Tuesday 28 February 2017

THE PROMISED LAND : "NYANYUK" ADAKAH KEJADIAN INI SATU PENGHINAAN ???

Bismillahirrahmanirrahim.

" ADAKAH KITA DARI GOLONGANYA?"

Allah SWT telah menjadikan manusia sebagai sebaik baik kejadian dan  ciptaan Nya . Manusia dibekal kan dengan akal fikiran sedangkan Malaikat dan Syaitan hanya ada satu saja misinya. Syaitan menyesatkan atau keburukan dan malaikat menjurus kepada kebaikan. Tetapi manusia diberi kebebasan untuk memilih diantaranya.

" Firman Allah SWT yang mana satu yang mahu kamu nafikan"

Pusingan kehidupan adalah ketentuan ALLAH SWT, dari bayi hingga lah berusia atau tua. Tetapi kematian tidak membatasi usia.

Siapa yang dipanjangkan usianya olih Allah SWT,  bersyukur lah kehadrat Nya dan sesiapa yang didatangi penyakit mahupun yang diberi kan kesihatan yang baik, semuanya adalah diatas kehendak Allah SWT jua.

Semuanya adalah kerahmatan Allah SWT diatas akal fikiran yang diguna manusia dalam menilai apa yang baik dan buruk untuk diri sendiri. Allah SWT tidak pernah menganiaya hambanya melainkan hamba Nya saja yang menganiaya diri sendiri.

Wahai manusia ' Firman Allah SWT yang mana satu yang mahu kamu nafikan"?

Genderang satu alam.

"Nyanyuk," dijadikan kata kata atau ungkapan bagi mengambarkan perilaku seseorang. Bukan saja dilafazkan oleh golongan  biasa tetapi golongan bangsawan pun tidak terlepas juga.

Apa erti dan gambaran sebenar bagi golongan yang dikategori sebagai "nyanyuk' ni.

Nyanyuk dikelaskan sebagai " golongan orang tua tua yang telah tidak jelas fikiran dan perbuatannya" atau ,' bertindak seolah olah telah berkekakuan seperti budak budak,".

Wajib diingat!!!

Selagi seseorang itu masih lagi boleh berfikir  mengurus diri  dan tanpa ada apa apa kecacatan  pada akal dan fikiran dan tidak lupa akan perkara wajib dan halal maka amat hinalah kita sebagai manusia kalau kita menuduh mereka tanpa bukti.

Memang senang kalau nak menjatuhkan hukum tetapi adakah hukuman dan gelaran yang kita beri itu dapat membersihkan dosa kita terhadap batang tubuh yang dituduh?

Allah SWT telah berjanji bahawa semua manusia adalah sama di sisi Nya .

Tiada siapa yang lebih dari yang lain melainkan hamba hambanya yang beriman dan beramal Soleh dan melakukan kebaikan seperti yang dituntut.

Allah SWT telah berfirman, gunakan kata kata yang baik  dalam menegur dan jangan sekali kali  menyakiti hati orang lain, sesungguhnya perbuatan itu amat dibenci Allah SWT.

Olih itu....

"Sampaikanlah kebenaran walaupun kebenaran itu amat  menyakitkan untuk ditelan."

Jadikan Al Quran sebagai pegangan dan bukan menghukum

              Cahaya Al Majid

     




THE PROMISED LAND : RIUH SATU MALAYA TAPI...

Bismillahirrahmanirrahim.

 "DAH DAPAT LAMPU AJAIB KE"

Hari ini gegak gempita seluruh alam bumi Melayu ,dimaya mahupun nyata , dari radio mahupun TV , berita kejayaam Kerajaan pimpinan Najib telah menadatangani penjualan 50% pegangan Petronas dalam RAPID kepada Aramco milik Kerajaan Arab Saudi serta 7 MOU bernilai RM9 billion di tanda tangani.

Walaupun sebulan yang lalu Johari Menteri Kewangan ll telah menyatakan bahawa syarikat tersebut telah menarik diri tetapi "berita sumbang Johari" itu telah terbalik. Samada Johari tidak dimaklumkan atau sengaja "mengolah cerita" hanya dia dan Kabinet Najib saja yang mengetahuinya niatnya.

Sedap mendengar berbillion billion dolar masuk atau mahu dilaburkan dinegara ini
Bermula dengan mengatakan bahawa China akan membuat pelaburan dinegara ini melalui Projek Kereta Api Timur Barat yang dikata berjumlah puluhan billion begitu juga dengan keretapi Fast Track dari Kota Singapura ke Kuala Lumpur, dan berpuluh billion juga dijangka mahu di laburkan.

Tetapi apa yang disebut itu katanya adalah untuk jangka masa panjang, waima apa alasan sekalipun mahu ditentang dan  dibantah rakyat, keputusan Najib ...tetap di teruskan .

Berdoa lah agar Projek UMNO dan Najib ini bukanlah lagi satu bala yang menjerut leher rakyat  seperti 1MDB yang akhirnya tergadai apa yang dimiliki .

Tetapi yang peliknya beratus Billion nilai projek telah diumumkan tetapi yang sedih nya "impak' atau 'kesan' dari pengumuman tersebut tidak langsung membawa erti kepada pengukuhan nilai ringgit

Nilai ringgit langsung tak tercuit, masih sama , semakin lemah berbanding nilai mata wang negara jiran. Apa kejadah nya

Olih itu adakah.ini boleh menjadi kebanggaan atau untuk di raikan oleh rakyat?

Bila nilai ringgit lemah harga barangan jadi mahal. Kerajaan Najib ni tahu ke idak sifir ekonomi?

Harga barangan meningkat, harga makanan naik, sara hidup jangan katalah dah nak pengsan tetapi apa usaha Kerajaan Najib dalam menangani semua kenaikan ini?

Tetapi kalau dok asyik berbangga dengan projek projek mega yang menguntungkan sebelah pihak dan menyusahkan kehidupan rakyat, apa kejadah!!!.

Kalau.benda yang paling asas bagi kemaslahatan rakyat pun Najib dan Kerajaannya gagal tangani, patut tak rakyat tukar saja kerajaan yang ada sekarang.

             Cahaya Al Majid






Monday 27 February 2017

THE PROMISED LAND : ADAKAH INI MISI BALAS BUDI TETAPI JAWAPAN BELUM TENTU LAGI.. KECOH NYA MACAM DAH CONFIRM!!

Bismillahirrahmanirrahim.

  " SANGGUP KAH KITA MENERIMA BALA"

Macamana lagi nak mempercayai apa yang kerajaan Najib kata dalam lawatan Raja Arab ni.

Hanya MOU saja yang digembar gemburkan telah berjaya di tanda tangani . Kenyataan implementasi projeknya  tunggu lah dua tiga tahun lagi.

Itu pun kalau Kerajaaan Najib masih wujud lagi.

Macamana nak kata,  permintaan kuota haji bagi penambahan 3,000 orang  bagi meningkatkan keparas 30,000 jemaah dari negara  ini , yang mana Rajanya dikata amat rapat dengan Najib , macam dalam selfie Najib semalam kerana dikata sebagai sumbangan besar terhadap dunia Islam dan diakui oleh Najib bahawa telah menerima ,,' derma Rm 2.6 billion itu ,malangnya itu pun tidak dapat diputuskan oleh Raja Yang dikata MENJAGA DUA KOTA SUCI INI.

Hai.. jumlah seciput ini pun  tak dapat untuk diconfirmkan..oleh Rajanya ..Biar betik,!!!!
Inikan pula derma RM2.6 bilion yang dikata "derma,", masuk akal ke????

Walau apapun mungkin lawatan ini adalah tanda terima kasih kepada Kerajaan Pimpinan Najib kerana sanggup bersama dengan Tentera Pakatan Arab Saudi bersama sama Amerika, Britain , Perancis dan Afrika berserta geng geng Arab yang lain dalam mengebom umat Islam yang tidak sealiran dengan Arab Saudi.

Dan dengan kejayaaan misi membunuh lebih 10000 nyawa termasuk kanak kanak dan lebih 40000 rakyat Yaman cedera mahupun hilang kemampuan . Maka kejayaan ini di kongsi kan bersama Malaysia dengan lawatan Raja nya.

Mesti kah kita meraikan???

Adakah bernilai kepada kita dengan ,"pembunuhan," itu walau pun bukan dengan secara langsung??

Tetapi kita tetap' bersubahat" . Tahukah kita apa hukumnya "bersubahat'.

Manusia yang hilang pertimbangan saja yang lalai akan hukum Allah SWT ini.

"Firman Allah SWT yang mana satu yang mahu kamu nafikan"

                 Cahaya Al Majid





THE PROMISED LAND: JANJI ARAB ???JANGAN PISANG BERBUAH DUA KALI .

Bismillahirrahmanirrahim.

     NAJIB MASIH TAK SERIK
DENGAN PAK ARAB RUPANYA!!!

Jangan terkeliru dengan sedekah.
Jangan tergoda dengan janji Arab
Jangan masuk ranjau Arab lagi!!!!

Dua senario berbeza: -

Najib Keliru

Pengertian antara pemberian wang  Raja Pemerintah Arab Saudi kepada warganya adalah berbeza dengan pemberian BR1M oleh Kerajaan Najib.

Adakah Najib faham tentangan status pemberian wang dari Raja atau  Kerajaan Arab Saudi kepada rakyatnya dengan pemberian BRIM oleh Kerajaan Najib?

Adakah sama tentang pemilikan 'puncanya," atau Najib sengaja nak menyamakan. Atau sengaja nak mengelirukan rakyat?

Nak tanya adakah hasil mashyul dan kekayaan berbillion dollar Kerajaan Arab Saudi itu milik rakyatnya??

Atau sedarkah kita bahawa kekayaan Arab Saudi itu adalah milik Keluarga DiRaja mereka?

Yang mahu dibuat oleh Pemerintah atau Raja mereka adalah sedekah dari hasil masyul Keluarga yang tak pernah diberi sebelum ini.

Tetapi duit BRIM ADALAH duit rakyat yang dikutip secara paksa melalui cukai GST. Sama kah puncanya??

Kedua

1MDB tergulai, di merinate lalu di panggang dengan berbagai rencah oleh Pak Arab. Berbillion dollar hanyut dan akhirnya tersadai diakaun Pak Arab dan sebahagian didakwa masuk keakaun Najib dan kuncu kuncunya dan akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung sampai anak cucu.

Menggunakan nama Petro Saudi yang dikaitkan dengan keluarga diRaja Arab Saudi dan di akui pula oleh Najib bahawa Rm 2.6 billion yang masuk keakaun nya atas dasar derma yang diterima tetapi didakwa dipulangkan semula, membuatkan rakyat kurang percaya.

Dan sebelum ini juga dikatakan terdapat pelabur dari Arab yang mahu melabur di Penggerang Johor tetapi telah menarik diri .

Lalu janji apa yang mahu dipegang oleh Malaysia ? Asyik asyik kena kencing je dengan Pak Arab.. Hancing satu negara.

Nak percaya juga lagi dengan negara Arab?

Hari ini diulang lagi script yang serupa oleh Arab Saudi dan Najib, di sahkan sekali lagi, bahawa mereka akan melabur USD 7billion dengan Petronas. Jangan lah cepat percaya, kalau setakat MOU dan berkarung kertas ditanda tangani tetapi akhirnya 'batal'.

Bangsa Arab ni ,selepas kewafatan Baginda Rasullulah , cakap dan tindakan mereka sememang nya tidak boleh pakai. Pembohong dan menipu dan jual agama mereka lah.yang terhebat dimuka bumi.

Pak.Arab ni boleh dengar saja percaya langsung tak boleh. Sedang kan jiran pun  sanggup mereka khianati..inikan Malaysia.

Umat Islam seagama pun sanggup mereka bom dan bunuh demi kelangsungan negara mereka inikan pula Najib yang  klepetrokasi ..Lagi senang lah di pulas telinga.

