Sunday 30 April 2017

THE PROMISED LAND : SEMANGNYA BUTA DAN TULI

Bismillahirrahmanirrahim.

BATU DAN KAYU STANDARD NYA

Manusia ni kalau dah taksub atau pun buta hati sememang merosakkan akal. Kalau setakat dia nak membodohkan ahli nya, terpulanglah tetapi jangan heret kebodohan itu terhadap orang lain.

Cakaplah apa pun , tidak akan berubah lebih lebih lagi kalau sedang memburu jawatan. Itu lah sikapnya apabila otak diletakkan kat lutut.

Masih lagi tidak mahu sedar mahupun bermusabahan diri. Baru semalam Allah SWT turunkan peringatan didepan mata, tetapi masih bongkak dan angkuh dengan kata kata. Itu lah PAS dan gerombolannya.

Hajat hati dan nafsu sememangnya tinggi tetapi perangai dan mulut sama jahat macam hatinya juga.

Lupa kah mereka, mulut Presidennya yang selalu mengkafirkan dan membiawakkan orang kain mahu diangkat sebagai Penasihat Yang Di Pertuan Agong?

Cermin lah wajah Presiden tu dulu sedangkan orang Terengganu sendiri pun menolak kepimpinan yang di dakwa sebagai ulama itu inikan nak diangkat sebagai Penasihat Agong pula.

Kalaulah orang Terengganu sememangnya mengangkat Presiden PAS sebagai ulama besar atau tersohor seperti yang didakwa, tak kan buta mata orang Terengganu menolaknya? Perintah Terengganu pun sepenggal.

Kita tak mahulah apabila Che Gu kencing berdiri manakala anak murid pulak kencing berlari. Kalau Hj Jadilah yang hendak dijadikan Penasihat Agong!!!

Nak tahu juga apa kelebihan dan kepandaian atau kehebatan Hj Hadi ni, berbanding orang lain yang disangkakan BOLIH menjadi Penasihat AGONG.

Adakah kerana perilaku nya, kata katanya atau pengaruhnya yang ditakrifkan sebagai kelayakkan??

Kalau dari segi pakaian berjubah nya yang ditakrifkan sebagai kelayakkan sebagai Penasihat Agong..Silap silap hemburkanlah kata kata kesat Hj Hadi pula jadi ikutan.

                  Cahaya Al.Majid




Friday 28 April 2017

THE PROMISED LAND: SIAPA.MENJERAT DAN SIAPA MENUBA ??

Bismillahirrahmanirrahim.

MAHATHIR TETAP UTUH
DAN TAK RUGI PUN

Berjuang demi bangsa dan agama dan berjuang demi kuasa untuk kepentingan diri serta kelompok sendiri tidak akan sama ganjaranya disisi Tuhan.

Semenjak Dr Mahathir menjadi pengkritik utama Najib dan UMNO, kerana isu USD 681 juta atau RM2.6 billion masuk keakaun peribadi Najib yang dinafikan Najib pada mulanya membuatkan Dr Mahathir hilang kepercayaan terhadap Najib.

Mengikut sejarah nya sememang Najib lah yang diharapkan Dr Mahathir untuk memertabatkan semula UMNO dan memperbetulkan kesalahan Pak Lah , namun semua itu tidak menjadi malahan apa yang rasakan Dr Mahathir, keadaaan dibawah Najib pula menjadi haru biru pula.

Bukan setakat Najib dan UMNO yang terpalit malahan seluruh kepimpinan BN serta Penjawat Awam juga terheret sama kerana kebebalan Perdana Menteri .

Kerana tindakan Dr Mahathir yang didakwa keterlaluan terhadap Najib maka seluruh jentera UMNO dan BN serta media propaganda Kerajaan digerakkan bagi mencalar imej Dr Mahathir.

Dari surat khabar sehingga kemedia elekteonik, semuanya bertumpu bersengkokol dalam cubaan untuk mencemar nama dan intergriti Dr Mahathir.

Begitu lah takutnya Najib dan UMNO dalam menghadapi isu yang di bentang Dr Mahathir.

Dalam keadaan keterdesakan ini isu 25 tahun dahulu pun dikorek juga bagi memastikan Dr Mahathir diheret . Kerana dakwaan orang yang pernah didapati bersalah iaitu Murad , yang mendakwa BNM kerugian berbillion ringgit seperti yang war war  , DENGAN harapan nama Dr Mahathir akan terpalit sama atau mahu di sangkut kan dengan elemen 'pengsubahatan', namun, kini, dibuktikan olih Anwar Ibrahim bahawa Dr Mahathir tiada tiada sangkut paut dengan skandal yang berlaku itu.

Peeergh....Adakah Najib dan UMNO mahupun gerombolan mereka dapat menelan kemaluan ini?

Sememangnya manusia yang kurang iman dan kurang keyakinan terhadap Allah SWT, akan bertindak mengikut  hawa nafsu Musuh musuh kebenaran akan mencuba sedaya upaya  untuk mencemar kemuliaan insan yang bernama Dr Mahathir , namun sekali lagi  Dr Mahathir dilindungi Allah SWT.

Ingatlah sesiapa saja yang berjuang demi menegakkan kebenaran dan melawan kebatilan, inshaallah Allah SWT tetap bersama dan dilindungi.

Cuba jangan buta hati, lihat lah tubuh yang berumur 92 tahun itu masih utuh tegap dan waras.

Cuba tanya diri kita kenapa Allah SWT berikan kesihatan yang baik jauh sekali nyanyuk seperti yang didakwanya pemimpin UMNO dan dengan kekuatan sebegitu kepada beliau walaupun beliau tidak pernah berjubah mahupun berserban.

Olih itu jangan sekali kali kita mencemuh mahupun menghina manusia ini kerana beliau merupakan insan yang mencuba untuk menyelamatkan negara ini.

Cuba tanya diri anda , siapakah diantara Ketua Negara Negara , negara Islam yang benar benar mengangkat Islam?

Kebanyakan dari mereka semuanya terlibat dengan rasuah dan pro Barat. Jauh sekali unruk membela nasib umat Islam melainkan Dr Mahathir .

Itupun rakyat Malaysia buta???

Tetapi kalau rakyat Malaysia serta umat Islam dinegara ini masih lagi mahu berkiblat kan kepada Hj Hadi dan PAS serta Najib dan UMNO, tiada siapa yang mampu merubahnya melainkan tunggu lah .

              Cahaya AL Majid




THE PROMISED LAND: REJAB MASUK SHAABAN : PUTARBELIT DAN KEJIAN JADI AMALAN

Bismillahirrahmanirrahim.

TIADA BULAN YANG HARAM
SEMUA NYA HALAL

Macam macam ada. Ingatkan bolihlah mereka mereka ini bersabar dan meluahkan kata kata baik sesama Islam tambah tambah DIBULAN yang diberkati ini .

Tetapi ungkapan yang digunakan lebih buruk dari kata kata orang bukan Islam .

Inilah anutan terbaru ahli ahli politik yang mengejar harta rampasan samaada UMNO mahupun PAS, semuanya demi kelangsungan politik, pangkat dan harta. Semuanya berpuak puak.

Menjahanamkan satu puak yang lain kerana tidak sealiran politik dijadikan landasan untuk melafazkan kata kata cercaan walaupun yang dijahanamkan itu seagama dengan mereka dan bertunjangkan kepada Kitab yang sama, namun demi kepentingan Politik aturan agama dan kemuliaan bulan bulan Allah SWT diketepikan juga.

Begitu juga dengan parti pemerintah, melalui Menteri Kewangan II, juga berbelit belit juga dalam menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat mengenai keterpaksaan melunaskan bayaran kepada sekutu nya IPIC.

Kalau sebelum ini beriya iya mengatakan ada surat sahih dari IPIC yang BOLIH menyangkal dan menafikan syarikat palsu BVI  ada menerima dana USD3.5 billion..

Bohong tetap bohong bayaran masih terpaksa dibuat kepada IPIC. Sanggup buat bayaran walaupun ada pengesahan.

Untuk jaminan yang sama juga Kerajaan atau Kem Kewangan terpaksa membuat double payment kesudahanya.

Tipu tetap tipu. Kalau dahulu Kerajaan kata hutang dan tanggungan IMDB diserap sebagai entiti dibawah Kementerian Kewangan dan segala permasalahan hanya IMDB dan Kem Kewangan saja yang akan menyelesaikan.

Tetapi.. Pembohongan tetap makan harian mereka.. demi kuasa dan pangkat.

Melalui pegawai 1MDB dan pegawai di Pejabat Perdana Menteri semestinya atas arahan Najib persetujuan untuk membuat bayaran kepada IPIC diputuskan.

Bayaran yang dikata pernah dibayar kepada AAbar atau IPIC iaitu Aarabr BVI merupakan syarikat palsu dakwa IPIC dan tuntutan melalui timbang tara di London dibuat olih IPIC.

Kini sekali lagi rakyat akan terbeban dengan hutang tambahan lagi .

Nampaknya hukum Allah SWT mahupun sunnah Rasulullah bukan saja tidak dipedulikan malahan dijadi kan mainan olih kelompok ini.

Fitnah, bohong, belit, cerca dan keji adalah dibibir mereka, wajibkah umat Islam memilih mereka lagi , sudah terbukti bahawa kelompok ini amat jahil dan mempergunakan ayat ayat Al-Quran dalam menghalalkan perbuatan mereka?

Agaknya bangsa Melayu ni hanya akan sedar diri bila malapetaka dah sampai. Selagi tak nampak..Selagi itulah mereka akan selesa.

Eloklah Melayu ni..jadi satu bangsa yang tiada pendirian kerana agama bagi mereka hanyalah ajaran tok nenek yang tidak perlu diamalkan. Memadai dengan menjadi pengikut saja.

                    Cahaya Al Majid


Thursday 27 April 2017

THE PROMISED LAND: AKHIR ZAMAN : BHG IV

Bismillahirrahmanirrahim.

APA AKAN JADI
SIAPA YANG MENGUNDANG BALA
RAKYAT ATAU PEMIMPIN???
SEMUANYA KAIT MENGAIT??

Bumi Melayu masih bergolak. Bukan kerana bermusuh dengan jiran mahupun berperang dengan komunis mahupun ada ancaman pelampau pelampau agama tetapi bumi ini bergolak  kerana rakyatnya yang tidak sealiran dengan parti pemerintah.

Rakyat dan orang Melayu yang tidak menyokong parti mereka dijadikan musuh olih Kerajaaan UMNO mahupun PAS.

Samaada Melayu UMNO mahupun PAS serta Melayu PKR dan Parti Peribumi atau PPBM dilihat amat berlainan ideologi dan pegangan maka ini akan membawa implikasi besar kepada bangsa Melayu sekira nya Perang Meletus .

Jika ditakdirkan Allah SWT bahawa peperangan diantara Amerika dan Korea Utara meletus dalam masa.terdekat ini , bangsa Melayulah yang paling terkesan.

Melayu Malaysia, Melayu Brunei dam Melayu di selatan Filipina, yang paling terkesan dan terjejas.
Melayu Singapura dan Melayu Indonesia tidak terjejas .

Indonesia dengan umat Islam yang ramai dan tanah yang luas dengan keazaman rakyatnya yang tinggi dalam pertanian membuatkan mereka selamat sementara Melayu Singapura pun bertuah juga kerana Kerajaan nya amat bertanggung jawab terhadap rakyat.

Yakinlah semua lapangan terbang dan pelabuhan samaada yang komersial mahupun milik tentera pasti sibuk dan digunakan olih sekutu Amerika dalam memerangi Korea Utara.

Suka atau tidak setiap negara di.bumi ASEAN pasti akan dibabitkan sekali.

Dengan kelemahan pemimpin sedia ada serta kurangnya daya tahan diri pemimpin negara kita pasti terjejas teruk dari segi ekonomi .

Kekurangan bahan makanan serta kelewatan tiba bahan impot terutama makanan kedalam negara pasti membelenggu kesejahteraan  rakyat.

Tetapi yang paling beruntung adalah bangsa bangsa lain dan segelintir melayu yang kaya. Mereka ini pasti keluar negara bagi menyelamatkan diri serta membawa sekali kekayaan mereka.

Yang bakal mengharungi kegetiran dan kesusahan adalah umat Melayu yang hidup dalam serba serdahana ini.

Tiada pemimpin yang akan mempertahankan rakyat lagi dan kehidupan rakyat adalah berpegang pada diri sendiri saja.

Dikala ini guru agama bukan politik serta mahaguru silat dijadikan pelindung dan menjadi tempat tumpuan masyarakat Melayu mahupun orang Islam untuk berlindung.

Permulaan yang bakal meletus ini bakal membahagikan rakyat antara Melayu dan bangsa bangsa lain. Keharmonian serta perasaan curiga mencurigai pasti menghantui setiap jiwa dibumi ini.

Rumah rumah ibadat terutama Gereja akan menjadi tempat orang ramai menagih makanan. Dan tempat inilah yang paling selamat  untuk berlindung dari kebuluran. Samaada Melayu, India mahupun Cina marhean tempat ini bakal menjadi tempat mengisi perut .

Ini kerana Gereja mempunyai dana yang besar dalam misi pendakwahan yang didanai oleh Pertubuhan-pertubuhan mereka yang berpusat diluar negara.

Masjid mesjid bakal tersiseh kerana tiada dana untuk menyempurnakan hasrat dan keinginan untuk membantu masyarakat Islam dan orang Melayu.

