaan dan tuduhan hanya tinggal tuduhan yang menyakitkan hati , oleh itu adalah keperluan untuk Najib, seperti yang dituduh Mahathir sebagai penyangak dan penipu serta pembohong rakyat dan juga Parlimen wajib menyahut cabaran Mahathir.

Bak kata Ismail Sabri, PERWAJA lah Proton lah dan banyak lagi yang didakwa Ismail Sabri sebagai banyak penipuan , so apa tunggu lagi, sahutlah cabaran Mahathir untuk acara " noting to hide' .

 JANGAN berdalih seribu alasan.

Kalau benarlah seperti yang didakwa bahawa dizaman UMNO pimpinan MAHATHIR lebih memudaratkan negara berbanding UMNO dibawah pimpinan Najib, nah,.Inilah peluang keemasan yang diberikan Mahathir untuk Presiden UMNO untuk menafikan apa yang dituduh.
Bukan Mahathir saja yang menuduh bahkan rakyat negara ini juga merasakan perkara yang serupa dan yang memburukkan lagi satu dunia dah cop pemerintahan BN dan UMNO ini adalah kerajaan KLEPTROKASI.

Kalau benarlah Najib dan UMNO pimpinan nya beriman dengan Al Quran dan Muhammad saw ADALAH Rasul junjunganya , maka, menyatakan kebenaran dan menafikan kebhatilan , maka, kebenaran perlu dibuktikan.

Cahaya Al Majid




Tuesday 18 July 2017

THE PROMISED LAND: ANNUAR MUSA MULA JAJA CERITA DONGENG PAK KADUK NYA!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Sentimen menakutkan Melayu, konon konon DAP akan perintah negara jika BN kecundang .

Hahaha...Nak tergelak pun ada!!!

Pemimpin UMNO dah mula main sentimen perkauman lagi. Takut hilang kuasa.

Kerana takut menerima kekalahan kini mereka dah mula mainkan isu Perdana Menteri dari DAP sebagai senjata perang saraf terutama kepada orang Melayu.

 STATEMENT dari beberapa Pemimpin UMNO antaranya Ismail Sabri dan Annuar Musa yang sedang disiasat dibawah penyalah gunaan kuasa semasa "jadi tauke MARA" mula menggunakannya segala daya dan usaha cuba menakutkan nakutkan orang Melayu.

Mungkin Pemimpin UMNO dan saf Najib ini lupa kot bahawa mereke merasakan bahawa benteng terakhir orang Melayu adalah UMNO ataupun Kerajaaan yang. Hahaha...

Itulah kebingaian Pemimpin UMNO ni.

Raja raja Melayu yang berperlembagaan merupakan benteng terakhir Melayu. Siapa berani nak memperlekehkan Institusi ni .

Waima sesiapa pun tidak akan berani merubah nya. Cuma sekarang ni Raja Raja Melayu cuma lihat apa permainan parti politik. Itu saja.

So untuk menakutkan otak dan hati Melayu seperti 20 tahun dahulu , sudah tak berkesan dah.. hoi.  Awek Kelate..mu Denge tok??

Parti mereka dah mula ditolak rakyat terutama orang Melayu dan penerimaan rakyat terhadap Pakatan Harapan sudah menampakkan rating yang baik dari semua lapisan masyarakat samada Melayu, India, Cina serta suku.kaum dibumi Kenyalang dan bumi dibawah Bayu maka, sentimen menakutkan orang kampung konon negara bakal dipimpin yang ber Perdana Mennteri kan dari DAP mula disumbat telinga orang Melayu.

Sedarlah. Rakyat bukan senang untuk dibodohkan lagi cuma segelintir saja yang sanggup menjual diri , pegangan agama serta keluarga  demi tembolok sendiri saja yang sanggup menelan apa yang dimuntahkan olih UMNO ni.

Kau jajalah kemana pun tapi pada hakikatnya penerimaan rakyat terhadap perjuangan yang dirangka Pakatan Harapan dibawah Mahathir amat jelas dan terang.

Walaupun Mahathir dituduh pemimpin UMNO dengan berbagai versi tetapi beliau tidak pernah didakwa dimana mana mahkamah pun samada dalam negeri mahupun luar negara .

Yang kedengaran dan nyata kini begitu ramai dikalangan pemimpin UMNO terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.  Sana sini mengatakan dan yang.sedang disiasat dan ada.yang didakwa..Ada pulak tu dilabelkan sebagai MOI DENGAN KES 1MDB dan macam macam lagi.

Olih itu perlu kah kita takut dengan mainan politik yang mendakwa DAP jadi Perdana Menteri???

Kalau DAP tu lebih berintegriti dan lebih Islam dari perangai Pemimpin UMNO yang mengaku Islam tetapi menyamun dan menyusahkan rakyat yang diperintah , apa ada hal..

Rakyat ok je...

Cahaya Al Majid




Monday 17 July 2017

THE PROMISED LAND: MRT TU CENDERAHATI BUAT RAKYAT ATAU...