                 Cahaya Al Majid



Sunday 26 February 2017

THE PROMISED LAND : LAYAK KE PERBANDINGAN DENGAN ARAB SAUDI??

Bismillahirrahmanirrahim.

    ".  ZAHIR SAJA KAYA
        BATINNYA .. NAZAK"

Kenapa tak dibuat perbandingan yang setara, kalau  merpati dengan merpatilah dan bukan antara merbah dengan helang. Pasti lah jauh bezanya antara keupayaan dan sizenya.

Ini tidak , perbandingan dibuat antara negara yang telah lama kaya dengan negara yang baru nak naik. ( Tetapi sekarang dan nak nazak balik ) Memang taklah.

Samakah diantara kerajaan pilihan keturunan berbanding kerajaan pilihan rakyat yang dibuat melalui pengundian???

Arab Saudi diperintah oleh Raja dan keturunan nya tetapi Malaysia ni walaupun pada Perlembagaan ,peringkat Pemerintah semua nya berkiblat kan kepada Yang Di Pertuan Agong tetapi kuasa mutlak memerintah adalah dibawah Perdana Menteri.

Hala tuju Arab Saudi ditentukan oleh Rajanya berserta keluarganya tetapi negara kita di tentukan oleh Parti Pemerintah.

Arab Saudi tiada pilihan raya atau pilihan dari suara rakyat tetapi kita Parti Rakyat yang berkuasa.

Oleh itu janganlah.buat perbandingan yang dangkal ini.

Sebenarnya memang wajarlah Arab Saudi sekira mahu memberikan wang kepada rakyatnya seperti yang di dakwa  Najib macam BRIM. Tetapi tahukah kita bahawa 10 juta dari ,25 Juta rakyatnya yang hidup dibawah paras kemiskinan,???

Adilkah mereka? Baik kah mereka,,? Bertanggungjawab kah mereka,? Ikut sunnah ke mereka?

Kerajaam Beraja Arab Saudi telah terlebih dahulu kaya raya dari Malaysia dan kiblat keseronokan nikmat dunia mereka adalah negara Barat , sehingga kan seluruh warga Barat mengetahui baik dan buruk luar dan dalam kain mereka,  dan kenapa baru sekarang baru sedar?

Ataupun pemimpin dan rakyat negara Barat dah mula fedup dengan perangai buruk mereka??

Adakah kita ingin mencontohi mereka?

Najib perlu sedar bahawa wajib bagi Kerajaan Arab Saudi memberi ,'BRIM' kepada rakyatnya, kerana telah berkurun kekayaan yang dimiliki keluarganya tidak diagihkan kepada rakyat nya. Semuanya disebat untuk kepentingan keluarga mereka saja.

Dan kini Arab Saudi tengah kegawatan ekonomi kerana harga minyak merudum dan hasil kekayaan telah mula merosot.

Semua ini adalah bala yang didatangkan ALLAH SWT kepada pemerintah yang menzalimi kaum hawa dan menafikan hak rakyat serta  tidak mengikut Al Quran .

Waktu senang lenang lupa rakyat tetapi bila bala datang , poket' rakyat lah.yang diintai nya. ( Saling tak tumpah macam Malaysia)

Alasannya ,Kerajaan Najib cuba menghalalkan cukai GST terhadap rakyat melalui contohan
pengenaan GST oleh Arab Saudi terhadap rakyat nya .

Maksud nya kalau Arab Saudi kenakan GST terhadap rakyat nya maka secara automatik apa yang dibuat Kerajaan Najib juga halal lah ya. ( Kitab mana yang diikuti ini, ajaran siapa ni)

Pernahkah anda fikir kan kenapa negara negara Arab bertukar,," kiblat"? dan tidak lagi kepada Barat dan jiran jiran mereka?

Kalau nak tahu belajarlah " makrifat,," baru tahu erti "hakikat'.

Wahai Arab Saudi sedar lah bahawa
Nabi kamu dah mengajar ,

" makmur kan lah jiran kamu,,dan inshaallah Allah SWT akan makmurkan kamu'

ini tidak jiran kamu pun kamu perangi..Tanda kemurkaan Allah SWT pasti tertimpa keatas kamu.

Keberkatan "Mekah dan Madinah' dibumi Arab Saudi  bukan jaminan bahawa bala Allah SWT tidak akan sampai.

"Bumi Nuh di banjiri Allah SWT secukupnya"

'Bumi Lut juga dihujani api panas dari langit"

"Kebenaran ALLAH SWT yang mana mahu kamu nafikan"

" Kerosakan adalah diatas perbuatan tangan kamu sendiri"

           
                   Cahaya Al Majid













THE PROMISED LAND : KESEDARAN YANG TINGGI TETAPI TIDAK DIPEDULI

Bismillahirrahmanirrahim.

   'PERBUATAN MELALUI TAULADAN"

Kehilangan nyawa pada skala 8 orang sekali gus amat dalam impaknya, samaada terhadap ibubapa, masyarakat mahupun umum sememangnya , semua amat terkesan,.Inikan.pula terhadap remaja remaja yang sedang membesar, pasti terkesan.

Terngiang ngiang di telinga akan jeritan kesakitan rakan rakan serta tidak berupaya untuk memberi pertolongan pasti akan terukir dihati dan sanubari serta perasaan yang menyaksikan.

Benar, ajal maut ketentuan ALLAH SWT namun kematian yang trajis seperti yang berlaku di Johor itu sebenar boleh dielak kan sekiranya memasing mempunyai kesedaran terhadap kemaslahatan masyarakat yang berbilang kaum terutama buat ibubapa dan keluarga juga orang ramai.

Apa yang hendak diutarakan bukanlah untuk mengolah trajidi tersebut tetapi terkejut dengan kesedaran budak budak bawah umur ini terhadap kepercayaan dan kebergantungan harap mereka terhadap institusi Beraja Johor untuk mengadu nasib.

Hebat dan teruja perasaan ini apabila mendengar bahawa remaja remaja ini berusaha untuk berkumpul dan mengadap Raja mereka bagi meluahkan perasaan marah terhadap Penguasa iaitu Polis dalam menangani kes rakan rakan mereka yang terkorban dalam insiden tersebut.

Begitu tinggi pandangan dan harapan remaja ini terhadap institusi Raja mereka namun pandangan dan keinginan remaja remaja itu di halang oleh Penguasa. Alangkah sedih nya.

Sepatutnya remaja ini dibenar kan untuk menghadap Raja  dan disitu lah sepatutnya segala salah laku mahupun keraguan remaja remaja ini ditangani.

 Sebenarnya apa yang diingini didengari oleh remaja ini adalah titah titah Raja saja dalam membelai hati mereka yang sedang bergelora kerana beranggapan mereka dipihak yang benar.

Tetapi kehendak itu tidak dipenuhi. Sayang sekali.

Kemeruduman kepercayaan remaja remaja terhadap institusi Raja  pasti memberi kesan dan akan mengambil masa yang lama untuk di stabil kan.

Walau apa pun pelajaran berkumpul beramai-ramai ala demo ini sebenar nya telah mereka pelajari dan contohi melalui gerakan politik yang mereka saksikan di TV mahupun media massa.

Kealpaan dan kerakusan Ahli Politik falam usaha untuk mencapai tujuan dan pengaruh politik tanpa sempadan , adap dan budaya liar ini telah mempengaruhi jiwa anak anak ini dan kesan nya seperti apa yang sedang berlaku.

Itulah sebab nya Raja Raja Melayu perlu menegur budaya yang dibawa oleh pemimpin politik ini samaada Kerajaan mahupun Pembangkang agar perangai tak beradab ini tidak diangkat sebagai kebenaran oleh remaja remaja.

Kalau tidak masa depan dan keharmonian negara ini bakal tergugat dan hancur.

Oleh itu jangan salahkan mereka tetapi salahkan pemimpin politik yang telah memberi kan inspirasi berdemo kepada remaja.

Olih itu berhenti menuding jari tetapi sebaliknya berusaha lah untuk merubah selagi belum terlambat.

Pepatah Melayu dah mengatakan:-

"Kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya,"

                  Cahaya Al Majid




Saturday 25 February 2017

THE PROMISED LAND : INI BARU JANTAN!!! TERJAH SORONG KEPALA!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

       "TEBAL MUKA DEMI SELAMAT KAN                NEGARA"

Lapan belas tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat. Bagi yang telah berkahwinlah atau yang telah berumahtangga sekurang kurangnya cahaya mata pertama pasti telah bujang, 17 atau masuk 18 tahun usia nya.

Begitu lah tebal nya kemarahan atau dendam yang berselirat selama 18 tahun didada , sekira nya dapat diluahkan.

Kebencian dan kemeruapan perasaan yang mendidih  bagi setiap jiwa pasti meletup sekira nya watak yang dibenci berada didepan mata.

Begitu juga lah jantannya Dr Mahathir dalam menghadapi kumpulan Reformasi yang satu ketika dahulu sanggup mendepani Kerajaan Mahathir dalam isu penangkapan Anwar Ibrahim. Kelompok ini juga lah yang menggerakkan demonstrasi jalanan berminggu di ibukota.

Dengan menghadirkan diri dalam ceramah yang dianjurkan oleh kelompok ini di Shah Alam, seolah olah Dr Mahathir menghulurkan tengkuk nya sendiri dan bersedia untuk di malukan mahupun dicaci.

Walaupun ketika beliau berucap kedengaran suara suara sumbang seolah mencemuh namun pada hakikatnya beliau telah berjaya menyampaikan hasrat hati beliau iaitu untuk menumbangkan Kerajaan Najib dan Kabinet nya.

Belum pernah terjadi lagi  di Malaysia ada pemimpin yang sanggup masuk ke gelanggang musuh untuk memberi ucapan dan meminta tolong demi menyelamatkan negara ini dari klepetrokasi .

Yang sedih nya seorang Perdana Menteri aka Najib sendiri telah melarikan diri dalam program Nothing to Hide,ADAKAH itu sikap seorang yang berani menjunjung KEBENARAN?

 Tetapi keberanian inilah yang dilakukan dan ditunjukkan oleh DR MAHATHIR walaupun terpaksa berhadapan dengan sindiran mahupun.cemuhan.

Begitu jugalah cekalnya hati hamba Allah ini suatu ketika dahulu dalam membantu Umat Islam Bosnia walaupun terpaksa mendepani kuasa Barat.

Walau pun semua itu tidak  pernah diambil iktibar oleh umat Melayu  Islam diMalaysia, kerana keberanian dan kecekalan hati dalam membantu umat Islam yang disembelih dan dibunuh dibumi sendiri, namun watak kerdil itu berupaya untuk membuka mata dunia luar dan negara negara Islam .

Kalau George Bush Dan zionis pun beliau berani tempelak, apa ada hal dengan orang Melayu yang berhati kecil. Tiada kudis pun.

Yang penting ajenda nya .

Selamtkan Malaysia dari Kelepetrokasi.

Siapa nak sedar sedarlah, kalau tak mahu nasibla...
Jangan sampai satu hari nanti orang Melayu makan ikan kering ..Hari hari  sudah lah...

              Cahaya Al Majid

Friday 24 February 2017

THE PROMISED LAND: SALAKAN PEMBODEKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

WALAU APA PUN YANG RUGI
                   TETAP
            MELAYU JUGA

Inilah yang di kata "bodek sampai kelangit".

Ada dua orang menteri Najib, seorang dari Sabah dan seorang lagi dari Perak, kalau nak bodek pun agak agaklah.

Faham ataupun  sengaja buat buat tak faham akan sindiran Tuanku Johor tu.

Bukan saja Tuanku menyindir Dr Mahathir tetapi pada pentas yang sama juga Tuanku memperli  Setiausaha Agong UMNO supaya tidak memandai mandai cuba mengambilnya tanah negeri lain untuk dijadikan kan Tanah Wilayah Persekutuan.