Kebanyakkan dana zakat atau sedekah adalah milik pusat pertubuhan Islam dinegara ini . Jumlahnya amat terhad dan kebanyakkan nya dikuasai atau dikawal olih jabatan agama mahupun Majlis. Tambahan pula simpanan tunai yang dimiliki amat sedikit berbanding umat Melayu yang ramai.

Disini lah keharuan dan kecelaruan tentang masyarakat Melayu dan Islam bakal tercetus.

Siapa dan kepada siapa mahu mengadu.

Nampak nya kecondongan untuk Amerika berperang dengan Korea Utara amat tinggi
Walauapapun berserah dan menyerah bukanlah jalan terbaik tetapi berikhtiar adalah yang sempurna.

Adakah 'SANG PENYELAMAT' BAKAL MUNCUL??

                Cahaya Al Majid








Wednesday 26 April 2017

THE PROMISED LAND: PUSING TETAP PUSING

Bismillahirrahmanirrahim.

PENIPUAN DEMI PENIPUAN

Belit belit dan membelit tidak pernah henti.

Mula mula berkokok macam ayam jantan , ibarat satu Malaysia boleh dikejutkan. Alih alih kata " tidak terlibat dalam penyelesaian" antara 1MDB dan IPIC. Itulah kokokkan Johari KFC atau Menteri Kewangan II Malaysia.

Dulu kata kes timbang tara di London akan memihak kepada negara atau 1MDB kerana ada surat pengesahan bahawa BVI adalah anak syarikat IPIC dan didakwa pernah melihat surat itu yang dibekalkan 1MDB.

Alih alih timbang tara tak diteruskan tetapi diselesai diluar penghakiman. Sorok punya sorok meletup lagi ..

1MDB terpaksa bayar IPIC USD 1.2 billion atau RM 5.3 billion.

Kalau ikutkan data yang dikeluarkan bayaran yang dibuat terdahulu iaitu sebanyak USD 3.5 billion telah dilunaskan tetapi kata IPIC dana yang dibuat bukan kepada mereka mahupun kepada anak syarikat mereka.

Peeergh...

Kalau dahulu Kerajaaan Najib telah menyerapkan 1MDB dibawah Kementetian Kewangan dan Menteri Kewangan serta beberapa kerat kaki tangan Kerajaan seperti Irwan Siregar dilantik...Dan ...Tidak disebut pun bahawa Pejabat Perdana Menteri mahupun sesiapa saja di Pejabat Perdana Menteri yang dilantik .

Hairan bin Ajaib juga..Pemutusan bahawa 1MDB terpaksa membayar IPIC diputuskan olih Pegawai di Pejabat Perdana Menteri dan 1MDB tanpa pengetahuan Menteri Kewangan II..biar betul bai....

Apa yang dilihat  dan diamati hanya Najib seorang saja yang memutuskan semua perihal tentang isu 1MDB  Pinjam dan hutang ini adalah idea beliau ..Kepada siapa dibayar untuk apa dibayar dan kepada akuan siapa perlu dibayar hanya Najib yang memutuskan.

Kalau Najib masih lagi  nak menafikan salah-laku ini, minta lah Najib bersumpah diatas nama ibunya dan Bapanya , menafikan diri beliau tidak terlibat dalam kes penipuan  1MDB ini.

               CAHAYA Al MAJID







Tuesday 25 April 2017

THE PROMISED LAND: ISLAM UIGUR DITINDAS BEIJING TETAPI ISLAM DIMALAYSIA DIBERI DANA..PERANGKAP KE NI????

Bismillahirrahmanirrahim.

ADAKAH MALAYSIA BER" AH LONG' KAN
CHINA?????

"UMNO YANG MELANTIK BEIJING
 SEBAGAI TUAN"
 SEDANGKAN UMAT ISLAM CHINA JUGA
 DI TINDAS

Negara China sememamg Komunis. Memaksa atau dipaksa adalah mainan. Musuh tetap musuh tetapi bila berkawan mesti ada ajenda. Ini yang Najib dan gerombolan UMNO  tidak memahaminya.

Kemungkinan kerana terdesak dan dipandang serong olih musuh politiknya serta keterdesakan beliau untuk melunaskan segala hutang piutang 1MDB yang membelenggu maka jalan singkat tanpa berfikir dua kali membuatkan Najib akur melutut kepada BEIJING.

Pandangan dan persepsi mereka terhadap Islam tidak pernah berubah . Memaksa atau memulas tangan umat Islam tanpa sedar atau secara bermuka muka adalah taktik terbaik untuk menjerat.

Pucuk dicita ulam mendatang itu lah yang terjadi terhadap Malaysia apabila Najib mula bergantung nyawa kepada BEIJING.

Kerana kelebihan ekonomi bagi BEIJING serta kekusutan minda Najib yang berserabut maka apa saja kamahuan Najib dilihat sebagai peluang yang datang bergolek.

Contoh sudah nyata dinegara sendiri sepertimana Ah Long lintah darat menjerat peminjam peminjam Melayu. Apa kesudahan nya, Ah Long TETAP untung walau macam mana pun. Tektik bangsa China tak pernah berubah walaupun dan jadi warga negara melainkan kalau kita diatas atau kita berkuasa.

Kalau di negara China sendiri mereka sanggup menafikan hak umat Islam rakyat nya, bolihkah kita bergantung harap kepada mereka apabila kita yang "Bertuan" mereka??

                 Cahaya Al Majid



THE PROMISED LAND: AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG WAJIB BUAT LAPORAN ANTARABANGSA.

Bismillahirrahmanirrahim.

DUA ARAB, SEORANG CINA
DAN SEORANG MELAYU
KAYA KERANA TIADA TINDAKAN
DAPAT DUIT FREE MELALUI BVI

Memandangkan Ahli Parlimen Malaysia samaada Ahli Parlimen pihak Kerajaan mahupun Ahli Parlimen Pembangkang yang semuanya diiktiraf sebagai Pemimpin Rakyat dan diiktiraf olih Parlimen Malaysia mahupun olih Raja Raja Melayu ataupun olih Institusi Yang Di Pertuan Agong  maka tidak bolihkah mereka secara pukal atau bersama sama membuat laporan Polis samaada didalam negara mahupun diluar negara berhubung penipuan syarikat BVI terhadap1MDB .

1MDB dan  Penasihat Najib telah membuat pembayaran sebanyak USD3.5 billion kepada syarikat palsu ini(BVI)

Kini 1MDB yang berhutang lebih dari RM50 billion ini  telah diambil atau diperbadankan sebagai anak syarikatnya kementerian Kewangan.

Segala hutang piutangnya terletak dibawah Kementerian Kewangan .

Memandangkan semuanya di pertanggungjawabkan kepada Kementerian Kewangan maka laporan diatas penipuan atau scam berskala mega ini perlu didedahkan atau dilaporkan kepada Badan Dunia yang membenteras Pengubahan Wang Haram ataupun kepada  Interpol.

Nampak nya Kerajaan Najib atau UMNO mahupun Kerajaan Barisan Nasional seolah olah tidak menghiraukan penipuan ini malah rundingan ditaraf pegawai saja yang berpusat di Pejabat Perdana Menteri, sanggup atau bersetuju untuk membuat bayaran sebanyak RM 5.3 billion atau USD 1.2 billion sebagai penyelesaian.

Tidakkah hutang ini bakal didukung biawakkan  kebahu rakyat untuk menanggungnya??

Sekali gus ini membuktikan bahawa 1MDB atau Kementerian Kewangan dipihak yang salah namun pembayaran yang dibuat terdahulu yang dinafikan penerimaanya iaitu IPIC walaupun bayaran telah dibuat, tak kan tiada tindakan undang undang diambil??

Sampai bila rakyat nak mendukung biawak hidup ini ??

Sedarlah selagi Najib, UMNO dan BN diberi kuasa selagi itulah rakyat dan orang Melayu akan terbeban dengan hutang yang mereka cipta.

Mereka hidup senang dan tak makan ikan kembungpun  tetapi rakyat yang terkuis kuis pagi dan petang  berpanas terik untuk membelonkan kantung GST buat Kerajaan demi untuk kekayaaan kelompok atau kroni mereka.

Kalau masih lagi sanggup menjadi kuli batak UMNO ...terpulang..

                 Cahaya Al Majid


Sunday 23 April 2017

THE PROMISED LAND : NAJIB DAH "LELONG"

Bismillahirrahmanirrahim.

TAK JUAL BAGI FREE JE!!

Nampaknya hanya jalur jalur Islam saja yang dapat digunakan lagi bagi melariskan perjuangan Najib dan UMNO.

 Hanya inilah saja lagi peluang yang ada dan yang diberi free kepada umat Melayu, mengikut fahaman Najib aka Presiden UMNO mahupun Presiden PAS Hj Hadi demi kelangsungan kuasa politik mereka.

Apa saja yang BOLIH dijadikan " barang dagangan" untuk meraih sokongan umat Melayu dan orang Islam, maka, jenama " cara Rasullullah' adalah umpan nya.

Kalau Hj Haji dan PAS dengan jenama " RUU355' nya tetapi bagi Najib " cara Rasullullah" dalam dagangan kepada umat Melayu Islam pula Najib memilih " pemecah kekabilhan" sebagai senjatanya.

Nampaknya bagi Najib segala kejayaan yang beliau dakwa telah berjaya dilakukan kepada orang Melayu dan juga kepada rakyat negara ini sudah tidak laku dan diterima lagi cerita itu .

Kerana ketinggalan ekonomi , pemimpin Melayu bawah UMNO yang diberi kuasa selama 60 tahun menyebabkan Melayu menjadi kuli batak kepada Pemimpin UMNO dari dahulu hingga kini.

Silap silap sampai melayu jadi melukut akhir nya.

Malahan semakin banyak Najib cuba mengolah kejayaaan yang didakwanya telah berlaku maka semakin tebal pula kebencian rakyat terhadap nya.

Melihatkan dari scenario itu samaada suka atau tidak , jenama Islam dan cara Rasullullah s.a.w di jadikan bahan dagangan olih Najib dan UMNO bagi meraih sokongan orang Melayu mahupun umat Islam dinegara ini yang dilihat semakin menghakis ini.

Adakah kita akan terperangkap atau terpengaruh dengan jualan bermusim ini .

Macam mana kita nak kata ini adalah iltizamnya dan pegangannya sedang kan berpuluh-puluh kes rasuah dan salah laku samaada yang telah dituduh dan sedang didakwa serta yang sedang disiasat , banyak melibatkan EXCO UMNO serta batang tubuh Presiden UMNO sendiri?

Olih itu adakah wajar bagi orang Melayu atau orang Islam membenarkan President UMNO aka Najib untuk mencalarkan kesucian agama Islam dan mencalit najis pada Junjungan umat Islam iaitu Rasullulah saw.

Satu perkara saya nak tanya Najib aka Presiden UMNO serta seluruh ahli UMNO yang mengaku Islam dan mengaku umat Muhammad saw Dan bersahadah DUA kalimat.

Pernahkah Rasullulah berpakaian ala ala Yahudi atau melawati Pusat Pemujaan Agama lain dalam mewajarkan kelangsungan kuasa Islam di bawah pemerintahan ketika Baginda SAW .

Adakah kabilah kabilah yang didakwa ingin Najib satukan ini datang nya dari kelompok yang sama? Najib kena faham bahawa tiada apa yang terbelah dalam pegangan.umat Islam dinegara ini melainkan pegangan ahli PAS saja.

Yang berlaku adalah berselisih pegangan politik dan bukan agama. Kalau.yang sekecil inipun Najib mahupun UMNO tak dapat membezakan..Patutlah.rakyat dan orang luar anggap Kerajaan yang memerintah sebagai bebal dan dungu.
Tidak tahu membezakan antara rasuah dan derma.

                 Cahaya Al Majid











Saturday 22 April 2017

THE PROMISED LAND: MANA 1MDB CEKAU RM5.3 BIILLION???

Bismillahirrahmanirrahim.

RAKYAT MALAYSIA BAKAL DEMAM KEPIALU TANGGUNG HUTANG 1MDB RM5.3BILLION

Berita ni memang akan memangsankan rakyat Malaysia kerana terpaksa lagi memikul "biawak hidup" iaitu hutang yang digali olih Najib untuk 1MDB.

"Biawak' yang bernilai RM5.3 billion atau USD1.2billion yang terpaksa dibayar kepada IPIC olih 1MDB wajib dibayar pada hujung tahun ini.

Semuanya rakyat tahu bahawa segala harta milik 1MDB dah terjual olih itu dari mana punca kewangan yang hendak dicekau bagi membayar IPIC ini.

Adakah Kerajaan akan memikulkan hutang 1MDB ini atau adakah hutang ini juga dibebankan kepada rakyat ??

Kalau ikut dari laporan "unit dari Brazen Sky" akan diguna tetapi kalau ikut laporan dahulu dana ini yang dipegang dan diletak kan disalah sebuah Bank di Singapura itu, telah pun ditutup olih Kerajaan Singapura kerana terlibat dalam skandal pengubahan wang haram.. la..Diharap Najib selaku 'punasihat' dapat buat pencerahan.

Nak tanya jugak adakah jumlah RM5.3 billion ini termasuk dalam hutang yang menggunung RM50.Billion tu??

Kita mintalah Ahli Parlimen Pekan jawap persoalan yang berbangkit ni.Jangan asyik duduk belakang bini je..Jadilah anak Jantan Pahang macam Tok Bahaman.

                 Cahaya Al Majid



Friday 21 April 2017

THE PROMISED LAND: KOS SARA HIDUP RENDAH ?...NAJIB

Bismillahirrahmanirrahim.

SIAPALAH SAMDOL YANG
TULISKAN TEXT NAJIB NI!!!