Bismillahirrahmanirrahim.

ATAU CEDERA PARAH UNTUK POKET RAKYAT???

Amat bangga Najib dan gerombolan KLEPTROKASI nya mengatakan bahawa projek MRT yang siap lebih awal 14 hari dari jangkamasa yang dijanjikan.
Peergh.....Siap perli lagi...

Tetapi dalam keghairahan Najib dan gerombolan bersorak keriangan .. tup tup terpacul dari mulut Salleh Keruak ( menteri jalan belakang ) dari Sabah , " projek terlebih belanja'.
Hahaha... harga terlebih mahal???

Inilah yang dikata tiada satu pun projek dibawah kerajaan BN pimpinan UMNO ini benar benar telus dan ikut perjanjian. Ada saja perbelanjaan luar jangka.  Dari dahulu sampai sekarang , tak pernah berubah!!!

So rakyat,. Maka bertambah lah hutang yang di longgokkan olih KLEPTROKASI Najib  dan UMNO untuk rakyat negara ini melunaskannya..Demi nak memuaskan hati Presiden UMNO.

Peergh...RM21 billion hutang menanti..Tak campur lagi hutang 1 MDB RM 50 billion yang dirakyatkan...Termasuk lagi hutang Felda dari FGV, yang peneroka nya sedang kelemasan dan tinggal " nyawa nyawa ikan", apa nak jadi??? Wahai rakyat ???

Timbul pulak STATEMENT dari Nik Abduh..Supaya rakyat tidak fitnah pemerintah??? Mang aai..

Siapa.fitnah siapa?? Adakah rakyat fitnah Pemerintah??
Kalau dah hutang berlambak lambak,projek rasuah sana sini, cukai tak pernah berhenti, luar negara dedah sana sini KLEPTROKASI 1MDB, bikin filem berahi, beli beg harga melebihi harga sejuta babi, shopping sana sini bawal balik berguni guni, tak ingat dunia ke?  rakyat kat bawah hidup macam nak mati...Sekarang ni bunuh diri kerana kesusahan berpunca.. Kerajaan KLEPTROKASI..Salah siapa??

Rakyat yang bodoh dan yang buta hati??

Kalau dibiarkan lagi..Semua mati!!!
Mati tak makan, mati tak berduit, mati tak dapat kerja.

Jangan sampai sistem mati!!!?

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND: DUA KETUA DITUNJUK PINTU KELUAR OLIH NAZRI AZIZ

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak sabar sabar nampaknya  Nazri Aziz mahu tunjuk jalan "keluar" kepada KJ aka Ketua Pemuda UMNO dan juga Najib Razak aka Presiden UMNO .

UMNO dan gerombolannya belum pun berura ura mahu mengadakan Pemilihan Parti namun Nazri Aziz sudah tidak sabar mahu Ketua Pemuda UMNO KJ tidak mempertahankan jawatan. Kenapa eek?
Macam tak suka je KJ sebagai Ketua Pemuda.

Malahan secara terangan pula mengwar warkan bahawa beliau akan menyokong Jamal Ikan sebagai Ketua Pemuda Baru.
Macam tak sabar bunyi nya?????
Aiik....Macam ada apa.apa lak ni.
Heeeem.....Dah mula catur buah ke???

Dan terkini Nazri juga sudah tak sabar sabar lagi dan beriya iya mahukan DoJ menamakan siapa kah MO1. Sabar Nazri...

Cerita sebenarnya, DoJ belum pun menamakan siapakah MO1 tu, tetapi kenapa Nazri beriya iya sangat mengaitkan Najib, cakap tak dapat buktikan untuk mengaitkan Najib dan macam macam.

Betullah kata orang..Nazri ni memang perlahab aka gelojoh atau gatal mulut.

Jangan risau Nazri, masa dan waktu dari DoJ yang dinanti pasti tiba..Sikit je lagi.

Semua perilaku dan aktiviti Najib dan gerombolan penyamun sewaktu di luar negara pasti dia orang dedahkan..Jangan risau..

Kalau benda yang rahsia pun dia orang BOLIH dedahkan secara details inikan pula aktiviti fizikal.

Mereka boleh tipu rakyat tetapi Allah SWT hebat perancangaNya..Tiada.siapa bolih alihkan.

Ingat kembali kisah Firaun . Allah SWT Maha Berkuasa dan bila bila masa.bolih hancurkan Firaun tetapi kenapa Allah SWT pilih manusia bernama Musa A.S untuk menghancurkan Kerajaan Firaun?

Kisah epik Najib dan Gerombolannya juga pasti melalui frasa yang sama seperti Firaun.

Allah SWT pasti mengerakkan hati manusia bagi menghancurkan kebatilan yang diangkat dan yang dihalalkan ini.

Tunggu lah..Akan ada kuasa yang bakal menjadi "malaikat maut" buat Najib, UMNO dan BN.
Tunggu....

Kalau masih tak nampak dan masih riak dengan kuasa..Teruskan....Tak lama tu.

Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND: INIKAH ISLAM ANUTAN ANDA!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedih ,terharu,terkedu dan tak terungkap kata kata apabila keadaan ini berlaku terhadap umat yang mengaku umat Muhammad dan yang mengaku beragama Islam.

Samaada terhadap badan yang menguruskan dana dana zakat atau pun Majlis Agama Islamnya, semuanya bertanggung jawab apabila kes kes seperti ini berlaku terhadap kemaslahatan maayarakat terutama tentang kedaifan dan kemeskinan rakyat terutama yang beragama Islam.

Berjuta dana diperolehi melalui berbagai sumber samada Zakat mahupun sedekah dari umat Islam diseluruh negara.

Namun dana yang beratus juta diterima samaada melalui pemberian individu mahupun koperat nampak nya gagal diagihkan kepada kumpulan ataupun kepada keluarga yang sebenar benarnya layak dibantu.

Institusi Mesjid yang ditubuh dan mempunyai "kariah" sendiri juga buta'mata dalam mengenal pasti atau mencari masyarakat yang daif untuk dibantu.

Setiap Jumaat beribu ringgit dapat dikumpul melalui sedekah para jemaah. Namun rakyat.atau masyarakat yang terhimpit kesusahan gagal dibantu dan dicari.

Semalam seorang bapa sanggup membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebabnya tidak sanggup menanggung perbelanjaan bagi menampung keluarga.

Allah SWT sudah berjanji.bahawa seseorang itu akan diuji dengan kemampuan seseorang .

Adakah tekanan yang dilalui arwah melebihi kemampuannya?

Adakah Allah SWT mengerakkan ," sibapa ini" untuk terjun dan bunuh diri untuk melepaskan diri dari tanggung jawap?

Begitu juga dengan kes terbaru semalam dimana sepasang suami isteri dibelasah masyarakat kerana dituduh mencuri tabung mesjid.

Adakah.dengan membelasah pasangan suami isteri tersebut dapat menegakkan kesucian agama Islam.

Kenapa dan mengapa pasangan ini mencuri tidak pula disiasat?

Najib yang terang terang mencuri duit rakyat tidak pulak mereka belasah? Kenapa?
Bukan duit kamu? Atau tak ada kena.mengena dengan kamu?

Disini lah manusia harus berfikir dan bermusabahan diri.

Kejadian yang diizinkan Allah.SWT ini adalah untuk contohan bagi manusia yang hidup. Hidup dalam kerangka yang digariskan Allah SWT . Tetapi sifatnya manusia itu buta. Buta mata dan buta hati. Tidak tahu menilai atau.sememang tidak berilmu atau.sifatnya macam kerbau. Ikut saja kemana tuan nya tarik tetapi apabila nak.kena sembelih.. Mengelupor.

Dikala ratusan juta berjaya diperolehi melalui rakyat dan dibelanja sesuka hati mengikut acuan mereka namun sifat mahu menolong atau membantu fakir miskin dan orang yang memerlukan dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga. Itulah.yang terjadi.kini.

Bila musim.nak raya , sibuk promosi sana sini , buat sedekah anak.yatim dan bermacam macam bala tetapi golongan yang sepatutnya dibantu dan dilepaskan dari kemiskinan tidak dicari.

Kes seperti ini bukan kes terpencil tetapi dah terlalu banyak terjadi dinegara ini. Dimana silapnya " pemegang amanah" ini?

Atau aturan Islam.hanya.sekadar pelengkap SOP saja ataupun penguasa mengharapkan pangkat dan darjat untuk melunaskan amanah??

Inilah agama nenek moyang yang tuan.tuan anuti tanpa Allah SWT bersemayam dihati.
Inilah.agama Islam.buta tuli yang tuan tuan anuti dan bukan Islam yang MUHAMMAD SAW ajarkan seperti yang Allah.SWT firmankan.

Semua tanggung dosa samada.Rajanya , Penguasa nya mahupun Alim ulamanya.

Tidakkah Allah SWT nyatakan siapakah.yang terdahulu yang akan disoal kalau.bukan golongan diatas.

Cahaya Al Majid




Sunday 16 July 2017

THE PROMISED LAND: KENYATAAN BANGANG SALEH KERUAK!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Kebebalan otak Menteri yang dilantik
Melalui jalan belakang.

Nak kata bangang tapi berjawatan Menteri. Inilah yang dikatakan bangang bertingkek tingkek, kata orang Ghombau" bodoh nak mampueh".

Sekarang ni, Pakatan Harapan baru terbentuk.  Tujuan penubuhan nak menyelamatkan masa depan negara ni dari "KLEPTROKASI" kerajaan Najib dan BN.

Parti Bersatu pimpinan MAHATHIR ditubuh untuk menawan kerusi UMNO dan sebahagian dari kerusi Lobai Lobai PAS yang menghalalkan " perompakan dana 1 MDB dan SRC " yang ditanggung rakyat sekarang.