Lebih memburukkan lagi kata kata itu ditujukan kan kepada Menteri Kerajaan Najib yang masih berkuasa.

Tidak kah itu lebih memalukan bagi batang tubuh seorang yang masih berjawatan dalam Kabinet Najib?

Yang memualkan lagi dua kaki bodek ni, bukan pun dipilih melalui pertandingan di MKT pun.

Seorang diangkat  oleh Najib untuk duduk di kerusi Majlis Tertinggi dan seorang lagi di angkat menjadi Senator untuk di jadikan Menteri.

Adakah itu kreteria yang terpilih berbanding yang lain?

Tetapi mungkin kerana kelantangannya ", membodek' , maka itulah sebabnya mereka.ini diangkat.

Kalau nak membanding kan kedua dua mereka ini dengan Dr Mahathir, nak diungkapkan seperti langit dan bumi pun tak setara kedudukan nya.

Semua ini gara gara pandangan  Dr Mahathir terhadap Forest City yang sedang dibangunkan di Johor yang mana sasaran pembelinya adalah dari China dan hak milik pegangan tanah tersebut pula berstatus "free hold" ATAU pegangan selama lamanya.

Dan unjuran pemilikan ini  bakal menempatkan lebih 700,000 bangsa cina dari China.

Pemilikan.ini dirasakan akan banyak mendatangkan kemudaratan kepada negara bila mana ditakutkan nanti bangsa dari China ini akan diberikan hak kerakyatan dan mengundi apabila sampai satu masa dan ini amat merisaukan.

Dan yang menyedihkan pembangunan pulau buatan ini di kata didanai oleh syarikat milik China yang bertindak sebagai Kontraktor juga.

Setelah berbagai risalah diterbitkan oleh Bloomberg mengenai projek ini disiarkan, barulah kesedarannya itu mula menghantui masyarakat setempat.

Walauapa pun semua nya sudah terlambat, oleh itu tunggulah akibatnya. Sama ada ianya musibah atau sebaliknya, hanya, masa bakal menentukan.

Untung nya batu adalah sekira ia timbul tetapi untungnya sabut tetap tidak tenggelam .

                Cahaya Al Majid







THE PROMISED LAND : ADAKAH IANYA ANTARA KACA DAN PERMATA??

Bismillahirrahmanirrahim.

   BAHAYA "API DALAM SEKAM"

Setiap negeri dinegara ini dinaungi oleh Raja atau Sultan , hanya Melaka Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak saja dinaungi oleh  Gabenor dimana mereka ini tertakluk kepada Kuasa Yang di Pertuan Agong.

Ketua Negara adalah Yang di Pertuan Agong dan Ketua Negeri adalah dibawah Sultan Sultan ataupun Raja.

Tetapi Ketua Pentadbiran bagi negara ini adalah dibawah kuasa Perdana Menteri yang dipilih rakyat melalui sistem kepartian iaitu melalui Pilihanraya.

Dan ketua Pentadbiran atau Perdana Menteri bertindak sebagai Penasihat kepada Yang Di Pertuan Agong dan bagi negeri kuasa itu terletak pada Menteri Besar.

Segala hala tuju dan perjalanan sistem dalam negara ini di landas ataupun berpaksikan kepada Perlembagaan yang telah di persetujui iaitu antara Raja Raja dan Kuasa Rakyat.

Raja atau Sultan tetap berada diatas tiang Perlembagaan dimana rakyat tiada hak langsung untuk mencampuri segala urusan perjalanan Institusi Beraja dan rakyat akan akur siapa saja diantara mereka yang dipilih dari kalangan mereka untuk diangkat atau mahu dinobatkan sebagai samaada Yang Di Pertuan Agong mahupun Sultan.

Begitu juga dengan perjalanan hak berpolitik .

Bagi rakyat  hak mereka juga ada termaktub didalam Perlembagaan , hak sebagai pengundi atau memilih , siapa atau parti mana yang mereka condong untuk diberikan kuasa bagi mewakili suara mereka, itu ada lah hak peribadi.

Kebebasan dan hak rakyat dalam menentukan siapakah diantara calon calon parti yang perlu diberikan kuasa bagi menerajui atau mewakili suara mereka adalah hak mutlak rakyat sepenuh nya tanpa paksaan oleh sesiapa jua.

Oleh itu persempadanan kuasa diantara Raja atau Sultan Sultan dengan Pemimpin Rakyat amatlah jelas.

Ketidakterlibatan Institusi Beraja dalam urusan siapa yang rakyat mahukan bagi mewakilinya suara mereka dalam memilih siapa atau parti mana yang berhak untuk menerajui serta hala tuju dan pentadbiran negara amatlah disenangi rakyat .

Selagi mana pilihan rakyat itu tidak memudaratkan masa depan negara dan tidak menyusahkan kehidupan dan masa depan rakyat selagi itulah perdebatan salah atau benar, pasti bertembung.

Dr Mahathir adalah bekas Perdana Menteri negara ini selama 22 tahun dan mengetuai 25 Juta rakyat dan telah terbukti keberkesanan pemerintaanya sehingga hari ini dan pemerintahan nya diiktiraf oleh kerajaaan negara negara Islam dan juga bukan Islam.

Adakah menjadi kesalahan buat Dr Mahathir  menegur tindak tanduk Pemimpin Pusat sekiranya ;-

 menegur atau meluahkan rasa kegusaran tentang penjualan hartanah berstatus pegangan bebas atau selamanya kepada pembeli warga luar terutama dari China atau China yang berideologi komunis??

Atau hanya bergantung kepada pelabur China saja dalam membangunkan projek mega negara??

Atau

Kenapa tiada keseimbangan dalam memilih pelabur atau hanya kerajaan atau pelabur China saja kah yang mempunyai kepakaran?

Atau hanya China saja kah yang ada duit??

Dan

gusar dengan  apa yang berlaku kini kerana ketirisan, salah guna kuasa, rasuah serta kegusaran rakyat terhadap situasi ekonomi yang menghimpit nyawa rakyat ketika ini.

Dan

Keluhan dan rintihan rakyat dengan berbagai kenaikan kos barangan dan sara hidup masa kini sedang melambung

Dan

Tidak wajar kah beliau mempertikaikan kemasukkan wang RM,2.6 billion ke akaun peribadi Perdana Menteri? Serta bermacam macam lagi

Dan

Apakah  kewajaran bagi mereka untuk mencemuh usaha yang sedang dilakukan oleh seorang bekas Perdana Menteri ataupun Penasihat bagi sebuah Parti dalam menjuarai suara rakyat yang ingin diwakili nya dalam percubaan untuk menukar kerajaan pemerintah sedia ada.

Adakah itu menjadi kesalahan??
dalam mempertikai tindak tanduk serta ketidak upayaan kerajaan memerintah dalam menangani keresahan dan kesusahan rakyat?

Tidakkah perbezaan dan perbedaan pendapat dan pandangan dibenar kan dalam Islam?

Tidakkah Allah SWT juga mahukan hambanya menggunakan akal fikiran dalam menilai sesuatu.

Tidak kah ajaran Islam mahukan agar kebenaran dijunjung dan salah laku di cegah?

Atau sedarkah mereka bahawa kemudaratan yang berlaku ini telah menjadi "api dalam sekam' dan akan membakar seluruh nya?


                   Cahaya Al Majid





Thursday 23 February 2017

THE PROMISED LAND : SPRM SEMAKIN GALAK. YANG DULU TU MAKAN TIDO LAH YA??

Bismillahirrahmanirrahim.

"AGAKNYA ISLAM ANJURAN MEREKA
NI ADA DUA SET HUKUM KOT"


Akhir akhir ni, galak pulak SPRM jalankan kewajipan. Tangkap sana tangkap sini, seolah olah sebelum ni SPRM macam tido. Dari Sabah menjangkit sampai ke Semenanjung, semua nya penjawat awam.

Peeergh..Juta juta tu. Tetapi yang kena semua anggota Kerajaan. Patutlah kakitangan Kerajaan yang berpangkat ni hidup mengalahkan orang-orang berniaga.

Yang terbaru, yang duduk dalam Jabatan Agama pun menyonglap juga! Apa nak jadi Melayu yang beragama Islam ni????

Nampaknya agama yang dianutinya dan yang diamalkan tidak dapat menahan godaan rasuah. Mana silap nya.

Ibubapa kah? guru agamanya kah atau sekadar nak menyalahkan syaitan?

Dah berkurun kuliah agama dihadiri dah beribu kali diasak ditelinga ketika khutbah Jumaat dan bermacam macam ceramah agama mengulang topik kesalahan rasuah tetapi , semakin hari semakin banyak yang ditangkap.

Atau ada agama Islam ni hanya sekadar pelengkap kehidupan bagi mereka ni.

Nak tanya gak, duit SRC  Rm 42 juta yang masuk keakaun Najib tu tak salah jugak lah?

Atau dalih dalih alasan rm2.6 billion tu keakaun Najib pun tak salah jugak ke?

Dan apa terjadi terhadap pelaburan 1MDB USD 1 billion yang bertukar jadi unit itu ye? STPM yang baru ni tak nak korek ke??

Atau hukum Allah SWT tu berpilih pilih. Yang berkuasa tak berdosa atau yang berdosa hanya golongan biasa biasa saja.
Kitab apa ya, yang diimani mereka ini???

                 Cahaya Al Majid










THE PROMISED LAND : EDISI KHAS : PERJALANAN KE 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperti mana yang pernah saya tuliskan didalam blog ini berhubungan kisah perjalanan saya dahulu , ya itu kisah pertemuan saya dengan Ken Pedler dan Linda suami isteri, kisah bagaimana Simon dan Ken Pedler sewaktu di Zurich Switzerland, begitu juga dengan kisahnya Hj Kamaruddin dan Ronnie di hadapan Kaabah dan begitu juga kisahnya Hj Kamaruddin dan Don Fraier sewaktu di Mekah serta permohonan Simon untuk saya mendoa kan agar beliau boleh memulakan kembali pekerjaan nya yang mana semua kejadian itu benar benar terjadi terhadap mereka dan kini imbasan imbasan yang  itu kembali seolah olah memberi petunjuk.

Kejadian Nini yang koma selama sebulan dan datang mencari saya di waktu maghrib yang mana kisahnya dia di bawa kelangit dan dibawa turun semula, penerangan tentang peristiwa itu yang belum dapat saya jawap  tetapi selepas lebih 20 tahun alhamdullilah, penerangan nya yang ditunggu semakin terang dan nyata.

Tentang bulan bergoyang ( 2 kali) di Board Walk Awana Porto Malai di Langkawi yang disaksikan bersama oleh Isteri saya juga telah di perjelaskan .

Alhamdullilah.

Kepada yang telah.membaca kisah benar yang telah saya tuliskan di blog ini pasti tahu akan perkara yang telah saya tuliskan.

Terima kasih Allah

Kepada para sahabat , perbanyakkan istighfar, isikan diri dengan tasbih, tepat kan doa luruskan niat dan akhir sekali perbanyakkan Al Fatihah.
Berkata lah pada yang benar.

Amin.

                 Cahaya Al Majid

Wednesday 22 February 2017

THE PROMISED LAND : RAKYAT SENGSARA TAK PA, ASALKAN KERAJAAN NAJIB TAK SENGSARA

Bismillahirrahmanirrahim.

"BALA BERPANJANGAN
TANDA KEMURKAAN"

Najib hari ini mengaku bahawa cukai GST yang dikenakan terhadap rakyat amat bermanfaat kepada Kerajaan pimpinannya.

Cukai GST RM 41 Billion yang berjaya di kelepet dari poket seluruh rakyat negara ini lah sebenar benarnya yang menghidupkan keseluruhan pengekonomi negara ini.

Kalau dahulu poket Kerajaaan terisi melalui keuntungan Petronas namun kini Petronas adalah sejarah .

