Wednesday 29 March 2017

THE PROMISED LAND : ARTIS TEMPATAN DIANIAYA MALINDO AIR???

Bismillahirrahmanirrahim.

'INILAH RUPA NYA MALINDO AIR'

Kerana undangan untuk menyertai Mega Sale di Dewan Bridex dinegara Brunei Darul Salam selama 4 hari  bermula 29/3/2017 ,lapan orang artis Malaysia berserta pembantu pembantu seramai 24 orang , teraniaya gara gara penerbangannya mereka ke Miri pada 28/3/2017 dibatalkan olih Malindo Air.

Walaupun tempahan awal dan pembayaran penuh telah dibuat kepada Malindo Air namun penerbangan yang dijadual ke Miri telah dibatalkan.

Perbincangan dengan wakil penerbangan Malindo telah diadakan namun kata mereka penerbangan rutin harian Malindo Air ke Miri tidak dapat dilakukan  pada hari yang dijanjikan.

Namun pada akhirnya Malindo Air berjanji untuk menerbangkan juga Artis Artis ini pada tarikh yang dijanjikan tetapi melalui Kota Kinabalu. Dan dari sana mereka bolih ke Brunei melalui Miri.

Yang sedihnya hanya van biasa disediakan oleh Malindo Air tetapi sebaliknya segala bagasi barangan jualan yang dibawa artis tidak disediakan pengangkutan. Dan artis terpaksa mengurus dan membiayai sendiri kos barangan yang dibawa . Tidak kah ini satu penganiayaan?

Sepatutnya Malindo Air yang menguruskan segala gala nya kerana mereka yang mengikat perjanjian dengan penumpang. Dan ini juga bukan salah penumpang.

Yang menjadi persoalan kenapa Malindo Air boleh terbang ke Kota Kinabalu dan tidak ke Miri??? Apa MASAALAH mereka??

Atau adakah Malindo Air.juga sedang mengalami MASAALAH dan kenapa permasalahan itu dibebankan pula keatas penumpang untuk menyelesaikannya?

Atau adakah Malindo Air juga  seperti Ryani Air. Ambil duit penumpang tetapi lepas tu lepas tangan?

Antara artis artis yang terlibat diantaranya termasuk lah Liza Abdullah, Anina Ahmad B, Rozie Othman, Shila Mambo , Encik Mimpi , Noorshila Amin serta pembantu pembantu mereka.

Difahamkan mereka terpaksa melalui  6 - 7 jam perjalanan dengan van dari Kota Kinabalu untuk ke Brunei . Sangat menyeksakan.

Tidak kah kementerian Pengangkutan atau ajensi Kerajaan yang lain sedar akan salah laku syarikat Penerbangan ini??
Atau sememangnya Menteri atau jabatan berkenaan hanya mahu "menutup mata'.

Malaysia Malaysia Malaysia.

Macam macam boleh.

Tipu tak salah. bohong tak salah. Aniiya orang pun tak salah.
Tetapi yang penting GST tetap kutip .
Selagi Syarikat bayar GST kepada kerajaan semua ok.
Tentang rakyat sengsara ke atau rakyat teraniaya ke..lu fikirla sendiri..

                 CAHAYA AL MAJID

Sunday 26 March 2017

THE PROMISED LAND: HANYA PERLU RM500,00O DAN GAJI BULANAN RM10K . KERAKYATAN BAKAL DINIKMATI??

Bismillahirrahmanirrahim.

"DUIT CHINA BOLEH BELI APA SAJA"

Hanya perlu membawa tunai USD 125 Ribu dan bukti pendapatan bulanan sebanyak USD 3300 sebulan , maka mereka layak untuk memiliki hartanah dinegara ini. Itu adalah harga buat warga asing untuk memiliki atau membeli hartanah atau kediaman dinegara ini.

NegaraKu pasti tergadai. Murah teramat murah untuk warga asing untuk menikmati keselesaan hidup yang ditawarkan Melayu UMNO kepada warga asing.

Duit , duit, duit itu yang mereka nampak.

Kemaslahatan bangsa dan maruah negara yang dipertahankan dari serangan dan idealisme Komunis serta  penjajahan British rupa-rupa nya hanya retorik buat Kerajaan Melayu UMNO.

Pemilikan serta penempatan semula bangsa asing terutama Cina dari Tanah Besar China mula berantaian sejak beberapa lama berulang lagi.

Semua ini adalah hasil dan usaha gigih Pemimpin Melayu UMNO yang dilakukan tanpa kerelaan majoriti Bangsa Melayu dibumi ini.

Pengimportan Cina dari China yang sememangnya dihalalkan oleh UMNO tanpa mengira kesan kepada Melayu peribumi telah dijadikan mata pencarian buat kewangan negara ini.

Tanpa senjata ,tanpa tentera dan tanpa kekerasan , warga Cina Komunis berjaya memiliki tanah  bumi ini tanpa sekatan memadai hanya dengan DUIT .

Walaupun satu masa dahulu Kerajaan Melayu yang diperintah UMNO inilah yang beriya iya memerangi Cina Komunis dengan menghulurkan nyawa tentera Melayu dan ada diantara nya terkorban atau cacat namun kenangan ngeri itu terpadam atau terhapus gara gara duit dari China.

Dan itulah kehebatan Kerajaan Melayu UMNO.

Dan kini dengan keterdesakan Kerajaan Melayu UMNO dan BN yang menanggung hutang yang berbillion dollar kerana salah takbir urus dan menyebabkan nilai matawang merudum maka duit Cina Komunis dilihat sebagai penyelamat.

Bukan hanya duit yang Cina Komunis hulurkan malahan hartanah, peluang perniagaan dan membina pulau buatan juga diberikan hak kepada Cina Komunis untuk dipenuhkan dengan bangsa mereka.

Hebat hebat Hebat Melayu ini.

Dan yang paling hebat "KERAKYATAN" juga pasti mereka miliki apabila duit berlori-lori dari Cina Komunis mampir dihadapan pintu Putrajaya.

 Melayu marhean hanya layak melihat saja apabila "kelacuran" ini diberlaku didepan mata.

Berserah kepada Allah SWT tanpa melakukan apa apa  adalah jawapan mereka.

             Cahaya Al Majd


THE PROMISED LAND: TANDA NAJIB PERIHATIN AKAN KESUSAHAN RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.

       SELAMATKAN DIRI DULU                            
         "BARU FIKIRKAN PARTI"

Zaman Najib ni bermacam macam keadaan luar jangka atau fikiran "out side the box" yang dihadiahkan kepada rakyat.

Dengan anggapan bahawa apa saja yang dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.

Menubuhkan PEMANDU la, ECER la, 1MDB la, keretapi laju la, MRT la Dan bermacam macam lagi namun semua projek itu bukan milik swasta tetapi dibiayai oleh Kewangan negara .

Tetapi dalam banyak banyak perkara yang dibuat penubuhan 1MDB dan Penubuhan SRC International' yang paling tidak rasional dan berajenda .

Menerbitkan Bond atau Sukuk adalah yang paling digemari dan menjadi pilihan Najib untuk mendapatkan dana.

Hutang bertimbun 1MDB bermula dari penerbitan BOND Yang dijamin Kerajaan Malaysia atau dibahu rakyat. Dengan menggunakan dana dari terbitan Bond (ambil dulu bayar kemudian) tersebut telah menjadi punca kepada segala ibu permasalahan buat Malaysia dan Kerajaan Najib.

Tetapi mereka yang untung dan  buat duit buta dalam skandal 1MDB ini adalah Jho Low, DUA ekor Arab kenalan keluarga Najib, Goldmen Sach firma yamg mengatur pinjaman itu serta Riza Aziz , anak tiri Najib.

Dianggarkan lebih USD 4BILLION dikebas oleh mereka ini dan tidak ketinggalan USD 681 juta masuk keakaun personal Najib seperti yang didakwa olih penyiasat kewangan dunia.

Bayaran untuk Goldman Sachs saja melebihi USD 500 juta...Tak ke gila namanya tu,!!!?

Sebahagian dari dana Bond itu digunakan pula untuk membeli beberapa IPP tetapi disebabkan kegagalan untuk melunaskan bayaran balik pinjaman serta kegagalan membuat IPO maka penjualan semula IPP kepada pelabur dilakukan.

Ingatkan untung tetapi penjualan dibuat dibawah harga pembelian. Kerugian dicatat berbillion sehingga kan hartanah untuk pembangunan TRX dan Bandar Malaysia dijadikan bahan dagangan untuk menutup hutang.

Itulah serba sedikit puncanya mengapa kewangan negara kita semakin senak. Semua.nya gara gara 1MDB yang diilhamkan Najib.

Walaupun.Najib telah menyatakan bahawa berbillion dollar foreign investment telah memasuki dalam sistem negara dan ekonomi dikata semakin stabil namun dalam realiti sebenar semua itu tidak menyakinkan rakyat.

Hanya kerana harga minyak dunia telah jatuh maka pendapatan negara dari Petronas telah berkurangan dan ini dikata telah memberi impak kepada pentadbiran Najib.

Untuk.mengimbangi kekurangan itu maka segala bentuk subsidi  di hapuskan dan cukai GST dikenakan pada setiap batang tubuh yang melata dibumi Malaysia ini tanpa mengira taraf kehidupan.

Miskin kaya  cacat atau golongan asnaf juga diGST kan seadanya.

Walaupun Najib berbangga dengan pandangan dunia bahawa ekonomi negara kita berkembang keparas 4.5% untuk tahun ini, tetapi pada hakikatnya kemeriahan ekonomi seperti yang dibanggakan banggakan NAJIB itu tidak dirasai olih masyarakat bawahan atau marhean.

Dalam kebanggaan Najib dalam mengaku bahawa ekonomi negara bertambah stabil dan didajwa kamasukkan berbillion dana pelaburan kedalam negara , kini, dapatan terkini mengesahkan bahawa kadar.inflasi negara ini telah meningkat keparas 4.5%.

Kadar ini adalah yang tertinggi semenjak 2008.

Atau adakah Najib masih mahu mengatakan bahawa rakyat negara ini tidak terkesan dengan apa.yang berlaku?

Atau sememang Najib dan Kerajaan Melayu UMNO mahu melingkupkan kehidupan rakyat dan masa depan negara ini???
Atau Najib mahukan Melayu.negara.ini menjadi pengemis???

Orang kaya tidak pernah.tahu akan kesusahan orang lain kerana bagi mereka , orang yang suka meminta-minta ini akan selalu ikut telunjuk sikaya.

Begitu lah kehendak nya Kerajaan  Najib terhadap rakyat negara ini.

Wahai manusia bangun dan tentangan lah penganyiaan ini sebelum terlambat.

Tentukan mereka hilang.kuasa pada PRU 14.

MASA DEPAN TERLETAK DITANGAN
ANDA.
ALLAH SWT MERESTUINYA MEREKA YANG SANGGUP BERHIJRAH UNTUK KEBAIKKAN.

                  Cahaya Al Majid






THE PROMISED LAND:KERAJAAN LABUR DUIT BUAT HOTEL

Bismillahirrahmanirrahim.

HALAL KAH PULANGAN YANG ADA
UNSUR MAKSIAT DAN ZINA DALAM NYA??