Kalau mengikut pandangan luar atau penaraf dari luar sememangla kos sara hidup kat negara ni rendah. Itu kalau dibandingkan dengan nilai matawang diaorang.

Kalau nak bandingkan dengan Singapura mahupun Brunei memang tak la. Hanya dengan BND atau SGD 50 Banyak yang dapat dibeli kat negara ni tetapi kalau kita kat Malaysia, dengan MRY50  berapa banyak barang leh kita beli.

Ikan kembung 1 kilo Rm20
Beras 10 kg.                 RM26
Empat ringgit lagi leh lah beli kicap botol kecil. Cukup ke nak makan seminggu dengan anak 3 atau 4 orang.

Adakah itu yang Najib nak gebang kat orang kampung dengan mengatakan kos sara hidup murah?

Bagi orang putih atau warga negara maju memanglah murah tetapi nak tanya gak ni..Ada ajenda lain ke Najib cakap macam ni??

Atau Najib sengaja nak kail warga China mahupun warga India atau mana mana warganegara luar  agar datang dan beli hartanah kat Malaysia agar ramai ramai pilih Malaysia sebagai tanah perkuburan mereka manakala anak anak mereka nanti BOLIH lah diberikan kerakyatan.

Hai Najib..Cukup cukup lah kalau nak membodohkan orang lain. Ahli UMNO , PAS atau orang Felda  bolihkah kau jual sebab banyak 'dedak' yang ditabur tetapi bagi rakyat yang cerdik dan ada otak dan yang tak bolih dibeli..Jangan mimpilah..Tak laku kelentong tu..

Cukup cukup la..Bukan orang Semenanjung ke yang dah jelak dengan cerita dongeng tu..Orang Sarawak dan Sabah pun dah meluat..

Sedarlah.. orang dah menyampah!!!

                  Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND: SIAPA JANTAN ???

Bismillahirrahmanirrahim.

  ADAKAH NAJIB KEBAL DARI
  UNDANG UNDANG

Sepatutnya semua rakyat tidak mengira pangkat mahupun darjat terlepas dari tindakan undang undang.

Pengkelesan sepatutnya tidak terjadi apabila undang undang mahu pun keadilan yang mahu ditegakkan.

Tetapi ini tidak berlaku dibumi ini sekiranya sesuatu jenayah berlaku terutama dari parti Kerajaan . Selalu nya yang kerap dan diheret adalah 'penentang' kerajaan.

Tapi nasib tidak menyebelahi Exco Johor kerana kesalahan yang dilakukan amat ketara di mana kesalahan itu melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera , maka, untuk menyelamatkan reputasi EXCO  UMNO itu tidak berbaloi untuk di sorokkan.

Walaupun SPRM dilihat amat galak dalam membenteras rasuah namun dari apa yang dilihat sifat berpilih masih lagi ketara.

Adam Rosly didakwa olih SPRM kerana tidak melaporkan secara benar apa yang di miliki dan dipunyai walaupun dia melaporkan segala harta miliknya dan dari mana puncanya kewangan tersebut namun SPRM tetap tidak berpuasa hati.

Adakah kerana Adam Rosly merupakan seorang Ketua Pemuda PKR dan mempunyai kekayaan yang mencurigakan pihak SPRM maka menukar Akta lain dari Pengubahan Wang Haram tidak dilekatkan ketubuhnya?

Nampaknya Adam Rosly amat jantan dalam menyenaraikan punca kewangan atau kekayaaan yang dimiliki dan punca kewangan itu pula di panjangkan kepada media sosial dan akhbar untuk tatapan umum.

Tetapi bagi Najib pula, sehingga ke hari ini dana yang masuk keakaun nya yang berjumlah RM 40 juta dari SRC International dimana Najib.bukan siapa siapa mahupun benefisiari kepada SRC International, TETAPI telah menerima dan membelanjakan wang tersebut.

Kebenaran kemasukkan wang tersebut diakui olih Najib sendiri mahupun olih AG Apandi , namun ianya ditakrifkan sebagai tidak salah. Undang undang mana yang dirujuk ni.

Rakyat hendak tahu samaada Najib telah memulangkan wang RM40 juta tersebut tetapi Rafizi pula mendakwa bahawa dana RM40 juta itu telah diagihkan kepada 17 individu mahupun kepada orang bukan peseorangan.

Jadi siapa yang menyembunyikan kekayaan. Adakah Adam Rosly atau Najib.

Najib adalah Perdana Menteri merangkap Presiden.UMNO manakala  Adam Rosly hanyalah Ketua Pemuda PKR.

Nak tanya kenapa SPRM tidak buru Najib seperti mana mereka memburu Adam. Adakah kerana Najib itu seorang berjawatan Perdana Menteri dan berada diatas undang undang?

Sedangkan Raja Raja atau Sultan pun tertakluk kepada undang-undang, tetapi kenapa tidak kepada Najib aka Presiden UMNO???

                   Cahaya Al Majid









Wednesday 19 April 2017

THE PROMISED LAND: NAJIB LUPA CERMIN DIRI

Bismillahirrahmanirrahim.

 BANTAL DAN CADAR SENDIRI PUN  BARBAU SERTA BERTOMPOK

"Ibarat ketam mengajar anaknya berjalan-jalan lurus".

Tak tahu nak kata apa tentang Najib ni. Adakah dia ni main cakap saja ke atau main baca saja text tu tanpa merujuk dahulu apa yang ditulis atau sememangnya dia ni otak "benggap'.

Sedap mulut je kata moral dan nilai murni adalah keutamaan bagi rakyat Malaysia. Najib mahu rakyat berbilang bangsa dinegara ini menonjolkan nilai moral dan nilai nilai bahasa dan bangsa.

Perghhh...Sedap mulut lembut lidah..Lembut gigi dari lidah..Jajahan

Sedar ke kita orang yang macam mana cuba menasihati rakyat  tentang moral dan nilai ni???

Hai..Najib..Cubalah tengok dan amati dalam rumah anda sendiri. Anda bertanggungjawab tentang pembangunan nilai dan moral anak anda samaada anak sendiri mahupun anak tiri anda sendiri dan cuba cermin diri anda juga.

Adakah nilai nilai murni dan moral dapat anda tegakkan dalam keluarga anda sendiri?

Pertama
Anda dituduh menyonglap dana yang diamanahkan kepada anda . Sama ada dana KWAP mahupun dana 1MDB

Kedua
Anda membelanjakan dana yang anda dikata tersalah credit keakaun ANDA tanpa anda sedari. Macammana dan dari siapa SRC dapat nombor account persendirian anda?

Seperti dakwaan Rafizi terdapat lebih dari 17 penerima dari dana tersebut. Kenapa anda tidak memulangkan dana tersebut secara tuntas . Menggunakan wang yang bukan hak kita adalah satu kesalahan dan anda dikategorikan sebagai seorang yang tidak amanah dan tidak BOLIH dipercayai.

Ketiga

Sekiranya anda seorang yang menitikberatkan tentang moral dan nilai nilai murni, kenapa anak tiri anda sanggup berbelanja ratusan juta untuk menerbitkan filem semi porno dan bergelumang dengan maksiat dan arak? Ada kah itu bermoral dan mendidik nilai nilai murni?

Tak mahu singkap banyak banyak kerana banyak lagi kalau mahu di coret kan. Olih itu untuk anda mengajar rakyat tentang nilai dan moral rasanya terlebih afdal sekiranya anda dahulukan keluarga anda sendiri berbanding orang luar.
Kalau keluarga sendiri pun gagal untuk dibentuk ..Macammana nak dijadikan tauladan buat orang lain.

Najib...Silap topik la..Lain kali cermin diri dulu

                        Cahaya Al Majid








Tuesday 18 April 2017

THE PROMISED LAND: PERDANA MENTERI YANG MEMALUKAN!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

   "TIDAKKAH ANDA JUGA MALU??'

Negara ini telah diketuai olih lima orang Perdana Menteri sebelum Najib Razak. Mereka terdiri dari Tunku Abd Rahman, Tun Abd Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.

Perdana Menteri pertama sehinggah lah keperdana Menteri kelima sebenarnya tidak banyak membawa banyak implikasi buruk terhadap negara dan juga terhadap rakyat.

Dan diantara yang paling banyak dan yang paling ketara akan jasanya kepada negara ini adalah Dr Mahathir.

Semua tahu bahawa beliau seorang yang lantang apabila menyentuh tentang perihal nasib dan masa depan negara termasuklah tentang membela nasib umat Islam yang ditindas.

22 tahun memerintah dengan berbagai liku dan onar namun martabat dan maruah negara amat dijunjung tinggi . Dan diera beliaulah UMNO berpecah dan diharamkan namun kehidupan rakyat amat selesa dan tidak tertekan.

Setelah penyerahannya kuasa kepada Tun Abdullah atau Pak Lah , berbagai mimpi buruk terhadap negara ini mula tercetus sedikit demi sedikit .

Bermula dengan "geng"  Budak Tingkat Empat mula berkuasa dan menjadi buah mulut rakyat mahupun Pemimpin UMNO lain yang diketuai olih menantu beliau Khairi Jamaluddin atau KJ, maka bermula lah episod baru dalam corak pemerintahan Pak Lah.

Namun hakikat ini dinafikan olih Pak Lah  namun kerana kegagalan Pak Lah yang dilihat terlalu terikat dengan karenah Geng Tingkat Empat sehingga kan seluruh kepimpinan UMNO menentangnya maka gerakan menurunkan Pak Lah digerakkan.

Disangka kan Muhyiddin yang dipilih tetapi Pak Lah memilih Najib Razak sebagai calon pengganti nya dengan restu serta sokong Dr Mahathir.

Namun pemilihan terhadap Najib yang dibuat dengan tidak berhati hati dan pemilihan yang tidak di rujukan kepada rakyat atau Ahli UMNO keseluruhanya  terlebih dahulu telah memakan diri mereka sendiri.

Kini Najib yang dipilih secara pukul rata olih pemimpin UMNO mahupun bekas Presiden UMNO telah menjadi duri dalam daging kepada negara dan juga orang Melayu sendiri.

Satu persatu skandal yang melibatkan diri Najib dipentaskan bukan saja dalam negara malahan diluar negara juga nama nya terukir dan ini memberi implikasi negative terhadap maruah dan  ekonomi juga terjejas sama.

Skandal  pembunuhan Altantuya dan pembelian Scorpene.
Skandal dana KWAP
Skandal 1MDB
Skandal penjualan tanah milik negara serta penjualan IPP kepada China Komunis dan beberapa lagi.

Tetapi yang malangnya bukan saja Najib di cela tetapi nama negara kita juga terheret sama . Pemerintah nya digelar sebagai KELEPETROKASI olih dunia luar.

Kalau dahulu kita hanya mendengar Presiden Marcos mahupun Presiden Suharto saja yang rasuah dan melingkupkan ekonomi negaranya tetapi kini perkara itu terjadi didepan muka rakyat negara ini.

Najib dituduh menyonglap dana milik negara melalui terbitan sukuk 1MDB serta dana KWAP. Kedua dua dana milik entiti ini dibuktikan money trail Yang dibuktikan masuk terus keakaun peribadi Najib Razak.
Walaupun dibuktikan dan akan didakwa di mahkamah luar negara seperti Amerika Swiss mahupun Singapura namun Najib memberi alasan bahawa dana itu.bukan untuk kepentingan peribadi dan dana UDD681 juta itu adalah derma dari Putera Arab.

Bukan saja skandal diri beliau didedahkan malahan skandal isteri dan anak tiri beliau juga telah meranap kan lagi imej negara ini.
Memiliki beg tangan serta jam tangan ratusan ribu serta pembelian hartanah ratusan juta Amerika dan pembikinan filem separa porno olih anak tiri Najib juga membusukkan lagi imej negara serta agama yang dianuti iaitu Islam.

Namun semua kesalahan yang dilakukan olih isteri dan anak tirinya tidak satu pun dinafikan sendiri olih Najib cuma macai macai UMNO dan mereka yang rapat dengan beliau saja yang cuba menafi kan.

Ini adalah diantara beberapa skandal yang membaluti diri Perdana Menteri keenam Malaysia.yang viral di alam.maya seluruh dunia.

Bukan nak mengata tetapi ini adalah hakikat yang perlu dihadap olih rakyat Malaysia yang bet Perdana Menteri kan Najib Razak dari UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Sehingga bila rakyat negara ini sanggup 'mendukung biawak hidup" dan menyusahkan diri , terpulanglah.

Allah SWT berfirman ' Aku tidak akan merubah nasib kamu melainkan kamu.yang sanggup merubahnya sendiri'

Rezeki itu dicari dan bukan dinanti.

Kalau sanggup berubah maka selamatlah kamu selamanya seperti mana Bani Israel membangunkan negara nya dari tiada sehingga berjaya dan berkuasa.

Semuanya terpulang kepada diri anda untuk merubah nya.
Adakah tanah tumpahnya darah anda akan jadi milik orang.

KUASA DITANGAN ANDA.

             ...Cahaya Al Majid



THE PROMISED LAND: BAHAGIAN III : AKHIR ZAMAN

Bismillahirrahmanirrahim.

,'ADAKAH KITA AKAN MENANGIS'

Israel merupakan sebuah negara yang kecil dan terpencil tetapi dikelilingi olih negara negara yang bertunjangkan Islam.

Sememangnya dari dahulu negara Israel ditubuhkan atas ehsan barat serta Amerika namun diatas rasa bersalah dan simpati atas kekejaman tenteta Nazi terhadap bangsa Yahudi  ini maka membantu serta menyalur dana permulaan digiatkan kepada bangsa ini.