Itulah Kerajaan Barisan Nasional yang dibertunjangkan UMNO , di waktu Allah SWT berikan kelepangan rezeki yang mencurah curah samada dari hasil tanah mahupun laut, tetapi, kemungkaran, penipuan, salah guna kuasa dan menipu orang Melayu dijadikan budaya.

Akibatnya Allah SWT murka dan ditimpa nya bala dinegara ini bertalu tali. Segala hasil masyul nya yang dahulu amat bernilai, kini dah mula merudum. Nak salahkan siapa???

Masih tidak mahu mengaku  sendiri, sebaliknya menyalahkan orang lain.

Lihatlah kerana pemimpinnya masih lagi berpaksi kan kepada kemungkaran yang dihalalkan oleh seluruh ahli nya maka, azab Allah SWT datang dari berbagai arah.

Sebenar nya ALLAH SWT sedang menduga umat Islam dibumi bertuah ini, samada masih mahu mempertahankan kemungkaran yang dilakukan oleh Ulil Amri nya mahupun Khalifahnya ataupun oleh para Ulamanya.

Selagimana tiada perubahan dan selagi kemungkaran para Pemimpin nya tidak berubah dan disokong oleh orang yang ramai, selagi itu "melapetaka' atau 'bala" Allah SWT tidak akan berhenti.

Perhatikanlah satu demi satu malapetaka menghujani bumi ini, itu tandanya kerahmatan Allah SWT tidak lagi menaunginya bumi ini.

Selagi Khalifahnya mendabik diri , selagi Ulul Amri nya dalam kelalaian dan selagi Ulamanya menghalalkan kemungkaran zahir dan batin selagi itulah kemusnahan bakal berpanjangan.

            Cahaya Al Majid






THE PROMISED LAND : ADAKAH RIZAL MANSOR CEO PERMATA? ATAU AYAM TAMBATAN BARU NAJIB???

Bismillahirrahmanirrahim.

"BAKAL CALON UMNO PRU14"

Nak tanya apakah jawatan yang dipikul oleh Rizal Mansor dalam PERMATA?
Setahu rakyat, beliau hanyalah seorang pembantu peribadi Rosmah.

Tetapi dari kelek dan gayanya dalam mempertahankan PERMATA dan tindak tanduk Rosmah kerana keresahan rakyat seolah-olah beliau ini bukan seorang pembantu tetapi bertindak melebihi seorang CEO ataupun dah setaraf Ahli Parlimen mahupun ADUN.

Wah!!! Hebat betul. Ataupun ada kepentingan peribadi??

Sepatutnya Kementerian Wanita atau Menteri nya yang memberi penjelasan ataupun menepis sebarang keraguan yang ditimbulkan tetapi keadaannya adalah sebaliknya.

Nampaknya zaman Najib ni, pembantu peribadi bini pun ada kuasa jugak . Hebat hebat.

Ataupun Najib dan BN atau  UMNO dah bersedia untuk meletakkan bini nya sebagai calon Parlimen untuk PRU 14 , Al maklumlah apabila ada saja calon BN meninggal dunia maka isteri atau janda siarwah pasti akan diangkat sebagai.calon ganti.
Manalah tahu kalau kalau dah boleh jadi aturan pula selepas.ni.

Mati laki dapat kat bini dan bila bini mati maka laki pula dapat, mana tahu. semua nya berkemungkinan.

Zaman Najib ni semua.boleh..Asalkan.. Puji atau bodek Najib atau Rosmah.semuanya akan diangkat melangit.. rakyat nak mati ke, tak makan ke..Barang naik ke..Semua ada jawapan bagi menghalalkan.tak gitu!!!!!

Jadi lah hamba selama.nya. Sedang kan Nabi telah membebas.semua dari perhambaan .Tapi kini...Manusia sendiri yang mahu diri mereka diperhambakan..Ikut suka la

                 Cahaya Al Majid






THE PROMISED LAND: KETUA AUDIT NEGARA BAKAL JADI BURUNG KAKAK TUA???

Bismillahirrahmanirrahim.

INTERGRITI AUDIT NEGARA
     BAKAL TERCALAR???

BERMATIAN PERTAHANKAN NAJIB
PASTI DAPAT GANJARAN!!!

Lidahnya diasah dengan emas yang disirami dengan air kelapa jantan dan itulah tips nya apabila seseorang yang mahu burung kakak tua  untuk pandai menutur apa yang diajar oleh tuan nya.

Hari ini dalam sejarah apabila jawatan Ketua Audit Negara telah dilantik tetapi jawatan itu tidak di isi oleh seseorang yang berlatar belakang kan Perakaunan terutama pengauditan tetapi kekosongan itu diisi oleh seseorang yang berpendidikan Sains Politik dan PHD nya bersumberkan Human Resource.

Mampukah seseorang itu melayari ribuan angka angka atau terpaksa melingkari berbagai cabang balance sheet kewangan negara?

Atau sekadar menjadi penutur atau bercakap bagi pihak yang melantiknya? seperti mana NAJIB menjawab persoalan 1MDB  bahawa dia hanya menandatangani saja tanpa mengambil tahu apa yang ditanda tanganinya?

Atau begitu jugalah akhirnya penyandangnya jawatan Ketua Audit Negara yang baru ini??

Atau adakah jawatan itu merupakan hadiah Najib kepada Ketua UMNO Bahagian Kepong yang sanggup mati demi mempertahankan Najib???

Apakah selepas ini semua salah laku dan perbelanjaan luar jangka Kerajaan Najib dan UMNO akan di lindungi dan disilapmatakan. ???

              Cahaya Al Majid


Tuesday 21 February 2017

THE PROMISED LAND : TOLONG JANGAN SELEWENG AL QURAN

Bismillahirrahmanirrahim.

POLITIK BUKAN JAMINAN
KE SYURGA PILIHAN ANDA,
TETAPI
NERAKA ADALAH PASTI


Islam itu sempurna dan ajaran nya meliputi untuk semua manusia malahan hukuman Allah SWT yang dianjurkan dalam Al Quran tidak ada yang bersifat berpilih pilih. Hanya manusia saja yang manipulasi ajaran dan hukuman Allah SWT.

Malah Allah SWT berjanji bahawa setiap manusia yang bertaubat dan menyesali perbuatan nya akan diampunkan dosa dosa nya.

Perlu kita imbas Firman Allah SWT yang menceritakan tentang kisah Nabi Musa .A.s sebelum baginda diangkat sebagai Nabi?

Baginda Musa a.S  pernah membunuh seseorang namun ALLAH SWT tidak pun melaknat Baginda tetapi sebaliknya nya Allah SWT mengangkat Baginda sebagai Nabi .
Tidakkah kisah ini menjadi tauladan dan peringatan bagi kita.

Begitu juga dengan kisah Nabi Ayub apabila Baginda terjebak dalam kisah mencabut undi bagi menentukan siapa yang terpaksa dicampak ke laut.

Tidakkah kisah ini juga memberi peringatan dan pengajaran kepada kita?

Adakah Allah SWT bersifat kejam dan menghukumnya terhadap hamba hambanya.

Pintu taubat sentiasa dibuka buat hamba nya, kenapa, agama yang syumul ini mahu ditentukan kan hala tujunya oleh manusia sedang kan manusia itu sendiri tidak boleh menjamin bahawa dirinya akan kesyurga .

 Allah SWT tidak pernah menghukum tetapi sebaliknya mahukan hambanya kembali kejalan yang diredai seperti yang difirmankan didalam Al-Quran.

Kenapa ALLAH SWT memberi pilihan kepada manusia?  Samada baik mahupun sebaliknya. Apa yang Allah SWT tekankan adalah 'keadilan' . Bagaimana keadilan itu dapat di adili dan ditimbang.

Adakah hukuman yang cadang PAS atau Hj Hadi perjuangkan itu benar benar mencerminkan kehendak Al Quran?

Adajah dengan Menghukum sebat sehingga 100 kali, jel 30 dan denda 100 ribu dapat menjamin bahawa manusia itu akan beriman ?

Yang paling utama adalah menyampaikan keindahan kata kata Allah SWT kepada mereka yang belum beriman kepada ALLAH swt dan Al Quran samaada melalui perbuatan mahupun pertontonan akhlak yang baik .

Selagi agama pilihan Allah SWT, iaitu Islam tidak dapat disampaikan dan diterima seikhlas nya oleh semua manusia dibumi ini, maka, hukuman berpilih pilih kepada umat Islam dan bukan Islam, tidak boleh dilakukan.

Allah SWT telah berjanji bahawa  Al Quran adalah untuk manusia. Oleh itu menjadi kewajipan bagi umat yang mengaku Islam ini untuk menyesuaikan agama yang syumul ini kepada yang bukan Islam.

Riak ,takbur , bongkak dan sombong amat dibenci Allah SWT,  selagi sifat itu masih lagi membengkak dalam diri , jangankan hukum Allah SWT yang hendak didirikan malahan hukuman terhadap anak sendiri dan keluarga pun belum tentu boleh ditegakkan.

Wahai manusia cermin lah diri anda.

                Cahaya Al Majid







Thursday 16 February 2017

THE PROMISED LAND :STATEMENT MELINGKUP ISA SAMAD

Bismillahirrahmanirrahim.

"AGAK AGAK LAH ISA SAMAD"

FGV UNTUNG ???
PENEROKA MACAM MANA???
UNTUNG  KE ???
ATAUPUN PENEROKA DAN TERBELIT DENGAN HUTANG CIPTAAN FGV?

Dalam menghalalkan kesalahan dalam menjerat peneroka Felda  melalui IPO yang dikata kedua terbesarnya didunia , kesulitan dan hutang yang disengajakan telah disangkut dan dilitit di leher para para peneroka dan kini telah menjadi igauan ngeri buat semua peneroka Felda serta ahli keluarga mereka .

Walaupun dikulit nya hanya nampak FGV namun segala isi dan batang tubuhnya tetap milik peneroka yang telah bersusah payah  bersengkang mata, berpuluh tahun , tetapi hasil kederatnya dihisap sampai licin melalui kepandaian pemimpin Kerajaan Najib.

Terkini  di Sarawak ,Isa Samad mengaku bahawa FGV tidak pernah rugi tetapi beralasan bahawa hanya keuntungan tidak sebesar mana.

Tetapi kerugian RM70 juta pada suku pertama tahun 2016 bukan kah itu kerugian. Dimana kebenaran kata kata Isa Samad ini atau sengaja nak memperbodoh kan orang Sarawak?

Waktu peneroka  kesusahan dahulu tidak pula mereka ni menjengah tetapi apa bila semua hasil telah di depan mata, mulalah semua nak tunjuk pandai.

FGV telah diniagakan dibursa saham dan ketika itu peneroka telah diberi sejumlah wang sebagai tanda setuju agar FGV boleh di dagangkan dibursa .

Dengan kata kata manis serta bayaran yang dibayar tanpa kerelaan sebenar peneroka maka usaha penyenaraian FGV berjalan seperti yang mereka rancangkan.

Walaupun pada hari pertama penyenaraian FGV mencatat RM 4.55 sesaham namun ketika ini harga nya telah jatuh keparas RM1.90 sesaham. Adakah itu satu keuntungan buat peneroka.

Kini ramai peneroka telah terjebak dengan hutang saham FGV.  Oleh itu siapa yang untung sekarang ini, peneroka atau ",tangan ghaib,,," FGV.

Siapa yang menangis sekarang ini peneroka atau "mereka yang dapat saham free,," dari FGV.

Kepada Isa Samad serta.mereka yang sewaktu dengan nya , bergembira lah kerana anda telah berjaya menjerat leher orang Melayu Felda dengan " hutang berketurunan".

Itulah kehebatan pemimpin Melayu UMNO dalam membela nasib peneroka Felda berbangsa Melayu.

     Syabas Kerajaan Melayu UMNO

               Cahaya Al Majid







THE PROMISED LAND : EKONOMI NEGARA NAIK TETAPI ,RAKYAT MACAM DAH NAK MATI

Bismillahirrahmanirrahim.