Malang teramat malang buat Malaysia yang ber Perdana Menterikan Najib Razak. Dalam banyak banyak pelaburan, membina hotel dijadikan salah satu punca kewangan buat negara.

Dengan pelaburan yang beratus juta untuk membina sebuah hotel bernama  St Rejis di Langkawi dilihat tidak lebih dari mengaya atau menolong sahabat baik nya Peter Sandokh.

Pelaburan yang dibuat yang mana Kerajaan hanya memegang 60% saham dan selebihnya dipegang oleh Peter sendiri namun jumlah dana yang dilabur untuk itu adalah 90% dari kos pelaburan.

Peter yang mengurus diberikan hak pegangan saham sebanyak 40% walaupun input dana nya hanya 10% dari keseluruhan kos.

Hebat ! Ini lah salah satu nya kehebatan Najib sebagai Perdana Menteri bila dibiar keputusan ditangannya.

Tetapi yang peliknya kenapa pelaburan dalam sektor perhotelan? Tidakkah akan ada banyak elemen negatif yang akan berlaku didalam hotel.

Maksiat , zina arak dan bermacam macam perkara tak elok selalu berlaku dalam industri perhotelan, kenapa, perniagaan berlendir ini.juga pilihamnya???

Menteri pelancongan tak ambil pot ke tentang pelaburan ini. Berapa banyak pulangan yang dijangka akan didapati dari perniagaan ini?

Dan dengar kata Rafizi  untuk dua tahun.ini  kerugian juga telah dicatit.

 Jadi....Apa pandangan Kementerian Kewangan???

Mampu kah warga marhean untuk menginap di hotel yang dikata bertaraf 5 bintang ini?

Najib Najib . Duit rakyat juga yang kau nampak bagi mengayakan sahabat kau.

            Cahaya Al Majid



Saturday 25 March 2017

THE PROMISED LAND: RUPANYA JANJI ATAS KERTAS JE.. DUIT BELUM TENTU MASUK

Bismillahirrahmanirrahim

TIDAK  YAKIN PADA NAJIB..

DAH SIAP BARU BAYAR
TAKUT DANA YANG DIBAYAR PERGI KE
TEMPAT LAIN

Najib telah mengesahkan bahawa King Salman dari Arab Saudi telah menandatangani perjanjian bahawa Aramco akan melabur dalam Projek milik Petronas yang dikenali sebagai RAPID Di Pengerang Johor.

DENGAN jumlah sebanyak USD 7BILLION atau lebih kurang RM31 billion yang dijanji kan untuk kepentingan tidak melebihi 50% pegangan oleh Aramco rupa rupanya hanya janji atas kertas saja .

Dana yang dijanjikan untuk pelaburan itu hanya akan dibuat pada pasa terakhirnya projek tersebut dan dikata kan kini projek itu telahpun 60% peratus siap.

Dan kemungkinan dana USD 7BILLION itu hanya akan hadir pada hujung tahun 2018 atau seawal 2019.

Nampaknya kebarangkalian perjanjian yang ditandatangani itu untuk tidak di aktifkan oleh Arab Saudi amat tinggi dan dilihat perjanjian ini berisiko untuk terbatal.

Seperti semua telah sedia maklum bahawa bangsa Arab ini selalunya tidak beramanah didalam akad atau perjanjian yang dibuat
Bukan hanya sekarang tetapi sememangnya itulah perangai mereka.

Janji atau cakap kosong tanpa "hantaran" atau cengkeram kepada pemilikan 50% saham dalam RAPID amatlah berisiko kepada PETRONAS.

Silap silap surat aku janji ini bakal terdampar kepada syarikat lain . Kemungkinan mereka menggunakan perjanjian sedia ada  untuk mencarinya dana bukanlah satu kemusykilan.

Walau apapun selagi dana USD7 Billion itu tidak masuk lagi keakaun PETRONAS maka kita anggaplah ,perjanjian itu sebagai " untung batu timbul untung sabut timbul". Kalau ada adalah kalau.tak da nasibla.

                 Cahaya Al Majid




SANTAI THE PROMISED LAND

https://youtu.be/7bsPn6fB0zo

Friday 24 March 2017

THE PROMISED LAND: UMNO MULA CIRIT-BIRIT.

Bismillahirrahmanirrahim.

   "KETETAPAN HANYA SATU "
    TUMBANGKAN NAJIB DAN UMNO

Kalau semalam Annuar Musa hanya mensasarkan Lim Kit Siang dengan imbuhan Rm10,000 tetapi hari ini Annuar Musa merangkap Ketua Penerangan UMNO menaikkan lagi hadiah itu kepada RM50,000  untuk esei berkenan.

Dari apa yang dilihat ini adalah perancangan UMNO yang digerakkan olih Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO kerana  kegagalan dalam mendepani dua kelibat ini.

UMNO mengharapkan agar penulis atau pencacai pencacai mereka menyertai 'misi memburukkan lawan" ini dengan memberi ganjaran yang lumayan kepada mereka.

Sebenarnya UMNO sedang melalui satu prasa iaitu ' hilang keyakinannya'.

Ketakutan dan keresahan yang dialami oleh semua pemimpin UMNO ketika ini amat kritikal .

Bukan saja Najib sedang senak malahan seluruh kebinet Barisan Nasional juga dalam keadaan nyawa nyawa ikan.

Walaupun pemimpin UMNO menganggap dua kalibat ini , seorang digelar 'rasis' dan 'anti Islam"!Dan seorang lagi sebagai ' nyanyuk" dan "gila kuasa" namun pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional gagal untuk menawan hati rakyat terhadap dakwaan mereka tetapi sebaliknya UMNO dan BN pula yang kecut perut apabila rakyat mula menerima dua kelibat ini dengan berlapang dada.

Dan ini merupakan usaha terakhir UMNO dan pemimpin mereka dalam cubaan untuk mengheret rakyat dalam kancah yang mereka sendiri korek.

Walauapapun usaha.yang cuba mereka ketengahkan namum rakyat bukanlah bodoh seperti yang mereka sangka. Cuma mungkin golongan yang selalu dekat dengan Cawangan cawangan kampung saja yang akan termakan dengan dongeng ini.

Sepatutnya perkataan rasis yang  dilempar terhadap Lim Kit Siang itu sebenarnya tertusuk keatas batang tubuh mereka sendiri.

Cuba tengok parti DAP kini  , keahliannya telah terbuka kepada semua bangsa .Ada Cina, India, Melayu dan lain lain bangsa tetapi UMNO , semuanya Melayu dan Bumiputra saja. Tidak kah ini rasis? atau bersifat perkauman???

Adakah DAP itu rasis atau UMNO sendiri yang rasis.

Berhubung dakwaan anti Islam pula. Siapa sebenarnya nya yang anti Islam??

Dah berapa ramai orang Melayu Islam ,Cina Muslim dan India Muslim yang menganggotai DAP tidak kah itu menandakan mereka bukan anti Islam?

Berbanding pula dengan UMNO , seluruh anggota atau ahlinya beragama Islam dan Melayu pula. Adakah mereka ini benar benar mengamalkan kehendak Islam??

Kalau benarlah mereka ini pro Islam kenapa rasuah, tipu, bohong, makan harta anak yatim, curi duit rakyat , tipu projek, salah guna kuasa dan bermacam macam yang bersalahan dengan tuntutan agama tetap mereka halalkan?

Tetapi kenapa golongan dalam parti UMNO ini  tidak dipanggil anti Islam?

Adakah kerana mereka ini hanya mengaku diri nya Islam maka pengertiannya "anti Islam" tidak tercalit keatas batang tubuh mereka?

Begitu juga dengan panggilan ,'nyanyuk" dan "gila kuasa" telah dilabel kan kepada Dr Mahathir sedang-kan mereka tahu bahawa tujuan sebenar Dr Mahathir hanyalah untuk ,"menyahkan" Najib dari jawatan Perdana Menteri kerana salah guna kuasa dan rasuah.

Tetapi disebabkan olih "penyundalan politik" kerana kuasa dan jawatan yang diberikan Najib  berserta imbuhan sekali maka, segala salah laku dan salah guna kuasa bukan lagi satu kesalahan malahan halal untuk.dilakukan.

Olih itu apa saja strategi yang dicuba untuk menjerat dua kelibat ini sama ada Lim Kit Siang mahupun Dr Mahathir, rakyat dah pun menetapkan hala tuju.

PRU 14 bakal menjadi igauan ngeri buat NAJIB UMNO dan BARISAN NASIONAL.

InshaAllah orang Melayu dan Islam akan memjadi lebih gah dan bermaruah selepas ini.

Allahhuakbbar. Allahhuakbbar.

              Cahaya Al Majid






Thursday 23 March 2017

THE PROMISED LAND: BANYAK HANYA KERANA TUKARAN JE TETAPI HAKIKAT NYA!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

         RIZAB NEGARA SUSUT
         POKET RAKYAT KERING
         SIMPANAN PEMIMPIN BERTAMBAH
         SIAPA PANDAI
         SIAPA BODOH
         AKHIRNYA NEGARA DIJUAL

Kerajaan Najib amat berbangga dengan segala pencapaian nya. Dari kejayaan mengenakan GST kepada setiap rakyat hingga lah kepada pemberian BRIM .

Walaupun rakyat terbeban dengan segala kenaikkan dari gula hingga ke minyak dan tidak ketinggalan kenaikkan kos barangan keperluan seharian ,dan kumpulan yang sebenarnya tertekan adalah golongan yang berpendapatan rendah.

Segala kesusahan rakyat bukan saja tidak dipedulikan pemimpin Kerajaan malahan memberi alasan tahap longkang amat melekat diotak mereka. Itulah kejayaaan Najib dan Kabinetnya yang akan diingati rakyat sampai bila bila.

Berbalik kepada isu utama berhubung Rizab Antarabanga Negara yang selalu didendang Najib dan Kabinetnya bahawa kewangan Nagara kita berada pada tahap stabil.

Rizab Setakat 31 NOV 16
USD 96.4 BILLION @ RM399.6 bilion

Rizab setakat 30Dec 2016
USD 94.6 Billion @ RM424.2 billion

Pada 15 Mac 2017
USD 94.9 BILLION @ RM425.5 billion

Hanya dalam sebulan dari 31/12/16 hingga 30/12/16 dana negara kehilangan USD 1.8 BILLION. Begitu lah ketara nya kejatuhan nilai matawang kita. Adakah ini salah pembangkang yang salah urus tabir kewangan negara?

Dan dari tarikh 30/12/16 hingga  15/3/17 (2 bulan setengah) hanya ada sedikit peningkatan iaitu lebih kurang USD300 JUTA.

Tetapi apa yang pasti Rizab Negara dalam USD susut.

Tetapi Najib berbangga kerana jika ditukar kepada Ringgit nilai nya adalah RM425.5 billion.

Kalau dahulu Najib menganggarkan pendapatan perkapita rakyat berada pada paras rm30000 setahun atau USD9375 setahun ( dengan tukaran @3.2) , berapakah nillai kejatuhan kini??
Adakah kita semakin kaya atau hidup senang lagi.

Kalau dahulu Rm30000 tiada GST dan barangan masih lagi murah tetapi kini semuannya dicukai dan harga barangan semakin meningkat.