Kini Israel sudah berupaya untuk berdiri diatas kaki sendiri . Kegigihan bangsa dalam mengharungi kisah kisah lampau amat memeranjatkan.

Dengan menjadikan sekutu rapat nya iaitu negara barat serta Amerika sebagai tunggak maka keganasan serta pembunuhan  terhadap musuh musuh dijadikan keutamaan.

Kalau diikutkan susur galurnya, Bangsa Yahudi dan Bangsa Arab adalah dari rumpun yang sama namun kerana keegoan diri para pemimpinnya yang telah mendapat pengiktirafan dari seluruh warga Eropah serta Amerika telah membuatkan mereka lupa diri serta angkuh.

Kini Yahudi sedang membina Third Temple nya yang dirasa kan akan dapat mengembalikan kembali roh bangsanya yang hilang kerana merasakan bahawa mereka adalah bangsa yang terpilih.

Kalau diteliti dari sejarah silam agama yang hadir  dan yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul selepas Nabi Noh adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Dan semua tahu bahawa Nabi Ibrahim a.s mempunyai dua putera iaitu  Nabi Ismail dan Nabi Ishak manakala Nabi Yaakub. adalah putera kepada Nabi Ishak.

Tetapi bangsa Yahudi meyakini bahawa keturunan Israel bermula dari Nabi Ya'akub dan bangsa Yahudi menganggap nya sedemikian dan itulah permulaan nya Bani Israel.

Sebelum lahirnya Nabi Isa a.s tiada satu pun agama yang dinamakan Kristian. Yang ada cuma lah Tuhan Tuhan kepercayaan dari Raja Herod. Hanya selepas ketiadaan Nabi Isa a.s barulah agama ini timbul itupun sempena kepercayaan mereka bahawa yang mati disalib itu adalah Anak Tuhan mereka iaitu Jesus.

Kita lupakan sejenak kisah ini.

Kini seluruhnya umat Kristian menyakinkan bahawa Tuhan mereka atau Jesus Christ bakal turun untuk menyelamatkan dunia dan saat saat penantian itu bakal hadir apabila Perang Besar tercetus.

Perang yang di kata atau yang ditakrifkan sebagai ibu segala peperangan adalah perang dunia ketiga . Tetapi siapa dan kenapa perang itu meletus dan sebabnya terjadinya perang tidak pula ditakrifkan . Cuma apa yang dibuat hanyalah ramalan atau agak agak saja.

Senjata yang hilang:-

Antara sedar atau tidak terdapat banyak manusia sedang menggunakan sihir. Dan kebanyakkan sihir atau yang dipanggil silap mata atau apa saja takrifannya , semua itu sedang menular dan diaksikan di serata dunia.

Tetapi apa yang ditonjolkan dikhalayak ramai kebanyakkannya hanyalah yang ringan ringan saja cuma terdapat beberapa orang saja yang dikata kan hampir menyerupai  ala ala "mukjizat" .

Buku sebenar telah pun ditemui dan sebahagian dari mantera mantera itu sedang diuji kaji keberkesanan terutama tentang dunia ghaib dan kelebihannya.

Memenefaatkan dua dua ilmu itu iaitu ilmu alam nyata dan ghaib amatlah berlebihan tetapi apa.yang pasti menggunakan untuk mempengaruhi manusia yang lemah keimanan pasti di cubai.

Umat Yahudi sedang mengkaji begitu juga dengan penganut Kristian. Pencapaian yang dilihat terkehadapan dalam isu ini adalah penganut Kristian berbanding Yahudi.

Yahudi lebih pentingkan hubungan bangsanya  dengan Tuhannya berbanding hal yang remeh temeh ini tetapi tidak kepada umat Kristian.

Olih sebab itu bangsa Yahudi terlebih sensitif dengan tanah air mereka. Walau seinci pun tanah yang mereka miliki cuba di rampas nescaya peluru berpandu pasti di lepaskan.

Mereka berpegang kepada janji dan perintah Tuhanya , darah dibalas darah dan sekiranya negaranya.diperangi olih sesiapa saja dan kalah ditangan mereka maka " harta rampasan" iaitu tanah milik musuh nya adalah menjadi hak milik mereka.

Itulah yang dipegang dan diimplementasikan keatas tanah Palestin atau keatas tanah sesiapa saja.

Dalam kelompok yang lain pula seperti bangsa yang berakar umbi dari bangsa Cina serta bangsa India , kedua.dua.bangsa ini tidak merujuk atau menyembah pada tuhan yang satu.

Tetapi lebih menjerumus kepada kepercayaan terhadap dewa dewa dan dewa ini dijadikan penolong untuk menuju kepada yang mereka sembah.

Dari kelompok yang lima itu, Yahudi , Nasrani atau Kristian dan Islam berputikan agama dari Nabi Ibrahim walaupun Islam mengangkat Nabi sebelumnya adalah Islam namun bagi Yahudi permulaan mereka adalah Yaakub manakala bagi Kristian Nabi Isa adalah anak Tuhan yang dijelmakan sebagai manusia sedangkan bangsa Yahudi sama-sekali menolak pegangan dan kepercayaan  itu dan Yahudi hanya berpandukan kepada kitab asal Musa a.s iaitu Taurat.

Apakah kena mengenanya dengan bangsa Melayu atau bumi nusantata ini iaitu Malaysia Indonesia , Brunei mahupun semua kepulauan yang berumbikan Melayu dan apakah kesan terhadap peperangan ini serta adakah mainan sihir itu atau terkesan pada kita  atau adakah kita akan meraikan 'Jesus ' yang turun dari ' langit" atau akan tergadai kah keimanan kita?

Nantikan....

                   BERSAMBUNG
                 CAHAYA AL MAJID







Monday 17 April 2017

THE PROMISED LAND: BAHAGIAN II ; DIAMBANG KEMUSNAHAN

Bismillahirrahmanirrahim.

"ADAKAH KITA TERJEBAK'

Dunia para anbia telah lupus kuasa. Yang tinggal hanyalah Iran saja. Namun negara ini yang di tuduh sebagai negara yang berfikiran dan berpendirian Syiah yang mana kebanyakkan amalanya dikata kan berbeza dengan negara Islam lain namun pada hakikatnya Allah SWT adalah Tuhan yang di sembah.

Arab Saudi , Jordan ,Oman mahupun Kuwait semua nya telah tunduk atau tertindik hidung nya atau telah pun berpindah kiblatkan ke negara kebarat samaada Eropah mahupun Amerika.

Perkara ini bukan baru tetapi telah berakar umbi lamanya. Pemimpin pemimpin Kerajaan ini telah lama melutut mahupun bersengkokol dengan barat dalam menghancur kan negara saudara mereka sendiri dan ada diantara nya menjadi batu api pula.

Walauapapun yang telah berlalu dan terjadi semua itu tidak dapat merubah landskap masa depan untuk di perbaiki. Semuanya ibarat nasi dah jadi bubur. Sudah terlewat untuk menyesali.

Kini apabila maruah Islam telah dicemari dan dituduh sebagai penganutnya agama pelampau, bukan saja umat Islam di timur Tengah yang terkesan malahan umat Islam serata dunia terpalit sama dengan pandangan ini.

Memang benar penganut agama Kristian yang paling ramai pengikut  lebih kurang 2.5 billion orang berbanding umat Islam yang hanya ada seramai 1.5 billion umat, tetapi umat Islam tidak memerangi mereka.

Apa yang berlaku hanyalah puak puak yang berdendam dengan kuasa besar seperti Russia, Eropah dan Amerika yang telah menghancur kan negara negara mereka seperti Iraq, Afganistan, Libya mahupun Syria.

Pengeboman dan pembunuhan secara berskala besar menyebabkan keluarga mereka terkorban bukan saja tentera malahan orang awam dan kanak-kanak turut terbunuh sama dan inilah puncanya dendam itu tidak terpadam.

Tetapi Allah SWT itu maha adil dan saksama. Sebelum ini hanya negara Islam dijadi kan sasaran kerana kelemahan serta keegoan pemimpin.tetapi kini negara yang berakarkan keturunan Cina iaitu Korea Utara di jadikan asbab untuk pengakhiran dendam umat Islam terhadap kuasa Besar.

Namun beranikah negara Barat terutamanya Amerika yang berseteru secara terangan dengan komunis Korea Utara berani bertindak sepertimana mereka memperlakukan terhadap negara Islam??

Korea Utara telah berulang kali melakukan perlanggaran roket bilastik serta pengujian bom nuklear serta mereka mengaku bahawa mereka memilikinya  senjata tersebut.

Kini Amerika di bawah Presiden Donald Trump . Apa yang difikirkanya hanyalah untuk kepentingan rakyat Amerika dan apa saja keputusan nya ,tetap AMERIKA .

Walaupun ramai jiran atau sahabat Amerika tidak sehaluan dengan pandangan Trump, apakah sekira Amerika memulakan peperangan dengan Korea Utara ini maka negara sekutu Amerika akan terlibat sama?

Para pengkaji agama Kristian mengandaikan bahawa peperangan ini tidak dapat dielakkan dan pasti tercetus . Melalui ramalan ramalan yang dikaji dari kitab lama mahupun dari ramalan Nostadamus yang mereka percayai , peperangan ini adalah tanda tanda akan munculnya 'Anak.Tuhan " yang dinanti.

Sebab utama perang ini mesti berlaku adalah kerana Jesus Christ yang mereka dakwa sebagai Tuhan mahupun Anak Tuhan akan turun bagi menyelamatkan manusia.

                  BERSAMBUNG

                CAHAYA AL MAJID









THE PROMISED LAND : ANTARA MENGKAFIR DAN DIMONYETKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

LIDAH TAK BERTULANG ADAKAH
ITU.ALASANNYA??

Menuduh dan dituduh, mana satu yang lebih berat.

Hari ini Presiden PAS Hj Jadi memaafkan keterlanjuran akbar Nanyang Siang Pau kerana telah melakarkan diri beliau serta lakaran Speaker iaitu Amin Mulia yang bertujuan menyindir dalam bentuk cartoon.

Kerana kesalahan itu, seluruh ahli Parti serta pemimpin PAS amat marah dan terkesan . Bukan saja PAS yang melenting malahan rakan rapat PAS iaitu UMNO juga melenting sekali kerana mengheret Speaker.

Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap kerterlanjuran serta kebiadapan surat khabar ini. Dan difahamkan bahawa akbar ini adalah milik sekutu BN iaitu MCA.

Dengan menonjolkan sikap seperti seorang yang bersifat pemaaf serta merasa diri seakan akan seorang yang berintegriti dan bersifat mulia namun kesalahan besar yang pernah mengkhafirkan orang lain, pernah kah beliau memohon kemaafan???

Hari ini seluruh Ahli UMNO termasuk para para pemimpin tertinggi nya, telah menerima kepimpinan PAS seadanya.

Walaupun Hj Hadi yang pernah berfatwa dengan mengkhafirkan seluruh ahli UMNO kerana tidak sefahaman dengan Hj Hadi dan PAS namun kerana ingin menggapai kuasa dalam.PRU 14 UMNO dan seluruh ahli nya sanggup menerima panggilan kafir keatas diri mereka.

Nampak nya UMNO Kafir ( bak kata Hj Hadi ) dan PAS yang mengafirkan UMNO , sudah menjadi  teman sebantal apabila dakwaan RM90 juta daripada Najib kepada PAS telah terbongkar.

Walaupun penafian telah dibuat namun menafi secara lisan tidak dapat diterima olih masyarakat .

Nampak nya keseragaman antara PAS dan UMNO telah nyata. Dan kini UMNO juga ingin menjuarai isu isu Islam seperti yang dibawa dan diusul olih PAS.

Samaada rakyat marhean dapat menerima atau tidak kedua dua parti politik ini hanya PRU 14 adalah jawapanya.

Sebagai kesimpulan, tubuh badan yang mengkafir orang lain sanggup memaafkan mereka yang  memonyetkan diri nya tetapi sanggupkah tuan yang punya badan dan parti nya yang mengkafirkan orang lain sanggup memohon maaf kerana keterlanjuran lidah lidah mereka.

                  Cahaya Al Majid






Sunday 16 April 2017

THE PROMISED LAND : AYAT MANIS PEMIMPIN MULA MENJERAT

Bismillahirrahmanirrahim.

PELANDUK LUPAKAN JERAT
CUKUP CUKUP LAH
TAK MAHU TERJERAT LAGI

Najib dah mula bersuara dan dah mula menggerakkan para suruhan nya bagi melawan musuh politiknya. Bermula dengan mengangkat Hishamuddin sebagai Menteri Tugas Tugas Khas dan kini diikuti digemparkan dengan tentera siber pula.

Dengan menghadiahkan handphone kepada askar askar siber troppernya maka dijangkkan bahawa kemeriahan alam siber pasti meledak.

Namun sejauh mana keberkesanan atau keampuhannya askar ini mengolah situasi atau dapat mematah atau mengelirukan pegangan musuh Najib terhadap isu yang membelenggu diri Najib , hanya masa bakal menentukan keberkesananya.

Tetapi apa yang berlaku ini adalah tanda tanda bahawa keberkesanan tentera siber alam maya.UMNO atau tentera elit siber Najib dahulu tidak berjaya mematahkan hujah sebenar yang masih lagi berselirat membaluti diri Najib dan juga UMNO yang gagal dicerahkan sampai.kini.

Dari pengalaman lampau apa yang dapat dilihat dari komen.komen yang diutarakan oleh tentera siber Najib mahupun UMNO kebanyakkannya tidak banyak yang menjawab persoalan tetapi selalumya akan melampiaskan kata kata cacian dan makian serta unsur copy paste.