Tahniah Najib , kerana pengumuman tentang skor ekonomi 2016 berada pada paras 4.5 peratus dan Najib mengatakan ekonomi negara adalah sihat dan sekali gus menepis tohmahan yang mengatakan bahawa negara ini akan bengkrap.

Telah berulang kali Najib mewarwarkah bahawa ekonomi negara ini stabil dan tidak bermasalah tetapi adakah angka atau peratusan yang di tunjukkan itu sebenar benarnya mengambarkan kerancakkan ekonomi poket rakyat?

Apa benar kah ekonomi rakyat negara ini sihat dan tidak bermasalah,?

Apa benarkah rakyat' tidak terbeban dengan ekonomi sekarang ini?

Atau adakah rakyat sedang senang lenang?

Apakah faedah nya bila ekonomi negara sihat seperti yang didakwa Najib sedangkan kos penghidupan dan harga barangan melambung tinggi.

Kalau benarlah ekonomi negara ini sihat dan tidak bermasalah tetapi kenapa nilai ringgit kita masih lagi lemah berbanding negara jiran?

Apa rasionalnya mengaku ekonomi negara sihat sedangkan rakyat dalam kesusahan.

Atau Najib berbangga rakyatnya hidup dalam kedaifan agar mudah untuk di cucuk hidung?

                    Cahaya Al Majid








Wednesday 15 February 2017

THE PROMISED LAND : ADAKAH JAMAL MENGATASI KUASA SULTAN,????

Bismillahirrahmanirrahim.

" KUASA  POLITIK UMNO DAH MENGGILA"


Telah termaktub dalam Perlembagaan, samaada perlembagaan tubuh negeri mahupun Persekutuan, telah mengesahkan bahawa Sultan mahupun YDP Agong adalah ketua Islam samaada bagi negeri mahupun Negara.

Tetapi apa yang terjadi kini apabila Jamal aka salah seorang Ketua Bahagian UMNO Selangor telah membelakangkan Institusi Agama Islam dalam menggunakan kuasa nya sebagai seorang Ketua Bahagian UMNO dan diangkat ketulusanya  oleh Noh Omar, dalam menggunakan harta milik penganut Islam dalam menghalalkan tindakan, iaitu berdemo dengan membariskan 18 van jenazah dihadapan Pejabat SUK Selangor.

Perlu diingat Pejabat SUK Selangor ataupun melalui Kerajaan yang dipimpin oleh Azmin Ali merupakan Kerajaan yang sah dan Kerajaan yang di WARTAKAN dan disahkan oleh Institusi Sultan Selangor, iaitu melalui ,'Cop Mohor Sultan Selangor," olih itu dimana kewajaran bagi UMNO Selangor mahupun Jamal Ketua UMNO dalam menjunjung Kedaulatan Kerajaan Negeri Selangor?

Lupa kah Jamal atau pun Noh Omar bahawa Sultan Selangor merupakan ketua Agama bagi negeri Selangor?

Fahamkah Jamal Ikan ataupun  UMNO ini bahawa  apa apa  perkara yang bersangkutan dengan Islam dan kemaslahatan Islam adalah dibawah kuasa Sultan?

Ataupun adakah UMNO dan Pemimpin nya telah "merampas kuasa" itu dari Sultan Selangor???

Atau sememangnya UMNO berada diatas Institusi Beraja di negara ini,???

               Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND : DAKWAAN : KES SEMASA NAJIB LWN KES ZAMAN TOK NADOK

Bismillahirrahmanirrahim.

  "BUKTIKAN KEBERANIAN"
      KERANA ALLAH SWT.

"Alang Alang menyolok perkasam biar sampai ke pangkal lengan",
"Alang alang mandi biar sampai kuyup",
Alang Alang membakar biar sampai jadi abu ".

Perumpamaan itulah yang di pegang oleh Najib dalam cubaannya untuk mencemar nama baik Dr Mahathir, yang kini amat lantang bersuara demi kesalahan dana Rm2.6 Billion yang masuk ke akaun peribadi Najib yang pada awalnya dinafikan oleh Najib, tetapi pembohongan itu tidak boleh menutup kebenaran kemasukkan dana keakaunnya'.

Tak dapat tanduk telinga dipulas, begitu lah perumpamaan yang boleh dizahirkan apabila  UMNO dan Kerajaan Najib gagal untuk menutup mulut ataupun mengekang terjahan Dr Mahathir terhadap salah laku Presiden UMNO itu.

Bersandarkan dari apa yang telah berlaku dibawah pentadbiran Najib ,  dimana seluruh rakyat sedang merana kerana kenaikan harga barangan, meningkat nya kos sara hidup ditambah pula dengan cukai GST yang menjerat leher rakyat sama ada yang susah, miskin mahupun yang kurang upaya termasuk lah kelompok gelandangan,. dan semuanya terkesan mahupun terbeban, semua nya gara gara nilai ringgit kita merudum kerana lunturnya  keyakinan negara luar terhadap kepimpinan negara ini, maka Dr Mahathir atau PPBM telah bergabung dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menyelamatkan negara ini dan sekali gus menumbang kan Kerajaan Najib iaitu UMNO dan BN dan itu telah mengerunkan Najib dan UMNO.

Bersandarkan dari apa yang sedang berlaku ini maka cara terbaik yang dilihat atau di rasakan oleh Kem Najib yang di rasa dapat meredakan tujahan Dr Mahathir adalah dengan "mengungkit' semula kisah 25 tahun dahulu.

Tujuannya hanya satu saja iaiti bagaimana nak mengait kan Dr Mahathir dengan Kes Forex Bank Negara.

Sebenarnya Dr Mahathir tiada ketakutan langsung sekiranya kes ini mahu di korek semula waima siasatan diraja pun tetapi kes dana 1MDB  SRC KWAP Felda mahupun kerugian TABUNG Haji juga sepatutnya di siasat ,kerana semua dana ini adalah milik rakyat.

Oleh itu siasatan badan bebas perlu dibuat .

Kalau kes  Forex dahulu telah pun di bentang dan diadakan kertas putih perkara yang sama juga perlu dibuat demi mencari kebenaran terhadap apa yang dituduh dan didakwa berlaku dibawah pemerintahan Kerajaan Najib ini.

Kalau Najib dan Kabinet nya merasa kan tiada kesalahan pernah dilakukan maka arahkan agar semua entiti tersebut disiasat seadil adilnya oleh entiti bebas .

Adakah NAJIB seberani Dr MAHATHIR ,,?










THE PROMISED LAND : UMNO BUKAN LAMBANG ISLAM TETAPI...

Bismillahirrahmanirrahim.

MERUPAKAN LAMBANG KERAKUSAN SERTA KETOLOLAN MELAYU  YANG MENYIMPANG DARI AJARAN SEBENAR AL QUR'AN SERTA SUNNAH RASULLULLAH SAW.

Cara , adap, percakapan dan perbuatan Pemimpin UMNO dan PAS  sedikit pun tidak melambangkan keindahan Islam mahupun ajaran agama Islam.

Corak yang dilakukannya oleh Pemimpin kedua dua Parti yang majoriti nya mengaku Islam ini adalah sebenarnya menyimpang jauh dari apa yang telah diajar ataupun yang telah di sunnah kan oleh Baginda Rasulullah SAW.

UMNO  , parti yang mengaku mengangkat Islam dan katanya berpegang teguh dengan ajaran Islam tetapi pada masa yang sama seluruh barisan pemimpin nya berserta seluruh anggota ahli nya menghalalkan pembohongan, penipuan, pencurian, serta penindasan.

Kezaliman serta kerakusan dalam menindaskan rakyat amat ketara bilamana semua golongan masyarakat termasuk yang miskin, susah , hina dan dina serta penerima zakat termasuk yang cacat mahupun kurang upaya dipaksa membayar cukai GST.

Apakah Kerajaan sediaada tidak memahami ajaran Islam seperti yang difirmankan ALLAH SWT didalam Al Quran?

Tidakkah kategori manusia ini telah disebut didalam Al Quran. Dan kenapa golongan ini diwajib kan untuk membayar cukai GST kepada Kerajaan?  Kezaliman apakah ini?

Atau telah miskin sangatkah Kerajaan yang mengaku menjunjung Al Quran dan Sunnah ni?

Kesusahan yang ditanggung rakyat kini sebenar nya berpunca dari kesalahan pemerintah yang menzalimi perintah Allah SWT dalam kegagalan menegakkan suruhan Tuhan tetapi pada masa yang sama terpengaruh dengan bisikan atau ajakan Syaitan yang menyesatkan.

Kebenaran dikeji tetapi kemungkaran dipuji .

                   Cahaya Al Majid




Monday 13 February 2017

THE PROMISED LAND : SIAPA YANG TAUBAT???UMNO ATAU PAS

Bismillahirrahmanirrahim.

           MENGKAFIR
                   VRS
   BOHONG & PENYELEWENGAN
 

Bertaubat adalah perkara yang dituntut Allah SWT .
Bertaubat bermaksud " berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang dilarang Allah SWT " samaada kecil mahupun besar.

Sebelum PRU 13  Parti PAS telah berulang kali mengkafirkan seluruh ahli UMNO samada yang berjawatan Presiden sehingga lah ahli ahli biasanya.
Berbagai fatwa atau ungkapan dari Presiden PAS mahupun dari Mursyidul nya,menganggap selain dari fahaman PAS adalah *sesat".

Begitu lah taksubnya pemimpin PAS dalam usahanya untuk memenangi hati pengundi Melayu terutama di Kelantan', Terengganu mahupun Kedah dan termasuk sebilangan kecil dari Selangor mahupun di Perak.

Tetapi kini setelah ketiadaan arwah Nik Aziz, semua fatwa yang pernah dilabelkan terhadap UMNO dan juga pemimpin UMNO termasuklah batang tubuh Presiden UMNO tidak lagi "seharam" dahulu. Kenapa agak nya ya??

Apa  yang dapat disaksikan kini, Pemimpin PAS dan UMNO seolah-olah sudah sekapal atau sehaluan. Apa sudah jadi???

Siapa yang bertaubat ni ,PAS ke UMNO?

Kalau di amat amati secara halus, nampak nya PAS yang dilihat " tertaubat sendiri" , bukan mereka yang bertaubat atas kerelaan sendiri.

Persengkokolan PAS  dan menghalalkan skandal terbesar dunia iaitu 1MDB serta "derma" Rm2.6 Billion serta Rm 40 jutA dari SRC yang masuk keakaun peribadi Presiden UMNO, bukan lagi haram bagi PAS.

Kalau nak kata UMNO yang bertaubat mungkin tidak. Sebabnya seluruh ahli parti nya menghalalkan semua pembohongan yang dilakukan oleh Presiden serta Ahli Majlis Tertingginya.

Apa yang kita nampak kesalahan dua dua pihak amat ketara sekali. Menggunakan agama demi kelangsungan kuasa amatlah ketara sekali.

Apa yang pasti kedua dua parti ini tidak pernah memohonkan kemaafan terhadap kesalahan masing masing.

                Cahaya Al Majid



Sunday 12 February 2017

THE PROMISED LAND : NAJIB CUBA MENAKUT NAKUTKAN PILIHAN RAKYAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Antara ayat yang dilempar kepada rakyat sewaktu lawatan ke Alor Setar Kedah.

1."Dengar guruh dilangit, air tempayan jangan dicurahkan'.

2. "kita kena lihat siapa yang mampu membuat perubahan dalam negara"

3. "apa yang kami waris daripada kepimpinan sebelum ini'

4. "Arab Spring"

1. Menggambarkan seolah-olah apa saja yang dijanjikan oleh oleh seteru politik Parti Pemerintah , adalah janji manis saja atau janji palsu. Itu yang di angkat peribahasa Melayu tu.