Oleh itu siapa yang senang?
Orang kaya tidak terkesan tetapi rakyat bawahan semakin sengsara.

Dengan kadar inflasi mula meningkat keparas 4% adakah rakyat BOLIH bertahan???

Ini lah kejayaan Najib dan hadiah UMNO kepada orang Melayu dan rakyat MALAYSIA.

Perlukah dipertahankan BARISAN NASIONAL lagi???

                Cahaya Al Majid






Wednesday 22 March 2017

THE PROMISED LAND: ANTARA TUHAN SEBENAR DAN "GETARAN " YANG DISANGKA TUHAN

Bismillahirrahmanirrahim.

'Tidak kenal erti diri maka agama pun bersepah"

Pemahaman Siti Kasim tentang Tuhan:

Tuhan itu wujud melalui "tenaga" dalam diri manusia.
Kalau seseorang itu mempunyai tenaga positif maka "Tuhan itu positif' dan sekiranya negatif maka Tuhan jahat akan dihasilkan.

Dan katanya lagi , apa yang dipetik dari Dr Juanda :

sesuatu perkara perlu dinilai dari common sense. Kalau.tidak is akan dianggap salah.

Siti Kassim melalui pemahaman dan pandangan beliau bahawa Tuhan itu hanya wujud dalam bentuk "getaran" .

Dan merasakan bahawa kewujudan Tuhan itu dirasai dalam dua kefahaman iaitu ' getaran positif dan negative'. Dan pemahaman itu juga  dirasakan melalui penjelasan dari makhluk yang sealiran dengan pegangannya beliau.

Mari kita selongkar apa yang difahamkan melalui getaran seperti yang dia rasakan.

Bolehkah  Tuhan yang dirasakan seperti aura "getaran positif dan negatif' itu menjadikan apa yang belum wujud?

Bolihkah " getaran positif dan negatif' itu berupaya menentukan " apa.yang berada dihadapannya? walaupun untuk seminit?

Bolihkan ,"getaran positif dan negatif," itu   melentur kemahuan manusia mengikut kehendak individu?

Kalau dia.merasakan bahawa Tuhan itu wujud hanya dalam kehendak "getaran positif dan negative', KENAPA diri beliau tidak berupaya menahan diri nya dari dimamah usia? dan tidak kekal muda selama?

Atau adakah Tuhan yang difahami Siti itu matang mengikut usia beliau. Atau adakah Tuhan.yang difahami beliau itu beredar mengikut usia. Atau adakah  Tuhan yang dirasakan "getaran positif dan negatif" itu tertakluk kepada peredaran masa, dari bayi hingga usia tua dan ada kalanya fikiran bertukar menjadi budak budak?

Atau adakah Tuhan.itu. mempunyai 2 sifat berlawanan ? Antara baik dan buruk? Seperti yang beliau fahami?

Tidak kah beliau sedar bahawa dua sifat itu hanya dimiliki oleh manusia? Atau dia ingin mengaku bahawa manusia itu Tuhan?

Tidakkah dia tahu bahawa setiap manusia itu dihadirkan dengan dua makhluk Tuhan iaitu ' syaitan" dan " malaikat' oleh Tuhan?
yang menjuruskan manusia untuk membuat pilihan samada baik mahupun buruk.

Dan disini lah seseorang manusia itu perlu membuat pertimbangan melalui akal fikiranya. Dan bukannya "gelombang atau tenaga " seperti yang disangka kan.

Jika ditakdirkan beliau terlantar koma adahkah tuhan tenaga atau Tuhan gelombang yang didakwa nya juga turut koma? atau hilang arah.

Apa yang menjadi penghalang kepada "keterbukaan  kepada hati " dan apa yang
terjadi dan dialami beliau hanyalah "Keegoan diri".

Kehidupan ini  sepatutnya tidak terbatas atau bergantung kepada common sense semata malahan perkara diluar jangkaam fikiran manusia juga tidak bersalahan.

Berbalik kepada peristiwa Israk Mikraj. Adakah perjalanan itu masuk akal jika diletakkan diatas fikiran manusia? Mustahil bukan?

Tetapi Tuhan mahu kita mengimani firman firman itu.
Tetapi sekiranya peristiwa itu tidak dapat dihadam olih otak dan fikiran Siti Kassim maka adakah dia menerima Islam seadanya atau adakah agama yang dianutinya hanya sekadar pelengkap diri  agar tidak dipinggirkan dan dipandang serong oleh masyarakat dan keluarga nya??

                 Cahaya Al Majid






Tuesday 21 March 2017

THE PROMISED LAND: MIMPI NGERI FELDA ADUNAN NAJIB DAN ISA SAMAD

Bismillahirrahmanirrahim.

Tembolok yang tidak pernah mengenal erti puas.

Menggunakan keringat yang membasahi setiap inci bumi tanpa sempadan waktu samaada siang mahupun malam.

Setiap warga Felda berusaha dengan penuh harapan agar kehidupan dimasa depan menjadi baik serta kelangsungan  masa depan keluarga terjamin melalui hasil yang dituai berserta tanah yang diusahakan yang berpuluh tahun diusahakan tetapi pada akhirnya dijebak oleh pemimpin UMNO yang rakus.

Felda telah menghasilkan pendapatan buat negara dan dibuktikan  telah berjaya ditransform seluruh warga nya tetapi kerana kelicikan pemimpin kerajaan dalam mengintai dana yang terkumpul maka berbagai helah dibuat untuk menyapu nya.

Bersandarkan kepada hasil buah sawit serta tanah milik peneroka maka skim "menjerat" melalui penubuhan syarikat FGV dikenalkan.

Melalui angka angka yang menyeronokan serta janji manis Pemimpin UMNO dan Kerajaan Najib dengan menjanjikan pulangan yang lumayan dengan ungkapan bakal bakal jutawan kepada warga peneroka maka penyenaraian saham FGV dilakukan.

Syarikat yang disenaraikan kini telah merudum nilai sahamnya dan akibatnya peneroka dibebani dengan hutang yang tidak pernah mereka impikan  menjadi igauan ngeri pula.

Bebanan hutang bank serta hutang hutang lain berkaitan tanah ladang mula membelit tengkuk setiap peneroka. Tetapi yang anehnya pemimpin yang dipertanggungjawab dan mula melepas tangan.

Janji janji perumahan untuk generasi kedua pun melalui prasa kelewatan dan ada juga terbengkalai, dan keadaan ini mula menjerut warga peneroka.

Salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah serta pelaburan yang tidak menguntungkan mula menular dalam Konglomerat terbesar ini. Hutang mula membelenggu setiap inci pertubuhan peladang  ini.

Kini ketakutan dan keresahan setiap jiwa di Felda mula dirasai. Segala janji janji manis yang dilafazkan mula menjadi tuntutan tetapi kerana dana Felda dan FGV  yang pernah dimiliki telah lupus atau terseleweng maka Pertubuhan itu terpaksa menjual harta dan saham yang dimiliki bagi menampung  kerugian yang telah menggunung.

Kerugian susut nilai saham  serta ketirisan yang ditanggung kini bernilai RM1.2 billion serta hutang Rm7 billion dari dana rakyat di KWSP juga mungkin belum dilunaskan.

Itulah keajaiban dan kehebatan serta kepandaian Kerajaan Najib serta kecerdikan Cikgu Isa Samad yang menerajui FELDA dan FGV dulu.

Salah laku, penyelewengan dan rasuah berpisah tiada diera Kerajaan UMNO dan Najib.

Masihkah rakyat mahu dipimpin oleh watak dan kerajaan yang dipanggil KELEPETROKASI????

                 Cahaya Al Majid






Monday 20 March 2017

THE PROMISED LAND :SIAPA SABOTAJ EKONOMI SEBENARNYA..PEMBANGKANG ATAU NAJIB??

Bismillahirrahmanirrahim.

"KEBODOHAN BERPANJANGAN"

Hari ini Najib membidas  secara berlapik namun bidasan itu sebenarnya ditujukan kepada pembangkang kerana asyik mencungkil segala salah laku dan salah takbir Kerajaan pimpinan Najib.

Dengan mengandaikan bahawa sekira serangan itu bertali arus dan tanpa batasan Najib merasakan bahawa pasti akan ada impak terhadap kepimpinan beliau dan juga kerajaannya, dan itu menakutkan beliau.

Najib hanya berani menuding jari terhadap pembangkang namun pada hakikatnya segala salah laku dan terbaliknya ekonomi negara ini semuanya berpunca dari idea Najib sendiri.

Siapa yang mencatur dan membuat pelaburan? Ada kah pembangkang yang membuat keputusan tentang pelaburan? Tidak bukan. Adakah dengan mempertikai keputusan Kerajaan tentang salah takbir itu akan menyebabkan ekonomi negara kita tergugat?

Nampaknya Najib  tidak berani untuk menerima realiti bahawa apa yang dia rancang dan di implement kebanyakkanya "hancus' dan merugikan negara , tetapi disebabkan sifat 'ego'nya tinggi melangit, itu yang mengundang bala.

Hanya kerana tiada kawalan rapi terhadap penubuhan 1MDB serta kegagalan watak watak yang dilantik dalam pengurusan 1MDB yang bersifat "Yes Boss," atau hanya menurut kata, maka hutang 1MDB melebihi RM50 billion tercatat didalam akaunnya.

Melalui rantaian kegagalan 1MDB  ini telah menyebabkan beberapa harta miliknya yang dibeli terpaksa dijual pada kadar harga kerugian dan ini telah mengheret segala struktur yang dibina runtuh satu persatu.

Satu persatu kumpulan kewangan terjebak dengan "arahan" sehingga kan Tabung Haji juga terjebak sekali. Dana KWSP KWAP dan beberapa lagi dana milik rakyat terpaksa diguna bagi tujuan menyelamatkan "pensabotaj ekonomi' ini.

Hanya kerana kegagalan berantai ini telah memyebabkan ekonomi negara ini menjadi huru-hara. Kerana kegagalan menyakinkan rakyat tentang "kemana pergi nya dana pinjaman puluhan billion itu" menyebabkan Dr Mahathir mula menghambat.

Kini seluruh rakyat mahupun Pembangkang mahukan penjelasan yang tepat dari Najib namun sehingga kini semua jawapan yang diberi semua nya bersifat samar,-samar.

Dari keseluruhan senario yang dicipta ini, siapakah yang "mensabotaj ekonomi" sebenarnya?

Adakah pembangkang atau Najib ??

               Cahaya Al Majid






Sunday 19 March 2017

THE PROMISED LAND: ELOKLAH ROSMAH JADI CALON PRU 14.

Bismillahirrahmanirrahim.

TIADA ROTAN AKAR PUN BOLIH

Salam dan maaf kerana dah seminggu tak update blog . Saya di Kota Singapura untuk event niaga di Singapore Expo Hall hingga 19 March .

Berhubung dengan topik yang diutarakan serta  terlihat keterujanya beliau dalam hal hal yang bersangkutan dengan kuasa pentabiran dan Politik, maka sewajarnya UMNO atau Najib, mempertimbangkan agar Rosmah dapat diberi peluang untuk bertanding disalah satu Kerusi Parlimen pada PRU kali ini.