Membatalkan hujah dengan fakta gagal dilakukan tetapi apabila terjerat dengan soalan maka caci maki dan menghina dijadikan senjata.

Persediaan bagini menandakan bahawa PRU 14 bakal menjadi satu medan perang siber yang hangat dan dijangkakan bahawa peperangan diantara tentera siber berbayar akan berhadapan dengan para siber yang berdiri atas kehendak sendiri bakal meletup.

Walauapapun  buat mereka mereka yang berjuang diatas nama menegakkan kebenaran demi membentis  kebhatilan yang telah dihalalkan oleh kelompok Pemerintah, namun kerja sukarela tanpa  tuan ini adalah lebih murni dan mulia.

Bukan bertujuan kita untuk memecahkan belahkan masyarakat atau mengelirukan fikiran rakyat  tetapi berjuang demi menyedarkan rakyat dan menyelamatkan masa depan negara ini dari terjerumus ke lembah hutang yang membebankan cucu cicit serta menghalang manusia yang berpakaian ulama dari menggunakan agama untuk kepentingan diri serta yang menyesatkan umat merupakan ajenda utama.

Suka atau tidak ini merupakan sebuah perjuangan yang wajib buat setiap jiwa yang sedang dibebani dengan bermacam macam  hutang diatas setiap bahu dan jiwa rakyat negara ini.

Cukup cukup lah dengan kata kata manis Pemimpin yang menjerat.


                  Cahaya Al Majid


Saturday 15 April 2017

THE PROMISED LAND: ADAKAH INI TANDA RAHMAT ATAU KIAMAT???

Bismillahirrahmanirrahim.

          BAHAGIAN I

Dunia sudah tidak menentu. Bukan saja manusia yang merasakan tempiasnya malahan seluruh isi alam ini terganggu kelancarannya.

Kerana kecelaruan hati hati manusia yang menghuni bumi ini samaada yang beragama Islam mahupun bukan Islam, oleh kerana ketaksuban dalam menjuarai kelompok sendiri , siapa benar dan siapa salah atau agama mana lebih berketerampilan dan benar benar mencerminkan kehendaki Tuhan menjadikan manusia berpuak puak dan bermusuhan sesama sendiri.

Persengketaan tentang siapa yang  lebih mengikut kehendak agama atau sebaliknya dijadikan ukuran dalam setiap tindakan.

Apa saja tindakan yang dilakukan terhadap diri seseorang mahupun bangsanya, alasan suruhan agama adalah alasannya.

Tidak ada satu agama pun agama didunia ini menghalalkan pembunuhan . Tetapi kerana ketaksuban serta kekeliruan dalam memahami kitab masing masing telah menjadi kan bumi ini seolah olah tempat penyembelihan.

Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk membenci atau memerangi agama lain. Malahan difirmankan juga oleh Allah SWT agar tidak mengeji  atau mengajuk Tuhan agama lain. Dan perbuatan ini sememangnya dilarang.

Tetapi pada prasa terakhir ini perkara banding membanding diantara agama semakin memuncak.

Diburukkan lagi kini terdapat kelompok kelompok ekterimis agama memainkan isu yang membakar hati penganutnya dan keadaan ini dilihat semakin hari semakin panas dan mengusarkan.

Tetapi apa yang paling ketara adalah penghinaan terhadap umat Islam. Berkurun lamanya umat Islam tidak pernah menjebakkan diri dalam apa jua konflik dengan agama lain.

Kalau satu masa dahulu kebanyakan negara negara Islam ini pernah dijajah olih bangsa Eropah namun persengketaan atau permusuhan ketika itu tidak lah membabitkan pegangan agama tetapi lebih kepada mendapat kan hasil bumi nya saja.

Umat Islam atau agama Islam bukan punca tercetus nya Perang Dunia 1 mahupun 2, tetapi dicetuskan olih bangsa Barat yang mahu mencengkam kuasa sesama mereka atau bahasa mudah nya siapa yang lebih kuat .

Cuma Perang yang di ulang ulang bagi menaikkan semangat bangsa Eropah  dalam mendendami umat Islam adalah Perang Salib. Itu pun pada kurun ke 11 yang berebutkan bumi Pelastin dimana kekalahan tentera Salib itu dijadikan semboyan atau dendam sehingga kini.

Sebenar Umat Islam selepas era Khalifah tidak lagi berperang kerana persengketaan agama. Peperangan kecil kecilan selepas itu hanyalah peperangan mempertahankan negara saja dan tidak melibatkan agama ataupun mempertaruhkan agama.

Sebelum keruntuhan Empayar Ottoman Kerajaan Pimpinan Islam amat jitu dan di segani tetapi kerana kelalaian harta dunia serta riak dan lupa diri maka empayar itu runtuh kebumi.

Hanya penyembelihan atau pembunuhan umat Islam secara terancang hanya berlaku di.Bosnia .Dan peperangan ini adalah diantara umat Islam Bosnia dan Serbia tetapi negara Islam lain tidak terjebak sama

Tetapi kini umat Islam dijadikan korban bagi memenuhi impian kuasa kuasa besar . Hanya kerana ketakutan akan sejarah lampau berulang maka memburuk kan imej Islam  dan penganutnya dijadikan ajenda utama agar umat Islam dilihat sebagai pengganas atau extremis.

Kini kerajaan yang diterajui.olih orang Islam dipandang serong serta dicurigai. Melemahkan pemimpim pemimpin Islam serta kerajaan yang memerintah dilakukan secara berkumpulan.

Lihat apa yang berlaku di Timur Tengah. Libya,.Mesir ,Sudah, Palestin, Iraq, Afganistan, Yaman dan Syria, semuanya hancur. Bukan ribuan malah jutaan rakyat terkorban. Adakah kematian ini kerana agama?? Tidak. Tetapi kerana hasil bumi dan kepentingan politik blok Eropah yang gagal dibaca olih pemimpin . Makanya rakyat dan negara dijadikan taruhan.

Tetapi yang sedih nya ada juga dikalangan Pemimpin Negara Islam yang  bersubahat dalam pembunuhan ini.. Tetapi pemimpin Islam ini tetap menafikan. Begitu lah.

Kini  ancaman akan berlakunya perang antara kuasa kuasa besar dunia sedang meniti.

Kalau sebelum ini negara Teluk dijadikan sasaran tetapi kini negara yang tidak sehaluan dengan Amerika iaitu Korea Utara pula jadi sasaran.

Walaupun kita tahu bahawa Korea Utara merupakan sebuah negara berfahaman komunis seperti juga Negara Tembok Besar iaitu China, namun, kerana kekuatannya ketubukkan tentera nya serta pemilikan misil nuklear yang diakui sendiri olih Pyongyang maka kegusaran akan meletusnya peperangan sangat membimbangkan dunia dan juga kita.

Peperangan atau percaturan yang tidak dijangkakan ini merupakan satu sejarah moden sekira meletus peperangan. Pemilikan senjata senjata moden dan terkini menjadi pertaruhan bagi kedua dua pihak.

Walaupun selama ini kekuatan sebenar Korea Utara tidak pernah dibuktikan namun melalui parade yang ditonjolkan pada hari ulang tahun 105 Pemerintahan Korea Utara semalan ternyata sekali senjata yang dipertontonkan amat mengerunkan sama ada kepada kita mahupun penentangnya.

Adakah peperangan yang berlaku ini membuktikan bahawa apa yang diramalkan oleh pengkaji pengkaji Kitab Lama.Atau Bible itu benar benar akan terjadi atau adakah mereka sengaja aturkanya demi menafikan kebenaran Al Quran ?

                     BERSAMBUNG

                     Cahaya Al Majid











Friday 14 April 2017

THE PROMISED LAND: ADA PUN TAK MENAMBAH

Bismillahirrahmanirrahim.

"BUAT LAH APAPUN
KEPUTUSAN RAKYAT MAJORITI
DAH TETAP" HANYA TUNGGU MASA
UNTUK DI LAKSANAKAN SAJA.

Kalau dah mereput buat apa pun tak meninggalkan kesan.

Catur lah, olah lah, atau apapun  tak akan memberi kesan.

Kononnya dengan mengujudkan jawatan Menteri Untuk Tugas Tugas Khas buat Hishamuddin dijangka tidak akan ada perseption lain terhadap Najib dan UMNO tetapi sebaliknya bukan pujian diterima tetapi hati hati yang kecewa dalam pertubuhan itu mula menunjukkan reaksi yang berbeza.

Bagi rakyat , kita  tidak berapa kisah dengan kejutan Najib ini, tetapi yang terkesan dan yang terkedu adalah kelompok yang mengharapkan Zahid Hamidi untuk menaiki takhta jawatan PM tanpa diganggu gugat bagi menggantikan Najib ,tetapi keadaan menjadi sebaliknya.

Bagi rakyat samada Najib atau sesiapa saja yang dipersiapkan olih Najib atau UMNO bagi menerajui parti mereka , bukan lagi keutamaan untuk rakyat ambil "pot'.

Menukar Kerajaan sedia ada merupakan keutamaan paling penting bagi menyelamatkan masa depan negara ini dari dijual.

Apa yang utama buat rakyat kini adalah bersatu hati dan berusaha bersungguh sungguh demi menyelamatkan masa depan dan kelangsungan masa depan anak cucu.

Setelah 60 tahun dibelenggu dan dibodohkan oleh parti Melayu bernama UMNO, kini, generasi baru lebih memahami dan lebih bertanggungjawab lebih lebih lagi berhubung kesinambungan kuasa politik.

Rakyat tidak lagi bergantung harap kepada UMNO semata tetapi keterbukaan pemikiran serta sanggup berubah bukan lagi mitos.

Menakut nakutkan dan cubaan menanam kebencian terhadap bangsa lain serta ancaman tentang keburukan parti pembangkang serta permainan emosi bahawa Melayu akan hilang " keistimewaan" dinegara ini tidak lagi termakan olih orang Melayu.

Kerana kezaliman dan penindasan terhadap bangsa Melayu serta terhadap rakyat dengan mengenakan berbagai bagai cukai serta dibebankan dengan berbagai kenaikan harga barangan serta dibebankan hutang yang dicipta olih Najib dan diletakkanya  dibahu rakyat untuk membayarnya membuatkan rakyat tiada pilihan melainkan  " tukar kerajaan' menjadi ajenda.

              Cahaya Al Majid






Thursday 13 April 2017

THE PROMISED LAND: RENUNGAN JUMAAT DIBULAN REJAB.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pesan ibu dan bapa kepada kita , carilah rezeki yang halal , berikanlah anak anak kamu nanti dari rezeki yang kamu cari dengan titik peluh kamu.

Jangan sekali kali kamu mencuri harta benda orang lain. Jangan tipu orang , biar kebulur namun jangan sekali kali menghalalkan apa yang haram.

Berdiri tegak lah kamu dalam menegakkan kebenaran dan jangan sekali kali kamu bersubahat dengan perkara kemungkaran. InshaAllah hidup kamu pasti tenang dan diberkati Allah SWT.

Jangan lah kamu menyakiti hati orang lain dan bersabarlah.dikala kamu ditimpa kesusahan dan jangan sekali kali kamu mendurhakai perintah dan suruhan Tuhan kamu.

Berserdahanalah didalam semua perkara. Janganlah kamu riak dan bersikap sombong apabila Allah SWT melebihkan kamu akan rezeki dan pangkat yang kamu dipakaikan.

Bersyukur lah kamu banyak banyak kepada Allah SWT  diatas segala pinjaman nikmat ini.

Tiada sesiapa pun dapat mendahului seseorang yang lain melainkan semua itu telah diatur oleh Allah SWT.

Bersikap adil lah apabila kamu diberikan amanah dalam menjaganya dan janganlah kamu bersikap berat sebelah didalam menimbang kata kata dan perbuatan.

Jangan lah kamu menjadikan diri kamu sebahagian dari alat alat  untuk manusia bagi  menegakkan kebatilan yang mereka cipta.

Beristighfar lah dan perbanyakkan lah amalan serta sebutlah nama Tuhan kamu sebanyak banyaknya.

InshaAllah Allah SWT akan memimpin kamu kejalan yang benar.

                 Cahaya Al Majid






THE PROMISED LAND : ADAKAH INI KES ANTARA DUA DARJAT?

Bismillahirrahmanirrahim.

 DAPATKAH INSTITUSI BERAJA
 MENEGAKKAN  UNDANG UNDANG    NEGARA???

Hari ini kecoh satu Malaya bahawa pegawai Khas Zuraida Kamarudin iaitu Ahli Parlimen PKR , telah ditahan serta digari oleh SPRM kerana didakwa rasuah.

Seorang anak muda yang bergelumang dengan politik dan berkiblatkan pembangkang telah mula mendapat perhatian Jamal Ikan Bakar apabila diberitakan bahawa anak muda ini iaitu Adam Rosly memiliki kekayaan yang luar dari kebiasaan.

Adam sebelum ini  merupakan seorang usahawan yang mempunyai perniagaan tetapi kerana Jamal Ikan Bakar sanggup menghabiskan wang ringgit nya sendiri dengan menyewa helikopter semata-mata mahu menujukkan keadaan sebenar bungalow milik anak muda ini, maka ,.Akta pengubahan wang haram ditakrifkan terhadap kemampuan beliau.

Wah wah wah..Hebat SPRM .

Benar kata kata Ketua Pengarah SRRM , beliau akan cuba sedaya upaya untuk membenteras kegiatan rasuah waima orang politik ataupun yang berkait dengan politik.
 