Tapi kali ni Najib tak salah sebut lagi seperti mana yang pernah di ungkap dahulu " kembang kan layar dan labuh kan sauh'.

Tetapi sebenarnya Kerajaan Najib lah yang sebenarnya nya yang selalu menabur janji manis. Kalau dahulu mereka mengatakan bahawa dengan GST harga barangan akan menjadi murah dan rakyat tidak akan terbeban tetapi apabila kuasa ditangan perkara sebaliknya berlaku.

Semua subsidi untuk rakyat ditarik atau dihapuskan , alih alih siapa yang susah, tidakkah rakyat?

Yang paling menyakitkan hati apabila ada kata kata menteri Najib yang sememang nya dungu, kalau ikan mahal beli lah ayam, kalau. Tol mebebankan gunalah jalan lama , adakah patut seorang Menteri berkata macam tu. Memang "samdol _betul Menteri tu.

2 dan 3.  Najib beranggapan bahawa selain dari Kerajaan BN , tiada kemajuan dan pembaharuan boleh dicipta oleh pihak pembangkang.

Adakah Najib lupa bahawa Selangor dan Pulau Pinang juga telah mengecapi kamajuan dan perubahan juga telah berlaku. Bermacam macam Kerajaaan 2 negeri pembangkang ini telah melalui beberapa prasa perubahan dan negeri ini juga maju jika dibandingkan dengan negeri negeri lain.

Lupa kah Najib bahawa Dr Mahathir lah yang telah mencorakkan masa depan negara ini dengan cemerlang dan lupa kah Najib bahawa apa jua pembangunan yang diwarisi negara kini bermula diera Dr Mahathir? Kejayaan yang mana satu mahu Najib nafikan???

Tetapi perubahan yang amat nyata sekali diera pemerintahan Najib adalah bertimbun nya hutang negara, lemahnya nilai matawang, berlambak penyelewengan , rasuah, ampu bodek, pemakan dedak dan yang paling teruk dan yang membebankan adalah kenaikan harga barangan serta kos sara hidup yang tinggi yang tidak sepadan dengan pendapatan.

Adakah itu yang mahu dibanggakan olih Najib????

4. Adakah akan terjadi Arab Spring sekiranya pembangkang berjaya menguasai KERAJAAN?

Kemungkinan dengan bertukar nya Kerajaan yang sedia ada kepada Pembangkang, mungkin UMNO saja yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan dan berkemungkinan mereka memulakan strategi Arab Spring adalah besar. Seperti mana  Kerajaan Najib dan UMNO berselindung disebalik NGO Jamal Ikan Bakar, dan itu tidak mustahil dilakukan.

Walauapapun ayat ayat  Najib cuba
menakut nakut  rakyat dan apa yang keluar dari mulut Kerajaan Najib mahupun pemimpin UMNO dan BN, insahaallah, rakyat sudah pandai menilai dan dah mula serik dengan janji janji manis Kerajaaan Najib dan UMNO, yang semua nya berkiblatkan, bagaimana caranya untuk membuat kan rakyat bayar apa yang diperolehi.
Mengambil dari poket rakyat waima dari orang susah sekali pun adalah "wajib", itulah Kerajaan yang memerintah sekarang ini.

Jadi apa nak takut, pilih lah Kerajaan  yang benar benar berjuang untuk kesenangan rakyat. .
Diera Dr Mahathir memerintah negara ini aman dan makmur dan ekonomi rakyat pun baik dan ekonomi negara pun bertambah baik.

TETAPI diera Najib ni  kehidupan rakyat bertambah sengsara dan pemimpin pemimpin Kerajaan Najib tidak bersimpati langsung dengan kepedihan rakyat.
Pemimpin hidup senang lenang dan kekayaan mereka ditayangkan kepada rakyat.

Walaupun Kerajaan mengatakan ekonomi negara ini baik dan meningkat namun hasil nya tidak dirasai oleh rakyat tetapi sebaliknya subsidi untuk rakyat dan orang Melayu sudah dihapus.

BERGEMBIRA kah kita sebagai anak Melayu di bumi sendiri?????

                  Cahaya Al Majid





Saturday 11 February 2017

THE PROMISED LAND : KENAPA SHARIR TAK REPORT POLIS ATAU SRRM?

Bismillahirrahmanirrahim.

DANA LEBIHAN PENYENARAIN FGV RM4.3BILLION LESAP?
SIAPA PUNYA ANGKARA
NAJIB RAZAK KAH ATAU
ISA SAMAD KAH?

Adakah dana lebihan ini kehilangan atau telah disonglap?
Penuh tanda tanya dan keraguan telah diutarakan oleh SHARIR Samad terhadap dana RM4.3 billion milik Felda ini. Nampaknya belum ada penjelasan lanjut oleh Pengerusi Felda yang baru ini.

Adakah beliau terkejut atau sengaja buat buat terkejut dengan kehilangan dana yang besar ini?

Atau adakah beliau sengaja nak mengenakan Isa Samad ataupun tengah menyindir Najib yang  langsung  tidak peka tentang kemana dan dimana dana itu telah di habiskan.

Ataupun sengaja nak menuding kesalahan kearah Presiden UMNO tentang kelemahan Najib dalam mentadbir dan menyusun Felda? sehingga dana sebesar dua kali ganda dari yang  Najib terima dari 1MDB juga boleh lesap?

Bila dah tak tahu kemana pergi nya dana sebesar itu maka laporan Polis dan lapurkan kepada SPRM adalah jalan terbaik.

Bila SHARIR nak bertindak?

Sebaiknya eloklah Warga FELDA yang lapurkan dahulu.
Baru ada rasa kebertanggungjawapan.

               Cahaya Al Majid





THE PROMISED LAND : SIAPA LEBIH BERBAHAYA .

Bismillahirrahmanirrahim.

            ANTARA Kata kata
            NAJIB RAZAK dan
            AZMIN ALI

Najib Razak berbohong dan menafikan kemasukan wang sebanyak RM2.6 billion keakaun peribadi nya tetapi akhir apabila terbongkarnya rahsia tersebut maka alasan pemberian derma dari Putera Arab Saudi dijadikan" kambing putih".(penghalalan oleh kelompok nya sendiri).

Berbanding Azmin Ali, dengan hanya mengatakan ada Menteri Kanan Najib Razak akan letak jawatan kerana isu 1MDB, dia dituduh berbohong oleh Najib Razak.

Agak agaknya pembohongan siapa lebih membawa kemudaratan kepada negara ini.

Pembohongan Najib Razak kah atau kata kata Azmin Ali???

                   Cahaya Al Majid


THE PROMISED LAND : BENDA TAK GEMPAK PUN TAPI KECOH NYA..

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalut Kerajaan Najib bila Azmin Ali menyatakan bahawa ada seorang Menteri Kanan Najib nak letak jawatan.

Dalam beberapa jam saja selepas tweet Azmin berada diapungkan maya, Najib bingkas dan tuntas menafikan berita tersebut. Heboh satu alam maya dunia siber dek KERANA "jolokan" tersebut.

Yang anehnya dari Timbalan Perdana Menteri hingga lah kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Tajuddin, semuanya sebuk mengulas seolah olah apa yang disampaikan oleh NAJIB tidak sampai kebawah. Kesian betul Kerajaan Najib ni.

Sepatutnya apa yang wajib yang sepatutnya diambil berat adalah kesusahan rakyat yang terbeban dengan berbagai kenaikan barangan dizaman Kerajaan Najib kini dan bukan hal hal yang tidak mendatangkan kebaikan buat rakyat.

Sebenarnya rakyat tak heran pun siapa yang nak letak jawatan mahupun keluar dari UMNO mahupun BN tetapi apa yang rakyat mahu adalah keselesaan serta kemudahan pengekonomi  poket rakyat, itu saja yang penting.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil serta kemeruduman nilai ringgit yang diakibatkan oleh imej Kerajaan Najib dan kebebalan Kabinetnya, telah menjejaskan keharmonian ekonomi rakyat tetapi tiada sebatang tubuh pun dari Kabinet Najib nak ambil tahu melainkan hanya menyokong agar GST dibebankan terhadap rakyat. Itulah pandainya Kerajaan Najib ni.

Hampeh, hampeh, hampeh.

Eloklah rakyat bercadang untuk  menukar Kerajaan pada PRU 14 .

                  Cahaya Al Majid



Friday 10 February 2017

THE PROMISED LAND : DR MAHATHIR , BERANI. NAJIB CAM NA??

Bismillahirrahmanirrahim.

DR MAHATHIR DAH PALU GENDANG
NAJIB AKA UMNO NAJIB BERANI KE,???
                   SAHUT,,???

Pencacai pencacai serta pendedak pendedak UMNO saban hari melalak agar isu BMF serta kes Forex Bank Negara yang dikata dan dituduh bahawa Dr Mahathir aka Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu, disiasat kerana didakwa ada penyembunyian fakta . Itu yang didakwa oleh pendedak pendedak UMNO Najib .

KJ aka Ahli Parlimen Rembau @ Menteri Belia menyatakan bahawa Kabinet Najib ada membincangkan kedua dua isu tersebut namun sehingga hari ini belum ada lagi kepastian.

Yang hebat nya Dr Mahathir dangan suci hati , tiada bantahan langsung terhadap apa yang dibangkit kan oleh pemuda ,Kuda Tempang UMNO ini.. malahan menyuruh pula agar kes itu disiasat semula atau siasatan di Raja di adakan tetapi kata Dr Mahathir siasatan diraja juga perlu diadakan bagi mencari kebenaran tentang isu skandal 1MDB.

Kata Salleh Keruak tiada kesalahan langsung dalam 1MDB .

Olih itu kenapa perlu takut untuk skandal 1MDB disiasat. Berani kerana benar. Tetapi yang.Peliknya dapatan dari Jabatan Audit  kenapa pula di OSA kan?

Sekarang Dr Mahathir sudah membentang padang.untuk Najib aka UMNO Najib mahupun Pendedak UMNO untuk menyahut seruan tersebut.

Adakah UMNO Najib waima Pendedak UMNO berani untuk sama sama "berentak,' demi mencari kebenaran??

,# Najib berani ke?

                Cahaya Al Majid


Thursday 9 February 2017

THE PROMISED LAND : KU NAN @ SETIAUSAHA UMNO BERKUASA PENUH???

Bismillahirrahmanirrahim.

                   ATAU
BOLEH MENENTUKAN NEGERI MANA
YANG WAJIB BERADA DALAM WILAYAH
PERSEKUTUAN TANPA MENDAPAT PERKENAN SULTAN MAHUPUN GABENOR ATAUPUN MAHU MENAFIKAN TERUS KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG???

Sungguh besar kuasa yang dimiliki oleh Menteri Wilayah Persekutuan aka Setiausaha Agong UMNO ini, termasuklah dalam menentukan negeri manakah yang dirasakan perlu untuk di jadikan sebahagian dari Wilayah Persekutuan.

Atau adakah Tek QU Nan memilikinya kuasa penuh atau mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan nasib sesebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk dihalalkan bagi menafikan kuasa negeri negeri ?

Kepada Tekue  Nan apakah kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh Barisan Nasional? Atau berapakah kerusi BN mahupun UMNO di Parlimen Kuala Lumpur?

Sedangkan kerusi Parlimen Kuala Lumpur pun tak berjaya di miliki inikan pula berhajat nak ambil kerusi Parlimen Pulau Pinang . Mimpi apakah yang melalaikan Tekue Nan atau dah kena rasuk?

Atau pun mungkin Tekue Nan merasakan dia berketurunan Raja , maka , tiada keperluan bagi dia untuk merujuk kepada Tuan Yang Terutama atau pun Sultan mahupun Majlis Raja Raja dalam usaha untuk mengambil kedaulatan sesebuah negeri?