STATEMENT yang Salleh Keruak war warkan adalah kerusi DAP yang ada sekarang tetapi apabila Parlimen dah dibubarkan tiada siapa yang berkuasa dan lebih besar waima BN dan UMNO sekali pun.

Tetapi Pakatan Harapan yang ditubuh diatas kesepakatan DAP, PKR, Amanah dan PPBM adalah untuk PRU 14 dan tiada kena mengena dengan kerusi yang dimenangi rakan parti pada PRU 13.

Itupun Salleh Keruak tak bolih fikir ke,,?

Inilah masalahnya apabila seseorang yang dilantik sebagai menteri melalui jalan belakang. Benda mudahpun tak boleh pikir.

Mungkin masa dah sampai buat UMNO dan BN dari terus diberi peluang untuk memerintah negara ini. Menteri yang ada semua"otak dah MONOPAUSE".

Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND: PAS MULA JADI BANGANG!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad mengaku bahawa PAS akan bertanding di 140 Parlimen seluruh negara bagi membentuk Kerajaan.

Hahaha..Apa punya tolol Idris Ahmad ni. Sifir mana yang digunakan??

UMNO yang 100 % dianggotai olih orang Melayu dan mengaku kuat itu pun perlu bekerjasama dengan parti lain untuk menang dan berkuasa.

Ini kan pulak PAS yang sememangnya dianggotai olih orang Melayu semata teringin pulak nak perintah Malaysia.

Siapalah yang ajar dia sifir politik ni atau pun kepala dah berkuap, dan itu sebabnya tak boleh berfikir??

Ooi..PAS ...Malaysia ni negara berbilang bangsa bukan Melayu semuanya.

Kalau nak menang setakat mengharap undi Melayu saja tanpa ada undi bangsa Cina dan India turut sama..Bukannya nak menang tapi bolih hilang wang pertaruhan.

Tapi tak tahulah kalau " dana RM 90" Juta yang didakwa telah diberi dan diterima itu bertujuan untuk "memecah" undi saja?

Ni tidak, nak buat cerita sedap pun tak reti.
Memang hampeh!!!
Nak kelentong pun biar lah " bolih diterima akal".

Semenjak ketiadaan arwah Nik Aziz ni, pemimpin PAS semakin dungu pulak..

Tak tahu apa pasal.

Niat nak jadi pembangkang tetapi tak nak sama sama dengan kem Pembangkang yang lain.

Haru politik PAS ni.

Cahaya Al Majid



Saturday 15 July 2017

THE PROMISED LAND: NAJIB & UMNO DAH MULA KENCING MELELIH!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Tanda tanda ketakutan Najib serta kegusaran Pemimpin UMNO bahawa UMNO pasti hilang kuasa pada PRU 14.

Sanggup memperlekehkan "keturunan dan darah" bekas Presiden UMNO.

Rasuah projek ketempat yang dilawati.
 Jual beli rakyat sedang dilakukan

Najib mahu BTN atau ahli kumpulan perang sarafnya kerja keras dalam mempertahankan kuasa UMNO dalam PRU 14 demi kelangsungan kuasa dia.

Zahid Hamidi pula mengatakan bahawa kapal ada 3 nahkoda ini pasti tenggelam.

KJ pula kata DAP adalah kuasa penentu dibelakang Harapan.

Sahidan pula kata macammana Bersatu nak berkuasa sedang kan mereka hanya ada 1 kerusi berbanding Parti lain dalam Pakatan.

Begitu juga dengan Mahathir Khalid tetap menafikan kebangkitan dan sokongan Melayu terhadap Bersatu.

Peergh...

Yang bercakap dan yang cuba menepis kenyataan ,semuanya pemimpin bermasaalah juga.

Najb dituduh bermacam macam skandal yang terburuk kes Altantuya dan SCORPENE dan terbesar duit 1MDB dan SRC

Zahid pulak kes pukul dan dizaman Mahathir berkuasa dia dituduh Kroni Anwar dengan berpuluh puluh syarikat dan terbaru kes impot pendatang..

KJ pulak master mind masa Pak.Lah berkuasa sehingga dipanggil Geng Tingkat 4. Penganggur yang paling kaya dan bergaya.
Kes 100.juta Kementerian Belia pun tak settle.

Shahidan. Dari Menteri Besar jadi Menteri. Kecoh satu Perlis. Istana pun tak kenan.

Mahadzir Khalid. Kedah hilang kuasa dia hilang jawatan Menteri Besar. Banyak kelompongan berlaku.

Semua pemimpin UMNO berkotak macam ayam dicabut ekor. Riuh rendah semua dalam majlis perjumpaan Bahagian.

Kalau tak takut dengan Bersatu atau Harapan kenapa sibuk sibuk mencari seribu alasan.

 Biarkan lah..Kan kata Bersatu atau Harapan tak kemana..Jadi kenapa " GABRA"?