Walaupun Rosmah tidak didepan namun Rizal Mansor aka Pembantu Peribadinya bertindak bagi pihak beliau. Mana mungkin seorang Pembantu berani mengulas melainkan disuruh oleh tuannya. Itulah Rizal Mansor.

Nampaknya Rosmah terlalu beriya iya dalam mempertahankan apa yang disandang iaitu jawatan Penaung bagi PERMATA.

Kerana kedudukan itu beliau tersangkut dan dikait dengan beberapa isu dari berbelanja mewah hingga lah keisu anaknya Riza Aziz yang kaya raya tanpa seorang tahu dari mana punca kewangannya .

Mungkin kekayaaan bernilai ratusan juta USD milik Rosmah dari hasil tabungan sedari kecil itu mungkin meletakkan keluarga Rosmah sebagai sebuah keluarga bertaraf jutawan sebelum berkahwin dengan Najib .

Dan Mungkin juga kejayaan milik Rosmah dan bekas suaminya itu dulu telah mewariskan kekayaan itu kepada Riza Aziz.

Dan mungkin kerana kekayaaan miliknya itu lah yang menyebabkan 'tiada keperluan" bagi Rosmah untuk merembat" duit PERMATA.


Mungkin kerana kepintaran dan kepandaian Rosmah  yang berlatar dan berpendidikan tinggi mengalahkan Najib, membuat Rizal Mansor Pembantu peribadinya sanggup membanding Rosmah dengan Lim Guan Eng, begitulah tingginya pandangan pentaksub UMNO dan pengikut tegar dedak Najib terhadap kedudukan Rosmah ketika ini.

Dan mengaitkan dua entiti yang berlainan taraf ini, seorang yang dipilih rakyat dan seorang lagi kerana istilah " isteri" kepada Perdana Menteri , maka amatlah dungu dan rendahnya pemikiran sipembantu ini a,namun itu lah yang termampu untuk difikirkan oleh Rizal bagi mengangkat " lady boss" nya.

Walau apapun menyiapkan satu kerusi Parlimen buat Rosmah adalah keperluan, mana lah tahu , ajal maut ketentuan Allah SWT, kalau ditakdirkan Najib umur pendek , secara otomatik Rosmah BOLIH mengganti kan tempat Najib , sekurang kurangnya tidaklah UMNO dipimpin oleh orang yang kurang cerdik.

               Cahaya Al Majid




Tuesday 14 March 2017

THE PROMISED LAND: RUU JADI DAN PAS : NAJIB WAJIB DIROTAN 100 KALI

Bismillahirrahmanirrahim.

"WARTA KAN MENCURI DAN RASUAH JUGA    MESTI  DISEBAT 100 KALI.
   UMNO BERANI KE???

Tak habis dengan dengan cerita negara Islam dan hukum hudud acuan sendiri ,kini ajenda RUU pula cuba diperjuangkan oleh PAS atau Hj Hadi serta gerombolannya.

Keyakinan segelintir puak yang totok dengan PAS sangat beriya iya dengan apa yang di bawa olih Hj Hadi. Tetapi sejauh mana iltizam dan kesungguhan Hj Hadi dan PAS terhadap apa yang diperjuangkan hanya masa.bakal menentukan.

Singkap balik kes SRC International' yang menyalurkan RM40 juta keakaun Najib , tanpa pengetahuan Najib konon ceritanya, tetapi adakah Hj Hadi berani untuk menjatuhkan hukum terhadap Najib keatas kes tersebut.

Membelanjakan wang yang bukan milik sendiri adakah itu halal sifat nya?
Kalau dinegara kafir seperti yang berlaku di Australia dimana seorang wanita telah menggunakan wang yang tersalah credit keakaunnya namun apabila duit itu dibelanjakan, maka itu adalah satu kesalahan . Dan wanita itu dihukum mengikut kanun jenayah.

Tetapi kenapa tindakan dan tuduhan jenayah tidak di pertimbangan terhadap Najib?

Kalau ikut agama atau hukum Islam yang dicanang oleh Hj Hadi dan PAS, sepatutnya nya Hj Hadi berkeras untuk Najib dikenakan sebatan 100.kali.

TETAPI adakah Hj Hadi.berani bersuara untuk menegakkan hukum Allah SWT,?
Atau Hj Hadi hanya berani kalau undang undang itu dikenakan terhadap rakyat marhean Islam saja.

Bukan ke Hj Hadi suka kafir mengkafir ? Bukan ke penipu itu kerja orang kafir dan kalau ikut fahaman Hj Hadi tidakkah Najib termasuk dalam kategori tersebut???

                  Cahaya Al Majid




Monday 13 March 2017

THE PROMISED LAND: DUIT RAKYAT JUGAK YANG KENA SAILANG!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

" SIFIR 2 X 5"
  PETER SANDOKH JUGA
  YANG UNTUNG
"RAKYAT TETAP LOPONG"

Padat terang dan jelas apa yang dibentang oleh Rafizi Pandan tentang pembiayaian yang dibuat melalui dana rakyat untuk projek hotel dan projek LICC di Langkawi untuk Peter Sandokh.

Najib membenarkan Rm385 juta diguna mendapat hak 60% dalam pegangan untuk kedua projek tersebut namun bagi Peter Sandokh iaitu sahabat baik Najib pula beliau hanya membayar Rm 25 juta saja untuk 40% pegangan dalam projek projek itu.

Siapa pandai sapa terkena?

Nampak nya apa yang diutarakan oleh Rafizi Pandan amat baik dan tepat serta bertepatan dengan kehendak rakyat yang mahukan ketelusan dalam menggunakannya dana milik rakyat.

Mana otak Najib mahupun Pemandunya Idris Jala mahupun Perbendaharaan  dalam menimbang dan mengurus takbir Perakaunan dalam menentukan kebijaksanaan pelaburan .

Atau mereka ini sekadar menghabiskan duit rakyat??

Apa yang dibentangkan oleh Rafizi Pandan merupakan fakta dan sekali gus meletakkan pihak Kerajaaan terkedu dan tidak terjawap dengan dapatan dan yang diselidik oleh Rafizi.

Keborosan Najib dan kebodohan pentadbiran Kerajaan BN telah membuatkan hidup rakyat tertekan dan terkesan dengan segala kenaikan kos dan pengimbangan ekonomi untuk rakyat amat tidak setara dan menjuruskan rakyat kearah kemiskinan berpanjangan.

Menukar kerajaan pada PRU 14 bukan lagi perkara harus tetapi sebaliknya menjadi" WAJIB' adalah kewajipan bagi setiap rakyat'.

              Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND: UMNO KANTOIKAN ANNUAR MUSA???

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO KANTOI UMNO
RAKYAT YANG MENANG
ALHAMDULLILAH

Dua menteri Najib menafikan omongan Annuar Musa yang mengaku bahawa beliau telah kena frame .

Ismail Sabri dan Nazri Aziz  kedua dua Menteri Kanan Najib menolak apa yang disiarrayakan oleh Annuar yang mengaku bahawa isu UEC adalah punca beliau kena kantoi rasuah oleh SPRM dan bukan salah guna kuasa dalam tajaan Red  Worrior.

Itulah standard Nya Ketua Penerangan UMNO pilihan Najib yang pada sekali imbas terlihat akan ketidakfahaman atau sebulu sesama mereka.

Samaada tidak mahu melihatnya Annuar Musa terlebih menyerlah didalam UMNO atau telah  dilihat terlebih sudu dari kuah , membuatkan  pemimpin UMNO kini takut pada bayang-bayang sendiri dan tidak yakin pada kekuatan sendiri.

Samaada meletakkan Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO adalah satu back fire kepada NAJIB aka Presiden UMNO Atau sekadar pelengkap kepada pengumpulan kaki kaki bodek tahap "mega,"  hanya Najib dan Ku Nan saja yang bolih memtakrif.

Tetapi akhir akhir ini terlihat satu sindrom membanding sesama sendiri telah mula menular dalam kelompok mereka.

Seperti mana Nazri Aziz membandingkan diri beliau adalah terlebih berani dari Rahman Dahlan juga sebenarnya merupakan satu.signal kepada Najib.

Tetapi samaada Najib faham atau pun tidak, itu bukan lagi ukuran. Apa yang pasti signal kepada akar umbi adalah jelas.

Orang Najib pun dah mula merasakan bahang panas dari doa doa rakyat yang teraniaya, cuma ini baru permulaan .

Jangan sentap!!!
Banyak lagi pasti terburai.

Mereka sendiri yang memburaikan..

            Cahaya Al Majid



Saturday 11 March 2017

THE PROMISED LAND : RAKYAT ADA MASA DEPAN KE ???

Bismillahirrahmanirrahim.

KALAU MASIH BERTUANKAN
  KERAJAAN KLEPTROKASI

Terkedu dan tersenyum apabila Annuar Musa mengulas mengenai tajuk diatas.

Hanya kerana takut terhadap Dr Mahathir yang dilihat telah berjaya menyakinkan rakyat marhean bahawa negara ini diperintah oleh penyangak dan penipu dari kawanan serigala berjenama Barisan Nasional yang menyusahkan hidup rakyat', membuat kan Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO mengimbau kenangan lalu yang dia rasa  dia  " terpaksa" dan bukan ikhlas dalam mengangkat bekas Presiden nya iaitu Dr Mahathir sebagai Ketua yang berjaya dan berkaliber.

Nampak nya hanya kerana Najib telah mengangkat beliau setelah kehilangan segala maruah sebagai Ahli Parlimen dan telah disideline oleh UMNO sendiri, namun apabila jawatan besar dalam UMNO disandang atas strategi Najib , isu rasuah," pula membaluti dirinya.
Ingat kan dah serik tapi rupa rupanya..dah sebati dan jadi amalan..Macam-mana nak pisahkan!!!!

Macamana kita nak mempertaruhkan lagi masa depan negara kepada Kerajaaan pimpinan Kelepetrokasi ini. Dari atas sampai bawah...Semua rasuah..

Tak cukup dengan itu... Cukai GST, subsidi ditarik, harga barang meningkat , kos hidup meningkat, kehidupan rakyat bertambah susah, dan bermacam macam hal yang tidak terungkai dan di sorok oleh pemerintah.

Dari dana Tabung haji hinggalah ke Felda dan tidak ketinggalan dana KWSP dan KWAP, semuanya terusik dan dibelanja sesuka hati .
Pulangan jangan cakaplah..Sedikit memanjang.

Apa lagi harta negara atau Melayu yang tidak terusik.  Yang terjual dah tak terkira dan  yang dalam ura ura nak jual itupun tak kira lagi. Tak cukup juga lagi nak menyamun.

Silap silap duit zakat pun ditagihnya juga.

Tiada apa keperluan lagi bagi memertahankan Kerajaan Najib dan kerajaan Kelepetrokasi ini.  Semua nya menyusahkan hidup rakyat'.

Apa yang mereka luahkan kini semuanya pembohongan belaka. Tak da siapa nak mempercayainya lagi.

Tunggulah...Tun Mahathit dah membuktikan beliau berjaya mengangkat negara ini

Tapi..

Najib hanya berjaya mengangkat negara ini ketahap menyusahkan hidup rakyat' setiap hari dan dinobat sebagai Kerajaan Kelepetrokasi oleh dunia.

Jadi. ??? Mana satu pilihan rakyat ???