Apa yang dilihat, kebiadapan serta kerakusan dalam memeluk kuasa amat terserlah pada diri Teque Man. Sebelum Sultan mahupun YDP Agong tersinggung elok lah Menteri Wilayah ini letak jawatan bagi meredakan gangguan terhadap Kedaulatan Negeri Negeri Yang Berdaulat.

               Cahaya Al Majid




Wednesday 8 February 2017

THE PROMISED LAND : KERAJAAN NAJIB TIDUR LENA TETAPI....

Bismillahirrahmanirrahim.

   RAKYAT BERSENGKANG MATA

Nilai ringgit semakin merudum dan apabila nilainya semakin rendah maka pengimportan barangan keperluan atau barangan makanan menjadi semakin mahal.

Apabila barangan menjadi mahal maka yang paling terkesan adalah rakyat samaada Melayu, cina mahupun India semuanya tidak terkecuali.

Namun keresahan rakyat bukan lah ajenda Kerajaaan pemerintah untuk diberikan keutamaan untuk ditangani.

Isu BMF ,. Forex dan beberapa lagi isu yang dikata dilingkari dibawah Dr Mahathir ingin diketengahkan semua walaupun  semua itu telah 30 tahun berlalu dan kebanyakan isu itu pula telah menjalani proses perundagngannya secara telus dan diketahui rakyat.

Walaupun kebanyakan isu yang diungkit itu sebenar tidak mendatangkan kemudaratan ekonomi dan keluhan poket rakyat ketika itu namun demi untuk menunjukkan keperihatinan demi nak menyelamatkan tengkok Najib .UMNO dan juga BN,.maka pengulangan atau penimbulan isu ini dijaja semula demi merosakkan imej Dr Mahathir yang dilihat semakin diterima rakyat.

Ketakutan dan rasa cemas dikalangan pemimpin UMNO mahu pun BN semakin nyata. Apa saja yang cuba dicungkil oleh pemimpin UMNO untuk melemahkan Dr Mahathir namun kegagalan Najib dalam isu penyelewengan dana 1MDB serta kemasukkan RM2.6 billion dan Rm 40 juta keakaun Presiden UMNO aka Najib  pasti terheret sekali .

Oleh itu apa strategi  UMNO dan pemimpinnya untuk menyahkan isu ini. Klepetrokasi yang dilabelkan oleh negara luar terhadap kepimpinan Parti yang me merintatah tidak perlu kah untuk dibersihkan?  Apa kah pemerintah bersetuju dengan lebel yang diberikan?

Apakah untungnya mengungkit kisah 30 tahun dahulu kalau kes semasa iaitu penyelewengan dana 1MDB yang berselerak di serata dunia tidak dapat dibersihkan.

Kerana faktor kecurangan pemimpin negara lah maka nilai mata wang negara kita jadi mangsa.
Jangan  salahkan ekonomi, ekonomi tiada sangkut paut dengan kejatuhan nilai ringgit , yang menjadi sebab adalah pendirian batang tubuh pemimpin itu sendiri. Ketidak yakinkan dunia terhadap pemimpin yang rasuah dan korup menyebabkan nilai matawang kita merudum.

Selagi kita dipimpin oleh pemimpin
Yang korup , kuat rasuah dan tidak bermoral dan tiada maruah, selagi itu nilai ringgit kita akan menjunam .

Negara yang memiliki bermacam macam hasil bumi berbanding negara jiran, tetapi nilai mata wang nya merudum.

             Cahaya Al Majid





Monday 6 February 2017

THE PROMISED LAND : PAS TENGAH MENGHIDAM KE ATAU MABUK LAUT

Bismillahirrahmanirrahim.

Sepentas dengan UMNO dan kini dah se kapal pula, apa sebenarnya 'hajat" PAS ?

Kini Mursidul PAS dah mula menggunakan nama Rasulullah s.aw. pula dalam menghalalkan ,kerjasama, dengan UMNO walau pun  pelabelan  tentang isu "pengkhafiran" yang pernah dihembur kan kepada semua ahli UMNO dahulu, belum lagi kedengaran permohonan maafnya.


Apa yang pernah dilakukan oleh ahli serta pemimpin UMNO dahulu merupakan amalan bidaah kalau mengikut mazhab PAS, tetapi kini tidak lagi dan sekali gus menafikan apa yang telah ditarbiah oleh arwah Nik Aziz kepada pengikut nya.

Maksudnya apabila seseorang Mursidul itu meninggal dunia maka segala ajaran yang diturunkan atau diajar atau yang difatwa kan kepada pengikutnya juga berkubur sekali dan tidak perlu diikuti lagi. Itu lah standard PAS.

Kenapa begitu buruk nya perangai PAS ni?

Kini rata rata rakyat telah menzahirkan kekecewaan terhadap Najib dan UMNO kerana skandal 1MDB  skandal FELDA Tabung Haji, KWAP ,MARA, dan terkini Forest Hill dan Penggadaian Projek Mega kepada China Komunis tetapi bagi PAS mereka sanggup bersengkokol pula dengan UMNO dan BN demi kuasa.

Kegilaan apa kah ini?

Tidak kah itu telah mengkhianati suara rakyat?

Tidakkah PAS sedar bahawa pada PRU13 BN telah kecundang dan persepakatan antara PAS, PKR dan DAP telah menyebabkan BN hanya mampu meraih 47 peratus undi saja?

Sifir apa yang dipakai oleh PAS kini, tidak diketahui pula, tetapi, apa yang nyata PAS mahu mengekalkan kuasa nya samada di Kelantan atau juga Terengganu, ataupun untuk mengintai Kedah, nampak nya, peratus untuk kecundang adalah tinggi

Kegagalan membaca dan mengimbang situasi semasa dilihat bakal meranap dan
melunturkan kepercayaan pengundi terhadap PAS.

Perbuatan bollak balik Pas terhadap barisan yang menentang Barisan Nasional, bakal memakan diri PAS sendiri. Dengan hala tuju yang tak menentu dan kabur serta penggendongan kerjasama dengan parti NAJIB atau BN bakal memberi kesan pahit selama nya buat PAS.

Samada Hj Hadi sedar atau lalai tentang apa yang dilaungkan Najib tentang "penyatuan ummah" yang didendang, permainan itu bakal menjerat PAS.

                Cahaya Al Majid







Friday 3 February 2017

THE PROMISED LAND : KESALAHAN JAMAL CERMINAN PEMIMPIN UMNO??

Bismillahirrahmanirrahim.

KALAU AG BOLEH MENGHALALKAN NAJIB
KES JAMAL APA ADA HAL, BENAR KAH?

"Membelakangkan Undang-undang dan menafikan keupayaan penguatkuasa."

Apa yang telah dilakukan Najib Razak kini diaplikasikan pula oleh Jamal Ikan iaitu membelakangkan undang-undang.

Tetapi kes diantara Najib dan Ketua Bahagian UMNO atau Parti Najib tidak lah sama dan sekiranya Najib dituduh maka kanun kesalahan nya tidak lah sama . Tetapi hukuman bagi kesalahan sekiranya Najib dituduh , mandatori nya sama  iaitu 20 tahun jel dan sebatan.

Tuduhan yang didakwa terhadap Jamal agak berat dan memandang kan Kerajaan Najib yang memerintah nescaya pendakwaan oleh Polis atau dari pejabat pendakwa raya atau AG tidak mungkin berlaku.

Jamal merupakan hulu balang bagi UMNO tambahan Gerakan Baju Merah yang dinaungi nya sebenarnya mendapat restu dari UMNO sendiri, dan ini dibuktikan semasa kempen BERSIH .

Walau apa pun, beginilah rupa dan tingkah laku Pemimpin yang diangkat dan dijadikan kan idola oleh masyarakat UMNO kini. Apakah setelah 60 tahun memerintah.adakah ini hasilnya?

Ada kah.ini mencerminkan kehebatannya Najib dalam mengilap seorang Ketua bagi memimpin sebuah Bahagian?

Atau adakah  ini signal kepada pemimpin UMNO yang lain agar bangun dan jangan takut kepada undang-undang dan penguatkuasa?

Ada kah mereka berada diatas undang undang?

           Cahaya Al Majid






Thursday 2 February 2017

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT : BALASAN SETARA

 Bismillahirrahmanirrahim.

Sempena hari Jumaat yang barakah atau penghulu segala hari, disini ingin diperkata bahawa banyak perkara yang dianjurkan Al Quran tidak dipraktikkan sebaik nya , sebalik menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT untuk mengurusnya

Adakah apa yang kita praktikkan selama ini dapat membendung kekejaman ataupun salah perbuatan seseorang yang bertindak zalim kepada orang.

Banyak diperkatakan bahawa ilmu sihir digunakan untuk menganiaya orang lain tetapi apabila sesuatu perkara itu benar benar terjadi atau berlaku' apakah kita hanya menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT?  Atau adakah kita berani untuk menentang balik tentang apa yang berlaku?

Atau kita difitnah adakah kita hanya menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT saja tanpa bertindak.

Oleh itu apa yang dilakukan oleh orang terdahulu bahawa darah dibalas darah atau apa saja yang setara sebenar nya bertepatan dengan apa yang difirmankan seperti didalam Al Quran.

Apa yang salah adalah membalas seauatu perbuatan itu yang melebihi dari sepatutnya.

Tetapi sekiranya seseorang itu dapat memaafkan hamba yang melakukan maka pembalasan itu adalah hak Allah SWT.

Al Baqarah Ayat 194 :-
Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati, berlaku hukum qishaash. Oleh sebab itu barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

Berdendam sampai mati adalah salah kerana ianya akan mendekatkan diri pada syaitan tetapi membalas yang setara adalah jalan keluarnya.

Ah Nahl Ayat 126 :-
“Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (QS. 16:126)

             Cahaya Al Majid

THE PROMISED LAND: SIAPA CEKUP DULU: UMNO ATAU PBBM

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO nakkan PAS tetapi PBBM nakkan kerjasama PAS.

UMNO semakin terdesak tetapi PBBM pula ianya adalah satu keperluan.

UMNO perlu kan kerana nak terus berkuasa tetapi bagi PBBM pula  mereka ingin merubah Kerajaan.

Kini PAS telah dijadikan bahan "lelong".

Kedua dua Pertubuhan ini berebut rebut hingga kan  cemuhan Pengkhafiran PAS terhadap UMNO dan Ahli anggota nya, tidak lagi menjadi halangan bagi Pemimpin UMNO untuk berkerja sama demi kepentingan kuasa politik.

Melabel UMNO dan ahli Pertubuhan sebagai kafir dan pernah didoakan oleh Allayarham Nik Aziz agar bala menimpa Najib dan UMNO, bukanlah isu yang perlu diambil kira.

Seolah semua dosa pemimpin PAS terhadap orang UMNO semuanya terhapus dengan sendiri walaupun tanpa memohon maaf kepada seluruh ahli parti

Itulah hebatnya agama yang dianuti oleh mereka ini  yang sanggup menggunakan taksiran agama demi kelangsungan Politik samaada UMNO mahupun PAS, sama saja.

Kini ,seruan dan bahang perang  kuasa untuk PRU 14 sedang rancak diperkatakan. Memasang dan menyusun strategi untuk mematahkan serangan lawan diantara mereka sedang rancak .

Persefahaman atau boleh turut sama atau bergabung adalah lekatan lekatan yang perlu diolah demi mencapai kemenangan.

Kalau UMNO tergabung dalam Barisan Nasional yang membarisi MCA,MIC Gerakan serta beberapa lagi Pertubuhan serpihan yang lain namun bagi Pakatan Harapan pula tidak ketinggalan juga.

Kalau dahulu Pakatan Rakyat terdiri dari PKR,DAP dan PAS tetapi disebabkan PAS merasakan Parti mereka tidak diutamakan dan diketepikan dalam beberapa kepentingan utama, maka perbalahan adalah akibat nya.