Baiklah...Satu dunia telah menuduh dan mengatakan bahawa anak tiri Najib aka Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam pengubahan wang haram di Amerika.
Dan dana yang digunakan itu didakwa didapati melalui syarikat yang ditubuh dimana bapa tirinya Najib Razak aka Perdana Menteri berkuasa penuh keatas nya.

Berbillion dollar Amerika telah berpindah tangan dari akaun 1MDB ketangan Jho Low  RIZA Aziz dan kengkawanya. Dan didalam pertuduhan DOJ Riza Aziz didakwa menggunakan ratusan juta dari dana 1MDB untuk membeli hartanah mewah bernilai ratusan juta  dolar Amerika serta menerbitkan filem-filem.spara lucah juga bernilai ratusan juta dollar Amerika.

Semua rakyat tahu bahawa Riza Aziz bukanlah jutawan mahupun mempunyai rangkaian perniagaan bertaraf dunia. Jadi..Dari mana punca hasil pendapatan beliau.
Adakah punca kewangan itu berpunca dari bapa tirinya Najib Razak aka Perdana Menteri Malaysia? atau adakah dia dari keturunan Millionaire ATAU bangsawan.

Dalam hal kedua dua entiti ini Adam Rosly dan Riza Aziz, kita tidak mahu ada dua set undang undang. Kita mahukan SPRM tegas dan telus dalam kedua dua kes ini kerana kedua duanya melibatkan " maruah' dan ' kedaulatan' undang undang yang perlu ditegakkan tanpa mengira siapakah ,'watak atau wajah''  dibelakang mereka ini.

Jangan hanya kerana Jamal Ikan Bakar yang merupakan seorangpun Ketua Bahagian UMNO dan bertindak sebagai ' hulubalang Najib" telah membuka " lukah" Adam Rosly dan SPRM terpaksa " menyelongkar" dari mana punca kekayaan Adam Rosly maka perkara yang serupa juga perlu dilakukan terhadap Riza Aziz juga.

Kita tidak mahu ada double standard didalam menegakkannya undang undang.

Sedikit sebanyak Adam Rosly  telah mencalarkan kewibawaan diri nya serta imej partinya PKR walaupun belum di bukti kan kesalahanya tetapi nama Riza Aziz lebih memburukkan.

 Nama beliau bukan saja dituduh malahan dakwaan tentang pengubahan wang haram serta pencurian dana 1MDB juga di buktikan alirannya mengaitkan diri beliau dan juga bapa tirinya iaitu Najib Razak aka Perdana Menteri Malaysia.

Olih.itu siapa lebih membusukkan maruah dah imej negara?

Adakah negara kita yang dipayungi olih Yang DiPertuan Agong tidak berasa malu dengan gelaran yang diberi dunia iaitu "KERAJAAN KLEPTROKASI'

Kita harapkan agar Yang Di Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu berdiri bersama agar Kedaulatan Undang Undang di tegakkan demi kelangsungan negara ini.

                Cahaya Al Majid


Wednesday 12 April 2017

THE PROMISED LAND ; KERANA UMNO TERLALU KERAMAT!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

       IMPLIKASI 1 MDB
SEMUANYA BERANTAIAN

Kerajaan melarang rakyat dari berhutang dengan Ah Long  kerana takutkan Ah Long akan bertindak kasar sekira nya pinjaman yang dibuat tidak berjaya dilunaskan mengikut masa.
Amat perihatin kan Kerajaan pimpinan Najib ni.

1MDB yang berhutang keliling pinggang dan menggunung sehingga mencecah RM95 billion  termasuk bunga tu macam mana pulak?

Macam mana nak settle?
Rakyat kena bayar ke atau Najib dan Kabinet nya kena bayar?

Oopssss

Oh duit pinjam tu dah guna beli IPP kan tetapi tak ke 1MDB dah jualkan Edra Energy miliknya  tu kat negara China Komunis? dengan harga RM9.8 billion.

Tetapi duit jualan tu 1MDB.buat apa eek. BAYAR HUTANG KE?
Ooh..Gali lubang tutup lubang lah ya.

Menganga la 1MDB ?

Tapi .. hutang 1MDB tak berkurang jugak..malahan bertambah. macam mana tu ya???

Walau apa pun Edra Energy sudah jadi milik China Komunis.
Sia sia saja askar Melayu mati diperbatasan kerana menentang komunis.

Bukan saja Edra Energy milik China Komunis, malahan, Kerajaan Najib benarkan pulak syarikat ini diberi konsesi selama 21 tahun untuk membekal tenaga kepada TNB...

Peeergh..
Kiri kanan sebat..

Hebat hebat hebat deal antara Najib dan China Komunis ni..

Apa Melayu UMNO nak sembang lagi.

Sembang kencang bagi kat UMNO.

Merekalah pejuang bangsa
Merekalah pembela bangsa
Merekalah penegak agama.
Mereka lah yang membebaskan negara
Mereka lah pejuang kemerdekaan dan semuanya UMNO lah..Dari dahulu hingga kini.

Samaada sedar atau tidak semua roh yang terkorban dan yang dibunuh olih Komunis sebenarnya 'menyumpah" kepada UMNO kerana membenarkan komunis masuk.kenegara ini secara "halal'.

Semuanya kerana pemimpin UMNO gilakan.duit??!

UMNO dan Najib perlukan duit tak kira walau bagaimanapun sekali caranya bagi melangsaaikan hutang yang dicipta olih 1MDB dan Presiden UMNO iaitu Najib Razak.

Walau.apapun pengorbanan nyawa oleh askar berbangsa Melayu dalam memerangi komunis dahulu tetapi usaha itu kini semuanya sia sia saja dan tak berbaloi.

Kalau dahulu askar Melayu menghambat mereka macam babi , namun , sekarang ' babi' yang askar Melayu hambat itu dijemput dan dibentang kan 'karpet merah" buat mereka secara suci hati.

Itulah kerajaan UMNO yang bertunjangkan orang Melayu dan mengaku  berjiwa melayu sedangkan nasib orang Melayu dibumi sendiri seolah olah seperti melukut dibumi sendiri.

Cuba tanya kepada Pemimpin UMNO apa lagi hak keistimewaan orang Melayu yang masih lagi tinggal buat anak anak bangsa Melayu?

Jawatan tertinggi perkhidmatan awam pun lepas kepada 'india muslim" begitu juga dengan jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan" juga terlepas kepada India Muslim. Apa lagi Melayu dapat???
Apa yang ada semuanya lepas ketangan orang.

Adakah ini balasan UMNO kepada bangsa Melayu setelah berpuluh tahun orang melayu membiawakkan diri  kepada pemimpin Melayu UMNO???

Dan kini tanpa rasa takut dan.gusar China Komunis dah mula berkampung dan mulakan penempatan secara kekal dibumi ini. Semuanya kerana UMNO dan pemimpinnya yang lupa asal usul dan sejarah.

Mungkin sedikit hari lagi mayat China.Peng.pula dapat ditanamkan dibumi ini dan didirikan pula  'tugu peringatan" buatnya.

Mana tahu,. Segalanya berkemungkinan terjadi  , janji masyuuk.

Orang Melayu kena sedar akan hakikat ini. Lagi lama Melayu berikan UMNO berkuasa lagi susah kehidupan bangsa Melayu perlu harungi di masa hadapan.

Kepada anak bangsa , sedar lah berubah lah sekarang kalau tidak merempat lah seluruh keturunan selamanya.

                 Cahaya Al Majid












THE PROMISED LAND: TANDA OTAK NAJIB DAH MONOPAUSE???

Bismillahirrahmanirrahim.

    " SIAPA YANG KENA GAME'

Kerana masaalah yang telah berselirat dan tak mungkin berjaya untuk di rungkai olih otak Najib walaupun dikelilingi oleh 9 menteri di Pejabat Perdana Menteri,dimana setiap seorang dari mereka mempunyai beban beban yang membebankan fikiran Najib , hari ini beliau memilih sepupunya sendiri iaitu Hishamuddin sebagai Menteri Dengan Tugas Tugas Khas yang diwujudkan.

Mari kita kupas kenapa dan mengapa Hishamuddin diperlukan bagi meringankan otak Najib dari belenggu berfikir.

Kemungkinan :

1. Najib sememangnya bukan seorang yang intelektual atau kaki berfikir atau pakar strategi.
2.Najib telah merasakan karier politiknya sudah di penghujung
3. Merasakan bahawa kebebasan untuk melawat negara yang ingin dilawati di khuatiri beliau akan ditangkap dan mewakil kan Hishamuddin sebagai pengganti diri beliau.
4.Menyediakan pengganti yang boleh menyelamatkan.beliau dari diadili di mahkamah sekira BN terus memerintah.
5.Mengelakkan diri dari di singkirkan dari jawatan Presiden UMNO.
6. Untuk melemahkan pengaruh Zahid Hamidi.
7. Menyediakan Hishamuddin untuk menduduki jawatan kedua tertinggi dalam UMNO bagi menolak Zahid ke bawah.
8. Menyerlahkan kepimpinan dan reputasi Hishamuddin untuk menerajui UMNO dan BN.

Tetapi yang paling ditakuti Najib adalah kerana hutang 1MDB telah mencanak keparas RM95 billion dan dikhuatiri nilai RM bakal menjunam lagi keparas RM4.80 berbanding USD1 serta ketakutan bahawa kes DOJ akan membuktikan beliau terlibat sama, maka, langkah berjaga jaga demi kelangsungan politik UMNO serta kebajikan anak.bini Najib terjaga selamanya.

Walau apapun sekali permaianan yang Najib cuba hamparkan kepada ahli ahli UMNO serta gerombolan kepimpinanya , helah yang sedang dibuat ini bakal membawa implikasi yang besar kepada parti tersebut.

Sebenarnya itulah yang diharapkan agar jerat yang dipasang akan menjerat kaki mereka sendiri

Warlord ZAHID Hamidi pasti akan tertekan dan teka silang kata pasti menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan masa kini.

Perlu diingat perancangan Najib ini dibuat setelah Dr Mahathir meramalkan bahawa Najib dan gerombolan nya akan kecundang pada PRU 14.

Apa.yang nyata tiada satu pun dakwaan Dr Mahathir terhadap Najib berani disanggah secara pembuktian sohih. Apa yang dilakukan oleh gerombolan Najib hanyalah penafian semata-mata dan berselindung dibelakang  kata kata AG Apandi.

Najib UMNO dan BN tengah tersedak.

                Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND; YANG DISINDIR ADALAH HADI DAN SPEAKER

Bismillahirrahmanirrahim.

      BILA HATI DAH HITAM

    "BILA BATU BERTEMU RUAS'

Apa kena mengena dengan agama Islam?
Yang disindir adalah Hj Hadi dan Speaker Amin Mulia.

Kenapa pulak nak diheret Islam sekali olih penyokong PAS.

Dalam.isu ini tiada sangkut paut pun tentang Islam .

Yang terkesan dihati PAS dan penyokongnya  adalah RUU355 yang dibentang olih Hj Hadi. Itu pun baru pembentangan untuk meminda hukuman. Dan hukuman pun namanya takzir itupun tidak tertulis secara nyata dalam Al Quran.

Cukup cukuplah berpolitik dengan bermodalkan agama ni.

Kalau kemaslahatan rakyat yang dalam kesempitan hidup ni pun tak mampu digodam olih PAS keatas Kerajaan yang mengaku Islam, apa faedahnya kepada rakyat.

Jual agama, hulur tong duit untuk derma, tak kemana pun. Rakyat tetap terhimpit. Apa PAS mampu buat untuk merubahnya.

Hutang bertimbun 1MDB ciptaan Najib pun tak mampu  PAS jolok , apa ke benda nak melindungi hak rakyat. Sapu adalah lagi.

Isu KELEPETROKASI Kerajaan BN dan UMNO pun tak mampu disanggah, ada hati nak heret Islam.

Janganlah jadikan Islam sebagai alasan untuk melonjakkan reputasi sendiri.
Tidak akan kemana..Jangan cemarkan Islam


Kalau kat negeri sendiri dan kawasan Parlimen sendiri pun tak mampu untuk diubah inikan pula nak ubah satu Malaysia.
Ukurlah baju pada badan sendiri.

Sedangkan kes Ayah Pin dinegeri sendiri pun tak mampu disanggah kesesatanya inikan pula nak merubah pendirian UMNO.
Dulu bersengkokol dengan DAP dan PKR demi kuasa untuk menyapu Selangor tetapi tidak pula kata DAP tu "taik," PAP.

Nak marahkan PAP pula bila dah berseteru dengan DAP dan PKR.

Sambut Lee Kwan Yew la bagai , bila Kwan Yew datang Terengganu dan balas pula lawatan tersebut dengan melawat Kuan Yee di Singapore. Tak salah pulak tak taik lah pulak.

Inilah.sikap pemimpin PAS yang bergelar Tuan Guru.ni. Dulu lain sekarang lain. Kalau dah tak sebulu semua binatang  semua kapir dan semua taik.

Tak da langsung cahaya dihati, hitam sehitam hitamnya.. Itu lah Presiden PAS.

Memang kena mainla..Nasib makhluk yang suka mengapirkan orang lain ni.

                   Cahaya Al Majid

Tuesday 11 April 2017

THE PROMISED LAND: KAFIR DAN MONYET: MANA YANG LEBIH TERKESAN?

Bismillahirrahmanirrahim.

"TUDUHAN HJ JADI MAKAN DIRI"

Islam melarang umatnya melebelkan seseorang dengan panggilan yang tidak baik.