Kalau Najib tak klepet 2 .6 Billion duit 1MDB dan 40 juta duit SRC dan tidak dikreditkan keakaun personal Najib, adakah Mahathir nak "lingkupnya" UMNO?
Saban kali Mahathir tuduh Najib pencuri dan merosakkan imej negara,kenapa sehingga hari ini Najib tidak berani berdepan dengan Mahathir untuk menafikan apa yang dituduh?

Kenapa Mahathir secara lantang menghentam dan  menuduh Najib dan UMNO serta barisan pemimpin UMNO sebagai "pembelot" terhadap perjuangan parti UMNO .

Kalau benarlah Najib mendakwa bahawa RM2.6 Billion tu adalah "derma" dari keluarga di Raja Arab Saudi..Tak kan Najib tak berani nak tunjuk dokumen tersebut..kepada Mahathir  bagi menyelamatkan UMNO?
Setidak tidaknya Mahathir itupun bekas Presiden nya.

Ketidakberanian Najib menyanggah dan membuktikan dengan fakta apa yang dituduh dan dinyatakan oleh pengendali undang undang  negara dunia, menguatkan lagi keyakinan rakyat bahawa sememangnya dana yang diterima dan dibelanja olih Najib adalah dana dari 1 MDB.

Berfaktakan dari dapatan dapatan dari luar negara terutama dari Mahkamah di Singapura serta dapatan dari Switzerland mahupun DoJ , Amerika, yang menuduh MOI dan beberapa individu yang telah dinamakan namun sikap berdiam diri Najib memburukkan lagi keadaan.

Cuma mereka mereka yang cuba menafi dan membenteng "MOI and the Gang" adalah mereka mereka yang tidak ada kena.mengena dengan 1MDB waima " tidak tahu bila dan macammana" hutang tetiba menjadi RM42 billion.

Muhyiddin Yassin yang ketika itu sebagai TPM pun tidak tahu akan penubuhan dan pengurusan 1 MDB. Yang dia tahu hanyalah apabila *hutang 1MDB" meledak dan duit RM2.6.billion masuk keakaun peribadi Najib.

Apa yang  Najib dan gerombolan nya mahu menipu lagi?

Semua nya terang dan nyata.

Cahaya Al Majid



THE PROMISED LAND: WAK ZAHID PUN MENCUNGAP GAK??

Bismillahirrahmanirrahim.

Hahaha.. Zahid Hamidi pun nak tumpang sekaki jugak?

Kenapala!!! Zahid ni sibuk sangat pasal PARTI HARAPAN tu.

Sibuk na Nak tahu siapa bos utama dalam HARAPAN.

Jagalah parti sendiri. Ingatlah Zahid!!!

Hishamuddin dan diangkat olih Najib. Memang betul awak tu Timbalan Perdana Menteri tetapi awak kena ingat..Kedudukan awak sebagai orang nombor 2 dalam UMNO pun tak selamat lagi bila.Najib dah angkat Hishamuddin.
Ingat tu.

Kepada  Tun Mahathir dan Harapan.. Diucapkan selamat berjuang dalam menyelamatkan negara.dari kelacuran yang dibawa UMNO dan BN.

Semoga rakyat dapat menilai dengan hati terbuka dan dirahmati perjuangan demi masa depan bangsa dan negara.

Nak harapkan BN dan UMNO..Manghancurkan  lagi adala.

Cahaya Al.Majid

.

Wednesday 12 July 2017

THE PROMISED LAND: BALA KINI DITANGGUNG RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah SWT berjanji bahawa tiada manusia akan menanggung dosa orang lain.

Tetapi apa yang ingin diutarakan disini bukanlah urusan dosa atau pahala tetapi sebaliknya berhubung "bala " Allah SWT yang terpaksa ditanggung olih rakyat kerana tidak tahu menilai atau memilih atau mengangkat pemimpin yang benar benar berjuang berlandaskan Islam dan Al Quran dan sunnah Rasulullah.

Kebanyakan pemimpin Islam hanya pandai menggunakan nas nas agama dalam mengukuhkan kata kata politiknya.

Kebanyakan dari pemimpin pemimpin ini selalu berselindung dan menjadikan ayat Al-Quran dan hadis sebagai "benteng" untuk berselindung.

Tanpa malu dan segan ayat ayat Al-Quran dan hadith dijadikan senjata untuk menghalalkan perbuatan mereka. Inilah yang berlaku dan yang berleluasa masa kini.

Tukang kipas , pengampu serta tentera siber yang dibayar , tanpa rasa takut dan insaf diri, masih tetap mahu mempertahankan bos bos mereka yang terang terangan melakukan perbuatan bersalahan serta perlakuan yang menyalahi kehendak hukum Allah SWT dan Rasulullah.

Namun kejahilan juga yang dipertahankan.

Sebenarnya negara ini sedang dilanda "bala". Samaada rakyat sedar atau sebaliknya, kejadian ini sedang berlaku kini.

Kerana kejahilan pemimpin berkuasa ,sama ada Rajanya mahupun Pemerintahnya ataupun penguasa agamanya, kini, prasa bala Allah SWT sedang kita lalui.