               Cahaya Al Majid


Friday 10 March 2017

THE PROMISED LAND : KENAPA FELDA MEROYAN??

Bismillahirrahmanirrahim.

"HARTA KARUN DAH DISAPU
MASIH MAHU JADI KHADAM?'"

Kenapa pengurusan FELDA meroyan macam beruk kehilangan anak apabila Pakatan Harapan mahu mengadakan konvensyen berhubung Felda?

Adakah Felda hanya untuk WARGA Felda sahaja  adakah semua warga Felda dinegara ini hanya berkiblat kan kepada Kerajaan saja atau di Felda hanya UMNO dan BN saja yang bolih bersuara untuk mewakili mereka.

Atau Pengurusan Felda sememang takut kalau ada banyak lagi kepincangan dalam Felda bakal ditelanjangkan oleh Pakatan Harapan.?

Felda harus ingat, mereka  masih lagi berhutang berbillion ringgit dengan KWSP. Itu wang rakyat. Dan rakyat mahu tahu apa pulangan yang didapati dari peminjaman dana itu kepada FELDA.
Dan Wang simpanan Rakyat dalam KWSP itu sepatutnya memberikan pulangan yamg baik kepada pendepositnya .

Ini tidak pulangan atau  pinjaman dari KWSP , samaada telah dilunaskan atau sebaliknya , pun tidak diketahui. Elok lah diadakan konvensyen itu , paling tidak rakyat tahu berapa jumlah yang dipinjam dan berapa yang telah terseleweng.

Sebenarnya warga Felda patut sama menyertai konvensyen ini. Kini kos sara hidup di Felda pun bukan baik sangat malahan harga barang pun mungkin lebih mahal berbanding bandar. Barangan basah jangan cakap lah..Gerenti mahal...

Kalau di pekan harga ikan kembung mencecah Rm18.00 kemungkinan di Felda terlebih mahal lagilah. Mungkin yang murah di Felda itu cuma 'daun pucuk ubi",  tetapi " kangkung" tetap berharga dan mahal.

Sedar lah peneroka telah dibebankan dengan bermacam macam hutang semenjak adanya FGV dan kini ramai peneroka yang terbeban.

Adakah warga Felda masih mahu dipergunakan oleh Pemimpin UMNO dan BN ??

Tidak serikkah anda bilamana  mereka ini menyapu dan mengaut semua harta yang dikumpul oleh orang Felda?

Atau anda masih sanggup lagi menjadi hamba abdi kepada pemimpin  ini,???

 Nak tanya gak...Berapa banyak RTC telah dibina dalam gugusan Felda,? Katanya Felda ada 56 orang ahli Parlimen yang mewakili FELDA dan ada yang berstatus Menteri tetapi kenapa orang dah " pencen" jugak dipilih untuk mengetuai FELDA?


                  Cahaya Al Majid




THE PROMISED LAND: BERSATU DALAM ISU KATA NAJIB!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa sebenar nya yang Najib inginkan?

Kata Najib "Bersatu diantara Kerajaan dan Pembangkang  dalam mengatasi isu Korea Utara yang sedang dihadapi."

Sebenar nya apa yang hendak Najib sarankan atau apa yang Najib inginkan ?

Atau adakah pihak Pembangkang pernah dijemput dalam perbincangan dipihak tertinggi dalam isu keselamatan?Atau yang sedang berlaku kini?

Diparlimen pun tidak kedengaran isu ini diperbahaskan dan tiada satupun kenyataan tegas dari Parlimen Malaysia atau olih Speaker Dewan dalam mengutuk tindakan Korea Utara dalam isu penahanan warga kedutaan Malaysia.

Apa sebenarnya yang Najib ingin sampaikan?

Sebenarnya seluruh rakyat sedang berdoa dan memerhati serta menilai caramana Najib dan Kabinetnya cuba menyelesaikan isu ini.

Tindakan gopoh dan kurang bijak dalam memberi jawapan serta alasan munasabah beberapa pihak  samada di Kem. Kesihatan, Polis serta Kem Dalam Negeri tempoh hari telah memburukkan lagi keadaan .

Kekalutan Pemimpin didalam mengolah pergolakan isu ini juga sangat mengecewakan.

Kita sebagai rakyat semestinya mahukan semua rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara  dalam keadaan selamat.

Namun jangan kerana sikap ego dan bongkak pemimpin kita ini akan menyebabkan nyawa rakyat kita disana pula terancam pula.

               Cahaya Al Majid







Thursday 9 March 2017

THE PROMISED LAND: BANGSA JOHOR: HARAP PAGAR PAGAR MAKAN PADI.

Bismillahirrahmanirrahim.

"BUAH TERLARANG JUGA
  YANG SEDAP DIMAKAN'

Dentam dentum sana sini kata Bangsa Johor adalah negeri bangsa pemula kepada kebangkitan dan kesedaran tentang melawan penjajah iaitu British. Maka dengan kesedaran itulah maka tertubuhlah UMNO di Johor.

Berpaksikan kepada menjunjung agama Islam , bangsa serta Raja  telah membuatkan orang Melayu menaruh kepercayaan terhadap perjuangan mereka ini.

Tetapi itu dahulu, tetapi kini semua itu hanyalah kenang kenangan . Ataupun kenangan mengusik jiwa.
Kan orang Melayu ni bersifat sentimental.

Bangsa Johor di kata merupakan tonggak atau benteng terakhir Melayu UMNO dalam pentadbiran Kerajaan Johor. Waima apa saja yang terjadi maruah mahu pun suruhan agama tetap dipegang teguh dan tetap dipertahankan.

Sebenarnya itu hanyalah kata kata dari lidah yang tidak berulang. Apapun BOLIH ubah dari sumpah jawatan mahupun sumpah depan Sultan.

Rasuah serta penyelewengan terhadap hak bumiputera diubah sewenang wenang nya. Hak bumiputera mahupun hak Melayu dijadikan urusan jual beli olih pemimpin yang berdarah UMNO ini. Dan hak mutlak Bumiputera atau Melayu ini pula diserah kepada yang bukan Melayu.

Inilah wajah dan perilaku Pemimpin yang mengaku Bangsa Johor yang berakar umbi dari UMNO ini.

Demi kekayaan dan harta dunia, walaupun telah bersumpah atas nama Allah SWT bagi memegang  jawatan serta sumpah taat setia kepada Sultan untuk berlaku adil kepada rakyat dan Bangsa Johor, namun, harta dunia menafikan  sumpah sumpah tersebut.

Kalau sumpah pun mereka  ingkar , hak bangsa pun mereka jual ,apa lagi yang boleh dipercayai???

Bolehkah dipercayai  bahawa Bangsa Johor tidak akan menikam bangsa nya lagi,?

                  Cahaya Al Majid







Wednesday 8 March 2017

THE PROMISED LAND : HUKUM JE PEMBUNUH TU..TAK PAYAH CARI SIAPA DALANG ATAU SEBAB MACAM KES..

Bismillahirrahmanirrahim.

TAK USAH PENING PENING NAK TAHU SIAPA DALANG NYA..KES ALTANTUYA KAN BOLIH DIJADIKAN RUJUKAN.

Kes pembunuhan yang didakwa abang kepada Presiden Korea Utara mati dibunuh dinegara ini telah membawa berbagai implikasi Diplomatik dua hala.

Samada kepada negara mahupun terhadap keluarga kaki tangan kedutaan Malaysia yang masih berada di Pyongyang, Korea Utarakan yang dikini dijadikan tebusan kerana mempertahankan hak rakyatnya dan ini dilihat semakin merumitkan.

Kerajaan mahupun Polis dilihat bertungkus lumus untuk mencari dalang kepada pembunuhan tersebut.

Apa faedahnya mencari siapa dalang atau motif pembunuhan tersebut memadailah dengan tertangkapnya dua orang yang telah dibuktikan kesalahan kerana menyerkup dan  menyapu bahan toksik kemuka simati.

Siapa dalang dan apa motif tidak penting kerana sebelum ini pun kes Altantuya pun tidak dicari dalang mahupun alasan kenapa dia dibunuh . Atas alasan apa dua orang Polis membunuh nya pun tidak diketahui kebenaran nya.

Olih itu anggap je lah kes ini selesai dan pulangkan mayat simati itu kepada kedutaan negara nya. Kepada tertuduh yang didakwa menyebabkan kematian adili saja mengikut kanun yang tersedia. Habis cerita.
Tak usah panjang panjang, tak untung pun.

                   Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND ; DITUDUH ..DENGAN BUKTI YANG ...MENAFI HANYA AIR LIUR SAJA

Bismillahirrahmanirrahim.

" MARHEAN TERBUKTI SALAH MASUK JEL'
                              TETAPI
PEMIMPIN HANYA PERLU NAFI SAJA

Yang mencuri akan dibuktikan melalui bukti barangan yang didakwa dimiliki oleh tertuduh namun  bagi hak tertuduh pula dia  perlu membuktikan bahawa sesuatu barang kes itu adalah haknya dan bukan harta curi.

Pembuktian dikedua-dua pihak inilah yang bakal menentukan siapa dipihak yang benar dan siapa bersalah. Inilah prosedur yang terpakai didunia

Tetapi hari ini riuh satu dewan persidangan di Parlimen apabila dana RM2.6 billion yang didakwa oleh Najib sebagai derma dipertikai lagi.

Walau pun AG telah menghalalkan namun pembuktian secara telus adalah perlu. Kalau setakat menafi secara lisan tanpa bukti nyata, semua dakwaan itu pasti menjadi pertikaian selamananya samaada olih pemimpin mahupun rakyat.

Seperti juga pendedahan olih media luar negara tentang money trail Yang dibuktikan kebenarannya melalui beberapa transaksi serta salinan dokumen bank . Dan ini sekali gus membuktikan bahawa dana itu bukan dari Raja Arab tetapi dari punca 1MDB.

Tetapi apa yang berlaku tiada satu pun pembuktian yang menunjukkan bahawa dana yang Najib terima itu datangnya dari Raja Arab ? Serta tiada pembuktian langsung bahawa pemulangan itu juga kepada Raja tersebut.

Oleh itu apa yang berlaku hanyalah penafian air liur saja tanpa pembuktian sahih.

Begitu juga terhadap tuduhan Dr Mahathir tentang projek Forest City yang dikata bukan berstatus free hold .

TETAPI apabila dibuktian oleh Dr Mahathir secara bergambar tentang kebenaran "pegangan bebas' atau ' free hold" , bukan penafian yang dilakukan tetapi dia pula dituduh nyanyuk dan diungkit pula kes pelaburan yang dikata sama dengan yang berlaku sebelum ini.

Inilah masalahnya, kerajaan Najib tidak berani untuk berdepan dengan realiti tetapi sanggup hidup dalam fantasi yang Najib sendiri mengolah jalan ceritanya.

Kebenaran apa yang ingin dicanang olih Najib dan kuncunya ni,???

                Cahaya Al Majid

Tuesday 7 March 2017

THE PROMISED LAND: SENGAJA CARI BALA.

Bismillahirrahmanirrahim.