Semulia mulia makhluk adalah mereka yang menjaga lidah dan tutur kata nya dan jangan sampai menyakiti hati dan perasaan orang lain waima terhadap orang yang tidak sealiran dan seagama dengan kamu. Dan sentiasa lah mempamerkan peribadi yang mulia mengikut tuntutan Islam.

Hj Hadi pernah mengafirkan penentang politik nya dan cercaan ini juga dituduh kepada setiap ahli Pertubuhan UMNO. Dan bermacam macam lagi perkataan "busuk" yang terpancut dari mulut nya demi meluahkan kemarahannya terhadap musuh politik nya.

Pernahkah Hj Hadi memohon maaf diatas keterlanjuran kata kata beliau? Atau sememang yang dituduh itu adalah tunggul tunggul atau batu yang tidak bernyawa dan tidak  mempunyai perasaan.

Tetapi hari ini apa.yang pernah dilempar dan dihambur olih.Hj Hadi melantun balik kemuka nya.

Hanya diatas asbab RUU355 dan persengkokolan beliau dengan pemimpin dan ahli UMNO yang pernah dikafirkan dahulu , kini, akbar milik Taikoon MCA , melalui artikelnya mengambarkan dan melakarkan  bahawa tindakan Hj Hadi adalah seperti seekor monyet.

Peeergh..Melompat semua ahli PAS dan ponyokong,!!!

Haha..Baru tahu bagaimana rasa diri dihina dan dicaci..Mengugut bagai.. Hingga hilang iman sekejap.

Begitu lah rasa pedih nya perasaan orang lain apabila kamu menuduh orang Islam lain sebagai kafir..

Baru sikit Allah SWT tunjukkan kejahilan dan kebusukan dari kata kata kamu.. Meroyan satu pertubuhan..

Lain kali beringat jangan cakap ikut sedap mulut. Fikir dahulu sebelum bercakap.

Atau adakah kamu beranggapan bahawa imej Islam itu hanya pada pakaian jubah dan berkulit serban serta bermukadimah dalam bahasa Arab maka kamu berhak untuk menghukum orang lain,??

Ingatlah Cerminan luaran tidak menentukan kamu itu seorang yang baik. Selagi mulut kamu menghamburkan kata kata kasar dan jahat selagi itulah hati kamu tidak akan pernah suci dan bersih.

Beringatlah..Allah SWT menilai kamu melalui ,'hati"kamu.
Baik hati kamu..Baiklah yang akan diucapkan
Busuk hati kamu..Maka busuk juga lah ayat ayat kamu.

Pilih lah.mana.satu..Itu hak kamu.
Saya sekadar menegur.

           Cahaya Al Majid








THE PROMISED LAND: KALAU BENAR LAH PEMIMPIN UMNO YAKIN!!

Bismillahirrahmanirrahim.

      JANGAN BERHARAP.
        SEMUANYA AUTA.

Sekarang ini sibuk sana sini atau kecoh seluruh negara tentang isu RUU355 yang dibentang secara persendirian oleh Hj Hadi.
Beriya benar kedua pihak samaada PAS mahupun UMNO dalam menjuarai topik ini.

UMNO kata mereka tidak membantah dan membenarkan isu itu dibentang tetapi bagi PAS pula mereka meraikan kejayaan pembentangan ini seolah olah RUU 355 ini seakan akan telah diluluskan dan diterima oleh seluruh Ahli Parlimen tanpa perlu pembahasan.

Sebenarnya belum ada apa apa ketentuan lagi terhadap masa depan serta peluang RUU ini untuk diluluskan di Parlimen.

 Dan apa yang dapat dilihat hanyalah peluang ataupun umpan buat PAS bagi mengaburi mata penyokongnya saja. Dan pada masa yang sama UMNO juga dapat menumpang menafaatnya dari pembentangan olih Hj Hadi ini agar rakan sekutu iaitu MCA , MIC Gerakan serta komponen-komponen diSabah dan Sarawak tidak terbeban sekali.

Baginilah...

Sekiranya Pemimpin UMNO dan PAS sememangnya meyakini bahawa hukum Allah SWT seperti yang difirmankan didalam Al Quran itu benar benar adil dan dapat memberi pengajaran kepada semua manusia samaada yang beragama Islam mahupun terhadap bukan Islam , apakata kerajaan mansuhkan saja undang undang sivil yang kita gunakan ketika ini.

Gantikan semua  dengan undang undang Islam seperti mana yang kerajaan UMNO dan pimpinan PAS Fahmi. Dan buktikan kepada bukan Islam bahawa hukum Allah SWT yang ingin dilaksanakan ini sememangnya adil dan bermenafaat kepada semua.

Kita tidak mahu ambil setengah buang setengah seperti yang terpakainya kini. Kita mahukan semua manusia yang berpijak dan dinaungi olih Kerajaan ini terikat dengan hukum atau undang undang Islam saja.

Siapa pencuri siapa melacur siapa pembohong siapa penipu tanpa mengira agama wajib diadili mengikut syariat Islam.. dan undang undang ini tidak membatasi sesiapa saja walaupun yang berdaulat mahupun yang bergelar. Semua nya sama.

Inilah saja cara untuk kita lihat sejauhmana niat dan iltizam Kerajaan UMNO dan BN  yang mengaku mengangkat Islam sebagai jalan perjuangan serta wadah dalam kehidupan dan menegakkan hukum Allah SWT dibumi.ini.

Beranikah UMNO dan PAS bergabung demi kemuliaan agama Islam seperti yang mereka laungkan??

Bagi mereka agama hanya lah barang dagangan bagi merampasnya harta perang.

                 Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND: SIAPA YANG PERLU BERTAUBAT ? HADI ATAU RAFIZI!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

SIAPA.YANG DIBUTAKAN HATINYA

Siapa diantara mereka yang benar benar membela dan merasai kesusahan rakyat.

Apa.yang pernah diperjuangkan.olih Hj Hadi?
. Mengkafirkan orang
. Membiawakkan orang
. Men ' tahi' kan orang.

Adakah kerana beliau berjubah labuh serta berkopiah dan bermukadimah dalam bahasa Arab itu menentukan beliau lebih beriman???

Adakah itu ciri-ciri orang yang mengaku beriman dan mendukung sunnah?

Apakah yang pernah di perjuangkan Rafizi?

. Menegur Kerajaan memerintah kerana menyalah guna kuasa.
.Menegur Kerajaan kerana pembohongan.
. Menegur Kerajaaan kerana pemborosan dana rakyat.
.Menegur kerajaan kerana tidak telus dalam hutang 1MDB.
. Menegur kerajaan kerana membebankan kehidupan rakyat.

Tidak berjubah tidak berserban lilit tidak bermukadimah dalam bahasa Arab. Adakah beliau tidak beriman dan terpesong dari syariat Islam???

Olih itu siapa.sebenarnya yang perlu.bertaubat.

Adakah Rafizi atau Hj Haji.

Adakah kerana Rafizi tidak berserban dan berjubah  serta tidak bermukadimah dalam bahasa Arab seperti Hj Hadi maka apa yang diperjuangkanya itu tidak menepati syariat seperti mana yang difahami olih penganut PAS?

Oleh itu siapa.sebenar benarnya yang memperjuangkan nasib rakyat. Adakah Hj Hadi dari PAS atau Rafizi dari PKR.

Jangan tipu diri anda.

Berkata benarlah walaupun kenyataan itu menyakitkan.

                  Cahaya Al Majid

Monday 10 April 2017

THE PROMISED LAND : KEPANASA KERANA DOSA MANUSIA

Bismillahirrahmanirrahim.

  INI YANG ANAK ADAM CARI??

Bertunjangkan dibumi yang mulai mereput sebagaimana mereputnya mayat manusia yang ditanamkan dibumi , didatangi oleh bermacam macam hidupan dalam tanah seperti cacing, ulat dan sebagai nya tanpa dapat dihalangi oleh mayat yang pada satu ketika itu dianya berkudrat dan bertenaga namun kuasa atau hidup seseorang itu ditentukan olih Yang Mana Berkuasa iaitu Allah SWT dan kematian itu milik Allah SWT jua.

Yang Maha Berkuasa menjanjikan bahawa segala kebaikan itu adalah dari Nya dan keburukan  itu berpunca dari tangan tangan manusia.

Hari ini dunia yang kita diami semakin panas suhunya. Panasnya cahaya suria matahari bukanlah ukuran tetapi kepanasan hati manusia sedang meluap luap  kerana terikut akan biarkan syaitan.

Tetapi adakah kita akan meletakkan kesalahan ini kepada Syaitan?

Syaitan berjanji dihadapan Allah SWT bahawa kelompoknya tidak akan pernah berhenti dari menghasut manusia agar tidak patuh kepada suruhan Allah SWT tetapi adakah manusia patuh kepada suruhan Tuhannya?

Hari ini dibumi yang pernah melahirkan para para Rasul , Nabi dan para anbiya telah dilumatkan dengan segala kejahatan serta kesombongan.

Dari Pemerintah sehinggalah kepenguasanya semuanya tertipu dan terpedaya dengan bisekkan dari syaitan.

Pelacuran ,pembunuhan, penzinaan, judi , curi, tipu dan segala perkara yang bersalahan dengan hukum Allah SWT serta larangan Allah SWT bukan lagi asing tetapi dijadikan kan pula cabang ekonomi bukan saja olih orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri terlibat sama.

Negara negara yang bertunjangkan Al Quran dan Sunnah Rasul semakin hari semakin gersang kerana kesalahan sendiri. Tidak menghormati serta tidak mengikut apa yang ajarkan didalam Al Quran telah menghanyutkan umat Islam .

Menyalahkan bangsa lain dan agama lain dijadikan sebab untuk membenci. Namun memperbaiki kelemahan sendiri tidak pernah terpapar dicerminan diri.

Kebencian terhadap kemajuan yang dikecapi olih bangsa dan penganut agama lain dijadikan alasan untuk memerangi . Tetapi Allah SWT telah berfirman agar kita tidak membenci mereka dan sesungguhnya mereka juga adalah kejadian Tuhan.

"Sesungguhnya Aku jadikan manusia itu bersuku suku dan berbangsa bangsa agar kamu saling kenal mengenali sesama kamu". Dan Rasullulah bersabda " aku tidak pernah sembah apa yang kamu sembah " sesungguhnya " aku dengan Tuhan aku dan kau dengan Tuhan engkau'. Allah SWT adalah Tuhan Ku, Kaabah adalah kiblat ku dan Islam adalah agama ku.
Firman Allah SWT yang mana satu yang kamu ingin nafikan?

Sesungguhnya apa yang berlaku dibumi.ini tetap ada pengakhiranya. Walau sehebat mana perancangan kamu , Allah SWT terlebih hebat perancangan nya.

Janganlah kamu menyombong diri bila berjalan dibumi Allah SWT ini. Sesungguhnya nyawa yang diberi pinjam Allah SWT ini tidak selamanya kekal dan ianya pasti terhenti.

Penghujung nyawa alam Allah ini pasti hancur dan terhenti.

Keriakkan, kesombongan serta ketaksuban terhadap harta dunia berbanding kasih nya anak Adam terhadap kasihnya kepada Allah SWT sudah keciciran dan hanya terungkap dibibir saja dan bukan lagi terpahat dihati.

InshaAllah kegilaan "kuasa" dibumi negara tercinta ini semakin merosakkan dan sesungguhnya " tiada menafaat' meratapi nya  kerana pengakhiran sebuah perjalanan kearah kesengsaraan baru bermula.

Tiada doa lagi bagi memohon kerahmatan buat bumi ini.

Hanya pencucian diri secara rohani dan jasmani saja yang akan menjaminkan bahawa kita terselamat dari malapetaka. Hanya kepada Allah SWT aku berserah.

Amin.

                       Cahaya Al.Majid




THE PROMISED LAND : KERAJAAN SEMEMANGNYA SEMBELIH RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.

"JANGAN SAMPAI RAKYAT BAKAR
  KELAMBU SUDAH LAH"

Naik turun harga dipasaran dan sentimen peperangan di jadikan alasan untuk memeras keringat rakyat.

Kini penetapan harga minyak petrol dan diesel ditetapkan kan melalui pengiraan mingguan dan bukan lagi pada setiap hujung bulan.

Sebenar apa yang dilakukan oleh pemerintah ini sikit pun tidak melambangkan keperihatinan terhadap kesusahan yang dihadapi olih rakyat ketika ini.

Dengan peningkatan kos kos barangan dan yang tidak pernah turun walaupun harga minyak dunia telah jatuh keparas dibawah USD56 , membuktikan bahawa kerajaan Pemerintahan gagal dalam mengawal peningkatan ini. Slogan " rakyat diutamakan" hanyalah omongan semata

Berbalik.kepada isu minyak. Kenapa pula harga jualan  perlu dikira secara mingguan sedang kan pembekal minyak telah mendapatkan bekalan nya 3 -4 bulan terdahulu.

Adakah minyak yang dijual atau yang bekalkan kepada station minyak itu telah dibeli pada hari yang sama? Tidak bukan.

Oleh itu dimana logik nya harga harga yang telah dibeli 3 atau 4 bulan lepas yang distoragekan itu dijual pula dengan harga semasa. Mana logiknya.

Tidakkah Kerajaaan telah menetapkan sejumlah  keuntungan kepada operator . Olih itu wajarkah minyak yang dijual kepada pengguna menggunakan harga semasa?

Nampaknya kerajaan tidak memperdulikan rakyat tetapi sebaliknya menentukan bahawa Syarikat Minyak dan.operator station tidak akan rugi pada bila bila masa atau walau dalam apa jua keadaan.