Perhatikan nikmat Allah SWT yang pernah dilimpahi dibumi.ini,  sedikit demi sedikit ditarik nikmatnya.

Bumi yang kaya raya dengan hasil bumi pada satu ketika dahulu, kini, hasil masyulnya mula berkurangan.
Tanah yang subur untuk tanaman kini mula ketandusan hasil.

Musim yang bersilih ganti yang menghasilkan tanaman mengikut musim mula terganggu sifatnya maka kini hasilnya mula berkurangan.

Kalau satu ketika dahulu kesenangan dan kemakmuran yang dinikmati kini mula menunjukkan sifat negatif. Rakyat yang dahulu yang terdiri dari berbilang bangsa dan hidup dalam berjiranan kini telah mula merasai curiga sesama mereka. Semuanya kerana taksub dengan pegangan politik masing masing.

Apa yang paling ketara berlaku kini, institusi Pemerintah negara sudah tidak lagi dihormati samada olih rakyat mahupun negara luar.

Pembohongan, penipuan, menyalah gunakan kuasa, rasuah, keadilan dikongkong, serta fitnah samaada dikalangan pemerintah mahupun rakyat marhean dipalit dan sudah ditahap kritikal.

Menipu dan berbohong dalam menyelamatkan eletis pemerintah dijadikan kewajipan . Yang menentang akan dihina ,dicerca serta dikeji.

Bala yang didatangkan kini silih berganti. Peringatan demi peringatan telah diturunkan namun masih ramai yang buta mata dan hati.
Dan yang paling ketara ,diri dan jiwa manusia telah berjaya dibeli dengan wang ringgit.

Kini kesalahan serta salah-laku BOLIH tertebus dengan wang ringgit waima ahli agama pun telah tergadai ilmu yang dipelajari.

Suka atau pun tidak bala yang datang ini adalah berpunca dari tangan tangan manusia yang jahil dalam memilih pemerintah.

Allah SWT telah berikan kita ilmu dan akal fikiran tetapi manusia sengaja membutakan mata kerana takut rezeki dirinya akan terganggu.

Beranggapan bahawa rezeki itu ditangan pemimpin pemerintah dan bukan ketentuan Allah SWT, maka, bala lebih besar pasti berlaku.

Cahaya Al Majid






Monday 10 July 2017

THE PROMISED LAND: KJ : BUDAK TAK "BERSUKU" MULA NAK TUNJUK PANDAI

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau nak mengaku jadi anak tempatan Ghombau, seseorang tu mesti ada " suku" .
" Suku" ni pula mesti berjalur dari perut ibunya. Tetapi Khairi ni , ibu dia bukan orang Ghombau hanya bapa nya saja orang Ghombau, maka, dengan itu dia tak layak menyandang apa apa pun atas kapasiti anak Ghombau.

Jadi kalau nak berkokok macam ayam jantan, tak konolah.

Tetapi disebabkan KJ bermentuakan Pak Lah atau Perdana Menteri masa tu, apo laie, orang politik Ghombau cari " can" lah, mana tahu kalau kalau boleh jadi instant Millionaire.

Olih itu isu" calon bukan anak Ghombau" tidak timbul lagi sebab ahli politik Ghombau kenyang kerana" dedak dah ditabur".

Kalau dilihat dipersada politik, KJ, amat jarang dilihat mengutarakan atau melontar idea. Nak membalun lawan pun amat jarang sekali. Nak kata KJ lantang bersuara pun tidak juga..Hala tuju politik dia pun tak terserlah lagi.
Hanya lagak serta jawatan Ketua Pemuda yang disandang ketika Pak Lah masih berkuasa dijadikan penyambung. Itu je.

Angin tidak ribut pun tidak, tiba tiba " budak tak bersuku" ni bersuara, mahu Mahathir n Kit Siang berhenti dari areana politik. Dah kenapa?

Adakah kerana mereka dah tua? Atau KJ tak mampu menepis serangan Mahathir dan Kit Siang terhadap Najib atau sekadar nak tunjuk berani yang tidak mengigit.

Kenapa tak usik Hj Hadi juga. Kan Hj Hadi pun dan tua tambah tambah lagi ada penyakit ditambah dengan tiga orang bini. Kenapa tak suruh juga Hj Hadi berehat saja.Kan lebih baik.

Nak suruh dia orang tu berhenti kenapa?, adakah mereka terpalit atau didakwa rasuah?
Kenapa KJ tak nasihatkan Isa Samad saja untuk berhenti dari politik? Kan Isa juga terpalit dengan ," politik wang" .

Warga Felda tengah sesak nafas sekarang ni gara gara FGV dan Isa Samad.

Adakah pemimpin pelapis UMNO aka Pemuda UMNO menghalalkan kemasukkan dana RM2.6 billion dan RM40 juta wang SRC International keakaun peribadi  Najib  yang didakwa sebagai "derma"?