                      KERANA
" MANUSIA  HILANG PERTIMBANGAN,"


Kehilangan pesawat MH370 , pesawat MH17 ditembak jatuh, Lahad Datu diserang militan , banjir besar, kemeruduman ekonomi, kejatuhan nilai matawang , dan yang terkini ," pembunuhannya terancang' abang tiri Pemerintahan Korea Utara serta bermacam macam lagi bala dan dugaan yang tertimpa, adakah kita pernah merenungkanya????

Atau adakah kita mahu memikirkanya? Ataupum sekadar mahu menyalahkan orang lain???

Dari kecil sehingga dewasa , dari mukaddam  sehingga ke Al Quran  semua para ilmuan agama samaada Ulama Ustaz mahupun  Mufti Mufti, semuanya mengaku dan mengatakan bahawa apa yang terjadi dibumi mahupun terhadap manusia yang menghuni alam ini , semuanya adalah diatas ketentuan dan kehendak Allah SWT jua, Tuhan Yang Maha Esa.

Hidup, mati, ajal, maut dan pertemuan semuanya ditentukan Allah SWT

Dan ALLAH SWT berfirman bahawa segala kebaikan datangnya  dari Allah SWT dan segala keburukan itu adalah dari tangan tangan manusia itu sendiri.

Perlu ditanya pada diri sendiri, apakah malapetaka yang kita lalui itu adalah kerana kesalahan kita ?
Ataupun adakah Allah SWT yang merancanakanya untuk kita fikirkan?

Kerana sifatnya manusia itu semangnya lalai,ego dan mementingkan diri sendiri serta kufur dengan nikmat Allah SWT , maka, Allah SWT mendatangkan bala.  Dan bala yang diturunkan.itu sebenarnya untuk menimbulkan rasa takut dan bersalah agar mereka bertaubat dan kembali kejalan yang diredai Nya. Tetapi berapa ramai yang mahu memikirkanya.

Namun kerana kuasa dan kenikmatan dunia yang dikecapi tanpa sempadan serta tiada kekesalan diatas perbuatan mungkar penguasa penguasa ,maka Allah SWT turunkan  bala seperti  mana ALLAH SWT turunkan bala keatas pengikut Noh dan begitu juga terhadap kaum Luth.

Telah bermacam macam peringatan Allah SWT turunkan , namun , adakah manusia itu benar benar mahu mengambil peringatan',??

Atas sebab apa malapetaka atau bala Allah SWT itu dibebani kepada rakyat, penguasa ataupun pemimpin pemimpin dan juga terhadap negara ini?

           Jawapanya ditangan anda.

              Cahaya Al Majid







THE PROMISED LAND : BRIM: PENERIMA DIBUAT MACAM PEMINTA SEDEKAH!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

" DUIT BOLIH AMBIL TETAPI JANGAN
  BIAR DI TARIK HIDUNG"
             AYAT MUDAH
      "JANGAN JADI KERBAU"

Sumber dana BRIM adalah dari cukai GST yang di ambil dari perbelanjaan rakyat. Lebih kurang RM40 billion telah dikutip sepanjang 2016 dan kutipan pada 2017 dijangka bertambah.

Walaupun kantung kerajaan melalui cukai GST akan penuh dan bertambah pada 2017 , namun penambahan rakyat yang terpaksa hidup dibawah paras kemiskinan yang berpendapatan dibawah Rm3000 juga pasti akan bertambah .

Setakat ini lebih kurang 7 juta rakyat negara bergantung dengan pemberian BRIM Rm1200  sebagai tambahan untuk menyara kehidupan yang serba serbi mahal.

Kos sara hidup berkeluarga semakin meningkat di tambah pula dengan peningkatan kos barangan semakin menjadi jadi dan yang terbaru adalah kenaikkan harga gula.

Walaupun kenailkan hanya 0.10 sen  , tetapi pada hakikatnya harga gula berada pada Rm2.95 sen sekilo. Tetapi menteri KPDNKK kata satu keluarga hanya perlu 1 kg gula saja sebulan. Tidak kah tolol dan bertapa bengap nya Menteri UMNO ini??

Mungkin Menteri ini mahu rakyat Malaysia yang berada dibawah paras kemiskinan atau rakyat marhean hanya minum teh O kosong mahupun kopi O kosong  setiap hari  dan tidak perlu ada kemanisan  langsung dalam apa jua hidangan . Patutlah muka rakyat tak manis lagi macam dulu.

Itulah agak nya yang dimaksudkan Menteri UMNO ini , cukup sekilo sebulan buat satu keluarga .

Kerajaan Najib aka UMNO ataupun BN jangan berlebih lebih sangat dalam menyalurkan duit tersebut. Itu duit rakyat atau duit mereka semua dan bukan duit keuntungan 1MDB mahupun duit pelaburan dari Arab Saudi ataupun China untuk dijuarai oleh UMNO mahupun BN.

Hai kerajaan Najib dan UMNO ,jangan jadi kan rakyat atau penerima BRIM INI sebagai peminta sedekah yang tak bermaruah . Dipaksa pula  dengar semua bala cerita bohong tu. Lepas tu suruh beratur panjang tidakkah ini menyusahkan orang orang tua tua samada lelaki mahupun perempuan.

Inilah yang dinamakan kan "zalim'.

Jadi janganlah ada pemimpin politik yang nak cakap besar , duit yang diberi adalah duit rakyat sendiri dan bukan duit kerajaan BN.

So tak usah gebang lebih okay.

                   Cahaya Al Majid

Monday 6 March 2017

THE PROMISED LAND : APA KELAS BEB!!?

Bismillahirrahmanirrahim.

"ORANG.TUA.NYANYUK'
KATA NAZRI
KENAPA TAKUT .
 KENAPA SELINDUNG BELAKANG TABIR

Dua tiga hari ni meluap kehangatan dan melonjak suhu batang tubuh Nazri , semua gara gara keceluparan mulut nya sendiri.

Terlampau hendak menjolok sarang tabuan, hambik kau....

Manusia yang dikata 'baling gelas pun tak pecah dan manusia yang dituduh nyanyuk oleh Nazri Aziz ini,memuntahkan peluru. Walaupun peluru itu tidak membunuh Nazri tetapi "maruah dan integriti," (kalau adalah!!!!) telah dilanyak selumat lumatnya oleh bekas Presiden nya. Siap dilumur najis di mukanya sekali.

Nak kata malu , tak mungkin Nazri berasa malu kan , sebab di memang muka tak tahu malu pun.

Tak.cukup.dengan itu Nazri juga di label ' sebagai "pondan Padang Rengas' oleh bekas Menteri UMNO gak kerana tidak berani untuk menyahut cabaran Dr Mahathir untuk bertanding di Langkawi . Hahaha.

"Pondan Padang Rengas" hanya berani berlawan di padang sendiri saja , sindir bekas Menteri UMNO itu.

Walau apapun Lim.Kit Siang telah membuktikan bahawa dia adalah jantan sebenar apabila berani bertanding depan depan dengan Menteri Besar Johor ketika itu di Gelang Patah.

Walau pun Gelang Patah bukan kubu atau tempat lahir Lim Kit Siang , namun Ghani Othman kecundang . Itu baru jantan.

Hai.Nazri, tak usahlah beri apa apa pun alasan , sememang nya semua orang tahu dah siapa awak tu.

Kalau setakat berani untuk  "berkokok" di tempat sendiri ,bukan jagoan lah nama. Yang paling tepat adalah " pengecut".

Cakap je berdegar-degar tetapi habuk pun tak dapat.

Sebenar apa ada kelas bagi  Dr Mahathir bertarung dengan Nazri

Atau pun berani ke  Najib untuk bertanding di Langkawi bagi menyahut cabaran " orang tua tu ?????

                Cahaya Al Majid





Sunday 5 March 2017

THE PROMISED LAND : LAPORAN MANA YANG LEBIH BERINTEGRITI DAN DIPERCAYAI???

Bismillahirrahmanirrahim.

Bermacam macam laporan berita boleh dihadam oleh rakyat samaada melalui apa yang berada di hujung jari, melalui akhbar biasa ataupun melalui media elektronik bukanlah sesuatu' yang sukar.

Kini berbagai rangkaian pemberitaan boleh diakses oleh sesiapa saja dengan teknologi kini.

Benar, sahih bohong atau berita sengaja diadakan tidak lagi boleh diselindung seperti dahulu, semua nya pasti terpapar atau boleh dilayari. Pasti ada yang akan mencuit atau memaparkan.

Kini setiap tindakan sesebuah negara tidak terlepas dari analisa dunia luar. Sama ada yang baik mahupun sebaliknya, semua nya pasti menjadi bualan dan perhatian. Dari issue kemanusiaan hingga lah politik, semuanya tidak terlepas dari perhatian.

Tetapi yang paling diikuti rapat oleh dunia adalah mengenai tingkah laku serta salah laku ketua sesebuah Kerajaan , terutama yang memerintah. Begitu lah lazimnya.

Dari salah laku pemerintahan Iraq , Libya, Afganistan tidak terkecuali juga Korea Utara sehinggalah kenegara kecil kita ini Malaysia, semua nya menjadi perhatian dunia.

Tetapi adakah kita hanya menelan berita itu bulat bulat tanpa menilai kesahihanya??

Kita olah dalam negara.

Walaupun salah laku serta salah tadbir seperti yang didakwa dan  berlaku keatas 1MDB, seperti yang di paparkan oleh beberapa agensi berita luar serta berlakunya pendakawaan dibeberapa negara, adakah kita mahu mengatakan itu berita palsu dan tidak sohih?

Begitu juga dengan pemaparan berita isteri Perdana Menteri bershopping puluhan juta berserta beg tangan paling mahal, adakah itu juga berita yang diadakan adakan? Sehingga kan , resit pembelian serta slip kad kredit juga di paparkan, adakah itu juga palsu?

Tetapi adakah berita dalam negara menafikan? Tidak bukan. Tetapi pemberita dalam negara mahupun media elektronik, mengolah penceritaan dan menghalalkan kan perlakuan.

Olih itu apa yang mahu disorokkan lagi apabila berita luar terlebih dahulu membocorkanya.

Pemberitaan yang dibuat pemerintah hanyalah untuk menyedapkan hati saja tetapi pada hakikatnya keadaan adalah sebaliknya.

                Cahaya Al Majid










THE PROMISED LAND : KETAKUTAN NAJIB SEMAKIN NYATA.

Bismillahirrahmanirrahim.

"KEM NAJIB DAH TAK TENTU HALA"

Pada bait bait terakhir Kerajaan Najib aka UMNO ini, semakin terserlah dan semakin nyata ketakutan nya.

Ketakutan terhadap keterampilan Dr Mahathir aka Penasihat PPBM serta kelantangan Shafei Afdal aka Presiden Parti Warisan Sabah dalam membalun Najib kerana pembohongan yang dilakukan terhadap rakyat dinegara ini telah membuatkan sesiapa saja di Pejabat Perdana Menteri gundah gulana.

Samaada Menteri nya mahupun Setiausaha Najib , Tengku Sharifuddin dan tidak ketinggalan juga Rizal Mansor yang dahulu nya merupakan Pegawai Peribadi Rosmah yang kini berjawatan Penolong Pengarah Khas di Pejabat Najib, masih tidak ketinggalan dalam mempertahankan " gelembong" Najib.

Perasan ke tidak. Mereka ini hanya akan bersuara apabila sesuatu itu diutarakan oleh Dr Mahathir mahupun bekas Pemimpin UMNO.