Yang dipaksa untuk mendepani situasi ini adalah rakyat atau pengguna. Ikut mana sekali pun rakyat tetap dalam kerugian dan terpaksa. Sebabnya semua telah ditetapkan oleh kerajaan.

Dalam situasi ini Kerajaan tidak akan pernah rugi malahan pendapatan yang berjaya dikutip melalui penjualan ini kerajaan tetap makan kiri dan kanan. Itulah sifirnya kerajaan BN yang memerintah ketika ini.

Samalah keadaannya dengan barangan lain seperti gula, tepung dan  minyak masak . Semuanya dikawal olih kartel yang memegang AP.

Bila mana sesuatu barangan itu nak naik harga maka barangan itu pasti susah untuk didapati atau disorok tetapi bila rakyat didapati sanggup untuk membayar untuk mendapatkanya maka tiada alasan.lagi untuk menaikkan.

Itulah yang terjadi.kini.  Alasan harga rendah berbanding negara jiran diulang ulang seolah olah rakyat negara ini tidak pernah melawat negara luar dan tidak tahu menilai.

Kerajaan UMNO dan BN sememangnya menganggap rakyat negara ini mudah untuk dikelentong.  Bagi saja duit BRIM semua lupa.

Perkiraan KERAJAAN terhadap rakyat bakal memakan diri mereka sendiri.

Kini rakyat dah tersepit dan terdesak. Jangan sampai rakyat buat huru Hara sudahlah... Tetapi..Kemungkinan itu amat besar untuk terjadi..pabila kehidupan rakyat semakin terdesak.

                 Cahaya Al Majid

Sunday 9 April 2017

THE PROMISED LAND: PAS HILANG TUJUAN.

Bismillahirrahmanirrahim.

   AGAMA HANYA ALASAN
   HARTA RAMPASAN ADALAH
   KEUTAMAAN

Hanya kerana berserban, berjubah ,pandai baca Al-Quran serta pandai bermukadimah dalam bahasa Arab maka mereka menganggap diri mereka sudah alim dan layak dipanggil ustaz mahupun ulamak dan merasa diri lebih baik berbanding orang lain.

PAS amat senonim dengan apa yang saya perkatakan diatas.

Nama parti pun dipanggil Parti Islam Semalaysia.

Satu ketika dahulu beriya iya pemimpin parti ini berjuang untuk membenteras judi, arak malahan pelacuran . Sememangnya ketiga tiga rangkaian "perkara haram" ini sepatutnya dan diwajib ditentang sehabis nya.

Tetapi itu dahulu atau semua anganan itu hanyalah retorik PAS saja semata mata bertujuan untuk membeli hati atau jiwa orang Islam dan pengikut saja.

Pernah satu ketika PAS mahu kilang Arak di Selangor dilupuskan tetapi apabila berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP dalam Kerajaan Selangor, semua.isu senyap sunyi. Kenapa?

Begitu juga dengan lahirnya pusat pusat perjudian online siber dan bercambah nya pusat urut aka rumah pelacuran, kenapa PAS yang bertindak sebahagian dari Kerajaan Selangor tidak "berdetik", senyap sesunyi sunyinya? Kenapa?

Nampaknya kebulur PAS terserlah  apabila "harta tawanan'.telah didapati melalui perkongsian kuasa dengan PKR dan DAP. Segala isu yang berlawanan dengan kesucian Islam tidak lagi dihiraukan mahupun disebut lagi, itulah PAS yang dahulu kini dan selamanya.

Kini apabila PRU14 semakin menghampiri dan pakatan yang PAS sertai bersama PKR dan DAP dilihat telah mula berselisihan .

Tetapi yang anihnya kedudukan PAS di kerajaan Selangor tidak pula mereka pertikaikan. Dihadapan rakyat DAP jahatlah PKR mungkir la , tetapi, pada hakikatnya," harta rampasan" lebih penting dan bukan tuntutan agama yang utama.

Kalau dahulu tiga tonggak judi,arak dan pelacuran dijadikan senjata tetapi kini RUU pula dijunjung sana sini dijadikan umpan untuk mengail hati dan jiwa penyokong PAS sekali lagi.

Cuba tanya diri sendiri mana yang lebih penting untuk diperjuang atau ditentang.

Adakah menegakkan hukum Allah SWT atau mengenakan hukuman berat kepada pesalah adalah keutamaan?  mana satu lebih penting buat PAS?

Apa yang saya lihat PAS hanya tertarik kepada ," harta rampasan" berbanding menegakkan agama Allah SWT. Apa yang dilakukan hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata agar tetap bergelar Yang Berhormat dengan imbuhan yang menjanjikan kekayaan untuk diri sendiri.

Inilah yang saya namakan " penjual agama'. Dan kelompok ini wajib kita nyahkan daripada "melendirkan' Islam mengikut nafsu mereka.

Bersubahat dan menghalalkan jenayah Kerajaan bukan kesalahan lagi buat Pemimpin PAS.

                Cahaya Al Majd


Saturday 8 April 2017

THE PROMISED LAND : ADAKAH UMNO DAN BARISAN HERAN DENGAN TITAH TUANKU??.

Bismillahirrahmanirrahim.

"INSTITUSI YDPA DAN RAJA RAJA MELAYU
HANYA.SEBAGAI RUBBER STAMP"??

"ORDE" SULTAN JOHOR

Sebelum ini rakyat dan para ilmuan terutama orang Melayu telah menyatakan kebimbangan terhadap " sikap tidak peduli" parti pemerintah terutama juragan nya iaitu UMNO kerana tindakan mereka yang sengaja menganggap bahawa Institusi Yang Di Pertuan Agong serta Kedaulatan Raja Raja Melayu hanya bertindak sebagai "rubber stamp" .

Kita rasakan Sultan Johor tidak peduli tetapi rupa rupa nya  Sultan pun perasan juga bahawa segala  tindak tanduk Kerajaan Pemerintah sekarang iaitu UMNO dan BN sememangnya melakukan seperti apa yang dirasakan olih Baginda.

Semasa pembukaan resmi Mesyuarat Ahli Parlimen dan Adun Malaysia di Johor, baginda dengan tepat ,"mengetuk kepala" ahli Politik kerajaan memerintah tentang apa yang telah dan sedang dilakukan terhadap Institusi Yang Di Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu

Kekesalan dan kekecewaan itu diluahkan dengan menganggap bahawa institusi Raja Raja Melayu serta YDPA hanyalah sebagai "rubber stamp' buat  Kerajaan .

Tanpa rujukan mahupun perbincangan.dengan Institusi YDPA dan Raja Raja Melayu maka apa saja yang dipersembahkan kepada Baginda semua nya terpakai secara automatik.

Seolah olah  YDPA atau Raja Raja Melayu akur dengan ketentuan Kabinet atau Perdana Menteri seperti yang diarahkan.

Sebenarnya institusi YDPA dan Raja Raja Melayu yang menaungi negeri negeri yang berdaulat dinegara ini sebenarnya mempunyai pilihan atau peluang ketika Dr Mahathir mahu menyerahkan memorandum yang ditandatangani olih 1.5 juta rakyat semasa mendesak Najib yang dituduh dan didakwa rasuah .

 Tetapi malangnya memorandum itu  ditolak mentah mentah dan ada yang memberi alasan ' tidak mahu mencampuri' urusan politik.

Namun ketika itu tiada seorang pun Raja Raja Melayu mahupun Institusi YDPA yang sanggup menerima atau mendengar kehendak rakyat yang dibawa olih Dr Mahathir  . Tetapi yang sedihnya ada juga beberapa orang dikalangan Raja Raja tidak merestui nya. Jadi.siapa yang rugi??

Kerana ketidak pedulian tentang apa.yang diusul olih Dr Mahathir serta akur dengan kehendak  Kerajaaan memerintah maka adakah "apa yang disuarakan" olih.Sultan.Johor ini akan dipedulikan olih Pemimpin UMNO dan BN??  tentang isu "dakwaan rubber stamp" INI?

Atau akan terkesan kah UMNO mahupun Kerajaan BN dengan apa yang dititah olih Baginda bahawa Keraaan Melayu Johor akan.memulakan."Orde"??.

                  Cahaya Al Majid




Monday 3 April 2017

THE PROMISED LAND:FGV : MAKA TERCIPTA LAH HUTANG BUAT PENEROKA.

Bismillahirrahmanirrahim.

50 tahun dahulu Kerajaan beri tanah kepada sesiapa yang sanggup untuk mengerjakan tanah dari membersihkan hutan sehingga lah menanam iaitu pokok sawit. 

Ada yang meninggalkan kampung halaman demi kelangsungan kehidupan yang susah masa itu.  Tinggal keluarga ini berjauhan dari ibubapa mahupun sanak saudara. Dijanjikan dengan hak milik maka berduyun duyunlah bangsa Melayu kedalam hutan demi kelangsungan hidup.

Sedikit demi sedikit perubahan itu dirasakan oleh masyarakt atau keluarga peneroka. Hasil titik peluh serta bermandi keringat , maka, hasilnya dituai dan akhir nya keringat peneroka telah mengangkat negara sebagai pengeluar buah sawit utama dunia .

Berbillion ringgit dihasilkan melalui keringat peneroka yang diberikan nama sebagai FELDA ini dan FELDA telah menyumbang kepada hasil pendapatan negara .  Hasil dan kemegahan itu hanya dirasai dan dinikmati hanya sebelum pemerintahan Najib.

UMNO ,Najib dan Isa Samad adalah penyumbang kepada kegagalan atau terimbunnya hutang kepada warga peneroka ini. Hutang peneroka yang baru disebut diParlimen berjumlah RM5 billion.

Perghhh....

Melalui idea Najib dan direalisasikan oleh Isa Samad,  FGV dijadikan "khazanah'nya untuk menyapu duit "warga felda". Kini zaman kegelapan atau zaman keberhutangan setiap warga peneroka dikira walaupun dari se inci najis peneroka. Semuanya dicatit tanpa gagal.

Cukup cukuplah warga peneroka kena silang oleh KLEPTROKASI Najib dan 40 penyamun.

Selagi ada hayat UMNO selagi itulah Melayu dibodohkan.

               Cahaya Al Majid




Sunday 2 April 2017

THE PROMISED LAND: PARTI NAJIB SEMAKIN TERDESAK!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Demi untuk mengurangkan stress, Najib dalam keterpaksaan menjadikan Aktor India Rajinikanth sebagai bantal untuk melegakan diri .

Fesyen Najib yang gemar 'berselfie" dengan sesiapa pun demi " rating", nya namun jauh dilubuk hati Najib , sememangnya  Najib "Lost" dalam perjalanan . Ingatkan dapat melegakan kepala sikit bila berada jauh dari Malaysia tetapi bertambah serabut pula bilamana pembohongan pembantu Rosmah pula tersondol kerana silap fakta kerana cubaan menegakkan benang basah Rosmah.

Sebelum ke India Najib mengatakan bahawa 1MDB tidak lagi menanggung hutang bank.

Tak tahu apalah ajenda Najib ni.

Semua orang tahu 1MDB hutang berbillion dollar dari terbitan Bond yang masih lagi aktif dan semua tahu bahawasa 1MDB dah tak ada punca income lagi. Manamungkin hutang berbillion dollar itu terbayar dengan sendiri?? Atau China Komunis dah bayarkan, tak tahulah pulak kan.

Kalau hutang pokok masih lagi tak dibayar, agak agaknya berapakah jumlah hutang itu sekarang ini ya??? Adakah masih lagi RM50 billion ? Ataupun dah berganda???

Tak cukup dengan itu, " debat" Dr Mahathir dengan Nazri pun dah dibatal . Adakah kerana debat itu melingkari tentang isu 1MDB yang tidak berjaya dijawap oleh Najib menjadi "kunci" pembatalan???

Najib Najib dah ada menteri yang berani untuk mendepani isu 1MDB , kenapa masih takut? Cakap besar, tak tipu , tak bohong tetapi tidak berani mendepaninya Dr Mahathir. Alamak..Kenapa UMNO terlalu takut???

Lazimnya lah hanya penyangak dan penipu saja yang takut untuk berdepan dengan KEBENARAN tetapi sebaliknya hanya memberi helah kerana takut terperangkap. Hahaha..

Hari.ni pula Ismail.Sabri pula buat kenyataan tentang Lim.Kit Siang. Apa lah bodoh sangat Menteri ni.
Negara kita dah merdeka lebih 50 tahun dan UMNO masih nak melebelkan Lim Kit Siang sebagai diktator dan dituduh pula cuba menipu Melayu.
Apalah bangang sangat Menteri dari Bera Pahang ni??

Yang.tipu Melayu adalah UMNO dan yang tipu rakyat adalah Pemimpin dari UMNO. Kenapa nak tuduh orang. Kenapa tak berani mengaku salah sendiri?

UMNO dan seluruh Pemimpin Melayu yang berkuasa , tetapi kenapa Melayu miskin dan terhimpit? Salah Cina kah atau salah DAP kah?

Tanah yang beribu ribu ekar siapa yang gadaikan, adakah Cina Lim Kit Siang atau DAP?

Projek berbillion ringgit siapa dapat Melayu kah? Memang Melayu dapat tapi semuanya di" alibaba," kan olih pemimpin UMNO dengan bantuan MCA. Melayu dapat apa??
Melayu dapat tengok saja.

Cukup cukuplah membodohkan diri. Apa yang pasti rakyat dah tak termakan cerita dongeng UMNO lagi. Dah berpuluh tahun di bodohkan. Cukup cukup lah.

Kita tunggulah PRU 14 tahun depan.

              Cahaya Al Majid