Tahukah KJ sebab kenapa Mahathir menentang Najib dan UMNO kini?
Adakah KJ beranggapan bahawa Mahathir itu bodoh atau nyanyuk?
 InshaAllah kalau Mahathir disuruh berdebat dengan Pak.Lah aka mentua KJ tu, dirasakan " kencing dalam seluar Pak Lah'.  Nazri Aziz yang muda tu pun " tak berani", hanya, berani cakap dari jauh saja. Bila berdepan " menikus".

Kalau nak jadi pemimpin atau ketua ,Al Quran dan sunnah adalah pegangan.

Tetapi kalau setakat nak menyelamatkan tengkok dan tempolok sendiri dan membuta kan mata serta menghalalkan kemungkaran seperti menipu,mencuri, membelit, dan merusakkan agama Islam hanya kerana nak terus berkuasa, beringatlah " bersubahat" itu setara dengan pelakunya.

Olih itu jangan cuba mengodek apa yang tidak diketahui dan jangan menjual diri demi  kemungkaran. Takut nanti bala datang silih berganti.

 Jangan sampai yang disayangi jadi "taruhan" atas kesalahan kita.

Cahaya Al Majid.

THE PROMISED LAND: KETAKUTAN UMNO NAJIB: HENTAMAN BERTALI ARUS

Bismillahirrahmanirrahim.

Semenjak balik dari cuti raya , dari Bali ke Perth, Najib seakan akan mendapat semangat baru.

Tiap hari membelasah Mahathir, ada saja "sampah" lama yang dicari untuk dijadikan modal buat membersihkan imejnya . Seolah olah UMNO yang dipimpin Mahathir dahulu adalah "UMNO haprak".

Mungkin  Najib lupa kot, sekadar nak mengingatkan , bahawa Najib juga merupakan salah seorang Naib Presiden ketika Mahathir berkuasa, oleh itu adakah beliau merasakan bahawa hanya keputusan Mahathir seorang dalam membuat segala keputusan dalam Kabinet?

Nak tanya jugak, adakah pinjaman berbillion  dollar 1MDB juga keputusan bersama jemaah Kabinet Najib?
Macammana ya, bekas TPM Muhyiddin Yassin  pun tak tahu akan pinjaman ini? Hanya sedar apabila kes ni Meletop?

Apa yang rakyat sedar kini, Najib dan kebinetnya dah terasak kedinding ataupun kelemasan hingga air dah mula masuk hidung.

Olih itu mencapai atau cuba menggapai apa saja demi menyelamatkan diri  adalah wajib untuk dilakukan.

Mengenengahkan isu Forex, menaikkan Mukris sebagai PM , kegagalan MAS dijadikan isu untuk mengendurkan Mahathir. Dan ura ura untuk menyabitkan isu Forex dengan menubuhkan RCI dijadi kan sandaran olih Najib.

Peeergh...Najib..Najib..

Kalaul benarlah Mahathir bersalah dalam isu Forex dahulu, dan diri Mahathir itu jahat dan licik seperti yang didakwa dah lama Mahathir sabitkan Anwar Ibrahim dalam isu Forex demi untuk membersihkan dirinya tambahan pula ketika itu Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan aka Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Kenapa Mahathir tak heret Anwar Ibrahim sebagai Menteri yang bertanggung jawab?

Dan kenapa ketika Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan juga dari Kabinet Mahathir dan Anwar menubuhkan PKR, tiada pula Anwar Ibrahim menuduh Mahathir menyebabkan kerugian Forex 10 Billion seperti yang didakwa  Murad " bekas timbalan gabenor BNM"?

Kalau benarlah Mahathir terlibat dalam isu kerugian berbillion dollar dalam isu Forex ni, dah lama dah PKR.ketika itu.mainkan isu.ini.
So?......

Cukup.cukupla.Najib.dan kepimpinan UMNO, tubuhkan dahulu RCI.untuk 1MDB, RCI.untuk FGV, dan banyak lagi ketirisan dan rasuah .

Jangan ashik dok korek sana korek sini... Tetapi najis kat bontot sendiri kering tak bercuci.

Cahaya Al Majid







Sunday 9 July 2017

THE PROMISED LAND:HISHAMUDDIN?? PENGGANAS YANG MANA LEBIH BAHAYA??

Bismillahirrahmanirrahim.

Terkedu dan terkejut dengar STATEMENT Hishamuddin. Pengganas ancaman utama!!

Cuba fikirkan mana yang lebih berbahaya " pengganas yang menyebabkan rakyat ikat perut dan hidup dalam serba mahal disebabkan "pengganas"dalam IMDB atau "pengganas" yang didakwanya Hishamuddin atau Naib Presiden UMNO tu?

Kalau dahulu tahun 60 kita fahamlah bahawa " pengganas" tu adalah komunis tetapi kini " negara bapak pengganas komunis" dah jadi investors besar kot kat Malaysia ni.

Segala projek dan utiliti tenaga pun dah disapu "pengganas China Komunis kot. So apa citer perjuangan???