Ternyata Isu Azmin ke, Kit Siang ke ataupun Guan Eng tidak sama rythmnya dan amat jarang sekali mereka ini menemplak dan.berhujah bersungguh sungguh dalam menepis.

Semenjak penubuhan PPBM serta Warisan di Sabah nampaknya kegelisahan pada diri Najib dan UMNO amat ketara, sehinggakan apa saja yang diterjah olih Dr Mahathir, secepat itu juga lah mereka melompat.

Tetapi apa yang pasti isu yang di balun Dr Mahathir tentang 2.6 billion yang masuk keakaun Najib tidak berjaya di patahkan malahan ianya berlarutan sampai hari ini. Bukan saja di Malaysia tetapi seantero dunia menganggap Kerajaan Najib adalah Kelepetrokasi. Dan dibuktikan melalui beberapa dakwaan dibeberapa mahkamah.

Begitu juga isu tentang Forest Hill diJohor, NAJIB Kata tanah untuk projek itu adalah pegangan ,leasehold, tetapi Dr Mahathir buktikan Najib menipu. Siap amik gambar lagi sebagai bukti.  Kantoi lagi Najib. Tapi geng Najib tetap  nak tegakkan benang basah.

Alih alih cakap pula Dr Mahathir dan nyanyuk. Kegilaan apa kem Najib ni,?

Tak pasal pasal terbongkar kes rasuah rumah unit bumiputra dijual kepada non bumi. Meletop lagi..Apa pun geng Najib tak berani bersuara..Senyap sunyi.

Apa yang kita nampak Najib dan gengnya dah haru biru atau kacau bilau. Tak tahu mana satu nak sanggah. Sanggah satu timbul satu. Macam macam hal.

Rahman Dahalan pun tengah senak perut. Kes perumahan yang dia masuk campur pun dah Meletop. Hari hari kena balun kiri kanan , begitu juga dengan Annuar Musa. Ada saja malapetaka mendatang.

Terbaru Nazri Aziz sergahan Dr Mahathir untuk bertanding di Padang Rengas, dijawap Dr Mahathir, kalau nak even bertanding lah di Langkawi. Tak terjawap pulak olih Nazri. HahahHa.

Nampak nya kem Najib dah serabut dan serabai, tak tahu lagi mana satu nak tuju. Ada saja hal hal yang mencemar imej dari geng geng nya. Apa nak jadi ni???

Tu tak masuk lagi kes Felda.

Hahaha malapetaka yang dah semakin dekat. Kita tengoklah sejauh mana permainannya .

Dengan PRU yang dikata telah menghampirinya , saya tidak yakin ianya akan berlaku pada tahun ini kerana memanjang kan usia adalah harapan bagi mereka.
Saya jangkakan tahun depan.

                    Cahaya Al Majid










Saturday 4 March 2017

THE PROMISED LAND : GAGAL JUAL 3000 UNIT . SIAPA KULI BATAK LEPAS NI..???.

Bismillahirrahmanirrahim.

"SIAPA BAKAL JADI KULI BATAK,,"

' KITA HANYA BERSIMPATI JE'


Kelompok ini berjaya kaut labanya.Ini baru lot Bumiputera ..  Berjuta disakau Beb!!! Siap beli ' Bentley".. tu..
Kaya... kaya... kaya....Cekap.. cekap..Cekap.
Tetapi unit untuk Bumiputera pun bangsa asing yang dapat. Atas ihsan siapa,?  Lu fikir lah.

Nampak nya merhean Melayu Johor hanya mampu beli rumah mampu milik Kerajaan saja.

Walaupun ada rumah untuk kuota Melayu namun kebanyakan nya tidak berjaya dijual .Mana melayu nak cekau duit untuk beli hartanah semahal tu.

Akibatnya ada hamlau hamlau yang untung dan buat duit.

Nampak nya rumah mewah dan mahal yang dibina dan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri ini sebenar nya bukan untuk Melayu atau bumiputera Johor tetapi sebenarnya untuk bangsa lain.

Kegagalan pemaju menjual 3000 unit rumah mewah dan mahal untuk Bumiputera adalah bukti nya. Tetapi siapa yang untung?

Sedarlah!!! Bagi pemimpin Melayu ni, Melayu hanya layak duduk di rumah flat je.

Bukan ke UMNO tu pejuang Melayu. Pejuang hak MELAYU.
Apa dah jadi Melayu UMNO Johor.
Dah tetelan dedak kot?
Kata UMNO lahir kat Johor.
Apa dah jadi???
Melayu UMNO dan kuburkan Melayu kot,!!

Eloklah Forest Hill tu..Bertambahlah lagi penduduk Johor by 700 k China Yang bakal jadi rakyat Johor. Sekurang kurangnya Melayu akan jadi minoriti dibumi sendiri.
Tabik tabik Melayu Johor.

Lepas.ni bolehlah niaga nasi lemak kepada rakyat China kat Johor tu dan China ni bolih jadi bangsa Johor lak lepas ni.

Hidup Johor!!!!
Hidup UMNO!!!
KALAU KHALID NORDIN TAK SEDAR LAGI
TAK TAHU LA...

             .Cahaya Al Majid





THE PROMISED LAND : NAJIB SUKA RAKYAT MAMAI!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

"BUMINYA MENANGIS ISI KENA SAKAU    RAKYATNYA BUTA HATI PEMIMPIN NYA  CELIK TETAPI BUTA PERUT

 SETELAH 60 TAHUN UMNO DAN BN
MEMERINTAH BARU SEKARANG SEDAR NAK BUAT HI-WAY.
ATAU PILIHAN RAYA DAH DEKAT??
BARU NAK BELI HATI!!!!

Sifat suka membanding antara pencapaian terdahulu dan kini dijadikan senjata buat Najib dalam cubaannya untuk melonjakkan diri dan namanya dihati rakyat .

Mungkin diSabah dan Sarawak mereka ini akan termakan dengan "muntahan' ini. Tetapi buat rakyat Semenanjung, rasa nya 'tak jalan" kot?

Sebenarnya kemajuan sesebuah negeri itu adalah diatas pemikiran dan perancangan seseorang Ketua Menteri atau Menteri Besarnya.

Kalau sesebuah Kerajaaan negeri itu tegas dan ikhlas dalam membuat perubahan dan pembangunan demi negeri nya, rasanya Kerajaan Pusat pun terpaksa akur. Tambahan lagi kalau berada didalam kem yang sama.

Sudah berpuluh tahun. Sabah dan Sarawak berada dalam Barisan Nasional dan ada Pemimpin negeri diantaranya berjawatan Menteri Kabinet, tetapi kenapa tidak didesak Kerajaan Pusat untuk memenuhi permintaan negeri,? Apa yang menjadi kekangan??

Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi terutama  minyak gas dan kayu balak.  Tetapi kenapa masih terkebelakang. Begitu juga dengan Sabah. Duit ada kuasa pun ada apa masalahnya,?

Kenapa tidak di rodok saja Kerajaan Pusat untuk dapatkan dana bagi pembangunan?
Kenapa terlalu takut,? Bukan kah itu hasil duit dari perut bumi negeri samaada Sabah mahupun Sarawak?

Cakap berdegar-degar, Sarawak dan Sabah katanya adalah fix deposit BN tak kira lah samaada dizaman Dr Mahathir ataupun Najib, tetapi apa yang Ketua Menteri dan Menteri dari negeri ini buat? Tak kan lopong saja atau hanya pentingkan kuasa agar tak terlepas.

Rupa rupanya, mereka ini kumpul harta dan balun hasil bumi negeri untuk kekayaan sendiri. Apabila pembangunan asas tak ada atau tidak sempurna seperti sekolah mahupun jalan raya, menuding jari  kearah Kerajaan Pusat dihalakan.

Itulah yang jad kini Dr Mahathir di salahkan, apa punya bingai???

Jangan menyalahkan orang lain kerana kebodohan dan kesombongan pemimpin sendiri dan diri sendiri.

Cuba tengok apa yang berlaku , pemimpin samaada di peringkat negeri mahupun diKabinet, rata rata semua nya kaya raya setaraf jutawan malahan ada yang bertaraf "billionaire" .

INILAH rupa dan wajah pemimpin yang tuan puan pilih dan semuanya hanya mementingkan kesenangan diri sendiri berbanding kesejahteraan rakyat.

Satu ketika dahulu sibuk satu Sarawak kata Ketua Menteri nya pada masa itu Taib Mahmud hidup macam raja atau kaya giler. Cuba tanya diri sendiri mana datangnya kekayaaan melangit itu kalau sekadar berjawatan Ketua Menteri.

Dr Mahathir yang berjawatan Perdana Menteri masa itupun tak sekaya beliau.
Jadi jangan cari alasan kerana kebodohan sendiri.

Membiar kan rakyat dibawah sentiasa bodoh macam katak bawah tempurung olih pemimpin sendiri ,sebenarnya, adalah kebaikan buat mereka untuk  terus berkuasa.

Olih itu jangan terpedaya dengan alasan bahawa Dr Mahathir tidak mahu membantu atau membangunkan Sabah dan Sarawak tetapi salahkan pemimpin atau Ketua Menteri sendiri kerana ' kegagalanya mindanya" dalam membangunkan negeri sendiri kerana "  cash is king' , bak kata Najib.

# Adakah rakyat Sabah dan Sarawak sedar bahawa harga daging di Brunei adalah lebih murah berbanding harga di Miri.
Miri RM60 sekilo samaada daging tempatan mahupun daging kotak tetapi di Brunei hanya 15BD saja.

"Jadi tolong berhenti jadi orang bodoh"

                Cahaya Al Majid





Friday 3 March 2017

THE PROMISED LAND : TAK PERNAH TANYA. APA PANDANGAN KAU ORANG??

Bismillahirrahmanirrahim.

ISU RASUAH
SALAH GUNA KUASA
PENGANIAYAAN
FITNAH
BOHONG
MAKAN HARTA ANAK YATIM
MENGHINA
SERTA YANG BERSALAHAN TERHADAP
HUKUM ALLAH DAN RASA HATI MANUSIA


Adakah penulisan saya ini membawa pandangan berbeza terhadap diri anda?

Atau

Adakah sebagai manusia kita harus memandang sesuatu keadaan itu sebagai mainan atau perlu kah kita berusaha untuk menegur sekira nya perkara itu bersalahan dengan tuntutan agama?

Atau

Kita biar kan saja perkara itu berlarutan tanpa perlu kita  berbuat apa apa?

Atau

Kita biar kan saja pihak berkuasa atau kelompok agamawan menanganinya?

                Cahaya Al Majid
   



THE PROMISED LAND: KESIAN JUGA TENGOK NAJIB.. WALAUPUN BERUCAP PENUH SEMANGAT

Bismillahirrahmanirrahim.

                  TETAPI
 SABAH DAN SARAWAK KEMPUNAN

Najib membuat pendedahan di bumi Sabah, bahawa bekas Naib Presiden UMNO iaitu kedudukan yang paling kanan dalam hareki UMNO iaitu Shafei Afdal pernah meminta jawatan KETUA Menteri daripadanya.