Kini untuk menghadapi PRU 14 , PAS tidak lagi selesa dengan kehadiran DAP dalam pakatan tersebut yang mana kini Pertubuhan PBBM yang baru ditubuhkan dan di ketuai olih DR Mahathir,telah bersepakat untuk bersama dalam Pakatan terbaru ini.

Walaupun dilihat PBBM ini baru bertapak tetapi pucuk pimpinan tertingginya dibarisi oleh Mantan Mantan tertinggi dalam pucuk pimpinan UMNO dan kehadiran ini memberi impak yang besar terhadap BN dan juga UMNO.

Apa yang terjadi kini antara Pakatan dan UMNO beriya iya untuk memenanginya hati PAS samaada melalui  persefahaman antara Pemimpin mahupun Ahli Tertinggi nya,

Tetapi sedar kah kita bahawa keadaan ekonomi dan kemeruduman nilai matawang kita disebabkan penyelewengan dana rakyat oleh Kerajaan memerintah dan hal ini diketahui oleh PAS dan kepimpinanya.

Tetapi ada kah PAS sanggup mengenepikan kesusahan rakyat demi kelangsungan UMNO ataupun BN.

Berbeza dengan Pakatan dengan adanya Pemimpin yang berpengalaman serta dilihat banyak memperjuang kan nasib rakyat dan negara, dan telah terbukti perjalanan pentadbiran nya iaitu DR Mahathir adakah PAS mahu menyanggah apa yang diingini olih majoriti rakyat?

Adakah sebab keegoan serta kesalahan lampau yang tidak termaaf oleh PAS dan kepimpinan nya untuk memaafkan demi negara tercinta.

Kalau dahulu PAs sanggup menghalalkan kerjasama nya bersama DAP dan menganggap Lim Guan Eng sebagai Khalifah, demi menyenggara kuasa, apa bezanya sekarang? Atau PA$ telah termakan RM90 juta seperti yang didakwa?

Oleh itu kita lihat lah,,siapa jual siapa lepas ni.

Siapa terkena siapa mengena, rakyat pasti tersepit diantara nya.

             Cahaya Al Majid

Wednesday 1 February 2017

THE PROMISED LAND : AHLI POLITIK YANG BERCELARU!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

  ALLAH SWT TELAH MEMBERI PILIHAN

Muka tak tahu malu atau telunjuk lurus kelingking berkait, talam dua muka atau harapkan pagar, pagar makan padi itulah perumpamaan yang boleh dilabel kan kepada batang tubuh mereka yang memegang kuasa atau "pesilat politik" yang dikata atau yang dilabel oleh diri mereka sendiri dengan menggelar diri  mereka sebagai "ahli politik".

Samaada lelaki mahupun perempuan yang berkecimpung diarena politik tidak terlepas dengan apa yang diungkapkan diatas.

Tanpa rasa segan atau pun malu, samaada yang mengkategorikan  diri sendiri atau mengangkat diri samaada sebagai ustaz, ustazah mahupun yang ilmuwan agama tidak terkecuali para para Professional samaada yang berijazah mahupun Master atau juga bertaraf Phd semuanya tidak terkecuali dengan permainan kata kata yang menjerumus kepada pembohongan serta penipuan demi kelangsungan kuasa politik diri sendiri.

Dengan kuasa politik katanya dapat membantu masyarakatlah atau dapat menguruskan isu isu agama lah serta didakwa dapat mempertahankan bangsa atau bersuara bagi pihak rakyatlah untuk diperjuangkan, dan topik ini dijadikan "peluru" bagi mengangkat diri bagi meraih sokongan rakyat atau pergerakan mereka.

 Tetapi apabila kuasa ditangan apa yang di perjuangkan bukanlah untuk orang ramai, tetapi kepentingan peribadi dan keluarga sendiri diutamakan. Itulah yang terjadi.

Perkara ini bukan baru tetapi telah berakar umbi dari dahulu hingga kini. Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan yang memberi kuasa iaitu anda semua.

Ungkapan atau bait bait ke agama an dijadikan bahan untuk menaikkan diri . Tetapi samaada menerapkan amalan keagamaan dalam kehidupan seharian tidak lah diketahui.

Tetapi dari apa yang dapat disaksikan telah banyak kesalahan pemimpin pemimpin mereka yang terdahulu dan terkini dihalalkan . Bukan satu kes tetapi berulang ulang kejadiannya namun kesalahan ini sedikit pun tidak terkesan dihati mereka. Adakah ini strategi politik yang mereka serapkan dalam doktrin pertubuhan mereka.

Perasaan sedih dan kecewa rakyat telah diterjemahkan kepada pemimpin namun kesalahan tetap berulang tanpa rasa bersalah.
Yang sedihnya pengamal agama juga tidak berani untuk bersuara atau menyanggah perbuatan ini.
Apakah nilai agama yang telah ditetapkan oleh ibubapa mereka mahupun guru agama mereka sehinggakan puak puak ini berani melakukan kemungkaran secara terangan.Adakah ini menandakan kegagalan ibubapa atau Guru Agama dalam mendidik anak anak ini.

Tiada lagi ketakutan kah terhadap apa yang dijanjikan oleh Allah SWT atau telah hilanglah Islam dalam diri mereka?

Selagi tiada keberanian dalam diri untuk menyuarakan KEBENARAN selagi itulah diri akan terpaku dalam sangkar Syaitan.
Jangan nanti kita persalahkan syaitan pula diatas kebodohan diri sendiri.

Yakinlah malapetaka sedang menunggu dan jangan sampai bala turun berturut turut.

                     Cahaya Al Majid




THE PROMISED LAND : KATA RAHMAN DAHLAN : HARGA MINYAK KITA LEBIH MURAH DARI NEGARA JIRAN.???

Bismillahirrahmanirrahim.

"RENUNGAN BUAT YANG ADA AKAL"

Nak tergelak pun ada nak muntah pun ada.
Itulah gambaran yang dapat di terjemahkan apabila membaca penjelasan yang dibuat oleh Rahman Dahlan yang cuba mengulas tentang kebisingan rakyat terhadap peningkatan harga minyak.

Dengan membuat membanding antara negara kita dengan Brunei mahupun Singapura' ataupun Thailand malahan Indonesia sekali pun, sebenarnya cubaan memperbodoh rakyat dibandar ataupun yang terpelajar nampak nya tidak laku alasan itu.

 Tetapi kalau disiar ulang kepada peneroka Felda atau pun Mak Cik dan Pak Chik dikampung, yang dapat BRIM ,inshaallah, boleh ditelah kot oleh golongan ini.

Bagi mereka yang jarang keluar negara terutama dinegara jiran kita samada Thailand ke Singapura ke ataupun Indonesia malahan Brunei sekalipun tetap teruja dengan nilaian harga barangan mahupun harga minyak jika dibandingkan one to one.

Bayangkan di Singapura , pekerja am, kerja biasa biasa je , 8.00  -5.00 , akan mendapat gaji bulanan sebanyak 1,200  dan kerja yang sama dengan waktu yang sama dinegara kita juga dibayar sebanyak 1,200.

Tetapi, harga makanan yang dibayar untuk makan Nasi lemak berlaukkan ayam goreng,telur mata atau telur rebus berserta sambal di negara kita, paling tidak pun RM6.50-7.50 sepinggan, tetapi kalau di Singapura harga yang dibayar hanya 3.50 saja.

Lihat bertapa meriah dan murahnya kalau dibandingkan dengan harga dinegara kita. Maksud nya pekerja am yang bekerja disana tidak terkesan langsung dengan kos berbanding gaji mereka.

Tetapi dinegara kita, kalau pekerja am nak membelanjakan 7.00 untuk nasi lemak, adakah mereka akan makan nasi lemak?

Walaupun negara kita mengatakan mereka negara bukan Islam tetapi Kerajaan nya beramanah dalam menjaga kepentingan ekonomi dan kehidupan rakyatnya. Tetapi. Adakah itu berlaku dinegara kita?

Tetapi Rahman Dahlan lain pula sifir nya.membandingkan sesuatu harga dengan menukar nilai mata wang kepada matawang kita. Tak adil lah tu.

Kalau di Singapura bagi setiap liter minyak adalah petrol RON 95 adalah 1.95 tetapi disini 2.30 ...Siapa yang lebih murah. Negara kita atau Singapura?

Tetapi demi menghalalkan tindakan Kerajaan Najib maka mengatakan minyak dinegara luar mahal adalah satu pembohongan dan bersifat bangang.

Insaflah, tanah bumi ini telah menghasilkan hasil  bumi yang lumayan dari getah, kayu Kayan , buah sawit , banyak bijeh timah hinggalah kepada emas dan tidak ketinggalan minyak dan gas dari perut bumi, namun, disebabkan kerakusan manusia yang bernama pemimpin terutama dari UMNO dan Barisan Nasional, maka, khazanah rakyat habis dibalun semuanya.

Apa yang tinggal kini hanyalah hasil dari keringat atau poket rakyat' dipaksa dan di tagih bagi membiayai perbelanjaan pentadbiran mereka.

Tidak kah zalim namanya.

Kesalahan dalam mengurus kekayaan negara dan menghubungkan hutang dibebankan diatas bahu rakyat untuk menyelesaikan nya.

Itulah kerajaan yang mengaku Islam dan mengaku mengikut sunnah Nabi s.a.w. ini. Wajib kah Kerajaan ini dipertahankan kewujudan nya di bumi MALAYSIA ini?

Yakinlah 'Allah SWT tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang merubah nasibnya".

                Cahaya Al Majid



THE PROMISED LAND : BENAR KATA NAJIB EKONOMI 2017 BERTAMBAH BAIK

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa benarkah tajuk ni????
Lain macam bunyi nya.

Itu lah yang dikata dan diharapkan oleh Najib, walaupun skandal 1MDB yang membaluti diri nya semakin membengkak dan membusung dimerata dunia namun pengharapan beliau sebenar terhadap penjanaan dana untuk terus mentadbir dan berbelanja adalah melalui  penjanaan ekonomi melalui poket rakyat'.

Kita harapkan pada awal Januari dulu tiadalah kenaikan harga minyak kerana diawal tahun kerana kebanyakkan rakyat akan berbelanja untuk kepentingan pelajaran anak anak. Tak juga...Minyak naik juga.

Kini dah masuk Februari 2017 dan baru saja habis Kong Her Fatt Choynamun harga minyak naik lagi rm 0.20. Wooi..Banyak tu.
Apakah tiada simpati langsung terhadap kepayahan rakyat ke?

Tak dapat bayang pun nak kesian kat rakyat pun. Kan rakyat MALAYSIA ni lebih  kaya dari pemimpin. Setiap hari super market tu penuh dengan rakyat membeli belah. Mana ada rakyat susah kata Irwan Siregar. Cuba lihat masa raya cina tempuh hari, berderet deret kenderaannya disetiap laluan jalan raya, mana ada rakyat susah.

Nah..Dah naik 20 sen pun tak da hal lah. Kan rakyat Malaysia menyokong Najib dan Barisan kepimpinannya. Dan hari pula Kementerian Kesihatan pun dah kenaikan caj dihospital kerajaan. Apa ada hal cuma 3 ringgit saja.. Itu lah kehebatan rakyat Malaysia yang berperdana menteri kan Najib. Satu dalam sejuta tu..Weyy.

Alasannya senang saja, dah lama tak naik..Hahaha.

Kepada sesiapa yang tak berduit dan ada komplikasi penyakit..Eloklah berwasiat awal..Atau.. Bersiap sedia lah dengan caj caj sampingan di hospital kerajaan. Mungkin penadol je yang percuma servis lain kena bayarlah.
Kan kerajaan perihatin dengan kesusahan rakyat. Biar rakyat susah asal jangan kerajaan yang susah.. Takut tergadai kat Yahudi dan bukan China ya.

Tiada apa lagi yang tidak membebankan rakyat ,semuanya angkara UMNO dan Najib

Frasa lain merompak poket rakyat pasti sedang diusahakan.

              Cahaya Al Majid