Rakyat tak kisah kot "brand" pengganas samaada ISIS mahupun Daesh ni sebab semua ni ciptaan US saja .

Kalau dahulu Bin Laden tetapi bila dah dapat lumpuhkan dan ikat hidung Kerajaaan negara negara teluk termasuk membunuh Muhammar Ghaddafi, Saddam Hussein serta menundukkan Afganistan hingga jadi negara kucar kacir kini timbul lak nama baru.

Kita yang Ahli Sunnah Wal Jemaah ni pun terikut ikut rentak mereka dalam melebel puak ni pulak.

Sedarlah.

Pemimpin dalam negara lebih ganas dari " pengganas".

Pengganas yang merompak wang rakyat adalah lebih berbahaya dari pengganas yang didakwa Hishamuddin tu.

Kelompok "pengganas" yang menyebabkan rakyat menanggung hutang  lebih RM50 billion serta terjualnya beberapa aset strategik negara serta menyebabkan peneroka Felda berhutang berlipat kali ganda, tidakkah itu lebih berbahaya dari pengganas yang didakwa Hishamuddin?

So..Fikirla..Mana lebih baik dan bermenafaat buat rakyat.

Cahaya Al Majid

Friday 7 July 2017

THE PROMISED LAND: ANTARA PENIPUAN DAN CAMPUR TANGAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Dari pemimpin UMNO hinggalah ke Presiden PAS, membodohkan rakyat serta menukar fakta tuduhan atau dakwaan DoJ dijadikan hujahan untuk membela salah-laku "perompak wang rakyat".

Akta Kesalahan Pengubahan wang haram atau Anti Money Laundering yang dikenakan terhadap " perompak dana 1MDB" yang dikesan di negara Uncle Sam serta beberapa lagi negara yang dikesan jenayahnya sudah pun dibuktikan di Singapura.

Beberapa individu yang terlibat secara langsung dalam " game plan" ini, yang telah disabitkan terhadap individu individu ini telah pun didapati bersalah dan dihukum mengikut undang-undang di Singapura. Tetapi " Grand Master"nya masih lagi belum diusik secara terangan .

Namun bayangan yang diberi dan digambarkan olih DoJ lebih bersifat kiasan iaitu menggunakan istilah MOI , MO2 Dan sebagainya.

Tetapi Rahman Dahlan secara terangan telah mengaku bahawa MOI Yang dikiaskan DoJ adalah Najib Razak  , tetapi, sehingga kini penyataan Rahman Dahlan itu tidak disahkan olih DoJ. kenapa??

Inilah kebodohan Menteri yang dikutip dari Sabah ni.

Apabila Menteri Menteri Najib dan Presiden PAS mengatakan bahawa tindakan DoJ yang mahu menegakkan undang-undang negaranya dan dituduh pula olih Pembesar UMNO dan Hj.Hadi sebagai "mencampuri hal ehwal negara ini"olih DoJ atau pun Jabatan Keadilan USA, maka, kebebalan pembesar ini amatlah ketara.

Namun begitu DoJ belum lagi membalas atau menepis tuduhan berat itu.

Sebenarnya apa yang dicanang dan yang disergah pembesar UMNO dan Hj Hadi terhadap DoJ, memberi ruang yang lebih besar kepada DoJ mahupun intelligent mereka untuk menahan sesiapa yang terlibat pada bila bila masa dan tempat.

Inilah kealpaan hati yang Allah SWT berikan kepada pemimpin jahil ini.

Tunggu dan lihat, nama,gambar, masa dan jawatan masing-masing  akan di paparkan olih DoJ. Hanya tunggu waktu dan ketika saja.

Kalau rakyat tak dapat buktikan kesalahan mereka tetapi keadailan dunia bakal memalukan mereka..

Tunggu!!!!

Cahaya Al Majid







Wednesday 5 July 2017

THE PROMISED LAND: KENAPA NAJIB TAK NAFI

Bismillahirrahmanirrahim.

Selama mana dakwaan ini hendak disenyapkan?

DOJ mendakwa bahawa dana USD 620 juta yang diterima dan dikreditkan keakaun peribadi Najib yang didakwa sebagai "derma" dari Pak Arab dan didakwa olih Najib bahawa dana tersebut telah dipulangkan tetapi didakwa olih DoJ bahawa "derma yang dipulangkan" itu sebenarnya diberikankan kepada Jho Low.
Apa komen Najib dan pembesar UMNO?

DoJ mendakwa Najib membuat pembayaran sebanyak RM9.5 juta kepada peguam Shafiee Abdullah. Kenapa tiada penafian dari Najib. Untuk apa dan kenapa?

DoJ.sekali lagi mendakwa Najib membayar pula Ketua Perisikan Tentera sebanyak RM7 juta. Dan kenapa pula Najib perlu membayar?

Kalau semua ini adalah "fitnah" seperti yang didakwa UMNO mahupun BN ataupun pemimpin kerajaan, maka, saman kepada pihak yang mendakwa adalah satu kewajipan.

Cahaya Al Majid.