Walau apa pun , bak kata Zainuddin Maidin, permintaan itu bukanlah satu isu sebenar. Kerana dari segi kelayakan, beliau memang layak untuk jawatan tersebut. Jadi apa masalahnya Najib ni??

Mungkinkah ungkitam ini adalah kerana Shafei Afdal sudah tidak sekapal lagi dengan parti kepimpinan Najib? Dan Shafie juga mendakwa bahawa Najib sudah menyimpang dari tujuan asal penubuhan UMNO ditambah pula dengan terbongkar nya skandal 1MDB yang melibatkan Najib

 Jadi elok lah rasa nya keputusan Shafie untuk keluar atau berundur dari UMNO dan menubuhkan parti untuk orang  Sabah sendiri. Sekurang kurang boleh lah bersuara lantang seperti Sarawak dan tidak mengikut  telunjuk pemimpin Kuala Lumpur.

Kebanggaan Najib tentang perjanjian antara Petronas dengan Aramco Arab Saudi dijadikan topik utama selain topik Shafie.

Dalam kebanggaan Najib itu sebenar beliau lupa bahawa apa saja yang dinikmati oleh Petronas di Penggerang Johor bukan membawa menafaat pun kepada penduduk Sabah.

Adakah rakyat Sabah akan mendapat limpahan ekonomi bila projek itu berpuluh ribu kilometer jauhnya dari Sabah?

Harga minyak dan gas pun rakyat Sabah terpaksa bayar dengan harga yang mahal. Jadi apa menafaatnya kepada Sabah?

Apa yang penting bagi Sabah sebenar nya adalah keselamatan dan keselesaan kehidupan dan bukannys projek mega di Semenanjung.

Adakah ini keuntungan bagi mereka bila apa yang di bangunkan diSemenanjung seperti ECER LA, monorel lah, Komuter lah, MRTlah dah segalanya dapat dinikmati oleh mereka di Sabah??

Jadi kalau nak  mengulas dan mendabik diri pun agak agak lah perasaan orang lain yang tak merasa.

Orang Sabah sebenarnya dah mula sedar bahawa selama ini mereka telah diperbudakkan oleh pemimpin Kuala Lumpur berpuluh tahun.

Walauapapun saya tetap sokong Shafei Afdal berjuang untuk Sabah dengan Parti Sabah sendiri, sekurang kurang nampaklah jati diri bangsa itu sendiri.

"Sekurang kurangnya tidak akan menjadi seperti melukut ditepi gantang.".

                  Cahaya Al Majid





THE PROMISED LAND : BAPA ADA KUASA ANAK SAPU KELILING!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

ADAKAH INI SALAH AJARAN

PENCURI TETAP PENCURI
               TETAPI
LAYAK KAH PENCURI JADI
            KHALIFAH

Bapa borek anak rintik tak boleh dijadikan alasan untuk membenarkan perlakuan yang kotor ini.

Bapa sebagai ketua keluarga sepatutnya menjadi contoh terbaik untuk anak anak yang sepatutnya dijadikan tauladan.

Tetapi apa yang terjadi kini amatlah menjijikan tetapi yang sedih nya kebanyakkan kes yang di bongkar adalah dari orang Melayu yang beragama Islam.

Mengaut laba dari kedudukan dan jawatan demi kekayaan untuk dijadikan darah daging buat keluarga tidak lagi dianggap haram malahan semakin digalakkan oleh seluruh isi keluarga.

Kesenangan, kekayaan serta hidup dengan bergaya adalah matlamat.
Kereta mahal, rumah bungalow, jam berjenama, beg berjenama , serta pakaian berjenama adalah keutamaan mereka.

Cara mana untuk mendapatkan hasil mudah  begini bukan lagi halangan atau pun kekangan, jawatan yang disandang mahupun yang dipegang dijadikan alat untuk mencuri kekayaan .

Hal ini juga terpapar sr bagaimana seorang anak tiri Perdana Menteri yang hidup dalam segala kemewahan ratusan juta dollar yang kalau diukur amat mustahil untuk dia mempunyai kekayaan sebanyak itu.

Kes ini juga berlarutan kepada kaki tangan kerajaan yang berjawatan besar. Melalui penangkapan beberapa individu yang berjawatan kanan dalam Kerajaan . Yang paling sedih nya anak beranak saling lengkap melengkapi sesama mereka dalam menyonglap duit rakyat.

Begitu juga dengan kes terbaru di Johor, kes yang sama juga berlaku. Ayah berkuasa anak sapu bawah.  Dan terbaru, diMelaka juga didakwa berlaku juga hanya tunggu nak Meletop saja.

Allahhuakbbar.

Nampaknya tiada satu kuasa pun bolih menundukan gila kaya ini. Tiada garis sempadan antara anak dan bapa. Janji bolih kaya , halal atau haram bukan ukuran.

Kalau kepala dah masuk lobang ekor pun pasti ikut sama, itulah ular yang sepatutnya kita kerat kepalanya sewaktu kita masih berkesempatan.

                   Cahaya Al Majid


Thursday 2 March 2017

THE PROMISED LAND : APA LAH ..PENILAIAN ARAB SAUDI TERHADAP MALAYSIA??

Bismillahirrahmanirrahim.

WARGA MALAYSIA DIKATA UMAT ISLAM
TERBAIK KETIKA HAJI MAHUPUN UMRAH
TETAPI KISWAH KAABAH ???

INI MASAALAH NYA BILA KITA YANG MENILAI DIRI SENDIRI

Rm 31 billion Arab Saudi melabur di Malaysia dan itupun merupakan projek yang akan memberi pulangan balik kepada Kerajaan Arab Saudi dan tidak lebih dari itu.

Tetapi adakah itu amat memadai dengan kedudukan Raja Arab yang mana negara nya adalah negara yang mempunyai pendapatan melebihi Usd600 billion? Dan juga di kata sebagai Penjaga 2 kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah.

Rupa nya Raja Saudi memilih Indonesia yang tidak menyertai perang terhadap Yaman untuk dihadiahkan Kiswah Kaabah kepada Masjid Iktidal di Indonesia serta sempat bersujud solat sunat dibumi tersebut?

Kenapa agaknya Raja Arab Saudi tergerak hati untuk menghadiahkan ",kiswah Mekah,,,," itu kepada Kerajaan Indonesia atau Kerajaan Joko dan berbanding Malaysia atau Kerajaan Najib??

Agak agaknya apalah penilaian Raja Saudi itu terhadap kepimpinan negara ini berbanding.negara Indonesia eek.

" TIDAK akan bergerak sebesar zarah melainkan dengan kehendak ALLAH SWT,,"

                   Cahaya Al Majid




Wednesday 1 March 2017

THE PROMISED LAND : ADA KAH INI MISI MINTAK NYAWA???

Bismillahirrahmanirrahim.

    CER...CITER SIKIT

Katanya misi ke China tempoh hari telah menghasilkan pelaburan berjumlah RM144 billion dan diwartakan tak lebih 14 perjanjian atau MOU telah berjaya ditandatangani.

Dan lawatan itu telah dikatakan lawatan perdagangan' yang paling berjaya di abad ini buat Kerajaan Najib .

Antara yang berjaya dan yang dikata sebagai pelaburan berbillion  dari China itu adalah pembelian 4 kapal tentera untuk TLDM oleh Malaysia. Dan katanya lagi kalau kapal dari China itu mencapai standard TLDM maka pembelian tambahan akan dibuat lagi, kata Hishammuddin.

Nampak nya pembelian kapal perang secara pukal tanpa melihat kemampuan sebenar bukanlah ukuran lagi.

Tak tahu nak kata macam mana, adakah pembelian beratus juta yang keluar dari poket rakyat ini dikategorikan sebagai pelaburan dari China??
Tak tahu lah, mungkin itu terminologi baru  yang dipakai oleh Kerajaan Najib.

Yang sedap nya Najib siap lapur lagi kat Li bahawa lesen bank untuk China Construction Bank telah diluluskan dan bukan itu saja lapuranya, lapuran terhadap Universiti Xiamen yang akan beroperasi pada suku pertama 2017 yang boleh menerima 5000 penuntut pun diberi tahu.

Nak tanya jugak, sejak bila Kerajaan kita ini kena buat laporan kepada China ni,,??

Yang sedih nya Najib siap minta agar pembelian minyak sawit ditambah pembeliannya kerana katanya 500000 pekebun kecil bergantung hidup dengan sawit.,( Dah macam peminta sedekah pulak sekarang ni,)

Tetapi apa yang pasti  kontrak telah di berikan kepada China. Pembinaan Projek ECRL dan Pembinaan kereta laju antara Singapura ke Kuala Lumpur juga telah diberikan.

Adakah ini pelaburan.? Pelaburan yang terpaksa dibayar oleh poket rakyat untuk 30 tahun akan datang?

Jadi nak tanya juga yang mana satu pelaburan China berjumlah RM144 billion tu???

Apa yang nampak hanyalah bakal hutang Rm144 billion yang bakal rakyat bebani.

Kepada ahli Kabinet....ce...citer.  !!

                Cahaya Al Majid



THE PROMISED LAND : MANA LEBIH AFDAL; LINGKUP PROTON ATAU LINGKUP UMNO?

Bismillahirrahmanirrahim.

"KERUGIAN APA YANG DIBAWAH BANTAL,,,"

Nampak nya Nazri Aziz dah berbulu mata dengan apa yang pernah diusahakan Dr Mahathir.

Ada gak Menteri Kabinet Najib dari Sabah berbulu dengan pencapaian Dr Mahathir itu hingga mahu meruntuhkan menara KLCC kerana takutkan legasi Mahathir dari diingati tetapi hari ini satu lagi legasi Dr Mahathir mula diperkatakan.

Bak kata Nazri Aziz Proton dan jadi gajah putih. Nak tanya jugak kat Nazri tu , kilang Proton dan tutup kedai ke atau dah tak beroperasi lagi. Atau dalam kata lain tak dapat production lagilagi ya?

Kalau nak kutuk tu agak agak la.

Nampak nya apa saja yang diilhamkan oleh Dr Mahathir dan sekira nya bermasalah, semuanya salah Dr Mahathir lah ya.

Sakit mata nampak???

Apalah standard Nya pemikiran yang bingai macam ni.

Macam nilah.. Nazri, bagi memuaskan hati semua pendukung pendukung anda dan semua pencinta Kerajaaan Najib, elok lah dihapus atau dibubar saja apa yang di usahakan Mahathir bagi meluaskan hati semua orang, supaya tiada lagi nama Mahathir dapat dikaitkan lagi.

Ada Berani???

UMNO yang ada sekarang adalah usaha Mahathir. Beliau yang menghidupkan semula setelah UMNO lama diharamkan. Sebagai tanda menolak apa.saja yang terkait dengan beliau eloklah dilenyapkan UMNO sekali,,!

Macam mana , berani ke untuk membubarkan apa yang diusahakan Dr Mahathir??

Kalau Proton dikata telah mendatangkan kerugian berbillion buat Kerajaan kerana Mahathir tidakkah UMNO juga telah mendatangkan kesusahan kepada negara dan 30 juta rakyat?

Mana.yang merugikan rakyat dan negara sebenarnya?

 Adakah Proton kerana Mahathir atau UMNO kerana Najib?

  Fikir lah..

               Cahaya Al Majid